Lepas balik dari kelas tadi, entah kenapa hari ini tekak gua terasa nak makan cempedak goreng. Lain betul dia punya perasaaan hari ni. Tak seperti hari Ahad yang biasa-biasa, yang biasanya gua akan turut-turut beratur memegang pinggan nasik bersama puluhan rakyat marhaen Gombak yang gemar singgah makan nasik di Sri Ayu. Tapi, sebaliknya hari ni, gua teringin nak makan cucur pula.
Diet? Mungkin kot?
Sebab doktor yang check gua minggu lepas komen:
"Awak ini, rupa sudah tampan, tapi satu saja masalah awak. Awak BERAT..."
I was like...DAFUQ?
Itu scene masa gua kena attend medical checkup untuk mengesahkan gua qualify untuk jadi seorang student ni Universiti tempat gua belajar ni. Tapi itu punya hal nanti la gua cerita.
Lepas hantar Banker Permatang Pauh balik rumah, gua straight start motor pergi Sri Ayu. 3 minit saja gua dah sampai, memandangkan dari rumah gua tu, jengoi saja dah nampak deretan kedai Sri Ayu. Lu tau ke apa tu jengoi? Sah lu bukan orang utara. Jengoi tu, perbuatan mengusyar sesuatu kejadian dari jauh dengan sekadar memanjangkan tengkuk dari satu sudut. Yang mana bebudak yang nak repeat paper kenegaraan ni, elok la salin definisi yang gua bagi tadi. Jangan kata gua tak ingatkan pulak!
Sesampai di Sri Ayu, gua terus meluru pergi ke bahagian menjual makanan-makanan ringan. Sri Ayu nie kalau lu orang nak tahu, dia terbahagi kepada beberapa section. Ada section nasik putih, ada section kuah/lauk-pauk, ada section ulam-ulam, ada section sambal belacan dan bahan cicahan dan tak lupa jugak section makanan petang. Goreng Pisang dan Cempedak Goreng sebenarnya masuk dalam kategori ringan-ringan.
"Kak, bagi goreng pisang RM4. Erm...cempedak goreng ni bagi RM2 dah la.." steady gua placing order macam yang gua selalu buat kat kaunter Kentaki.
"OK..." kakak yang jaga kaunter cucur pun balas pendek.
Sesudah setel membuat pesanan, gua mengeluarkan phone gua lalu membelek-belek twitter, takut-takut kalau ada push notification yang tak dijawab, nanti orang claim gua sombong pula. Sementara itu suasana di Sri Ayu seperti hari-hari minggu yang biasa. Kecoh, riuh dan sesak dengan rakyat yang segan nak masak nasik dan goreng lauk sendiri.
Sebenarnya gua paham benar kenapa ramai diantara kita memilih untuk makan di luar berbanding mengerjakan tulang empat kerat ini untuk 'bersilat' di dapur. Peredaran zaman yang pantas membuatkan kita semua ini tidak lagi boleh bersila panggung bermain dengan masa. Bahkan, sebaliknya kita pula sebenarnya yang terkinja-kinja mengejar masa. Barang makin mahal. Tuntutan kerja makin lama makin merisaukan. Kaum lelaki sekarang tidak lagi menjadi the only bread winner dalam organisasi kekeluargaan. Gua lihat, sekarang hak mencari rezeki dan mengatur kelicinan rumahtangga juga ditanggung oleh kaum pempuan zaman sekarang. Disebabkan kedua-duanya bekerja, jadi masa untuk bersenang lenang dirumah tidak lagi boleh dijadikan satu kelebihan. Hentikan impian lu orang semua untuk mencipta moment-moment romantis, bermesra-mesra dan bermain tepung menepung di dapur antara suami dan isteri seperti dalam filem-filem barat. Itu semua bohong belaka! Disebabkan percambahan teknologi dan segala macam pembaharuan dalam kehendak kendiri, kita semua terpaksa bekerja keras untuk membayar bil apa kelancau itu ini! Bertungkus lumus dari Isnin sampai Jumaat semata-mata untuk memenuhi KPi. Jadinya, apa nak buat bila cuti Sabtu/Ahad? Nak masak? Lupakan.....baik tido, ye tak?
Cilaka.Apa yang gua nak cerita tadi?
"Nah dik, semuanya RM6" sapa kakak kaunter cucur sambil menghulurkan 2 bungkus beg plastik kecik berisi kuih.
Gua sambut beg plastik itu sambil tersengih. 3 keping not RM2 gua hulur kemas dan terus menuju ke motorsikal gua. Disebabkan terlalu lapar dan tak tahan dengan aroma wangi bau cempedak goreng, sesampai saja di motorsikal, gua terus membuka plastik berisi cempedak itu serta-merta. Lapar bhai. Lapar sampai gua rasa gua tak boleh lagi kontrol hensem depan makwe-makwe yang datang makan nasik di sini. Bila plastik dah gua buka, pelan-pelan gua seluk tangan ke dalamnya dan......
"Eh?"
"Takkan tiga bijik?"
Gua terdiam seketika. Gua bukak plastik cempedak tu luas-luas dan mengira bilangan cucur yang ada di dalam itu. Ya, tangan gua tak menipu. Memang hanya 3 bijik saja cempedak goreng dalam plastik tu.
Pada hemat gua, mungkin akak yang isi cucur tadi tersilap isi agaknya. Disebabkan orang ramai, kakak itu terlalu kalut sampai bilangan cempedak goreng gua pun dia dah salah isi. 3 bijik ni, gua nak lantak apanya? Baik gua pergi kedai mamak beli twisties. Ye tak?
Gua mengambil keputusan untuk pergi semua ke kaunter cucur kakak tersebut untuk menghendakkan kepastian. Ya lah, kita pengguna. Kita juga ada hak nak tau tentang produk yang kita beli ni. Entah-tipu entah tidak, kita perlu jua dapat jawapan. Ini perkara serius. Gua dah penat kena tipu sebenarnya. Lebih lagi dalam soal menda makanan.
"Kak...sebenarnya, cempedak goreng ni kira macamana?" tanya gua.
"Cempedak goreng ni, 3 bijik RM2, dik...." balas akak tu. Pendek.
Gua telan air liur.
Remuk juga hati gua bila ingat balik apa yang terpacul dari bibir kakak kaunter cucur tersebut. Serius lain macam punya remuk gua rasa pada tika itu. Kecewa, frust dan marah bersulam tiba. Gua ingatkan selama ini insiden gua tertengok video "2 Girls 1 Cup'' tu dah cukup membuatkan gua 'down' sampai tak lalu makan, rupanya scene kena katok pasal cempedak goreng ni lagi teruk dia punya frust.
Gua start motor dan balik ke rumah. Kecewa. Itu jam, gua sebenarnya tak fikir langsung pasal kesesakan lalulintas yang kian menular di Sri Gombak. Nasib baik gua tak eksiden. Sedar-sedar saja, gua dah park motor betul-betul depan pokok pelam depan pagar rumah. Gua perhati semula plastik goreng pisang dan cempedak goreng yang terletak elok dalam raga motosikal. Sambil menyalakan sebarang rokok, gua bertenggek di tempat duduk motor sambil merenung jauh ke arah KLCC. (Ok, benda ni gua tak tipu. Dari rumah gua memang betul-betul boleh nampak KLCC.)
Kenapa gua frust?
Cempedak goreng ni adalah antara cucur kegemaran gua sejak kecik. Zaman kecik gua yang paling gua ingat adalah scene ''tolong" arwah mak gua goreng cucur cempedak dekat dapur sampai jari telunjuk kanan gua tercelup dalam minyak panas. Punya nak makan menda alah tu, sampai gua ingkar amaran arwah mak dan pergi goreng sendiri. Budak 5 tahun cuba nak berdikari hendel scene-scene goreng. Hah, ambik kau. Berparut jari gua sampai sekarang. Seumur hidup gua, yang gua tahu, tak ada satu jenis kuih pun yang dapat menandingi kesedapan cempedak goreng. Serius shit, ini perkara benar. Walaupun cucur ini biasanya diekori rapat oleh kuih ketayap, tapi cempedak goreng ada keistimewaannya yang tersendiri. Aromanya yang wangi, isinya yang manis dan teknik gorengnya yang simple; sentiasa membuatkan juadah ini sentiasa hit di hati gua. Kalau cempedak goreng diketengahkan dalam medium twitter, sudah pastilah umat manusia akan dipecah belahkan dengan hastag masing-masing. Contohnya, gua mungkin akan menjadi #TeamCempedakGoreng. Orang lain gua tak tahulah. Mungkin ada #TeamKaripapIKEA atau #TeamDurianCrepe. Sapa tahu, ye tak?
3 bijik cempedak goreng, mereka caj sampai RM2. Ini adalah benda yang paling ridikeles yang pernah gua alami.
Gila!
Cempedak goreng sepatutnya menjadi makanan rakyat marhaen, golongan kelas sederhana macam gua. Ia tidak boleh terlalu mahal, dan tak boleh terlalu murah. Kalau terlalu mahal, menu ini akan masuk ke dalam carta makanan orang kaya. Akan jadi mainstream. Ini tidak adil. Harga yang terlalu mahal dengan nilai kesedapan cempedak goreng tidak boleh diambil kesempatan. Kami penduduk Sri Gombak ni bukan semuanya kerja engineer Petronaih yang bonus sampai setengah tahun! Kami hanya rakyat biasa, yang makan gaji dari pukul 9-5, Monday to Friday. Apa yang gua takut, satu hari nanti bakal muncul satu trend di mana cucur ini dijual secara Combo Deals di Starbucks. Sapa tahu? Super Savers! Get 5 pieces of Cempedak Goreng with every purchase of one Java Chip frappucino.
"Hey gurls....I'm gonna go to Starbuck. You girls want anything?"
"Oh yeah...can you get me those delicious-super-hot Cempedak Goreng?"
"Sure bitches...see ya later."
"Ciao!"
(cue: adegan beberapa bimbos menconteng mekap ke muka masing-masing di washroom hotel 5 bintang )
Ini tak mustahil.
Barang mahal. Semua mahal. Sampai kuih-muih tradisional yang gua suka pun sekarang dah jadi tak relevan. Sedikit sebanyak gua rasa hampa dengan pihak berwajib yang mengawal harga barang. Ahh...zaman dah berubah. Dulu orang kerja pagi-petang bertungkus lumus meredah jem di lebuhraya semata-mata hendak mencari rezeki sesuap nasik buat mulut sendiri, mulut isteri dan mulut anak-anak. Sekarang punya scene, kerja teruk-teruk semata-mata hendak bayar bil internet, bil Unifi dan Astro yang dah naik harga macam *toooooooooooot*. Kesempatan macam ni la diambil oleh makcik-makcik yang mengusahakan bisnes kecil-kecilan jual kuih. Mungkin pada hemat mereka, bil bulanan telefon pintar yang mahal tu pun mampu dibayar, inikan pulak nak beli cempedak goreng 3-2 ringgit, ye tak?
Ahhh!
Ini tak boleh jadi.
Gua keluarkan handphone gua yang terselit dalam kocek seluar. Slide untuk membuka kekunci dan terus telefon tokwan gua. Macam biasa, kalau telefon tokwan, kena tunggu sampai ringer yang ke-15 barulah dia angkat. Disebabkan faktor usia dan tenaga, dan untuk beliau naik ke tangga semata-mata untuk mengangkat telefon, ia memerlukan penggunaan kudrat yang optimum. Heck, dulu masa muda Tokwan gua hebat, lu orang tau tak? Setakat tupai yang lari laju tu, selamba saja dia tangkap, bare-hand! Betul gua tak tipu ni. Ini cerita betul.
*kelecak*
Tokwan angkat telefon.
Gua beri salam.
Tokwan jawab salam.
Tokwan tanya "Hang nak apa?"
Gua jawab:
***
"Nak tanam pokok Cempedak ni macamana?"
.....................
2 comments:
naissss. hg macam penulis novel.
Diyana Farid:
Hahaha...xde la macam penulis. Just buat karangan secara runcit-runcit saja.
Post a Comment