Tuesday, November 15, 2011

Kemalasan Yang Padu

Cubicle Tempat Saya Kerja,
Jalan Yak Kwan Seng
Kuala Lumpur

15 November 2011

Assalamualaikum para pembaca semua.

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Saya disini tidaklah sesihat yang disangkakan, memandangkan akhir-akhir ini cuaca amatlah kurang menentu suasananya. Hujan & panas berselang seli kadang-kadang boleh membawa kepada demam yang tak sudah-sudah; sama seperti apa yang saya tengah hadapi sekarang ini.

Untuk seketika waktu, saya sengaja tidak mahu mengemaskini blog ini kerana ingin menguji sejauh mana saya boleh mencabar diri saya meninggalkan bidang penulisan crap! seperti yang saya selalu lampiaskan sebelum-sebelum ini. Nyatanya, susah benar! Biarpun berjaya bertahan selama seminggu, namun dalam seminggu itulah tangan saya terketar-ketar seperti orang terkena parkinson. 

Apa sudah jadi dengan saya ini? 

Ya, saya sedar yang blog saya ini bukanlah ada pembaca sangat pun, namun keberahian saya dalam menulis artikel-artikel fiksional dan imaginasi saya sendiri adalah mengatasi segala-galanya. Oleh itu, saya membuat keputusan, biarlah tanpa pembaca pun, saya akan tetap menaip, menaip dan terus menaip. Seperti Cena yang tidak menghiraukan laungan 'Cena Sucks', seperti 'Manchester United' yang tidak menghiraukan kredibiliti 'Mr.Potato' dalam penajaan, saya akan teruskan dengan apa yang saya dah mulakan.

Akhir kata, maaflah sekiranya saudara-saudara semua kurang memahami tentang apa yang cuba disampaikan dalam entri kali ini. Nyatanya, bukan kalian sahaja yang tidak faham, malah saya sendiri pun tak faham tentang apa yang saya tulis.

Now That's Wassup!



Yang Benar,
Ismail Ibrahim
Ketua Kelab Kompang Kampung Raja

4 comments:

velasrizal said...

aik kamu pn xpaham apa kamu tulis.. kamu ni byk imiginasi kreatif smpai kdg2 terlupa apa kamu tulis

ParkAir said...

ko letak je sekeping gambar, lepas tu taip 2 3 ayat. hahaha!

Unknown said...

kesimpulannya kau dah kena ketagihan...

kalau tulis takde org baca, kau print.. pastu photostate 40keping, letak kat masjid jamek hari jumaat ni..

Sandokhan said...

velasrizal: Imaginasi ini kadang-kadang membunuhku...

ParkAir: Yang tu lagi la dasar pemalas! Kahkahkah!

Zulfikar Hazri: Keja-keja buat flyer letak kat Masjid nie biasa orang MLM jer yang power buatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...