Tuesday, August 23, 2011

Kali Nie Mesti Jadi...(Part 1)

Entri ini adalah kesinambungan daripada kegagalan gua untuk register AFSCM season lalu.


Sabtu, 13 haribulan Ogos 2011.

Tak macam hari-hari Sabtu yang biasa, hari itu adalah hari Sabtu yang amat mendebarkan bagi gua. Lepas sahur, gua dah tak boleh tido. Lepas pekena solat subuh dan berdoa banyak-banyak dua tiga round, gua terus bukak blog AFCSM. Nak komfem betul-betul. Yes, memang 13 hb dia punya registration date. Kali nie gua mesti join, gua takkan terlepas!

Maka bermulalah pagi Sabtu yang amat perlahan 'pace'nya. Setengah jam sekali gua berdiri terpacak depan jam dinding. Jam bergerak sangat perlahan hari itu. Gua tak pasti battery dia dah ‘weak’ ker atau gua yang je yang gelojoh. Sesekali gua naik ke bilik mendapatkan jersi merah putih kebanggaan Dennis Bergkamp. Gua tenung jersi tersebut lama-lama, dan kalo ada sedikit kesan keronyok, gua cepat-cepat iron.

‘Lu iron lagi jersi tu? Tadi pukul 9 kan dah iron? Baru pukul 11.00 pagi la. Kaunter bukak pukul 10 malam. Sudah, kang nipis kain jersi tu kang....Dah...Dah...’ tegur Banker Permatang Pauh, memeriahkan kepanasan rembang tengahari itu.

‘Ala....’ 
gua off plug seterika dan berjalan pergi style kepala tunduk ke bawah.

Gua perasan bini gua kat belakang menggeleng-gelengkan kepala. Namun, gua tahu dia faham terhadap obsession gua dengan Arsenal nie. Ya, gua tau Arsenal dah 6 tahun berdiri tanpa Silverwares. Gua tau Arsenal sering dianjing sebagai “Taska Ar-Rahman Taman Serai Indah”, team adik-adik. Gua tau, AndreVillas-Boas jauh lebih hensem dari Arsene Wenger. Namun, itu tidak sedikit pun menggoyangkan prinsip dan moral-support gua terhadap kelab berprestij ini. Biarpun kami 6 tahun kami berpuasa tanpa sebarang medal, namun yakin satu hari nanti bakal terbitnya harapan cerah di celahan ufuk timur, cheewah!

First AFCSM walk-in registration bertempat di Herris Delicious Corner, Damansara Perdana. Dengar tu, gua ulang…Damansara Perdana. Bunyi macam tempat brader-brader kaya lepak,kan? Pendaftaran keahlian ala-ala mini gathering ini dibuka sempena meraikan dan menyaksikan perlawanan pertama Gunners menentang Newcastle di gelanggang lawan. Gua bajet gathering ni sure happening punya! Bila memikirkan suasana sorakan ‘GOALLL!!!’ dari fan-fan sekepala, gua jadi tak tentu arah. Hampir nak meroyan gua sensorang. SHIT! What da hell is wrong with me?

Masa yang ditunggu dah makin hampir. Niat untuk menyertai Kelab AFCSM hampir pasti terpatri. Sabtu tu, gua bukak puasa ala kadar ja. Sebenarnya takdak la ala kadar sangat pun. Asai Boi, Murtabak sekeping dengan Nasi Tometo Sri Ayu jugak la. Gua kena ada tenaga yang cukup. Nanti nak bersorak lagi, ye dop? Kitaran kalsium kena cukup. Dah la game Arsenal pukul 12.30 tengah malam. 2 jam lebih nak tunggu kick-off start. Kalo takdak iPad memang boring habis nak lepak. Bab Nasi Tometo tu, gua memang tak reti nak gambarkan la. Punya la sedap. Kuah ayam masak merah dia…Subhanallah, buat gua rasa nak quit jadi brader IT, nak enrolled masuk KDU amik diploma chef dan perhotelan. Serius shit sedap. Ayam dia lembut-lembut kenyal, ditambah plak dengan bijian-bijian beras siam yang panjang, membuatkan nafsu selera dan mucus liuran berkecur. Ahhh, apahal gua describe pasal nasik plak nih!

Lepas berbuka, pekena maghrib apa yang patut, gua kembali merenung jersi keramat yang tergantung kemas belakang daun pintu. Ahhh, tak sabar rasanya nak menyarungkan persalinan kebanggaan ini. Mood nak seterika buat kali ke-4 datang balik, tapi bila memikirkan leteran yang bakal gua hadapi, gua pendamkan saja. Kedut sikit-sikit kat celah tetulang tu gua terpaksa abaikan walaupun hakikatnya pakai baju keronyok memang membuatkan gua tidak berapa steady. Gua….


To be continued…


(Celaka apa gua nak tulis semua hilang nie? Ahh, gasak la.... Tekak gua dah kering. Esok gua sambung. Selamat Berbuka.)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...