Wednesday, December 15, 2010

Pagi Rabu Yang Sadis



Tar.dy:
1. Occurring, arriving, acting, or done after the scheduled, expected, or usual time; late.
2. Moving slowly; sluggish.

atau dalam bahasa melayunya; lambat!

Pagi tadi gua bangun macam biasa. Dah setel Subuh, hantar Banker Permatang Pauh depan muka pintu, kul 8 gua dah start humming lagu-lagu Adam AF dalam bilik mandi. Hari nie gua dah nekad. Gua takmau 'tardy' lagi. Hari nie gua mesti datang awal ke office. Musti! Musti!

Dengan bantuan pengering rambut, bedak Aiken dan godorono Gatsby, gua berjaya siap berpakaian segak dan meninggalkan rumah sekitar 8.15 pagi. Satu femonema yang jarang berlaku kerana biasanya pukul 8.40 baru gua start kunci pintu grill. Yes! Hari nie gua akan buktikan, gua bukan mat lambat lagi. Gua akan pastikan hujung tahun nie dihabiskan dengan satu rekod yang clean tanpa menerima apa-apa surat warning sebab lambat. Yeah! Sambil membuat 'peace' kepada pakcik maintenance tukang sapu longkah, gua melangkah dengan bongkak menuju ke Superbike gua yang dah 2 tahun x pernah bersental.

Perjalanan dari rumah gua ke opis selalunya mengambil masa lebih kurang 15-20 menet. Memandangkan hari nie gua terlalu awal, so gua ada banyak masa untuk menunggang secara cermat (dan slow). Dari MRR2, gua pancung masuk Ampang untuk akses ke AKLEH. Ditambah plak hari nie jalan tak jem langsung, membuatkan gua rasa seolah-olah niat gua untuk tidak tardy begitu dirahmati.

'Chantek ahhh...awal gua hari nie. Padan muka ko Syed, Nazri..mintak-mintak la korang lambat hari nie..Yes!'  

Sambil menempuh highway AKLEH, fikiran gua melayang meramalkan partner-partner tardy gua yang bakal lambat hari nie. Gua dah imagine email staff whereabouts yang akan dihantar oleh HR Department hari nie. Mesti nama gua missing punya la. Sekali sekala gua tersengih sorang diri. Untuk menambahkan lagi kesenangan hati gua, lagu-lagu dari kumpulan Screen, Scoin, Slash, Lela dan Olan gua humming dan siulkan tanpa rasa segan. Alangkah bahagianya hari nie. Rasa macam nak tulis dalam diari plak!

Jam di tangan dah menunjukkan pukul 8.55 pagi. Lagi 5 menet, tepat pukul 9.00, waktu gua start keja. 10 menet lepas pukul 9 adalah chance yang diberikan oleh majikan gua untuk 'lambat'. Lebih daripada tu, sembang banyak tak guna. Baca jer lah email whereabouts dengan hati yang luluh dan sedih kerana nama korang mesti dalam geng-geng 'tardy'. Gua dah sampai di pintu gerbang Megan Avenue. Laluan motor penuh dengan bikers-bikers yang beratur nak **'tonet-tonet' di palang automatik.Gua beratur paling last skali. Sekali sekala mata gua melilau kot-kot ada kelibat Nazri or Muhaslly kat belakang gua. Cantek, belakang gua clear! Ini hari, mesti hari gua! 

Win! Win!

Sampai turn gua dekat mesin tag palang tu, gua pun berdiri dari seat motor dan menyeluk poket belakang gua.



******


Pukul 9.15 pagi gua kembali membuka pintu grill rumah gua. Cilakak, macam mana gua bleh tertinggal tag parking dengan wallet kat almari solek plak.

Gua insaf. Gua janji takmau kutuk orang lagi. Zohor nanti gua nak tahiyyat akhir lama-lama. Nak mintak ampun kat yang maha Esa. Pembalasan yang Dia berikan, gua terima dengan hati yang redha. Arwah mak gua selalu pesan: 'Hati jangan busuk, Mulut jangan celupar'. Huuish, kalo arwah mak gua masih hidup, mau kaw-kaw gua kene bantai gelak dengan dia nie. Tu la...jahat sangat!

Pukul 5 petang, email whereabouts dari HR Dept di'shoot' seperti hari-hari normal yang lain. Macam biasa, hari nie gua 'tardy'................lagi.



**Tonet-tonet
Perbuatan men'tenyeh' kad parking anda kat mesin tag supaya palang automatik terbukak.




gambar diatas diambil from this site

5 comments:

Unknown said...

hahaha..semangat aku baca...

tadak apa yang aku mampu katakan..cuma...AHAKS!!!! sikit lagik nk gulek2 da neh..hahah

Sandokhan said...

Ceh...hang silap channel nie Diyana. Aku tulis kisah sedih nie..hang bantai gelak plak...hahahaha...

Unknown said...

woh...silap ka..aku cuba baca gak skalik lagik nk menghayati kesedihan hg tuh..tp cam tak dapat gak nk sedih..aku tetap dok gelak gak..hahahaha...gulek2 lagik...hahaha

Afams Chan said...

Kesian kat ko

Tp betul la, kalo awal2 dah niat nak bongkak mmg selalu berpatah arang..

aku pernah jd macam tu weh... kira cane pun jgn buat mende sbb nak riak ke ape..hoho

Sandokhan said...

Diyana: Aiseh...nampak gaya aku masih x berjaya nak menulis cerpen sedih la nie. Banyak lagi yang perlu diulangkaji...berusaha!

Afam: Betul wehh...jangan riak. Tuhan marah. Stakat nie, aku dah kena 2 kali. Macam kes pecah tayar hari tu...balasan on the spot. Huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...