Wednesday, May 2, 2012

Gurauan Berkasih...#1

Suatu petang, ketika dalam perjalanan balik ke rumah dari opis, tunggangan gua terbantut di persimpangan Jalan Ipoh nak menghala ke Sentul kerana hujan tiba-tiba turun secara lebatnya dengan tiba-tiba. Biasalah, hidup di KL sebagai pengunggang motorsikal ni, memang dah sinonim dengan hujan. Gua laki bini sememangnya dah lali dengan hujan-hujan rahmat sebegini.

Baju kami berdua dah start basah. Trafik di Jalan Ipoh dah start sesak, sampaikan gua yang bermotor ni nak menyelit pun susah. Bini gua yang sedap membonceng di belakang tak habih-habih menepuk bahu gua suruh berhenti kerana beliau takut akan jalanraya yang dah bertukar licin. Demi keselamatan beliau, gua memberhentikan motor di sebuah perhentian bas yang tak dikenali.

“Cemana ni? Baju dah start basah…” tanya Banker yang sedang menggigil kesejukan.

“Tu lah..nak redah tak? Alang-alang baju dah basah?” balas gua sambil menunjukkan jari ekselen.

“Redah? Lu gila ka? Kan hujan lebat tengah jalan tu...?” bentak beliau dengan tone sedikit hangin.

Gua tersenyum.

Setelah keadaan kembali pasrah, gua membalas:

“Alah..takpe. Hujan lebat kat TENGAH jalan. Kat TEPI jalan tak hujan...”



Moral of the story: Tak semua benda kita boleh bergurau...

4 comments:

bobby gonzalez said...

gila ahh..hg mmg klakar setanding maharaja pakya, muding, gandi & apek..

Sandokhan said...

Bober:
Huiihs...hang ada-ada saja.

ParkAir said...

hehe pandai jgk ko melukis ye. aku dulu dok KL selalu kena hujan. tapi time balik keje memang jarang berenti, redah jugak..

Sandokhan said...

ParkAir:
Boleh la sikit-sikit. Nak kata terer macam ko tu, takde la. Aku beginner ajer...Tak buleh nak buat apa bro. KL skang mmg selalu hujan. Asal hujan jer...musti banjir. Itu lumrah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...