ED - Executive Director
MD - Managing Director
Benda nie betul-betul terjadi pagi tadi masa gua tengah makan nasik dekat pantry.
Tengah sedap dok suap nasik lemak yang gua beli dekat depan HQ BOH tadi, tiba-tiba extension gua berdering. Memang gua boleh cam itu memang extension gua, sebab gua sorang saja pakai nada dering mesin rumput. Pada hemat gua, ahh...gua tengah makan nasik ni. Takkan gua nak bergegas pergi angkat pula? Logiknya, kalau call tu betul-betul penting, mesti si pemanggil akan call gua lagi. Mungkin masa tu, nasik gua dah habih makan dah.
Kebetulan Karthik ada ditempat beliau. Pantang Karthik ni, dia tak boleh dengar telefon extension yang tak berangkat. Dia bingit. Jadinya, tanpa pengetahuan gua, dia pun angkat offer dirinya untuk angkat extension gua tadi.
Gua masih lagi gigih menghabihkan nasik lemak akan depan HQ Boh tadi. Entah kenapa hari ni sambal dia rasa sedap pulak. Tak seperti biasa, yang tawarnya serupa setan. Sedap brader...memang sedap. Gua syak akak tu ada letak perencah Megi Kari dalam sambalnya tu. Sebab rasa menusuk tu lain macam. Macam makan megi.
"Dude!" gerutu Karthik mengejutkan gua yang tengah makan.
"What? I'm eating, man..."
"Nahh..Just want to inform you. ED just called your extension. He wants you to call our MD..."
"Err...seriously? "
"Yeah....move your ass, man! Call MD now..."
Faking. Time tengah sedap-sedap ni la, si Karthik nie nak potong. Gua terus letak sudu garpu atas balutan daun pisang. Nasik lemak yang hanya tinggal 3 suapan tu gua terpaksa KIV sekejap. Jujurnya, bila problem melibatkan ED atau MD atau mana-mana pangkat tinggi dekat opis gua ni, gua cepat tak sedap hati. Hal mereka mesti nak kena setelkan cepat-cepat. Tangan yang menyuap gua nasik, takkan gua nak gigit pula kan? Ewahhh...gua punya ayat. Macam orang kerja pakai baju batik kancing sampai atas tiap-tiap Khamis pula.
10 saat lepas tu, gua sampai di kubikel gua. Segera gua keluarkan phone, dan cari nombor MD gua. Srap! Srap! Srap! (bunyi slide), gua terus call. Nombor Diji.
*toot...tooot!* *toot...tooot!*
"Nombor yang ada panggil, sedang berapa di luar kawasan.."
Aik? Luar kawasan? Mana pulak MD gua ni pergi? Gua cer try dail no lain pula. Nombor YuMobail.
*toot...tooot!* *toot...tooot!*
"Nombor yang ada panggil, sedang berapa di luar kawasan.."
Hasilnya tetap sama. 5-6 kali gua ulang-ulang dail kedua nombor itu. Still tak dapat. Gua tekan extension Ain, seketari MD gua. Gua tanya, MD masuk opis tak hari ni. Ain balas,
"MD kita mana ada. Dia outstation."
OK. Gua dah boleh tangkap dah apa jenis masalah akan tiba. Biasanya kalau orang high-level travel on a business trip, masalahnya mungkin lebih kepada Outlook Email Access ataupun benda-benda yang melibatkan BlackBerry Server. Takpa, takpa. At least gua dah boleh predict dah. Tapi, gua still tak paham. Kalau MD ada masalah, biasanya dia akan straight call handphone gua. Kenapa mesti call extension?
Gua tekan nombor extension receptionist. Kebetulan Nazri baru sampai ofis. Seronok betul dia. Dapat lesen datang lambat sampai hujung bulan dari ED.
*troot trooot*
*Klecak!*
"Ayie...tadi MD ada telefon ofis ke?" tanya gua cepat-cepat. Salam pun terlupa bagi.
"Entah la Ril. Gua baru sampai ni. Cuba lu telefon Am. Mungkin dia yang angkat tadi..."
Fark.
Gua terus call Am. Kebetulan Am tengah kat Mamak Harmain, hendak beli Teh O Ais. Gua tanya, tadi dia ada pass any call ke extension gua ke tak? Dia jawab tak ada la pulak. Gua masih tak puas hati. Gua tanya lagi, MD atau ED ada call ofis ker tak? Am jawab benda yang sama. "TAK ADA!!"
Ah sudah.
Gua terus pergi mendapatkan Karthik yang tengah sedap berasap di smoking section tepi tangga.
"Dude...are you sure, ED wants me to call our MD?"
"Yeah man. 100% sure! Why?"
"Are you sure....that was ED's voice?"
"Dude, I'm not deaf, man. I know who I just talked with. Why man?"
"It's a long story. Never mind, I'll catch with you later.."
Kenapa gua jumpa Karthik?
Gua just nak confirm samada dia prank gua ker tak. Sebab prank melibatkan ED atau MD nie sangat tak lawak woi!
Gua beredar dari ruang merokok tersebut serta merta. Maka tinggallah Karhik kesaorangan bertemankan abu-abu yang berserakan, asap-asap dan puntung-puntung yang bergentayangan mengotori ruang rehat kami. Kendian, gua sekali lagi keluarkan handphone gua. Demi nak dapatkan kepastian, gua terpaksa memberanikan diri untuk menelefon ED. Sebenarnya, ED gua ni bukan jenis garang, apatah lagi jenis makan orang. Cuma, orang cakap perbezaan level dan darjat tu membuatkan gua menyegani untuk berdepan dengan mereka.
(Menyegani? Ok...gua dah cakap srupa Karthik!)
*troot trooot*
"Helo?"
"A'kum Tuan.Sarip (bukan nama sebenar), Saya ni, Zaril." balas gua perlahan.
Segala perkataan gua atur cermat-cermat. Gila apa, gua tengah cakap dengan ED ni...
"Hah..kamu. Ada apa call saya ni?"
"Maaf, tuan kalau mengganggu. Tadi...Karthik cakap tuan ada call extension saya, dan minta saya call MD. Betul ke?"
"Call kamu? Eh, tak adalah. Saya tak ada call ofis pun hari ni..."
"Tapi tuan....Karthik cakap....dia..."
"Dia salah dengar tu. Saya tak ada call extension kamu. In fact, saya belum call sesapa pun pagi ni..."
"OK tuan. Nanti saya double confirm dengan dia.."
Gua letak telefon. Macam-macam benda sedang berlingkaran di atas kepala gua ni. Benda dah jadi libang libu.
Kathik cakap ED pesan kat gua suruh telefon MD.
Call dua-dua nombor MD tak dapat.
Seketari bagitau MD outstation.
Nazri cakap dia tak tahu mende.
Am cakap ED or MD takde pulak call ofis pagi ni.
Karthik kata, tu memang suara ED.
Gua call ED, ED sendiri kata dia tak call sapa-sapa pun pagi ni.
Gua tersandar.
Ahhhh sudah!
2 comments:
Huh...jgn biar diri anda diselubungi misteri.
Abejame:
Misteri sangat ni brader. Sampai skang gua tak jumpa siapa caller tu yg sebenar.
Post a Comment