Friday, June 8, 2012

Konpident Seorang Promoter...



Seperti biasa, tatkala hari Jumaat menjelma di hari bekerja, gua sama seperti brader-brader yang lain akan beramai-ramai berjalan kaki menuju ke Mesjid untuk menunaikan Solat Jumaat. Apa yang lu orang ketawa? Serius nie…gua pergi sembahyang Jumaat woi!

Di Megan Avenue 1 nie, hanya 2 tempat saja yang superb (dan dekat) jika hendak menunaikan solat Jumaat. Pertama di Masjid KLCC. Sebabnya, bukan sahaja kondisi masjid yang sangat selesa, bahkan anda juga boleh pekena ‘roti aiskrim’ yang biasanya dijual di bahu-bahu jalan sekitar masjid. Kedua? Di masjid Tabung Haji. Ini kerana, anda bukan boleh menunaikan solat jumaat, malah anda juga boleh berkeliaran di depan bangunan Tabung Haji, kerana disitu terdapat Pasar yang menjual segala macam juadah. Pendek kata, setel semayang, isi perut dulu sepam dua. Menunya? Of kos la Nasik Beriyani Haji Talib sama Air Mata Kucen. Kombinasi yang ekselen!

Fark! Gua melalut lagi...

Perjalanan gua dari opis ke Tabung Haji  biasanya memakan masa selama 15 minit. Tu jalan kaki larh, kalau naik motor…itu lain cerita. Turun dari lift, gua perlahan berjalan melewati bangunan Bank of China, seterusnya menyusuri jalan di tepian Ampang Park. Hinggalah gua sampai ke escalator stesen LRT Ampang Park. Satu benda yang gua suka merayau dalam terowong Stesen LRT ni, biasanya banyak kedai-kedai jual tudung, kedai henpon dan kampeni-kampeni telekomunikasi buka booth buat promotion tentang produk mereka. Time rehat hari Jumaat panjang mehhh…apa salahnya gua merayau-rayau tengok barang sementara nak bersolat, ye dopp?

Macam biasa, hari ni turn Meksis , satu syarikat telco yang gah di Meleysia tengah buat promosi Internet Fibre mereka yang dikenali sebagai Meksis Home. Kiranya, sekarang nie diorang tengah fight dengan pesaing ISP yang paling handal di M’sia iaitu TM. Gua tidak melepaskan peluang berhenti di booth mereka untuk memerhati sepanduk-sepanduk dan flyers (eh, betul kan gua eja ‘flyers’ tu). Dasat pakej tu sebenarnya. RM118 lu orang boleh dapat 10 Mbps punya speed. Promotion price. Biasanya pakej 10 Mbps Meksis nie berharga RM218 (monthly).

“Gempak…” kata gua senyap-senyap dalam hati.

Tiba-tiba, dalam gua dok mengelamun, gua disapa oleh seorang gadis yang bertugas sebagai salah seorang promoter di situ. Kiut budaknya, tapi sorry..gua dah kawen. Heh!

“Ya bang…sila ambil satu.” Sapa beliau perlahan sambil menghulurkan sekeping pamphlet produk mereka.

“Thanks…” gua ambil tanpa banyak bunyi.

Tapi, seperti biasa, tugas sorang promoter bukanlah sekadar nak passing pamphlet saja. Mereka juga diupah oleh event Organizer untuk mengorek seberapa banyak maklumat internet yang kita miliki dalam usaha mempromosikan produk mereka. Gadis ini (Liza – bukan nama sebenar) juga tidak terkecuali. Semasa gua tengah membelek-belek pamphlet tersebut, beliau menyapa:


“Sebelum tu bang, boleh saya tahu abang guna internet apa kat rumah..?”

“Err…saya pakai Strimix....” balas gua ringkas. (Padahal gua pakai broadband saja)

“Connection OK ker bang…berapa speed?”

Gua tersenyum. Dia pun tersenyum…

“Biasalah…Strimix. Saya rasa saya macam tak perlu saja nak describe speed dan kondisinya, kan? Awak pun dah boleh agak dah…” ujar gua perlahan. Takut-takut ada pekerja TMNut kat situ, mau diterajangnya gua sebab memperlekehkan produk kampeni.

“Hehehe…saya pun rasa saya boleh agak. OK bang, ni saya nak cerita produk saya sikit. Abang ada masa ke?  Mesjid belum kuthbah lagi,kan?”

“Erm..OK saja. Sila la…”


Maka si gadis itu pun mula la bercerita dari A to Z tentang kehebatan produk yang beliau cuba nak promosi.

Pung!pang!pung!pang! *10 Mbps*
Pung!pang!pung!pang! *Unifi 5 Mbps paling murah. Kena bayar RM 149 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *last day promotion, cuma perlu bayar RM118 bulan-bulan*
Pung!pang!pung!pang! *IPTV coming soon*
Pung!pang!pung!pang! *unlimited downloads*
Pung!pang!pung!pang! *modem free*
Pung!pang!pung!pang! *abang nie hensem, single lagi ke?*


OK, part dia tanya pasal level kehenseman gua tu, gua tipu saja.  Lama juga dia brief gua pasal high speed Fibre Internet nie. Ada la dekat 10 minit. Gua bukannya nak sign-up pun. Cuma saja nak dapatkan maklumat sahaja. Tapi, bila tengok dia terlalu bersungguh-sungguh, gua start kesian. Tapi tulah, gua jer yang kesiankan orang. Tapi, gua nie….sapa nak kesian.

Setelah penat bercakap, budak promoter tu tadi mengeluarkan sebotol mineral dari poket belakang lantas meneguk tanpa segan silu depan gua, untuk menghilangkan dahaga. Gua paham, tugas promoter memang macam tu. Gua pernah jadi exhibitor…gua tahu macamana penatnya bercakap. Eh, Promoter dan Exhibitor tu, benda sama,kan?

So, bila gua nampak dia dah segar kembali, tiba turn gua pula nak bertanya.

“So….kalau saya sign-up, saya hanya perlu bayar RM118 saja?” 

“Ya, bang. RM118 saja. Fixed. No hidden charges..no nothing” balas dia steady. Yakin benar nampaknya.

“Yer ker tak ada hidden charges?” gua start buat dahi berkerut.

“Betul bang...kita bagi Unlimited Quota”

“Betul?”

“Yup. Tiada kompromi!”

“Peh..yakin. Jangan tipu saya…saya nak pergi semayang Jumaat ni. Kang saya berdoa kang? Betul tak ada hidden charge?” gua gertak gaya-gaya John Travolta dalam Pulp Fiction.

“Err…sekejap..err…jap eh, bang. Saya tanya manager saya sekejap.”


Terus dia berlari meninggalkan gua di tengah-tengah kerumunan orang di stesen tersebut.

Seperti biasa, dah line-clear, gua pun berjalan lah menuju ke mesjid. Sesekali gua tersenyum teringatkan riak muka kelam-kabut budak promoter tadi.  Itu jenis gertak punya simple pun dia terkulat-kulat nak jawab, macamana dia nak yakinkan gua tentang kepoweran produk yang dia nak promote, ye dop?

Tapi, sebenarnya, produk tu dah cukup gempak bagi gua. Member gua, Syed Bahrin jugak pakai produk ni. Tapi, masa dia sign-up tu, belum ada promotion macam ni lagi. Gua percaya, kalau dia tahu, dia mesti bengang. Murah kot? Pasal ‘Hidden charges’ tu, gua tak kesah sangat.  Mana-mana telco pun ada (gua rasa la…). Cuma pandai-pandai la diorang cover up dengan item-item lain dalam monthly bill tu yer dop?

Nasib rumah gua tak ada desktop ja. Kalau tak, memang gua dah sign-up kat situ juga.


Nasib kaulah Liza...


2 comments:

ParkAir said...

haha zalim betul wat awek tu macam tu. sebab tu lah kalau aku memang taknak beli aku belah awal2 kalau ada promoter, kesian dia briefing lama2.

Sandokhan said...

ParkAir:
Sebenarnya, aku nie suka ambik je flyer-flyer yang orang hulur kat aku. Disamping tu jugak, aku ada perangai suka bertanya...saja nak tambah info. Padahal memang niat aku tanak beli pun sebenarnya. Alah..memang kerja promoter tu untuk bercakap banyak. I've been there...done that.

Hehehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...