Showing posts with label Google Translate sangat MindF**k. Show all posts
Showing posts with label Google Translate sangat MindF**k. Show all posts

Friday, July 26, 2013

Blues Penjual Telekung


Dalam bulan puasa ni, kalau dapat peluang nak cari side income serat-dua, biasanya gua memang tak tolak. Untung-untung dapat kaver duit minyak balik kampung pun, gua dah bersyukur habih. Kebetulan, bini gua entah dari mana lobang dia survey, dapat la jadi dealer kain telekung lycra yang kaler dah tak ikut skema melayu. Biasa gua tengok perempuan sembahyang, telekung kaler putih saja. Yg bini gua dapat ni, telekung yang lycra kaler selain putih, material tebal, berat dan jatuh terletak cantik (kalau ikut jargon saudagar kain).

Alarh...kalau korang stalk Instagram Nora Danish, korang mesti perasan punya telekung yg dia pakai..kaler ungu tu

(p/s: gua fan Nora Danish. So what?)

Ok, long story short.

Niat nak tolong bini cari duit lebih, gua pun secara volunteer mempromote dekat kawan-kawan gua juga. Habih semua channel gua 'taji'. Whatsapp group, pesbuk dan manual email. Rata-rata memberikan respon positif. Alah, gua tak ambik untung banyak pun, lepas duit minyak gua, siap boleh sambil singgah tepi jalan beli lemang 3 batang masa balik kampung, jadilah.

Dalam banyak-banyak member gua dalam group whatsapp ni, ada seorang hamba Allah ni gua direct approach. Senah nama dia (bukan nama sebenar). Gua send la gambar-gambar telekung yang beraneka 12 kaler, kot-kot hati dia terbuka.Tak terbuka tak ape, gua tak paksa. Gua ni guna dasar Pandang Ke Timur. Orang tak mahu, jangan dipaksa-paksa. Move on.


***


Selang beberapa minit, si Senah ni reply:

"Best ker pakai telekung ko ni?"






Gua berjalan longlai masuk bilik persalinan. Payah juga nak jawab soalan dia tu. Nak kena 'test drive' dulu nak tahu best ke tak?

Ya lah, mana gua pernah sembahyang pakai telekung.


Monday, July 18, 2011

"Biar Saya Pergi Kembali ke Rumah..."

“Kasik la gua balik rumah” rayu Fabregas dalam percubaan permohonan paksa ke FC Barcelona.

Cesc Fabregas akan bersemuka dengan Arsene Wenger untuk memujuk pengurus beliau agar dia dibenarkan menyertai Barcelona semula.

Fabregas yang terpaksa direhatkan dari menyertai siri jelajah Asia (Malaysia & China) akan berjumpa dengan pengurus beliau untuk membincangkan tentang bidaan terkini £35 juta dari kelab Juara Eropah tersebut.

 Selamat datang kembali: Fabregas berminat untuk menyertai Messi (kanan) di Nou Camp


Fabregas, 24 berasa amat terhutang budi terhadap Arsene Wenger kerana telah menjadikan beliau antara pemain terbaik dunia dan beliau tidak mahu merosakkan hubungan baik ini. Namun, dia bertekad untuk bersemuka dengan Arsene Wenger dalam rayuan ini.

Fabregas yang sebelum ini memulakan karier bolasepaknya di Nou Camp, Barcelona masih menganggap dirinya dalam keadaan terdesak untuk pulang ke tanah air.


Sakit di Sepanyol! Kapten Arsenal adalah melihat percubaan untuk pulang ke rumah disekat oleh bos Wenger

Sekiranya Fabregas berjaya menyertai pasukan Pep Guardiola, ia akan mengakhiri salah satu saga pemindahan yang paling lama berjalan sejak kebelakangan ini.



P/S: Ayat berterabur? Jangan salahkan gua, blame it on Google Translate...#LOL



Gambar dan laporan dicedok dan ditranslate dari sumber asal DailyMail UK
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...