Friday, July 26, 2013

Blues Penjual Telekung


Dalam bulan puasa ni, kalau dapat peluang nak cari side income serat-dua, biasanya gua memang tak tolak. Untung-untung dapat kaver duit minyak balik kampung pun, gua dah bersyukur habih. Kebetulan, bini gua entah dari mana lobang dia survey, dapat la jadi dealer kain telekung lycra yang kaler dah tak ikut skema melayu. Biasa gua tengok perempuan sembahyang, telekung kaler putih saja. Yg bini gua dapat ni, telekung yang lycra kaler selain putih, material tebal, berat dan jatuh terletak cantik (kalau ikut jargon saudagar kain).

Alarh...kalau korang stalk Instagram Nora Danish, korang mesti perasan punya telekung yg dia pakai..kaler ungu tu

(p/s: gua fan Nora Danish. So what?)

Ok, long story short.

Niat nak tolong bini cari duit lebih, gua pun secara volunteer mempromote dekat kawan-kawan gua juga. Habih semua channel gua 'taji'. Whatsapp group, pesbuk dan manual email. Rata-rata memberikan respon positif. Alah, gua tak ambik untung banyak pun, lepas duit minyak gua, siap boleh sambil singgah tepi jalan beli lemang 3 batang masa balik kampung, jadilah.

Dalam banyak-banyak member gua dalam group whatsapp ni, ada seorang hamba Allah ni gua direct approach. Senah nama dia (bukan nama sebenar). Gua send la gambar-gambar telekung yang beraneka 12 kaler, kot-kot hati dia terbuka.Tak terbuka tak ape, gua tak paksa. Gua ni guna dasar Pandang Ke Timur. Orang tak mahu, jangan dipaksa-paksa. Move on.


***


Selang beberapa minit, si Senah ni reply:

"Best ker pakai telekung ko ni?"






Gua berjalan longlai masuk bilik persalinan. Payah juga nak jawab soalan dia tu. Nak kena 'test drive' dulu nak tahu best ke tak?

Ya lah, mana gua pernah sembahyang pakai telekung.


Monday, July 22, 2013

JPU13 : Day 11 nak masuk ke Day 12


Pukul 11.30 malam (Day 11)


"Gua dah masak ayam masak merah dah. Lu balik nanti, lu just tanak nasik saja, OK?"

Gua baca SMS Banker Permatang Pauh sambil steady drive (WARNING: Do not try this! I'm dead serious. You have been warned...) lepas habih mini iftar-reunion matrikulasi ITTAR Langkawi di Danau Golf Club, UKM Bangi.

"Orait bebeh!" gua balas pendek.

40 minit selepas tu, gua sampai rumah dengan selamat. Alhamdulillah. Gua park kereta kemas-kemas, bukak grill pintu senyap senyap (Stealth Level: 99). Kelihatan bini gua tertidur di ruang tamu ketika menunggu gua balik. Gua bergerak ke dapur. Mak datokkkkk, bau Ayam Masak Merah bini gua memang buat gua tak tahan tengah-tengah malam ni. Dengan kuah pedas manis masamnya, dengan pehan ayam 5 ketulnya. Dengan hirisan ubi kentang yang empuk lembut bersama kuahnya. Complete wei! Nasib baik tak ada nasik. Kalau tidak, peha ayam seketul dalam periuk tu gerenti dah kena kidap!

Gua ambik periuk nasik, cedok beras 2 kepoi. Basuh beras dengan selawat apa yg patut. Tekan punat on. Wallah! Steady betul jadi suami yang ada kebolehan memasak nasik tanpa dipantau isteri. KalauRasa bangga betul.

Gua dah tak larat. Gua terus baring di ruang tamu. Sebelum nak lelap, kunci jam henset pukul 4.45 pagi. Memandangkan nasik dgn gulai dah siap masak. So, apa nak takut bangun lambat, ye dop?

Ayam masak merah. Sweet!

Zzzzzz..........

(The rest was history...)




(Day12)

Maybe sebab badan gua terlalu penat, tido gua pagi tu betul-betul kualiti punya tidor. Siang kena pergi kelas, habih kelas dah nak dekat-dekat buka puasa, terpaksa shoot pula ke Bangi sebab ada mini reunion. Peh, antibodi gua sejak masuk 3-series ni dah tak segagah dulu. Segagah boleh berjaga sampai ke habih sahur especially time hari cuti bulan puasa. Ahhh...those were the damn days...

Tapi, entah kena telinga gua ni macam ada dengar-dengar bunyi ayam berkokok. Gua buka mata pelan-pelan, gua nampak Banker Permatang Pauh tengah bersila atas toto sambil meneliti Fonepad beliau. Muka dia agak cemas berbaur kecewa sedikit. Gua pun bangun.

"Kenapa nie?" tanya gua sambil kaver-kaver mulut tak mahu spread bau.

Banker Permatang Pauh diam saja. Muka dia berkerut. Macam menyesal.

"Pukul berapa sekarang ni?" tanya gua lagi. Entah kenapa gua tak teringat langsung nak mencapai henset gua.

Banker Permatang Pauh memalingkan muka ke arah gua dan tersenyum.

"Tadaaaaa!!!"

Beliau mengacukan jam digital di Fonepad beliau tepat-tepat ke muka gua.




*****



6.50 pagi.

Faking.


Thursday, July 11, 2013

JPU13 : Day 1

Jurnal Puasa Ucin (JPU) : Day 1

  1. "Pap". Gua rasa pedih seperti ada sesuatu yang menampar-nampar lengan gua. Gua segera membuka mata. Kelihatan Banker Permatang Pauh dengan sebilah sudip tergenggam kemas di tangan terpacak depan muka gua. Mukanya kelihatan cemas. Gua tengok jam dinding. Faking! Dah pukul 5.20 pagi. Banker segera membentak 'Tolong gua masak sayur kejap! Takut tak sempat....'. Gua terus bangun dan terus mengacau sayur brokoli dan kubis dalam periuk.
  2. Setel hidang nasik, 5.35 pagi baru kami berdua start makan. Cipet, nak sahur pun rasa tak sedap hati dah. Nasik suap demi suap masuk dalam mulut terpaksa gua kunyah secara laju. Kalau gua menten 'gear 1', boleh jadi Tok Bilal dah azan pun gua masih gigih mentekedarah. Pendek kata, 1st sahur gua memang gua dan bini tak ada chance langsung nak menikmati. Lebih kepada rushing mengejar keberkatan.
  3. Setel makan, gua tunggu azan subuh. Setel solat subuh, gua rasa macam nak layan quick nap sebentar, memandangkan opis hour gua menten start pukul 9 juga time bulan puasa. Bini gua pun pilih option yang sama. Untuk tidak terover-nap, gua memilih untuk tidur di ruang tamu. Logiknya, tido yang tidak berasaskan katil ni, biasanya mengundang ketidakselesaan. Disebabkan itu, individu akan mudah terjaga sesekali bila sendi dan otot berasa lenguh. So, kat situ gua dah selamat untuk bertolak ke opis on time. Jam pun dah steady gua kunci pukul 7.45 pagi. So.....proceed! (tido)
  4. Lagi sekali gua rasa bahu gua macam ditampar, dan orang yang menampar tu memang tak ada orang lain selain Banker Permatang Pauh. "Lu tak pergi kerja ker hari ni" tanya bini gua. Gua gosok-gosok mata. "Pergi la....kenapa?". Banker sekali lagi buat muka cemas dan menghunus jari telunjuknya ke arah jam dinding. FAKIIIIIIIIIIIIIIIIING! Pukul 9.05 pagi. Mampos gua hari ni....mampos! Quick-nap kepala bana.
  5. Sampai ofis pukul 9.40 pagi. Peh, masuk macam bos. Gua buat-buat letih (padahal memang gua letih. Gua cakap kat HR, sori gua lambat. Tak ada alasan bodoh lagi yang boleh gua bagi, selain mengaku gua overslept. Terpaksa mengaku beb! Alang-alang dah Ramadhan, takkan baru starting puasa dah nak tambah dosa, ye dak? HR cakap OK, tapi gua kena ganti la yang 40 minit gua lambat tu. Ini namanya fleksibiliti terpimpim, ya adik-adik? Seems like, I don't pretty much have a choice, so I just nodded.
  6. First day puasa di opis, macam tahun-tahun yang lepas.....dugaan dia sama saja. Internet depan mata, layan Dailymail column bolasepak pun still ada WAGS yang berbikini tepi pantai. Susah betul nak jaga mata. Gua dapat rasa feel puasa gua makin terhakis sikit-sikit, daripada syafaat kepada hanya lapar dan dahaga. Gua juga tak banyak bercakap, sebab orang kata cakap benda-benda lagho time Ramadhan ni satu faktor nak menipiskan pahala. Nampak? Gua jaga betul puasa gua on the 1st day. Sesekali, gua rasa gua ni macam budak-budak baru belajar puasa pun ada.
  7. Mengantuk, menguap toksah cakap la. Nikmat menguap tu gua dapat, sampai gua dah tak daya nak menguap. Kepala gua start dari mandi nak pergi ofis tadi dah start sakit. Gila betul. Gua syak sebab perubahan tebiat yang terjaga bangun sahur, lepas tu sambung membuta semula...dan kendian terjaga secara tergamam sebab dah terlajak tido. Serius berdenyut sial. Tanya satu opis, boleh pulak sorang pun ada minyak cap kapak. Peh, dugaan bulan puasa....memang superb!
  8. Nazri dah keluar pergi mana entah. Am pulak cuti balik Johor berbuka dengan keluarga belah  bini. Jadinya, task menghantar surat-murat dan cheque secara automatiknya jatuh ke channel gua. Ona merapati gua yang sedang memekup muka ke meja. Sakit kepala tak hilang lagi. Gila betoi. "Boleh tolong hantar dokumen ni ke Bank Pembangunan?". Gua hanya membalas dengan senyuman. Gua ambik dokumen tersebut dan terus turun ke parkir motor. Keluar saja lift, peh.....cuaca panas gilababeng siak.36 darjah celsius tu suhu dia gua syak semalam. Gua hulurkan tangan ke kawasan pencahayaan yang terik....cukup 2 saat gua tarik balik. Peh, hangit bulu roma gua sehelai dua. Hangit!
  9. Habih scene gua tahan dahaga dekat opis, gua blah dari Megan Avenue pukul 6 petang (even office hour during Ramadhan habih pukul 5). Gua kena ganti balik 40 minit yang gua lambat tu, remember? Gua pecut tenggiling gua laju-laju. Sebab gua dah tahan kepala gua asek berdenyut. Dalam kepala gua, sampai saja gua terus nak landing sementara tunggu pasar ramadhan. Sampai di rumah, gua nampak bini gua juga tertidur tunggu gua atas sofa. Dia pun boleh tahan juga letih stuck dalam jem dekat Jalan Kuching masa pergi cash-in cheque di Maybank Dataran tadi. Ahh...every minute counts. Gua malas nak membebel. Proceed! (tido)
  10. Kali ni gua sendiri terjaga, dan sekali lagi gua termencarut. Jam kat dinding dah pukul 7.15 petang. Gua kejut Banker Permatang Pauh. Dia tersedar....dan terus buat muka cemas. Gua paksa dia pikir nak makan apa, dalam masa seminit sementara gua nak capai baju seluar. Dalam keterpaksaan itu, bini gua terus berkata: "lu belilah apa-apa....gua makan saja.". Peh, itu macam punya order memang payah gua pikir. Term 'apa-apa' tu sangat subjektif dan menyeluruh. Kalau nak ikut tekak sepp gua ni, 'apa-apa' tu gua limit kepada mertabak seketul sama sirap bandung saja. Nampak? Payah kan? 
  11. Gua sampai di pasar Ramadhan Gombak pukul 7.20 petang. Memang dekat saja dengan rumah gua. Tu pasal gua boleh buat terer pergi lambat-lambat. Tapi, start gua sampai saja, semua tukang jual dah start lipat-lipat meja. Kalau nak ikut takwim, lagi 10 minit dah azan. Jilaka. Gua satu haram pun tak beli lagi ni. Gua segera berjalan ke atas sikit. Orang ramai dah kian suram. Masing-masing dah stenbai depan meja sambil telan air liur usyar bancung cincau yang basah-basah seksi dalam jug atas meja. Gua pula masih melirik merayau-rayau mencari juadah buat berbuka kami laki bini. Agar-agar...sold out. Nasi masak merah....sold out! Kuih ketayap, murtabak daging, bihun sup sama laksa...........sold out! Gua dah tak tentu arah. Gua frust, gua cemas. Fark! 1st day puasa gua tak seindah seperti keluarga bahagia yang lain. 
  12. Bila dah jadi macam ni, gua tak ada pilihan lain selain nasik mamak. Aduhai....nasik mamak lagi. Tak grand betul 1st dah berbuka pekena nasik mamak. Dah la hari-hari bulan tak puasa, gua bantai nasik mamak jugak. Gua dah pasrah. Tapi, orang kata la...Allah nak tolong. Gua ternampak orang jual mee goreng pesen hidang dalam kuali besar-besar tu. Gua segera merapati kedai brader tu. Macam biasa, brader tu pun nak tutup gerai dah. Mata gua terpandang megi goreng yang cantek elok bersimpul dalam kuali. Terus gua mintak brader tu bungkuskan. Entah kenapa dia rasa nak bersedekah, dia bungkuskan sekali mee goreng 2 bungkus. So, total gua dapat 3 makanan bungkus sekaligus, dengan harga 1 bungkus saja. Gua mulanya segan juga nak ambik sebab hal-hal free ni, tapi dah brader tu insist, gua tak boleh nak tolak. Gua pass duit RM2.50, ucap mekasih...senyum barang 2-3 lipat dan terus beredar.
  13. Masa beredar, gua lalu pula satu gerai air yang dah hampir-hampir nak tutup. Gua terpesona dengan kaler air jagung yang cantik terkurung dalam balang plastik besar tu. Segera gua pergi dan terus rekues nak beli 1 bungkus. Alhamdulillah....makwe kedai tu secara free-willy nya menyedekahkan 2 bungkus air extra sebagai tanda amal jariah bulan Ramadhan. Gua mintak air Jagung, gua dapat Jagung beserta Bandung Cincau dan Teh Bunga. Macam biasa, hal-hal free ni gua buat-buat malu taknak receive. Tapi, dia insist sebab nak cepat tutup kedai. Gua bagi duit RM1.50, senyum manis lebih kurang dan terus balik rumah.
  14. Gua sampai depan pagar, azan dan sampai bait 'Marilah Menuju Kejayaan' dah. Frust betul gua. Tapi nak buat cemana. Sapa suruh bantai tido tak ingat nak mati? Gua buka puasa dengan Banker berdasarkan apa yg berjaya gua bawak balik. Terkejut juga dia mula-mula. Tapi, dah nama pun rezeki. Redha saja la.................

Serba sedikit jurnal puasa gua tahun ni. Rasa macam celaka juga perasaan dia. Macam tulis diari. Tapi, ahhh...gasaklah.


Tapi serius gua respek kepada semua brader-brader despatch atau mana-mana individu yang memburuh di bawah cahaya matahari yang terik di bulan puasa. Siap boleh maintain tahan dahaga lagi. Lu orang memang dasat. Gua take over job peon sekali sekala ni pun dah tak sanggup berpanas.

Alah bisa tegal biasa braderrrr....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...