Monday, December 13, 2010

Ayat Manis Ada Makna

"Strictly gun testing..."

Seperti hari-hari Isnin yang x berapa biasa, pagi nie gua terpaksa bangun awal sebab ada Notilus Training di Crowne Plaza Hotel, Jalan Sultan Ismail. Gua bukanlah orang yang terpaksa attend training ataupun speaker yang memberi training kepada participant (gila apa!), tapi gua nie just local representatives yang di assign oleh Notilus (UK) untuk handle technical issue je.
So, bila minggu ada training, pagi-pagi Isnin tatkala burung hantu baru terbang balik ke sarang nak membuta di siang hari, gua dah terpaksa bergegas ke hotel seawal pukul 7 pagi (which sebenarnya ia melanggar norma-norma fikrah karier gua yang hari-hari keluar rumah pukul 8.45pagi). Nak dijadikan cerita, pukul 7.30 gua dah terpacak di Upper PentHouse tingkat 31.Dah siap pasang projector semua, sembang-sembang kencang dengan tutor untuk training minggu tu, Dan Bosence, hook-up projector dengan Mac notebook dia, gua pun turun la ke Lower Penthouse tingkat 30 nak pekena kopi pree Crowne Plaza. 
Sampai je lobby tingkat 30, kelihatan ramai VIP-VIP yang mat-mat batik berperut 'roy' hang-out depan lift. Terkesima jugak gua memula, sebab biasanya kalo ada meeting besar-besar, slalunya kat level Mezzanine tingkat 4. Dengan niat ingin tahu, gua pun tanya la banquet staff yang duty pada hari tu, Ariffin seorang Bangla yang merantau ko kota Kuala Lumpur untuk menyara 2 orang isterinya di Rajshahi (pergh, gua tahu tuh!). Tanya punya tanya, rupa-rupanya diorang semua nie dari Jabatan PerXXXXaX. 
Maleh nak amik port, gua pun pergi ke Coffee Machine yang dari tadi mencanak-canak nafsu gua untuk menghirup kopi Crowne Plaza yang sungguh sedap (dan free). Setelah Ariffin volunteer nak bancuhkan gua secawan kopi, gua pun melabuhkan punggung di sofa lembut lobby sambil membelek-belek phone takut-takut ada call dari orang bank tuntut hutang. Chisss..

Dengan tidak semena-mena, muncul seorang mamat yang bertubuh seakan-akan Danny DeVito menyapa gua. Siap ber'coat' bagai. Di tangannya ada walkie-talkie dan dia memakai lan-yard yang bertag 'urusetia'. Sah-sah dia nie urusetia event yang banyak VIP-VIP tadi. 
'Eh, Dato' Ismail dah sampai ke?' Terjah mamat tu tanpa memberi salam.
Dalam hati gua, sape pulak Dato' Ismail nie. Sah mamat nie jenis 'asal boleh' jer nie. Salam tidak, apa tidak...main serbu jer x pakai helmet. 

'Err...Dato' Ismail?' Balas gua balik dengan dahi yang berkerut-kerut menahan bau badan mamat tuh.

'Ya la..Dato' Ismail. Awak bawak dia datang sini kan? Tolong bagitau dia, event dah nak start dah nie. Cepat sket, ek?'

Ahh...sah dia nie salah orang.

'Tapi..saya cuma...' niat gua untuk cuba explain dicantas setelah walkie-talkie mamat berjasad gelap tu berbunyi-bunyi..

'(Bzzzt) Roger-roger...saya dah jumpa bodyguard Dato' Ismail. Dia ada kat atas lobby tingkat 30. Saya dah pesan pada dia suruh inform Dato' Ismail masuk ke dalam dewan....(Bzzt)'

Bodyguard? Sah..mamat nie ingat aku bodyguard rupanya. Dengan nada yang hangin, gua pun menepuk bahu dia. 

'Abang, nie nak bagitau sikit. Abang dah salah paham nie. Saya bukan bodyguard Dato' Ismail.' Gua dah start nak naik tone tinggi.

'Habih, awak nie sape?' Mamat tu bleh tanya balik gua dengan kerek beserta pandangan yang merendah-rendahkan gua.

'Saya pun ada event jugak, organizer jugak. Tapi, kat Upper PentHouse.'

'Laa..ye ke? Sori la dik. Ingatkan awak bodyguard Dato' tadi. Tengok pakai complete full-set hitam dari atas sampai bawah. Badan pun 'besar-besar'. Sori,ek?'
Dia pun blah dari lokasi dengan muka yang merah sebab dah tersalah orang. Badan besar-besar? Perli ke apa tuh? Ciss...Kalo nak diikutkan saiz, mamat tu lagi besar sebenarnya (perut maju ke depan, berjambang tau-tau nak urus dan berbau). Cuma dia hilang advantage nak jadi bodyguard sebab dia katik sket. Chiss...tak sedar diri sungguh!

Apa pengajaran yang gua dapat dari peristiwa seminit pagi tadi? Ada dua sebenarnya:

  1. First impression, orang akan judge kita berdasarkan public appearance kita. Maknanya, kalo kita pakai smart-smart, kasut Crocodile ciplak dengan jam tangan Rolex made in China pun, orang bleh anggap kita anak Dato'. 
  2. Nak tegur orang, kasik salam dulu. Kata orang Islam..?
  3. 'Badan pun besar-besar'...nampak gaya, gua kena exercise pasnie.Takut orang salah faham lagi!

p/s:'badan pun besar-besar'? Arghh...gua still xleh terima hakikat!
picture credit to BodyGuard Training


6 comments:

Afams Chan said...

Hahahaha

Kelakar siott!!!

Ala, tu compliment tu..aku rasa dia nak kata badan ko tough tp takut ko perasan, sbb tu dia ckp badan besar-besar...namapun bodyguard weh..

Hahahahahah..Sengih aku baca jap

Sandokhan said...

haha..mamat tu perli sinis jer. Naik angin plak memikirkan peristiwa pagi tadi...Afams..lama betul x dengar citer ko..

nie blog baru ker (info to Share)? When fat cat talks tu, camno? den dah start x paham dah dengan sistem ni...huhu

kamal hensem said...

mmg bes hang punya cerita...

Sandokhan said...

hehehe...makacih..makacih!

Abejame said...

Hahaha.....tau ar tuff sekarang smp org bleh tersalah sangka bodyguard. Giler lah member aku jadi bodyguard....nak upah hang gak la hehehehe

Sandokhan said...

abe jame?

Gila ahh..aku mendapat comments dari legendary k-pop star! Kah kah kah!

Mana ada tuff? cuba ko baca betul2..aku buat '' lagi tuh..maknanya sila pikir sendiri..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...