Wednesday, August 10, 2011

Scene Tukar Juadah



** Gambar NSFBN (Not safe for bulan posa)

Budaya bertukar-bertukar juadah time berbuka.

Hidup lagi ker budaya nie?

Budaya bertukar-tukar juadah nie dulunya amat popular dan amat kerap dilakukan antara jiran-jiran tetangga khususnya time bulan posa. Kaum-kaum ibu akan membungkus beberapa jenis hidangan or juadah untuk disedekahkan ke rumah jiran terdekat. Tak sedap plak gua guna perkataan ‘membungkus’, macam bukak kedai runcit. Tak bungkus pun, susun kuih elok-elok dalam pinggan, then hantar la ke rumah jiran. Yang tukang despatch, anak-anak la.

(flashback) 22 tahun dahulu...

Masa tu, umur gua baru masuk 6 tahun. Level puasa masa tu, arwah mak gua tak berapa harap sangat gua puasa penuh. Cukupla sekerat hati (sampai pukul 12 tengahari). Tu pun dah kira hero. Lepas Zohor, teguk air teh panas sepam dua, gua akan keluar bermain ‘aci-ligan’ dengan Jan, Lan Botak, Pian, Kembar Adik-Abang dan Pin. Kebiasaannya. gua akan balik rumah secara otomatik tepat jam 4.30 petang kerana  job ‘despatch kuih’ gua akan bermula (dah macam tahu-tahu dah).

“Nah, hantar kat rumah Kak Baqyah dengan Maksu Leha” pesan arwah mak gua sambil menghulurkan 2 pinggan kaca berisi timbunan beberapa jenis kuih, yang ditutup dengan alas suratkhabor. Baunya memang stim. Bulan puasa wei, bukan selalu dapat makan kuih buah melaka dengan lepat pisang.

Gua sambut pinggan-pinggang tersebut dengan cermat. Sesekali gua cuba mengimbangkan komposisi timbunan kuih agar kertas suratkhabor tak jatuh.

“Huui...banyaknya mak?”
“Ada lagi 2 pinggan nak kena hantaq. Nanti dah sudah, mai balik amik 1 pinggan lagi. Hang hantaq kat rumah Mak Long Hendon pulak, tau.”
“Owh, Mak Long Hendon dekat ja. OK, Mat pi dulu...”
 “Jalan elok-elok. Jatuh kuih tu, mak cubit hang”
“OK bos.” balas gua tanpa banyak bunyi. Masa kecik-kecik, budi pekerti gua memang superb.

Maka berjalanlah gua terketeh-keteh menuju ke rumah yang diarahkan oleh mak gua. Sampai di rumah Kak Baqyah, gua passing pinggan berisi kuih pertama. Kak Baqyah dengan arwah mak gua memang kamceng. Geng masa zaman-zaman kerja kilang Pentex. Anak dia si Jan tu la, yang selalu main ‘aci ligan’ dengan kami petang-petang.

“Mak hang buat kuih apa hari nie, Mat?” soalan lazim yang ditanya oleh Kak Baqyah bila muka gua terpacak depan pintu dia.
“Bihun sup sama lepat pisang dengan Buah Melaka!” balas gua tersengih.
“Hang memang suka betoi kuih tu. Hang posa tak hari nie?”
“Err...”
“Hemph, tak posa la tu. Aku dah tau dah. Tu satu lagi pinggan tu nak hantaq rumah sapa pulak?”
“Rumah Maksu Leha ” jawab gua kemas.
“Dah habih rumah maksu, mai sini balik tau. Kak Baqyah nak ‘balas’ pinggan mak hang”
“OK..”

Perkataan ‘balas’ tu la yang paling gua suka bila buat job nie. Bila gua dah selesai hantar kuih, normally gua akan singgah balik ke rumah-rumah tadi untuk collect pinggan mak balik. Biasanya, jiran-jiran nie akan kasik balik pinggang mak gua, berisi juadah yang diorang masak pada hari tuh. Kadang-kadang, diorang ‘reply’ mee kari. Ada yang superb sket, macam Kak Baqyah nie, dia suka reply cucur udang+kuah kacang. Pergh!

Malam tu, berbuka puasa memang variety. Mak gua masak 2 jenis, tapi kat depan mata gua nie ada lagi extra 4 jenis, hasil ‘balas’ tadi. Begitulah seterusnya sampai habih bulan puasa. Nie gua baru cerita yang gua ‘submit’ gerenti ‘balas’ je. Yang bab gua balik pinggan ringan gua nak malas cerita.

Kadang-kadang gua mengeluh jugak. Apsal arwah mak still suruh gua hantar kat orang yang tak suka benau nak membalasnya? Arwah mak hanya tersenyum. Namun, dalam senyuman itu, sempat juga dia sekeh kepala gua. Pesan dia kat gua, budaya ni pelarasan motifnya hanyalah untuk mengeratkan pertalian ukhuwah dan mengeratkan perpaduan dalam institusi kejiranan. Semua orang dah tahu, segala amalan-amalan yang baik di bulan Ramadhan dah sah-sah ganjarannya berlipat kali ganda. Kalo kat dunia orang dah balas dengan makanan, kat akhirat ganjaran Allah memang tak terkata. Kalo orang tak balas, kita jangan mengeluh. Memadailah kita niat ikhlas untuk bersedekah.

Gua mengangguk-angguk tanda faham. Sakit jugak kena sekeh!

(end of flashback)


Skang gua perati budaya nie dah macam tak berapa nak up dah. Institusi kejiranan dah lebih kepada buat hal sendiri. Yer la, keluar pegi kerja time matahari belum naik lagi. Balik kerja pulak dah malam. Bila nak ada masanya nak bertegur sapa dengan jiran. Sabtu Ahad? Baik lepak dalam rumah ja. Or keluar meronggeng. Ye dop?

Nak-nak pulak harga barang skang dah main naik. Gula dah RM2.30 sekilo. Tu tak masuk tepung gandum lagi. Minyak masak? Lagi la mahal. So, bila barang dah mahal, masak pun dah amat jarang. Baik makan kat luar aje. Bila dah masak, better telan sendiri-sendiri. Gua rasa, kalo la harga barang masih murah, masyarakat still dapat hidup selesa. Tak la mewah sangat, at least orang tak rasa kehilangan sangat ketika nak bersedekah. Nie baru passing ayam goreng 2 ketul kat jiran sebelah, kepala dah memikirkan kos minyak, kos ayam, kos tepung goreng.

Nak hidupkan balik budaya nie? Turunkan harga barang dulu. Cemana nak turunkan harga barang? Pergi sembang dengan geng-geng politik. Diorang lebih ‘tahu’.

Sebenarnya, gua post entri nie sebab something yang berlaku petang semalam. Gua dengan Banker tengah rilek-rilek tengok TV sambil tunggu waktu berbuka, ada la lagi setengah jam. Tiba-tiba gua dengar ada orang kasik salam. Kami memandang sesama sendiri. Terpinga-pinga. Ada orang nak mintak sedekah ke? Pelan-pelan gua bangun dari couch, selak celah-celah tirai nak usyar sapa pulak nak mintak derma nie. Namun, apa yang gua nampak, Farid jiran rumah sebelah rumah gua terpacak depan pintu pagar dengan ditangannya memegang pinggan berisi nasik.

Setelah mengenakan beberapa pakaian sopan, gua keluar ke muka pintu dah menyambut makanan yang Farid nak sedekah tu. Fuh, mata gua berkaca. Budaya yang satu masa dulu gua sayang, yang gua sangka dah ditelan zaman, tiba-tiba muncul kembali semalam. Berdesup! Tak semena-mena gua teringat kat Arwah Mak (dan kepala gua tiba-tiba rasa sakit disekeh).

Cepat-cepat gua sedekah Al-Fatihah kat beliau, moga-moga rohnya aman disana.

Al-Fatihah.



Now, pinggan Farid ada kat gua. Apa plak yang gua nak ‘reply’ nie? Ada cadangan?


1 comment:

perubatankhalifah said...

hihi, sakit kena sekeh ?
kenangan manis tuu..
huhu, rindu ngan suasana ni. ni la satu-satunya yang melambangkan keindahan Islam, sampai bangsa lain pun cemburu lihat kemesraan sesama kita.
dulu, tinggal kat Pangkalan TLDM, memang suasana bertukar juadah ni mekar sungguh kat sana.
hihi, paling best, budak kecik la...
mak suh hantar 10 biji karipap kat jiran sebelah, sampai kat umah jiran, dah tinggal 9 biji jer...ilang lak satu. haha...(bukan saya, k).
dugaan tau, bila nak kena hantar juadah ni. bau nyer,,,menggugat iman. hihi.
-blogspot : rawatankanser2013

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...