Bila dah terlalu asyik di dalam dunia twitter, satu benda
yang paling gua tak boleh pandang enteng adalah apabila Echofon, twitter client
yang gua guna, gagal melakukan push notification ke paparan skrin telefon gua, tatkala
ada mention dari seseorang/tweeps. Ini memang buat gua rasa hendak angkat
Samsung Galaxy S3, diselangi dengan beberapa carutan kepada pembangun-pembangun
Echofon yang masih gagal membaikpulih ‘bug’ ini. Adalah 2-3 kali Echofon ini
minta diupdate kepada versi baru yang lebih stabil, tetapi memandangkan version
phone gua masih di takuk lama (Ver 4.1), tugas mengupdate ini seringkali
bertukar kepada sessi makian yang separa melampau.
Kenapa gua tak update phone gua?
Ini kerana phone gua ada Cydia, aplikasi JailBreak yang gua pancing Apek Kedai henfon di Low
Yatt suruh install free ke phone gua. Kata apek tersebut, bila dah install Cydia, make sure
jangan sekali-kali update version through iTunes, walaupun sering ditanya oleh pihak Apple.Inc. Ini
kerana tweak ini bakal menjahanamkan notasi Baseband phone gua. Tapi, apa yang
gua rasa bila ada Cydia nie, tak adalah seronok mana. Kekeliruan terutama
sekali berlaku bilamana proses mengemaskini perisian-perisian yang ‘legal’ dari
iTunes dan ‘illegal’ dari Cydia seringkali berlaku. Sampai satu masa, gua fedap
dan mula berniat untuk membuang software Cydia ini jauh dari pandangan. Bila
phone gua dah bersih dari ‘haram’, barulah gua boleh kemaskini melalui saluran
yang betul dan lebih menjamin kesejahteraan.
Untuk membuang Cydia, beratus juga website-website
jailbreaking dan tutorial yang gua dah Google. Ada benda yang gua faham, dan
ada jugaklah benda yang terlalu rumit, sampaikan gua rasa fedap nak settle.
Tapi, bila memikirkan nasib Echofon gua yang terbengkalai tanpa dikaitkan
dengan Twitter, gua teruskan juga. Kalau nak cerita bab komited, Steve Jobs
boleh menyesal sebab reject resume gua satu ketika dulu. Heh! Segala macam
baseband, perisian tambatan tambahan, semuanya gua kaji.
Tapi, bila benda dah start terlalu komplikated, gua jadi malas.
Dalam melayan perasaan malas itu....
Tapi, bila benda dah start terlalu komplikated, gua jadi malas.
Dalam melayan perasaan malas itu....
Tiba-tiba, gua teringatkan Marzuki (bukan nama sebenar) yang pernah satu ketika dulu
kerja dengan gua di kampeni ini. Beliau juga jenis-jenis mat IT macam gua juga,
cuma dia lebih berani dalam bab-bab mengemaskini gajet-gajet berbanding dengan
gua. Ya lah, gaji dia besar. Boleh la. Kalau update failed or ‘haywire’,
anytime saja dia boleh angkat gajet baru. Iphone gua nie, jenuh kena puasa
Isnin-Khamis, kumpul duit baru dapat. Ahh, tinggalkan cerita pasal sedih tak
berduit, Marzuki juga pernah install Cydia di Apek Kedai Henfon yang gua beli.
Tapi, beliau pernah memberitahu gua, dia hanya guna Cydia selama 4 bulan
sahaja, kemudian Cydia itu dibuang dengan jayanya. Dia buang sendiri!
“Yes!” getus gua dalam hati.
Tanpa membuang masa, terus gua cakap phone dan menghantar
satu SMS kepada beliau. Dengan harapan, cepat dia baca isi SMS gua, cepat juga
dia respon memberi kata balas. Jika timing gua time tu kena, silap-silap hari
itu juga gua dah boleh buang Cydia dan dalam masa yang sama boleh proceed untuk
update firmware versi 5.1.1.
Plannya, bila phone dah updated, bolehlah pakai Echofon yang updated juga.
Gua tersenyum sendirian. Mengelamun…
“BRO…KO PENAH UNINSTALL CYDIA DULU KAN? CEMANA KO BUAT? AJAR
LERR…... :P”
*tekan send*
Punyalah eksaited, siap gua letak ':P' kat hujung SMS gua. Rasa segan pula jika difikir-fikirkan balik, kerana biasanya tanda sebegitu hanya sesuai untuk individu-individu berjenis isteri dan juga makwe-makwe masa gua zaman bujang dahulu. Tapi, demi mengharapkan 'quick solution' dari Marzuki, gua gagahi juga. Harap-harap Marzuki tak salah tafsir...gua straight, woi!
Selang 10 minit selepas itu, phone gua berdering, tanda ada
SMS masuk.
Cantek!
Cantek!
Ya, memang itu adalah notifikasi SMS dari Marzuki.
Cepat-cepat gua slide screen untuk melihat kandungan SMS tersebut.
Cepat-cepat gua slide screen untuk melihat kandungan SMS tersebut.
Namun……segalanya tak seperti yang gua harapkan.
......
“KO GOOGLE JER,BRO…”
Itu jam, gua punya feel kecewa memang cukup celaka. Boleh membawak kepada perasaan meluap-luap nak terjun bangunan IKEA.
Kalau setakat nak suruh gua 'cari kat Google', mak mertua gua kat kampung tu pun tahu reply.
Bingai...
3 comments:
kah3 terbaik punya jawapan! Dulu ada gak member2 tny bab it ni. Kalu soalan tu simple sangat aku dengan sopan akan google jugak.. tapi aku akan cakap "jap ek aku google jap.." sebab aku tau member aku mmg malas nk google dulu!
skrg mmg org pakai google je nk cari jwpn. sng pn sng
nama pun marzuki...aduish marzuki,marzuki...mmm...pernah ku dengar nama ini tapi di mana yea.
Post a Comment