Monday, October 17, 2011

Nampak? Nampak?

Akhirnya...

Hujung minggu gua dihiasi dengan beberapa moments sukan yang amat menggembirakan. Pertama, All Blacks berjaya mara ke perlawanan akhir #RWC2011 23 Oktober ini menentang France. Keduanya, Arsenal minggu ini mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan skuad The Black Cats sebentar tadi. Alhamdulillah, sesekali merasa kemenangan, dia punya feel memang melambung tinggi!

Dengan berbekalkan advantage bermain di tempat sendiri, Arsenal bermula gagah apabila Van Persie berjaya meledakkan gol pertama Arsenal seawal minit pertama (29 saat…saya ulang. 29 saat). Hasil umpanan Gervinho yang cantik, memastikan Van Persie mempunyai ruang yang secukupnya untuk melepaskan satu rembatan kaki kanan yang sangat kencang! Nyatanya, Mignolet gagal menepis bola tersebut. Power…memang power. Gua rasa keeper sehebat Massimo Taibi pun takkan boleh menepis bola tersebut. De Gea? Err…sapa tu?

Sejurus selepas gol tersebut, Arsenal semakin garang menyajikan beberapa siri serangan berantai untuk merobek pertahan Sunderland. Tercungap-cungap beberapa pemain buangan Man United untuk marking pergerakan lincah Gervinho. Ada la 2-3 percubaan Van Persie yang hampir menampakkan peluang, namun dihalang oleh tiang gol dan tampanan nasib Mignolet. Jujurnya, gua katakan, 15 minit selepas gol pertama tersebut, gua menyaksikan satu mutu permainan yang terlalu cantek, seperti zaman ‘invincibles’ dahulu kala. Arteta bagaikan terlalu serasi dengan setiap pergerakan Persie. Gervinho seakan-akan boleh membaca segala through-pass Rosicky. Tidak hairanlah ball possession ketika itu memihak kepada Arsenal sebanyak 60%!




Namun, kata orang tua-tua, kalo tak bolos, tak Arsenal lah namanya. Satu terjahan bodoh yang dilakukan oleh Arteta di depan kotak penalti merubah segala-galanya. Sebastian Larrson menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil satu sepakan percuma sangat gila babi punya superb! Curve cantekkk punya  (se’awesome’ curve pinggang Kim K). Tewas jugak Szczesny dengan lengkungan tersebut. Pemain buangan Arsenal ini walau bagaimanapun tidak berani nak celebrate goal beliau lebih-lebih. Takut balik nanti kena raid time naik bas. Cukuplah sekadar senyum sinis dan kenyitan mata kepada Rosicky. Itu dah cukup menganjing!

Lepas gol Seb Larsson tersebut, prestasi Arsenal umpama hidup segan, mampus tak mahu. Satu taktikal yang sangat tidak menjadi. Semuanya huru-hara. Passing macam haram jadah. Back-flick tak jadi langsung dan seringkali di’counter-attack’ senang-senang oleh Elmohamady dan Sessegnon. Masa nie, tengkuk gua tak berhenti-henti meremang. Degupan jantung gua ganas mengepam darah ke arteri-arteri yang sepatutnya. Kalo dalam bahasa rempit, prestasi Arsenal ketika itu bolehlah disamakan ‘macam cilaka’! Ketika ini jugaklah Szczesny menunjukkan tanda-tanda awal dijangkiti wabak ‘Eccentricity’ yang sangat tinggi, sepelik Almunia. Decision making sangat fail, meninggalkan pintu gol terbukak luas dikala berdepan situasi one-on-one yang gua rasa, tak perlu. Gua yakin, Almunia pun tergelak besar kalo melihat prestasi Szczesny tadi.





Gibbs dikeluarkan dan diganti dengan Santos. Jujurnya, gua lebih sukakan beliau berbanding dengan Gibbs kerana Santos memiliki kelebihan experience dan lebih bersifat down-to-earth. Beliau lebih rajin menjaga zone beliau dari dibolos berbanding dengan Gibbs yang bila attack, tak reti nak turun-turun. Cuma apa yang lebih menyakitkan hati, bila tiba moment-moment free kick yang pada gua, boleh menghasilkan gol, Wenger celakanya membenarkan Walcott dan Santos untuk menyempurnakan. Hasil? Semuanya kelaut! Gua agak Santos dengan Walcott belajar amik FK dengan Johnny Wilkinson agaknya?

Namun, game kembali rancak selepas Arshavin dibawa masuk menggantikan Gervinho yang kepenatan. Memiliki fizikal yang kecil dan larian yang laju, Arshavin ternyata memberi kelebihan yang amat ketara bagi taktikal Wenger kali ini. Time nie, bibir gua dah boleh mengukir senyuman lega melihat pergerakan serangan yang dikemudi oleh Rosicky. Namun, Rosicky juga dibawa keluar dan digantikan dengan Yossi Benayoun yang nyatakan membawa perubahan yang amat besar dalam mengemudi zon tengah!

Gol kemenangan Arsenal hadir di minit ke-82 apabila Arsenal dihadiahkan sepakan percuma. Setelah kegagalan ‘kelaut’ Walcott dan Santos, Van Persie terpaksa merampas kembali tanggungjawab menyempurnakan sepakan ini. Hasilnya? Bergegar kedai mamak Nisma dengan jeritan GOAL! yang cantik dari Captain Fantastic ini! Satu ‘curling’ yang terlalu awesome dari Van Persie menewaskan Mignolet buat kali ke-2. Dan gol tersebut adalah gol peribadi yang ke-102 RvP. Superb! Memang superb!





Wisel penamat ditiupkan oleh Howard Webb pada minit ke 95 (5 minit masa tambahan) dan keputusan penuh menyaksikan Arsenal berjaya mengutip 3 mata penting minggu ini. Alhamdulillah, gua rasa hepi gilababeng! Gua boleh melangkah ke opis dengan muka yang sangat bangga. Fuh!


"There's only one van Persie. Robin van Persie"




Tahniah Arsenal! Tahniah #manlytears



Pictures taken from DailyMail UK

3 comments:

ParkAir said...

heheh nyaris seri wei, dua2 freekick tu memang awesome!

velasrizal said...

nasib baik ada RVP.. klo x teruk arsenal

Sandokhan said...

ParkAir: Tu la pasal. Berderau jantung aku layan game lawan Sunderland nie. Haaaaaaaih, dengan Sunderland ja pun...

velasrizal: RvP memang 'harapan terakhir umat manusia' la...#SALUTE!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...