Friday, January 25, 2013

Weekend Nan Indah

Jumaat,

Hari yang paling ditunggu-ditunggu oleh komuniti-komuniti yang makan gaji macam gua. Bila sembang dengan bebudak ofis yang lain lepas kerja, semua dah ada plan masing-masing. Gebang pung! pang! pung! pang! nak tengok Juvana The Movie la, berkepit dengan pakwe-makwe, ambik job part time jadi polis bantuan la. Buat duit lebih jadi anjing pengesan di airport la...bla bla bla. Yang mana ada anak, dah start pikir shopping complex mana yang customer-friendly supaya senang nak tolak stroller masuk dalam mall. Macam-macam.

Seronok.

Gua?

Heh! Sabtu-Ahad dah tak bagi makna apa-apa kepada gua. Selama 3 tahun ni, gua hanya dapat tengok kutu-kutu menghabiskan zaman muda mereka dengan enjoy-menjoy sakan. Untuk nak buat ayat gua nampak lebih sedih, gua hanya dapat perhatikan mereka semua dari satu sudut yang jauh. Tak apalah. Biarlah mereka dengan keseronokan mereka. Mereka punya suka, gua tak boleh buat apa.

Esok ada Quiz. Ahad ada presentation.

Amacam?
Indah kan Sabtu-Ahad gua?

4 comments:

sabasalbi said...

bersusah2 dahulu, berenjoy2 sakan kemudian.
enjoy di kemudian hari tu akn lg best sbb masa tu wallet lg tebal :D

Sandokhan said...

sabasalbi - Terima kasih atas kata-kata hikmat anda. Sapa tak jeles tengok orang bleh bersenang lenang Sabtu Ahad. Tapi tak apalah...3 tahun saja. Tak lama. :)

kamal yahaya said...

apa pasai ngan 3 tahun?

Sandokhan said...

Kamal Yahaya:
Aku sambung belajaq la, Mal...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...