Gua bukan nak mengomel pasal ketidakseragaman subjek dalam kelas pensarjanamudaan, tapi ada satu benda yang buat hati gua terbakar pasal scene belajar gua ni.
Bila habis Financial Accounting nie, gua kena pursue satu topik yang paling susah (according to hustler-hustler Accounting dan classmate gua yang keja Akauntan) iaitu Managerial Accounting. 1st class selepas cuti mid-sem, gua masuk semula kelas setiap sabtu petang dengan perasaan yang berkocak. Financial pun gua semput nak mentelaah, apatah lagi Managerial yang Akauntan sendiri anggap susah. Lecturer Managerial Accounting (MA) pun masuk dan memperkenalkan diri. And yes, she was pretty entertaining. Dia berjaya buat kelas gua pada minggu lepas langsung tak bosan. Berbanding kelas-kelas sebelum ini, yang mana kopiko yang kampit besar ada 50 bijik tu gua pulun sungguh-sungguh demi nak tahan mata dari mengantuk. Kalau dah tertido dan termiss apa lecturer kata, itu lagi besar punya bala! Gua rasa, habih master ni, gua ada potensi nak kena Diabetes. Ini serius. Gua kena pergi check air-kencing.
So, 1 lesson, dia ajar pasal keseragaman dan hubungkait MA dengan konsep Islam. Nampak? Subjek pengenalan ni nampak sangat light. Ni la first time kelas accounting yang gua langsung tak tekan calculator. Punya la seronok dengan segala macam hujah dan ekspresi pendapat di kalangan pelajar-pelajar local dan pelajar antarabangsa. Well, nampak macam indah cuma yang buat gua "What the What?" adalah apabila at then end of the class. Sepatutnya hari itu, dia cover 2 topik. Tapi, since lesson 1 sungguh-sungguh dia punya sembang pasal konsep wasatiah la, kesederhanaan la, bla..bla..bla, jam dah start tunjuk pukul 7.30 malam, dalam erti kata lain...masa dah time!
Great, 2nd lesson dia tak sempat nak ajar.
Lecturer tu macam termalu. And before the class ended, dia pass beberapa helai study cases dan expect the rest of us siapkan kesemua soalan (which is too many) for our next class. And guess what, soalan-soalan tu adalah dari lesson 2.
Great. *sigh*
Semua budak terpinga-pinga. Yang mana yang kepala botak, makin laju mengusap-ngusap kepala. Yang mana yang berkepala, eh? Yang mana yang ada rambut, makin laju menggaru-garu kelemumur. Yang mana berhijab, makin cemas menggigit bucu-bucu tudung. Perasaan kami bercampur baur. Marah....blur...kecewa....nak terbalik meja...rasa nak terajang pintu semua ada.
What the heck was she thinkin' at that time?
Budak-budak dah ramai bersuara.
"Apa ni puan? Puan tak ajar pun kami? Mana la kami reti nak buat?" seorang classmate gua yang berpangkat Accountant Manager bersuara.
Lecturer tu hanya tersenym.
"Kamu belajar la sendiri. Kamu sudah level Master....." balas beliau perlahan dan terus beredar dari bilik kuliah.
Suasana jadi hening. Semua terdiam kaku, even lecturer dah meninggalkan kelas. Gua punya rasa hampa masa tu memang betul-betul kelat punya stail. Sampai nak senyum pun gua rasa buang masa. Logiknya, ini adalah satu penganiayaan. Semua orang tahu (especially accounting side) yang subjek MA ni sangat susah. Dah paling gua frust, lecturer ambik sikap acuh tak acuh dalam nak menyampaikan. Logik tak? Lu ajar subjek lain, lu suruh bebudak buat assigment terhadap subject yang lu 'tak sempat' nak ajar.
In before: "Ni la level Master, lu memang kena study sendiri..."
Seriously, gua frust. Senang saja lecturer tu kata, 'kamu semua sudah level master'. And what? Dia expect kami belajar sendiri? Belajar sendiri memang boleh brader. Tapi, lu orang pernah dengar tak satu kata-kata ilmiah iaitu 'nak belajar, biarlah berguru...'? Kalau tak berguru, ilmu tu takut disalahfaham, dan orang mulalah nak memandai-mandai. Ni ulama' sendiri yang cakap, supaya apa yang kita belajar tu betul-betul kena dengan konsep 'hendak belajar'. Maafkan gua kalau sekali sekala gua kaitkan dengan Islamic, walau level Muslim gua tak power mana pun. Tapi gua tensen. Gua susah-susah cari duit nak bayar yuran, tapi kalau lecturer expect gua belajar sendiri, baik tak payah. Dia ingat yuran murah ke? Well, murah for some people, but not for people like me yang terpaksa strive untuk cari duit.
Some of my words might be harsh, but personally gua rasa ini tidak adil.
Ini penganiayaan.
End!
(Readers might come up with pretty-bullshit comments like: Ini la melayu, semua nak kena suap...bla.bla...bla. Yeah, I can see that coming. But. what, what da heck? I got my own reasons, and paid my own fees with my own hard-ass strive money)
Image taken from: Causes
2 comments:
Ini la melayu semua nak kene suap dari zaman degree smp ke master tak berubah-ubah....ubah la jgn kerajaaan je nak kene ubah...kite pon kene ubah...hahahaha padu tak bebelan gua....ala cin ko kan power goreng....goreng je la smp hangit...kalo lec ko bising....haaa time tu la ko sound balik...nampak tak permainan disitu
Abejame:
Pergh....gua kena 'sekolah' dengan Abejame. Ini rare ni...rare. Kahkahkah!
Post a Comment