Showing posts with label arsenal still superb. Show all posts
Showing posts with label arsenal still superb. Show all posts

Wednesday, November 2, 2011

Masih Butthurt?


Chelsea 3 – 5 Arsenal

Peh! Satu pengalaman manis yang tak akan gua lupa sampai bila-bila. Sayangnya gua terpaksa menonton perlawanan tersebut kat rumah sahaja atas beberapa kekangan yang tak dapat nak dielakkan. Kalau la time tu gua dapat layan match nie di Herris Delicious Corner dengan Amar, komfem havocnya lain macam.

Sejujurnya, gua mengaku bila Arsenal berdepan dengan team power-power seperti Team Snek Kentang, Team TV Samsung, Team Sardin yang perasan ada connection dengan Bank dan team Bangau London, dalam hati gua tergetus sedikit perasaan ‘Asal seri cukup la…’. Memang gua tak demand lebih-lebih, asalkan boleh seri atau kalau nak kalah pun, tak sampai tahap perlu pakai anal-lubes. Gila tebal muka gua nak masuk opis time hari Isnin kalo Arsenal kalah besar. Muka nie dah tak tahu kat mana nak parking dah. Perasaan dianjing oleh carnales tempat kerja gua nie dia punya frust memang boleh buat gua nak benti keja! 


Monday, October 31, 2011

Antara 'Meratah' & 'Diratah'


"5 bijik jer lu orang bleh score? Pfftt..!"


"Nanti kat Emirates kami tambah lagi 3. Apa ada hal? Kehkehkeh!"


Pictures credit to DailyMail UK & UK Reuters

Monday, October 17, 2011

Nampak? Nampak?

Akhirnya...

Hujung minggu gua dihiasi dengan beberapa moments sukan yang amat menggembirakan. Pertama, All Blacks berjaya mara ke perlawanan akhir #RWC2011 23 Oktober ini menentang France. Keduanya, Arsenal minggu ini mengutip 3 mata penuh selepas menewaskan skuad The Black Cats sebentar tadi. Alhamdulillah, sesekali merasa kemenangan, dia punya feel memang melambung tinggi!

Dengan berbekalkan advantage bermain di tempat sendiri, Arsenal bermula gagah apabila Van Persie berjaya meledakkan gol pertama Arsenal seawal minit pertama (29 saat…saya ulang. 29 saat). Hasil umpanan Gervinho yang cantik, memastikan Van Persie mempunyai ruang yang secukupnya untuk melepaskan satu rembatan kaki kanan yang sangat kencang! Nyatanya, Mignolet gagal menepis bola tersebut. Power…memang power. Gua rasa keeper sehebat Massimo Taibi pun takkan boleh menepis bola tersebut. De Gea? Err…sapa tu?

Sejurus selepas gol tersebut, Arsenal semakin garang menyajikan beberapa siri serangan berantai untuk merobek pertahan Sunderland. Tercungap-cungap beberapa pemain buangan Man United untuk marking pergerakan lincah Gervinho. Ada la 2-3 percubaan Van Persie yang hampir menampakkan peluang, namun dihalang oleh tiang gol dan tampanan nasib Mignolet. Jujurnya, gua katakan, 15 minit selepas gol pertama tersebut, gua menyaksikan satu mutu permainan yang terlalu cantek, seperti zaman ‘invincibles’ dahulu kala. Arteta bagaikan terlalu serasi dengan setiap pergerakan Persie. Gervinho seakan-akan boleh membaca segala through-pass Rosicky. Tidak hairanlah ball possession ketika itu memihak kepada Arsenal sebanyak 60%!




Namun, kata orang tua-tua, kalo tak bolos, tak Arsenal lah namanya. Satu terjahan bodoh yang dilakukan oleh Arteta di depan kotak penalti merubah segala-galanya. Sebastian Larrson menyamakan kedudukan pada minit ke-31 hasil satu sepakan percuma sangat gila babi punya superb! Curve cantekkk punya  (se’awesome’ curve pinggang Kim K). Tewas jugak Szczesny dengan lengkungan tersebut. Pemain buangan Arsenal ini walau bagaimanapun tidak berani nak celebrate goal beliau lebih-lebih. Takut balik nanti kena raid time naik bas. Cukuplah sekadar senyum sinis dan kenyitan mata kepada Rosicky. Itu dah cukup menganjing!

Lepas gol Seb Larsson tersebut, prestasi Arsenal umpama hidup segan, mampus tak mahu. Satu taktikal yang sangat tidak menjadi. Semuanya huru-hara. Passing macam haram jadah. Back-flick tak jadi langsung dan seringkali di’counter-attack’ senang-senang oleh Elmohamady dan Sessegnon. Masa nie, tengkuk gua tak berhenti-henti meremang. Degupan jantung gua ganas mengepam darah ke arteri-arteri yang sepatutnya. Kalo dalam bahasa rempit, prestasi Arsenal ketika itu bolehlah disamakan ‘macam cilaka’! Ketika ini jugaklah Szczesny menunjukkan tanda-tanda awal dijangkiti wabak ‘Eccentricity’ yang sangat tinggi, sepelik Almunia. Decision making sangat fail, meninggalkan pintu gol terbukak luas dikala berdepan situasi one-on-one yang gua rasa, tak perlu. Gua yakin, Almunia pun tergelak besar kalo melihat prestasi Szczesny tadi.





Gibbs dikeluarkan dan diganti dengan Santos. Jujurnya, gua lebih sukakan beliau berbanding dengan Gibbs kerana Santos memiliki kelebihan experience dan lebih bersifat down-to-earth. Beliau lebih rajin menjaga zone beliau dari dibolos berbanding dengan Gibbs yang bila attack, tak reti nak turun-turun. Cuma apa yang lebih menyakitkan hati, bila tiba moment-moment free kick yang pada gua, boleh menghasilkan gol, Wenger celakanya membenarkan Walcott dan Santos untuk menyempurnakan. Hasil? Semuanya kelaut! Gua agak Santos dengan Walcott belajar amik FK dengan Johnny Wilkinson agaknya?

Namun, game kembali rancak selepas Arshavin dibawa masuk menggantikan Gervinho yang kepenatan. Memiliki fizikal yang kecil dan larian yang laju, Arshavin ternyata memberi kelebihan yang amat ketara bagi taktikal Wenger kali ini. Time nie, bibir gua dah boleh mengukir senyuman lega melihat pergerakan serangan yang dikemudi oleh Rosicky. Namun, Rosicky juga dibawa keluar dan digantikan dengan Yossi Benayoun yang nyatakan membawa perubahan yang amat besar dalam mengemudi zon tengah!

Gol kemenangan Arsenal hadir di minit ke-82 apabila Arsenal dihadiahkan sepakan percuma. Setelah kegagalan ‘kelaut’ Walcott dan Santos, Van Persie terpaksa merampas kembali tanggungjawab menyempurnakan sepakan ini. Hasilnya? Bergegar kedai mamak Nisma dengan jeritan GOAL! yang cantik dari Captain Fantastic ini! Satu ‘curling’ yang terlalu awesome dari Van Persie menewaskan Mignolet buat kali ke-2. Dan gol tersebut adalah gol peribadi yang ke-102 RvP. Superb! Memang superb!





Wisel penamat ditiupkan oleh Howard Webb pada minit ke 95 (5 minit masa tambahan) dan keputusan penuh menyaksikan Arsenal berjaya mengutip 3 mata penting minggu ini. Alhamdulillah, gua rasa hepi gilababeng! Gua boleh melangkah ke opis dengan muka yang sangat bangga. Fuh!


"There's only one van Persie. Robin van Persie"




Tahniah Arsenal! Tahniah #manlytears



Pictures taken from DailyMail UK

Tuesday, September 13, 2011

Jeles Itu Perkara Normal

Power...memang power



Gua kembali nak mereview pasal Arsenal. Gua tau lately nie pembaca-pembaca gua (kalo ada) amat menyampah kalo gua tulis pasal kronologi dan ke’best’an kelab merah-putih di kota London ini. Kalo ikut logik, gua peduli apa dengan menyampah korang. Blog gua, gua punya suka la, ye dopp?

Semorang tau, lepas Arsenal kena ayam 8-2 dengan satu kelab cilaka yang self-proclaimed ‘terlalu power’ dalam EPL, Pak Wenger telah mengambil satu langkah yang amat drastik dalam merombak skuad. (Gua sebut drastik OK, bukan drumstick ) Wenger yang sebelum ini terlalu obsess dalam membentuk “sperma-sperma muda” Arsenal, telah mengubah managerial policy yang beliau pegang bertahun-tahun. Itu pun setelah puas dicarut-carut dan di’boo’ oleh fan sendiri.

So, langkah drastik Wenger ialah beliau berjaya menambah 5 orang muka-muka baru yang amat berpengaruh dan berpengalaman. Ternyata seluruh peminat Arsenal berasa amat lega dengan pembelian ini kerana rata-ratanya pemain-pemain baru ini lebih terer menyepak bola dari kanak-kanak ribena Arsenal yang sedia ada. Antara pemain-pemain tersebut adalah:

1) Per Mertesacker
Lahir pada tahun 1984. Pemain yang dianggap sebagai ‘harapan terakhir umat manusia’ dalam mengepalai jentera pertahanan Arsenal. Pemain yang berketinggian 6 ft 6’ (1.98 m) ini dikatakan sebagai jalan penyelesaian kepada masalah set-piece, sepakan sudut dan situasi bola-mati yang sering menghantui skuad bimbingan Wenger. Beliau yang sebelum ini beraksi dengan salah satu gergasi Bundesliga, Werder Bremen menjadikan lagenda Tony Adams sebagai pemangkin semangat beliau untuk beraksi bersama Arsenal. Pergh!

2) Mikel Arteta
Siapa Cesc? Siapa Nasri? Itulah antara ayat-ayat sinis peminat Arsenal serata dunia kepada dua ekor bekas budak-manja yang pernah beraksi untuk The Gunners. Ketiadaan kedua-dua individu ini ternyata amat membimbangkan skuad Arsenal sebelum ini kerana kualiti hantaran seorang ‘Playmaker’ berbakat amat perlu untuk memenangi sesuatu perlawanan. Mikel Arteta adalah seorang pemain yang telah lama berada dalam radar Arsenal. Pemain ini pernah diura-urakan sebagai ‘Xabi Alonso’ bagi Everton dan berjaya menempatkan Everton dalam saingan Liga Europa. Ini kerana hantaran beliau (terutama hantaran silang dan hantaran jauh) amatlah tepat, dah sesuai disambar oleh seorang pemain sayap yang laju seperti Theo Walcott dan Ryo Miyaichi. Wenger berjaya melengkapkan perpindahan Arteta ke Arsenal dengan nilai bidaan sebanyak 10 juta. Masalah midfielder yang world class? Huh, do tell.

3) Andre Santos
Posisi Pertahanan Kiri sememangnya menjadi posisi yang ‘iconic’ bagi Arsenal. Namun, sejak Gael Clichy berhijrah ke Manchester City kerana ingin memenuhi impian wallet beliau, hanya Kieran Gibbs sahaja yang layak mengisi kekosongan itu. Bagaimanapun, Gibbs adalah salah seorang ‘sperma-sperma muda’ yang masih banyak perlu dilentur. Dan sebab inilah Arsene Wenger telah menghantar scout-scout beliau ke Turki dalam usaha menandatangani pemain pertahanan kiri Fenerbache, Andre Santos. Berusia 28 tahun, pemain ini dikatakan sepower Cafu dan sepantas Ashley Cole dalam teknik menyerang. Selain mempunyai puluhan caps beraksi dengan skuad Brazil, Andre Santos juga…..(Ahh, fuk..gua dah takde idea nak describe) . Pendek kata, pemain ini memang power dan layak menggantikan pemain bek kiri Arsenal sebelum ini. GAEL WHO?

4) Park Chu-Young

“Jika Menchester ada Park-Ji Sung, Arsenal ada Park Chu-Young”

Kapten skuad Kebangsaan Korea Selatan. Beliau yang sebelum ini pernah beraksi dengan FC Seoul dan AS Monaco, amat teruja setelah menerima panggilan telefon oleh Arsene Wenger. Setelah diayat manis oleh Wenger, Park akhirnya bersetuju untuk beraksi bersama Arsenal dengan nilai belian yang tidak ditakrif (undisclosed fee). Beliau kini mengenakan jersi no.9, yang telah lama dibiarkan usang sejak Eduardo da Silva berhijrah ke Shakhtar Donestk. Ikhlasnya, kehadiran Park dalam skuad baru Arsenal amatlah dikehendaki memandangkan prestasi turun naik van Persie yang amat merisaukan. Serius gua risau dengan v.Persie nie woi!!


Begitulah sedikit sebanyak pasal Arsenal yang gua nak sembang petang-petang Selasa cenggini. Eh, mesti semua tertanya-tanya kenapa gua tak describe pasal Yossi Benayoun? Hakikatnya, kehadiran Benayoun bukanlah besar bagi kelab Arsenal. Beliau hanya dipinjamkan oleh Chelsea, dan bukanlah dijual. Oleh kerana itu, inzalnya tidak standing inzal 4 orang nama-nama yang telah gua describekan di atas. Dengan adanya pemain-pemain bertaraf bintang ini, tiada alasan lagi bagi Wenger untuk terus mengemaraui rak-rak trofi di Emirates.

“In Arsene We Trust Frust Trust”



gambar gua cilok dan edit dari Zimbio.com

Monday, September 12, 2011

Kali Nie Mesti Jadi...(Part 2)


Nak baca Part I, Klik SINI



Pukul 9.15, gua dah bersiap-siap nak pergi Herris Delicious Corner. Jersi Arsenal gua sarungkan cermat-cermat pada badan, takut terkeronyok. Banker Permatang Pauh takmau join gua pergi register, malas katanya. Lagipun, memandangkan 1st game Arsenal pukul 12.30 malam, dia kata dia nak pekena Cerekarama sepam dua kat rumah. Selama nie, gua kongker TV, sekali sekala kasik chance la bini gua plak nak rilek depan TV. Lagipun astro dia yang bayar. Kahkahkah!

Herris Corner nie, boleh tahan susah jugak nak cari. Sebab lokasi dia agak terkebelakang area-area Damansara Utama. 2-3 kali jugak la gua stop-by benti tanya orang. Memandangkan gua nie brader tanpa GPS yang tak suka memandai-mandai, tanya orang la solution yang terbaik. Dari membazir masa buat-buat expert. Berkat keazaman dan semangat register AFCSM yang membara, akhirnya gua sampai jugak di Herris Corner. Yeahhh!


 Herris Corner

Gua park kereta bini gua cermat-cermat dekat belakang restoren. Memang ramai fan-fan yang datang untuk regis pada malam tu. Semua datang bawak partner masing-masing. Yang datang bawak tunang, yang datang bawak awek. Gua jer datang tak bawak bini. Yang bestnya, dok kat situ macam kembali ke zaman Tony Adams dan Ian Wright. Segala jenis jersi season lama-lama dapat gua tengok. Time sponsors era Dreamcast, JVC. Emblem yang old’skool, semua ada. Biasanya, otai-otai la yang pakai jersi-jersi camnie. Pangkat uncle-uncle umur 40-an. Tapi, yang bestnya, ramai jugak yang pakai jersi Tribute to Highbury (maroon). Serius shit smart gila. Antara Jersi yang paling gua kepingin nak memiliki. Gua rasa, member-member gua, Amar dengan Pendi jer yang ada. Shit!

Jam dah pukul 10. Kaunter register dah bukak. Tapi, nak beratur amik borang mak aiii! Dah macam berhimpit-himpit kat Pasar Ramadhan. Gua lepak tepi restoran sambil menyalakan rokok sebatang. Memandangkan gua lepak dekat laluan orang ramai, boleh kata setiap fan yang lalu akan salam dengan gua. Salam bukan salam biasa, nie jenis salam yang dah macam lama kenal. Siap ada bertempuh shoulder-to-shoulder ala niggaz tu. Sesekali gua rasa macam dok kat Bronx plak. Pada mulanya gua agak kekok, tapi lama kelamaan, gua sedar itu adalah tabiat biasa fan-fan Arsenal. Unite jenis macam adik-beradik!

Setengah jam berlalu, crowd pun dah mengambil tempat masing-masing dalam Herris. Tinggal la gua dengan beberapa kerat brader yang tengah tunggu turn nak regis. Line masa tu dah tak ramai, so, gua straight amik borang register. Amar berkali-kali message gua tanya dah register ker belom. Curious betul dia dengan kejujuran gua. Takut sangat duit register RM60 dia bank-in tadi tu gua buat beli Magazine Four Four Two. Cett! Mamat tu memang meluap-luap nak join tengok 1st game bersama fan club, tapi memandangkan dia dok Bangi, agak kebas bontot jugak la nak drive pergi Damansara Utama habaq hang! Masa register, ada certain page yang diorang request saiz baju. Ini kerana, setiap individu yang register akan menerima sehelai T-Shirt custom design khas untuk AFCSM. Ini kalo pegi Mizi Sport or Butik Al-Ikhsan memang tak dapat derr..OK, gua mengaku. Semangat gua membara nak pergi register membership sebab nak dapatkan T-Shirt nie sebenarnya. Limited Edition tu wei!


 Sesi pendaftaran keahlian AFCSM. Brader yang kiri pegang bekas hijau tu AFCSM punya bendahari 

Masa gua isi borang, sempat jugak gua bersembang dengan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi AFCSM Malaysia. Menurut diorang, registration period memang limited. Jenis-jenis siapa cepat register, dia dapat membership gitu. Satu lagi, perlantikan jawatan serta senarai organisasi AFCSM adalah berubah-rubah setiap tahun. So, kalo nak diikutkan logiknya, takde unsur kroni dalam berpersatuan. Sapa yang jadi leader dilantik mengikut persetujuan sejagat. Setiap leader dan kroni adalah berbeza bagi setiap season. So, idea-idea nak mengembangkan aktiviti persatuan takla terbiasa kepada sesi pekena teh jer. Ye dopp? Pernah dengar kempen Arsenal “Be A Gooner, Be A Giver”? Heh! AFCSM pun buat jugak. Siap pergi rumah-rumah anak yatim lagi. Nasib time tu gua belum register, kalo tak gua dah nazar nak sedekah sepasang kasut futsal kat 1st anak yatim yang tegur gua. #LOL

Environment kat sini sangat la super-friendly. Lu orang bleh sembang dengan fan-fan macam dah 10 tahun kenal. Yang bertatu, yang muka ganas parut di hidung, yang hisap rokok daun ada subang sebelah telinga kanan, semua jenis friendly. Pengerusi AFCSM datang dari meja ke meja untuk beramah mesra. Dah macam lepak kat Bar London dah gua rasa. Sesekali gua check twitter, kot-kot ada mention dari Amar. Hahaha, mamat tu memang berbulu dengan gua, sebab gua dok asek update kat twitter pasal kedasatan  suasana kat sini.


Sesi ice-breaking. Yup, kami memang unite!

Malam tu, kebetulan Liverpool main 1st game menentang Sunderland. Full result 1-1. Goal Liverpool Suarez score. Pergh, mamat nie power. Sesuai dengan nama jolokan beliau ‘El pistolero’ yang bermaksud ‘The SharpShooter’. Tapi, Sunderland melawan beb! Goal lipatan gunting Seb Larrson menjadi Goal of The Week malam tu. Tercengang Reina menonton bola laju Seb membolosi gawang. Liverpool seri! Kah Kah Kah! Tapi, game tu gua jelling gitu-gitu Sibuk bersembang dengan brader-brader Arsenal kat sini. Rancak bersembangnya kami seumpama macam geng-geng PKR membincangkan isu cincin 24 Juta. Peh, memang rancak!

Lepas habih game Liverpool, hati gua tak tenteram. Teringatkan Banker Permatang Pauh kat rumah. Apa la dia buat. Gua syak dia tak tengok cerekarama sebab boleh jadi cerekarama tengah tengok dia skang (bantai tido). So, lepas salam dengan brader-brader Arsenal apa yang patut, lepas follow Twitter sesame sendiri, add fesbuk, gua gerak balik. Sedih meninggalkan ‘shrine’ yang sangat kondusif. Takpa, next game gua datang lagi.

Malam tu, gua secara rasminya menjadi ahli tetap AFCSM. Satu target gua yang tak kesampaian pada season lepas. Gembira gua bukan kepalang. Senyum gua malam tu sampai ke telinga. Apa yang perlu gua tunggu skang, T-Shirt AFCSM yang bakal di FedEx ke opis gua bulan depan. GYEAHH!!!




P/S: Karma is a bitch! Malam tu sibuk gelakkan Liverpool seri 1-1. Sekali Arsenal bleh seri lawan Newcastle plak 0-0. Ini….ini sangat cilakak!

Wednesday, August 24, 2011

"Emmanuel Frimpong - Biadap Yang Bertempat"


Kata orang, bayi atau kanak-kanak susah benar untuk bercakap bohong. Lonjakan ekspresi perasaan mereka adalah benar belaka. Basically. apa yang diutarakan oleh mereka adalah melalui apa yang mereka rasa. Emmanuel Frimpong tak terkecuali. Walaupun baru 2 game bermain dalam squad senior, beliau juga amat 'emo' dengan kehilangan Samir Na$ri. Bilamana semua player-player Arsenal yang lain 'play-safe' dan memberikan kata peransang seperti 'Gud Luck' dan 'terima kasih diatas tunjuk ajar' kepada Na$ri, Frimpong pula berlaku sebaliknya.

Berikut adalah perbualan sesama Twitter antara Frimpong (@EmmanuelF4) dan Jack Wilshere (@JackWilshere) dalam satu sesi borak lepas training.


Reply dari Frimpong yang gua rasa sangat cool:



I LOL at his sarcasm. This kid, he got BALLS! No, seriously. He's the new "B.A Baracus" in the our squad. What? Don't know what B.A stands for? Go Google it!

Last but not least, lu orang rasa tweet nie ditujukan kat sapa?

Hahaha...I just love this kid!


Picture profile/screen grab taken from Wilshere's Twitter, Frimpong's Twitter and Arsenal.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...