Kisah ini berlaku pada hari Jumaat lepas, tatkala kesemua hero-hero
muslim seperti gua menuju ke Masjid Tabung Haji untuk bersolat Jumaat. Seperti
di entri-entri Solat Jumaat yang lepas, kali ini method perjalanan gua kesana
main maintain sama, iaitu berjalan kaki. Kerana, pesan orang tua-tua, setiap
langkah kita ke Mesjid untuk menunaikan Solat Jumaat, besar fadhilatnya. Apa?
Fadhilat pun tak tahu? Lu orang tak pergi sekolah KAFA petang-petang ke dulu?
Dalam perjalanan tersebut, tika gua melewati Ampang Park,
gua terserempak dengan Kudin, member gua yang bekerja di Bank of China, dekat
bersebelahan dengan blok tempat kerja gua. Dengan sehelai sejadah yang
terselimpang di bahu kiri, gua syak Kudin juga meniru niat gua untuk menunaikan
Solat. Mungkin talian hayat yang sering diwat-warkan oleh Kudin sudah habih
validnya. Itu pasal minggu ini gua nampak batang hidung dia menyorot langkah-langkah
lesu ke rumah Allah.
“PAP!” Gua menepuk bahu Kudin. Terkejut beliau lantas rokok
Winston yang baru dicucuh di bibir terlepas jatuh ke tanah.
“Cilaka betul kau ni, Ril. Lenkali bagilah salam dulu!”
bentak beliau bengkek, terus mengutip rokoknya yang tergolek di atas jalan.
“Hehehe..rilek ahh bro! Kau ambik lagi rokok tu? Kotor tu
bhaii..berkudis bibir ko nanti” pesan gua style abang-abang.
“Alarh..takpe, 5 second rule…kuman tak sempat panjat lagi,
ril! ” balas Kudin tersengih.
Gua dan Kudin sama-sama berjalan menuruni Stesen LRT Ampang
Park. Dalam perjalanan kami, Kudin tak habis-habis berborak mengenai Samsung
Galaxy SIII nya baru dibeli 2 hari lepas. Maklumlah, orang kerja Bank. Sekali
dapat bonus, apalah barang 1-2 bulan. Tempat kerja Kudin menetapkan yang
kesemua staffnya yang cemerlang ketika tahun lepas, 4 bulan bonus sudah pasti
dalam tangan. Jika KPi lebih dasat dari biasa, mungkin ada lagi ekstra 1 bulan.
Bayangkan betapa gembiranya Kudin ketika itu kerana timing bonusnya ngam-ngam
dengan tarikh pelancaran Telefon Pintar Samsung Galaxy SIII di Malaysia. Gua
hanya mengiyakan segala features yang digebang Kudin. Nak didebat rasa malas.
Lagipun seperti kata PM, Debat Bukan Budaya Kita. So, gua biarkan sahajalah
Kudin dengan sembang kencangnya.
Setelah 10 minit mendengar ‘ceramah teknologi’, kami
akhirnya sampai di perkarangan Masjid Tabung Haji. Ramai juga hadirat yang
hadir. Cuaca ketika itu pun boleh tahan panasnya. Bahang matahari memang lain
macam, hari itu. Cepat-cepat gua mengajak Kudin pergi ke pili air untuk
mengambil wudhuk. Cepat setel wudhuk, cepatlah gua dapat cari saf-saf yang
berbumbung.
Jemaah sangat ramai, jadinya jika hendak mengambil air
sembahyang, terpaksalah gua beratur. Kudin beratur di belakang gua. Tiada apa
yang dapat gua sembangkan dengan Kudin ketika ini, kerana beliau amat sibuk
bermain dengan telefonnya semata-mata untuk ‘check-in’ di Masjid Tabung Haji.
Kudin, Kudin…lu masih hijau lagi dalam berFourSquare ini.
Brader di depan gua yang sedang berwudhuk, sudah sampai part
nak membasuh kaki. Jadinya, cepat-cepatlah gua sentengkan seluar dan menyimpan
jam tangan di dalam kocek. Bila brader tersebut beredar dari kepala paip, gua
terus meluru dan terus mengambil wudhuk. Setelah selesai, gua menoleh ke
belakang untuk member ruang kepada turn Kudin pula.
Namun………….
Kudin yang sepatutnya berada di belakang gua hilang dari
pandangan. Yang berdiri tegap dibelakang
gua hanyalah seorang brader Liverpool yang memperagakan jersi Warrior yang dari
jauh pun gua boleh tahu, Golok Mari. Hairan? Mana perginya mamat ini? Tadi
beriya-iya nak bersolat Jumaat. Pada hemat gua, mungkin dia pergi ke tandas..mungkin?
Dan mungkin dia pergi menuju ke kepala paip yang lain, yang kosong.
Ahhh..biarlah. Kuthbah Jumaat dah masuk Kuthbah ke-2. Jika gua lambat cari saf
berbumbung, mungkin gua sembahyang di bawah cahaya matahari lagi minggu ini.
*15 minit berlalu*
Alhamdulillah. Selesai sudah sesi Solat Jumaat minggu
tersebut. Gua boleh balik ofis dengan senang hati. Ketika menyarungkan selipar
Tat Sing dalam ribuan jemaah yang berpusu-pusu mendapatkan terompah mereka, fikiran
gua melayang teringatkan Kudin yang lesap begitu sahaja. Apa kena pula mamat
ni? Sakitkah? Sebenarnya, hati gua sedikit berang pun ada. Sampai hati mamat tu
tinggalkan gua balik sorang-sorang. Padahal tadi masa berjalan, beliau
berapi-rapi nak payung gua Nasik Kandar Pelita. Ini mesti kes tertinggal wallet
dalam ofis lah ni. Kalaupun begitu, gua taklah kejam sampai nak paksa beliau
belanja juga. Kalau tak boleh minggu ini, minggu lepas pun boleh. Tuntut tetap
tuntut!
Sedang fikiran gua melayang-layang bengangkan si Kudin,
tiba-tiba telefon gua berbunyi. Perlahan gua seluk ke dalam poket Jeans kiri
gua untuk menjawab panggilan tersebut.
“Err..Kudin?” getus gua dalam hati. Apahal pula mamat ni
telefon gua?
“Yer bro…apahal? Mana lu lesap ni bhaii?” jawab gua pantas
tanpa ‘Helo-Helo’. Hati gua panas.
“Hehehe…bro. Sori la, gua balik opis tadi. Ada masalah sikit…”
balas Kudin.
“Ya Rabbi! Jalan punya la jauh, dah sampai Masjid, lu boleh
balik pulak? Apahal bro?” gua membuat percubaan mengorek rahsia Kudin. Nak juga
gua tahu apahal dia boleh lesap tiba-tiba.
“Err…segan arr gua nak cerita, bhaii..” balas Kudin
terkekeh-kekeh.
“Lahh..pasal Nasik Kandar tu, kalau lu tertinggal wallet,
pakai duit gua la dulu. Lu ingat gua kedekut sangat ke?”
“Bukan pasal wallet la bro. Wallet aku ada ni ha..tersemat
elok belakang bontot”
“Habih tu?”
Kudin terdiam seketika. Gua steady menanti penjelasan Kudin
dengan penuh thrill. Orang ramai yang lalu lalang di bahu jalan tepi Ampang
Park tidak lagi gua hiraukan. Malah ada juga yang sempat gua siku, kerana
terlalu lenggang sangat sampai menyusahkan orang lain yang hendak cepat balik
ke opis. Tapi, kalau kes gua, gua nak balik cepat ke opis sebab nak pekena
nasik di kedai mamak bawah tu.
“Err…”
“Apahal, Din?”
“Aku…” jawab Kudin tersekat-sekat.
***
Setel sepinggan Nasik Kandar. Gua naik ke opis.
Bila sampai di opis, gua terus on twitter. Kebetulan
geng-geng TwitterJaya sedang bermain Hashtag #BadLuckMalay. Seronok juga layan hashtag ni, macam-macam
ragam orang cuba sedaya upaya untuk menjadi kelakar dalam usaha memancing
ribuan RT dari follower. Tiba-tiba, gua teringatkan kes Kudin tadi. Terus gua
guna hashtag tersebut sebagai header dan…………POST!
Tak sangka ramai pula yang RT.
Kehkehkeh! Nasib kau la Kudin…
2 comments:
Kah kah kah! Kudin oo Kudin. Kah kah kah
Based on a true story, kehkehkeh!
Post a Comment