Friday, October 7, 2011

Things that I miss in WWE...#1

Demolition, Legion of Doom & The Hardy Boyz


Tag Team Division

Gua tengok match tag-team dulu dengan match tag-team skang sangat jauh beza. Nyatanya, tag-team zaman sekarang telah berjaya buat gua mengantuk. Dulu punya tag-team sangat superb. Sebut saja team-team yang terkenal seperti Legion of Doom (L.O.D), The Dudley Boyz, The Hardys, Edge & Christian, New Age Outlaws, mesti lu orang akan rasa meremang dan teruja nak melayan match-match diorang. Entah la, gua rasa tag-team yang bagus dibentuk atas dasar ‘chemistry’ dan ‘buddies’; dan bukan atas dasar story plot.

Tak faham? Macam nie. Cuba tengok Dudley Boyz. D-Von Dudley & Bubba Ray Dudley entered the world of pro-wrestling sebagai ‘tag-team’, dan bukan sebagai ‘single competitor’. Hawk & Animal, entered WWF sebagai Legion of Doom, dan bukan sebagai penggusti solo. Edge & Christian, bermula sebagai tag-team. OK, now kita bandingkan dengan tag team zaman sekarang. So now, Kofi Kingston dan Evan Bourne adalah Unified Tag Team Champion, dan mereka menamakan team mereka ‘Air Boom’. Kedua-dua mereka ini merupakan penggusti solo yang digandingkan bersama, setelah mereka telah lama bertapak dalam WWE.

Dan apa yang gua nak tekankan disini, Air Boom dibentuk seminggu sebelum mereka compete dalam tag match, dan merampas kejuaraan tag team dari Otunga & McGillicutty. Boleh ker persefahaman antara 2 individu yang belum pernah diganding; dibentuk hanya dalam seminggu? Sempat ker nak create signature move, special taunts yang boleh membuatkan orang ramai recognize team tersebut dalam tag division?

Faham tak disini?

Hakikatnya, team yang dibentuk tanpa persefahaman yang kuat TAKKAN bertahan lama. Contoh paling senang. Cuba tengok Cody Rhodes & Drew McIntyre. They used to be tag-team champion. Tapi, bila dah kalah title belt, mana ada lagi diorang compete as a tag-partner? Terus berpecah dan bergerak secara solo. Santino Marella & Vladimir Kozlov gua takyah cerita la. What a pair of jokes! Air Boom (Kofi Kingston & Evan Bourne) pun tunggu masa je. Sekarang boleh la, diorang pegang title. Nanti bila dah kalah, lu orang rasa this two dude akan compete for another tag team shot, under the name of ‘Air Boom’ lagi kah? Seriously, takkan ada punya.

Satu lagi charisma. Sebagai contoh. Apa yang membuatkan L.O.D dikenali ramai? Personally gua akan cakap, their unique face-paint, the modified spiked shoulder guard yang gua gilai sampai sekarang, dan ‘Doomsday Device’, their signature moves.  The Hardys? Team Extreme, colorful armband, and Senton Bomb. Edge & Christian? Gua hanya dapat pikir 2 aje : ‘Double Con-Chair To’ & ‘5 Second Pose’. So, apa istimewanya Air Boom, Otunga & McGillicutty, Cody Rhodes & Drew McIntyre? Hurm…let’s think about it.

Nahh…none, rite?

Pokoknya disini, tag-team championship dalam WWE dah hilang dia punya personal umpph! Excitement dah pudar. Mungkin kerana sikap WWE sendiri yang memandang tag-team division ini adalah satu division yang remeh. Tapi, bagi gua, kalo ia betul benda remeh, Road Warriors, The Bushwackers, Demolition, The Steiners Brother takkan dikenali ramai. Mereka takkan dinobatkan sebagai lagenda pro-wrestling. Sekarang dah tak ada team yang betul-betul komited untuk compete for this kind of championship. Semua nak hala kepada U.S Champion, Intercontinental Champs, bla..bla..bla.

OK. Kita tahu TNA adalah empire gusti yang agak crap. I mean hexagonal ring? Saiz arena sebesar bangsal ayam? Are you kidding me? Pfft! Tapi, kalo korang tanya gua soal advantage, gua akan katakan kekuatan TNA terletak kepada penggusti-penggusti mereka yang beraksi dalam tag-team division. TNA mempunyai banyak tag-team sebenarnya kalo nak dibandingkan dengan WWE. Hasil kerja keras team-team seperti Beer Money Inc, Motor City Machine Guns (MCMG), American Most Wanted (AMW), Generation Me, LAX, The Natural lah yang menaikkan TNA. Senang cerita, sebab diorang la Jeff Jarret kaya! Walaupun gua tak minat TNA, tapi personally I kinda like their tag-team Championship. Jauh lebih baik dari WWE.

Jujurnya, gua sangat rindukan aksi-aksi mantap L.O.D, Brothers of Destruction, Hart Foundation, New Age Outlaws, The Hardys, Dudley Boyz, The Smoking Guns and The Headbangers. I’m happy to admit I miss them so much. The excitements, the traditional feud, the backstage drama…ahhh. Kalau la team-team nie masih power dan masih boleh menyajikan moment-moments yang electrifying kepada crowd, Jeff Jarret boleh balik kampung ternak kambing.

Now that’s wassup!

* Tammat *


Picture credit to My 1-2-3 Cents

3 comments:

ParkAir said...

Err tapi bukan ke semua aksi2 tu lakonan semata-mata?

mie said...

woi... team jbl dgn farooq tu apa nama dia...?? buleh tahan power doh dgn pakai seluar hitam x pakai baju.... lagi satu scotty 2 hotty sama apanama ntah yg pakai google tuh... haha...

Sandokhan said...

ParkAir: Memang lakonan semata-mata. Tapi, as entertainment, feel layan wrestling skang dah tak berapa superb macam zaman-zaman Macho Man dlu-dulu.

mie: Owh, tu 'Acolytes'. Dasat dowh diorang zaman tuh. Better beware dengan JBL's 'Clothlines From Hell'...super finish. Lepas tu, Acolytes form APA (Acolytes Protection Agency) untuk service bodyguard. Itu lagi pergh, mmg dua-dua jadik kaki pukul.

Scotty 2 Hotty dengan Grand Master Sexay tu...Too Cool! Hahaha...fukken epic!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...