Bila tibanya EURO mahupun WORLD CUP atau Copa Libertadores
sekalipun, kaum lelaki adalah kaum yang paling eksaited sekali. Tahun 2012
adalah tahun bagi Kejohanan EURO Sedunia peringkat Zon Dunia Tengah. Jadi, dah
nama pun EURO, gua rasa baik kita sembang pasal EURO sahajalah. Kalau sembang
pasal kejuaraan lain, takut nanti dilabel seperti ‘Nurul Hidayah – 23 Tahun’
pula. Huuish, malulah. Amboi, sungguh bongkak dan ‘perasan-terrer’ plak gua
kali ini. Maaf Nurul Hidayah, Brazil memang tak main EURO, dikk.
Ok, cukup cerita pasal bongkak. Rasa poyo pula diri ini.
Harap-harap tak adalah pembaca diluar sana yang teringin hendak mencipta ‘fan-page’
anti ke gua pula. Bila tibanya kejohanan-kejohanan besar sebegini, rata-rata
peminat bola di Malaysia tidak akan melepaskan peluang menyaksikan pertembungan
hebat dan menyokong negara-negara ‘tanah tumpah darah’ / kelahiran mereka. Adapun begitu, perbezaan garisan GMT dan
waktu sedunia membuatkan scene menonton bola di Malaysia amatlah sukar,
khususnya bagi pekerja-pekerja sektor Swasta. Iyalah, GMT di Eropah dan di Asia
sangat besar bezanya. Jika di ‘sana’, mereka bermain bola sewaktu lepas makan tengahari,
kita di Malaysia ini terpaksa berjaga 3-4 pagi, hanya untuk menontonnya secara
siaran langsung. You do the math, then you’ll know.
Apa rasionalnya intro di atas dengan tajuk entri pada kali
ini?
Orang sering mengatakan, bila kejohanan atau temasya bola
sepak terbesar dunia ini berlangsung, kaum-kaum lelaki secara bermusimnya akan
menjadi kurang produktif berbanding musim-musim EPL yang biasa. Disini gua
sebagai penulis tak berbayar ingin menekan dan mengajak pembaca semua focus kepada
beberapa kesan-kesan negative-mahupun positif yang melanda golongan para lelaki
ketika EURO. Jom kita fahami dan dalami kesan-kesan dibawah ini.
1. Mutu dan prestasi kerja merudum selama sebulan.
Seperti yang gua terangkan di atas tadi, kesan ini adalah
kesan yang paling popular sekali diperkatakan khususnya di dalam scene swasta.
EURO 2012 ini, Cuma hanya 2 waktu sahaja yang fix untuk menonton bola iaitu
pukul 12.00 tengah malam dan pukul 2.45 pagi. Macam setankan? Kedua-duanya
adalah waktu paling sedap untuk tarik selimut dan menggapai mimpi-mimpi indah
di bawah mesin penyaman udara (bagi yang ada set penyaman udara), and yet kita
terpaksa berjegil mata untuk menonton perlawanan bolasepak. Dikhuatiri, jika
kita miss perlawanan-perlawanan penting, kita akan dibahan kaw-kaw sewaktu di
ofis tatkala rakan-rakan rokok kencang bercerita sewaktu smoking session. Kita
tak boleh nak join pung!pang!pung!pang!??....Malu woi!
Jadi, nak tanak kenalah juga berjaga. Hasilnya, pukul 5 pagi masuk tidur, pukul 7 pagi dah kena bangun untuk bersiap dan bergegas ke pejabat. Di pejabat pula, anda mengantuk, mata berat…kepala
sakit, dan mood anda ting-tong dan mudah berang jika ada yang tidak kena.
So, celah mananya prestasi kerja anda meningkat?
KPi? Ahh…fark me pliss.
2. Rajin tidur awal.
Bagi yang bijak merancang masa dan masih sayangkan KPi yang
selama ini dibela dengan cermat, satu cara untuk tidak mengantuk sewaktu bekerja
dan dapat menonton bola secara normal adalah dengan tidur awal. Bercerita
mengenai pengalaman sendiri, teknik ini adalah teknik yang sudah lama gua
praktikkan dan ianya terbukti berkesan.
Apa, bila masa gua prektis? Oh ya, Arsenal adalah kelab hebat yang
sentiasa bermain di Liga Juara-Juara Eropah. Jadi tidak hairanlah waktu
kick-off perlawanan mereka rata-ratanya pukul 3.45 pagi. Apa? Owh..patutlah
anda tidak tahu. Anda penyokong Liverpool. Takpa-takpa, anda dimaafkan. No one
is judging you.
Tidur awal yang gua maksudkan adalah tidur selepas solat Isyak.
Ya,sukar sebenarnya untuk memaksa retina kita memberatkan urat-urat medula untuk
melelapkan mata, kerana pukul 8.30 malam adalah waktu prime time untuk chill
bersama keluarga. Namun, sebagai peminat tegar, ianya harus dilakukan demi
menjaga reputasi dan kredibiliti penceritaan scene bola bersama kawan-kawan
sepejabat. Bagaimana untuk melelapkan mata secara paksaan? Ambil nasik ketika
makan malam. InsyaAllah, within a few hours after that…anda gerenti mengantuk.
Oh ya, isteri anda mungkin akan kehairanan pada mulanya
tentang perubahan tebiat anda yang tiba-tiba minat nak tidur awal ini. Kerana
biasanya, jika tidak ditengking oleh mereka, pukul 12.30 tengah malam pun belum
tentu anda masih belum mahu tidur, kan? Perasaan pelik ini mungkin akan dirasai
mereka pada 2 sessi pertama anda masuk tidur awal. Sessi ke-3, gua jamin mereka
dah boleh pandang anda sebelah mata dan membiarkan anda dengan tebiat baru anda
itu. Try it!
3. Ratio penjualan Kopi 3-dalam-1 dan minuman-minuman tenaga
meningkat.
Untuk bangun awal pagi dan stay-up semata-mata untuk
menonton perlawanan bolasepak bukanlah satu perangai ataupun ‘penyakit buang
karan’ yang boleh dipandang enteng bagi sesetengah masyarakat. Ianya memerlukan
satu komitmen diri yang tinggi disamping semangat cintakan bolasepak, baharulah
ianya dapat dicapai. Sungguhpun begitu, kita ini hanyalah manusia biasa. Ada masa
kita kuat, ada masa kita ‘lembik’ dalam menahan serangan setan-setan yang
bergantung di kelopak mata, yang sering menghalang kita untuk jegil di depan
kaca TV. Ada diantara kita yang
mengambil ‘khasiat-khasiat’ tambahan sebagai alternatif tambah bagi melawan
dugaan mengantuk ini. Kopi sachet 3-in-1, Minyak cap kapak yang disapukan ke
atas bola mata ataupun minuman-minuman berkarbonat penguat tenaga adalah antara
alternative-alternatif yang sering diaplikasikan, khususnya ketika EURO mahupun
Kempen Piala Dunia.
Menurut statistik, syarikat minuman tenaga terkenal Malaysia
iaitu Tongkat Ali telah berjaya mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 1.3
billion ketika EURO 2008 Austria-Switzerland. Itu adalah kenaikan 64% daripada
jumlah kutipan berkala yang sebenar. (Sumber Berita: @Bernipu). Kesan kenaikan ini menyebabkan
pengusaha-pengusaha IKS (Industri Kecil
Sederhana) di Malaysia berlumba-lumba mengeluarkan kopi jenama sendiri bagi
menampung keperluan orang-ramai yang memerlukan supplement tambahan dalam
berjaga pagi.
Untung….memang untung.
Tapi, time World Cup & EURO sahajalah. Lepas habih bola,
kompeni hancur. Orang dah stop kembali minum kopi dan supplement tenaga.
Oh tak apa, Meleis kita memang suka berniaga sekadar untung sekejap-sekejap.
Oh tak apa, Meleis kita memang suka berniaga sekadar untung sekejap-sekejap.
4. Anda lebih aktif menjadi ‘Pundit Tidak Berbayar’ di
Twitter mahupun di laman Fesbuk
“ARGH…Nasri scored? Fark me plsss…”
“TORRES in ON! Let’s troll him, guys…”
“Barangkali taktik yang Spain guna nie tak sesuai. 4-4-2
mana boleh main dengan 4-6-0. Ini tak kena!”
“Permainan akan lebih inzal jika Gary Cahill tidak cedera
dan masih dalam keseblasan utama England”
Let’s talk about twitter. Twitter adalah tempat paling sedap
untuk melampiaskan pendapat dan bertukar-tukar pandangan disamping
membandingkan siapa lebih hebat dalam memberikan komentar khususnya pada musim
bola. Gua tak bercerita mengenai fesbuk kerana gua dan fesbuk sudah tidak
sehaluan lagi. Akaun gua hidup pun semata-mata untuk memudahkan orang untuk
panggil gua menghadiri kenduri kahwin sahaja (itu pun kalau diorang sudi nak jemput). Maklumlah…zaman Sains &
Teknologi la katakan. Kad kahwin dan jemput secara bersemuka sudah nampak kolot
di zaman ini. Eh, melalut pula. OK, sebenarnya gua bercerita mengenai diri
sendiri bila berkaitan dengan twitter, yang mana gua amat gemar ‘menuit’ segala
pendapat peribadi gua mengenai bola, taktikal, dan keburukan player yang gua
anti di laman ini. Dalam bahasa yang lebih senang difahami, gua ini adalah
komentar tidak berbayar yang hanya tunjuk pandai dalam dunia maya. Echeewah!
Boleh dikatakan setiap 30 saat, mahupun setiap 1 minit, gua akan post tuit-tuit
sarkastik, pandangan sendiri dan kutuk mengutuk team lawan tatkala mereka
mencederakan pemain team yang gua sokong. Di twitter juga, gua berani mempertikaikan
taktik Laurent Blanc yang tidak meletakkan Gael Clichy sebagai bek Kiri
Perancis. Gila apa, bek Kiri terhebat Man City tuh! *puhh-lease!*
Bila lu orang tweet sampai tak reti nak stop, ia mengundang
satu fenomena bengkek yang dinamakan ‘FLOODING YOUR TIMELINE’. Perkara ini
biasanya disedari oleh follower-follower anda yang sudah penat membaca ‘tahi’
yang anda postkan. Itupun jika mereka faham apa yang anda tweetkan. Kalau
mereka tidak faham (khususnya bagi kaum wanita yang memiliki minat yang
bertentangan dengan kita), itu lagilah menimbulkan konflik.
Tapi, di twitter, kalau anda tak suka seseorang yang
sentiasa post ‘tahi-tahi’, anda boleh MUTE kan beliau, or BLOCK beliau
atau lebih tahi lagi, UNFOLLOW sahaja beliau. It’s a freedom of choice!
Bagi sesiapa yang ingin memberanikan diri untuk membaca ‘tahi-tahi’
gua di Twitter, username gua ada terpampang di section sebelah kanan anda.
Thank you!
5. Malam Jumaat?
Kesan ini ada kaitan bagi item #2 yang telah gua describe
kat atas. Logiknya, bila tidur awal, anda mahukan kualiti dalam tidur anda
(sebab anda perlu bangun sebentar lagi). Jadi, bila tiba malam Jumaat, rukun
penting yang biasa dilakukan pada malam-malam Jumaat sebelum EURO boleh jadi
perkara yang menyukarkan untuk anda aplikasi.
And yeah, gua bercakap pasal Baca Yassin malam Jumaat.
Yang lu orang pikir pasal benda lain nie apahal?
Sebenarnya, banyak lagi kesan-kesan dan efek kendiri yang
dialami oleh peminat-peminat bola tegar di Malaysia. Bagi mengakhiri
perbincangan kali ini, ingin gua nasihatkan yang menonton perlawanan bola ini, adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, harus diingat, bagi yang telah
berkahwin…perpada-padalah. Tak semestinya isteri anda berkongsi minat bola dan
mahu menemani anda berjaga 3-4 pagi bersama anda. Anda juga haruslah paham
perasaan mereka dan perlu ada give-and-take dalam rumahtangga. Janganlah kerana
terlalu fanatik kepada bola, rumahtangga anda porak peranda.
Oh ya,
Banker Permatang Pauh? Sebelum EURO lagi dia dah subscribe Astro Beyond. Teringin nak tengok bola dalam Definisi Tinggi, katanya.
Amaciem? Stylo kan, beliau?
4 comments:
Berbeza dengan aku, twitter jarang aku guna. banyak kat Fb je. Kalau bukan sebab tempat keje aku jauh ngan rumah, memang layan je 2 pagi pun... takut terlelap time drive naya wei.
ParkAir:
Hahaha..boleh bro. Buat macam musim Champiopns League lah..tido awal. Bangun awal pagi, tak adalah kepala berat ting tong sangat...
Tahniah anda semakin lantang dlm mengutuk liverpool
Abejame:
Saya banyak belajar dari penyokong-penyokong Barcelona juga..
Post a Comment