Thursday, December 2, 2010

Too Many Lies (Part I)


Lokasi: Opis gua
Masa: Lepas melantak makan tengahari kat AJ
Status: Kenyang!


Perut tak berapa kenyang. Kalo bantai lagi sepinggan, maunya tido gua dalam opis kang. Penangan asam pedas AJ memang superb! Tapi, bila memikirkan ukur lilit pinggang gua yang makin membesar, nafsu makan gua yang selebihnya terpaksa dikuburkan demi meminimakan kesendatan seluar Yankee yang dihadiahkan oleh Banker Permatang Pauh. Gua terpaksa admit, gua dah makin obess!

Dengan langkah longlai, gua memulakan langkah lesu menuju ke gedung kantor (bangunan pejabat) untuk memulakan kerja semula. Kepala dok runsing mengenangkan bahana Website yang masih tak setel-setel. Inilah kesan multitasking dalam dunia IT skang. Kalo dah namanya IT, semua benda berkenaan Keyboard & Mouse gua kena study. Ahh...gua bukan nak mengomel hal kerja. Kerja gua okey. Ketika dihitung hanya beberapa tapak lagi nak sampai ke blok D, tiba-tiba satu H3 Hummer menyusur laju depan gua. Pada hemat dan ke'typical'an pemikiran nie, kalo dah mewah mesin 4 roda nie, pemandunya mesti dari kalangan bukan melayu. Kompem.

H3 Hummer berwarna hitam tadi tiba-tiba berhenti di bahu jalan. Maka keluar la pemandunya yang ber'spek' Ray-Ban menuju ke mesin bayar parking. Apa yang membuatkan gua tertarik pada peristiwa tadi, pemandunya tu orang Melayu. Pergh! walaupun bukan gua yang memegang stereng H3 Hummer tu, gua berbangga sebab ada fellow bani Melayu yang mampu pakai pacuan yang besar-besar. So, typical Melayu jugak, gua dah mula berangan-angan nak jadi mamat bayar parking tadi. Rambut spikey ala-ala Mohican asah batu kikir, baju kemeja G2000 Men siap dengan Cuff Link. Dalam poket seluar belah kiri kanan, ada iPong dan BelekBerry. Stim taik burung,weih. Kah Kah Kah! Biasa la...nama pun berangan. Bukan kene bayar pun!

Tapi, kalo setakat berangan dalam lift, tak kemana pun. Nak jadi macam mamat H3 Hummer tadi, mesti ada bisnes sendiri. Kena kaya. Baru orang pandang!

Bila sebut pasal kaya jer, tiba-tiba fikiran gua melayang teringatkan sorang member gua nie. Kordi (BUKAN NAMA SEBENAR). Kordi nie budak sekolah gua. Walaupun tak berapa rapat masa sekolah dulu, tapi gua tak pernah pilih bulu kalo berkawan. Tapi nie gua nak cerita kesah yang pernah terjadi dekat gua yang ada kena mengena dengan perkataan 'KAYA'

(FLASHBACK) Oktober 2009 ------------------------------------------------------

Ketika gua tengah packing-packing nak gerak balik dari opis, tiba-tiba phone gua berbunyi. Nombor tak berapa kenal, tapi sebagai hero yang berstatus single dan tak pilih bulu, gua angkat jugak. Mana la tau, kot-kot ada makwe ajak main Counter Strike, layan jugak! Laa...rupa-rupanya Kordi, budak sekolah gua yang dah 9 tahun gua tak jumpak. Gila excited gua dapat call dari ex-schoolmate dulu. Sembang punya sembang, mamat nie ajak lepak dekat Lotus area-area Jalan Ampang-Tun Razak. Sekali lagi gua yang berstatus hero dan tak pilih bulu (Argh...panjang plak title nie. Maleh nak ulang) Tarak hal la, memandangkan masa tu gua belom dating lagi dengan Banker Permatang Pauh, still single lagi. Takdak sape yang peduli kalo gua balik 2-3 pagi dari kedai mamak. 

So seperti yang dijanjikan, kitorang lepak la kat Lotus tuh. Bukak cerita kesah-kesah lama dok asrama, time-time kena ragging tiup lampu kalimantang sampai padam, fly ke taman belakang sekolah beli Dunhill 7 yang dah retro, still menggamit memori. Sungguhpun hanya 2 orang, bilangan gelas-gelas kaca yang berisi sirap limau semakin bertambah dan menyemakkan meja. Makan toksah kata la, tosai kosong rasa telor pun sedap dimakan kalo subjek ceritanya berkisarkan memori-memori old-skool. Zaman-zaman zeitgeist dulu...ahhh, indahnya.

Dah 2 jam lebih bergelak ketawa sambil mengutuk-ngutuk bekas-bekas senior yang pernah me'ragging' kami, tiba-tiba Kordi melambai tangan ke satu meja belakang gua. Pada hemat gua, mungkin dia nak tambah segelas lagi Teh Madras, tapi tiba-tiba muncul jejaka berkulit ala-ala minyak pelincir motor yang dah expired, berbadan gempal macam Mark Henry menghampiri meja kami. Ceh, member Kordi rupanya! Gua ingatkan jasad hitam mana tadi...Kordi introduce member dia dekat gua dengan nama jolokan Deris (BUKAN NAMA SEBENAR). Nama pun dah tak berapa klasemen! Tapi sebagai hero yang tak pilih bulu, gua sembang macam dah kenal lama. Seperti biasa, gua tak ambik masa yang lama untuk ngam dengan orang. 

Deris datang dengan berbaju kemeja ala-ala Banker. Penah tengok kemeja type nie? Alarh, jenis baju plain tapi kaler kolar mesti kaler putih, macam staff BSN. Bila ditanya keja apa, dia kata ada la sket. Pung Pang Pung Pang sembang, last-last dia bagitau dia ada bisnes. Tengah nak bukak syarikat katanya. Tapi, dia nie keja staff kerajaan ja. Tapi, memandangkan duit dia banyak, dia amik cuti tanpa gaji setahun untuk belajar media kat Kolej apa menatang ntah. 

'Aku ada bisnes sket..boleh la nak tampung yuran aku nak belajar buat advertising, bulan-bulan dapat hulur cash RM2K kat pak aku. Padahal aku keja gomen ja...'

'Member-member aku semua golongan Cina, sebab depa senang berkawan dengan aku. Aku nie jenis pandai bercakap sket, tu pasai depa suka'

'Baru balik dari Hong Kong nie sebenarnya, pakai duit untung bisnes. Bulan depan kami nak pi Krabi, naik cruise nak habaq hang (sambil menunjuk-nunjukkan passport yang dicop oleh Kastam Hong Kong sebagai bukti pembelian melancong.'

'Pen yang aku pegang kat tangan aku nie, harga RM2K kalo hang nak tau (sambil menunjuk-nunjukkan Pen brand ntah hape ntah kepada gua dan Kordi'

'Kalo hang nak tau apa aku buat, nanti aku cerita. Tak boleh nak cerita kat sini. Tapi teruja kan hang tengok barang-barang aku tunjuk tadi? (sambil mengeluarkan laptop DELL yang dah agak-agak season, konon-konon nak check ada bisnes masuk tak)'.

Ayat-ayat super-stinking-lame-as$-muhtafarka diatas adalah beberapa kerat dialog yang gua ingat ketika sesi perkenalan gua dengan Deris. Apa yang gua dapat tau dari hint-hint yang dia bagi tadi, sah kalo gua katakan mamat nie 'Cukong MLM'. Dan time tu jugak, gua rasa sesi lepak gua dengan Kordi sebenarnya adalah fake dan disetup. Sebab gua perasan, everytime Deris menunjukkan level klasemen beliau (Walaupun tak klasemen), Kordi mesti menyokong. Apa saja yang dikeluarkan dari beg jasad hitam ini, Kordi sambut dengan gembira, teruja dan sering mengiyakan apa yang jua yang dikelentong Deris. 

Atas dasar menghormati sesi lepak gua yang sebenarnya fake dan tak langsung berlandaskan atas semangat nak jumpa member lama, gua terpaksa berpura-pura interested nak tahu hapa kebendanya bisnes Cukong MLM nie. Yer la, MLM ada banyak brand. Setiap brand, kelentongnya lain-lain. Penat gua bodek Deris nie, just hanya nak tahu nama brand bisnes MLM dia. Tapi, Deris takmo bagitau konon-konon nak kasik gua takleh tido malam. Sampai la Deris nak balik, dengan tak semena-mena dia bersabda:

'Hujung minggu nie ada event kat Sunwei Piramit. Kalo hang nak tau lebih lanjut, hang mai dengan Kordi. Aku boleh book tempat untuk hangpa berdua.'

Deris straight blah setelah setel membelasah segelas sirap limau dan sekeping Cheese Nan. Yang bestnya, tahu tak sape kene bayar? Kordi la. 

FAKTA KELENTONG #1
Kalo dah kaya, takkan sirap limau segelas dengan cheese nan tak boleh setel sendiri,kan? Kata pakai pen harga 2 ribu? Poodah!

Elok jer Deris hilang dari tempat kejadian, Kordi memandang gua dengan pandangan yang penuh harapan. Pelik jugak mamat nie, sebab tadi dia xdelah agresif pasal nak join MLM Deris nie. So, terus dia meng'offer' gua untuk join dia pegi event kat Sunwei Piramit tuh, siap nak datang jemput gua lagik tuh! Layanan first class! 

Goyang jugak gua memula. Sebab dari pembacaan gua pasal MLM nie, banyak yang kiok at last.Tapi memandangkan teruja jugak gua nak tau apa 'janji manis' MLM Cukong Deris nie, gua accept la Kordi punya offer. Apa lagi, tersengih lebar la mamat tuh. Sebab apa korang nak tau? 



Nanti gua sambung. Nak pegi masak megi kejap...



1 comment:

Zue said...

menarik...cita lagi :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...