Burp! Alhamdulillah, penangan Mee Sedap dengan bawang goreng asli memang terbaek! Tambah plak time tengah-tengah bulan cenggini. Memang tersangat 'mantoi'. Teringat zaman-zaman gua pegi offshore dulu, mee magi merupakan makanan yang dikawal ketat oleh staff-staff Galley. Biasanya, orang cakap, kalo pegi rig, makanan mmg superb beb! Nak makan apa, cakap aje. Semua ada. Dari western food, sampai la ke local delights, pilih aje. Tapi, dah nama pun orang Malaysia, cepat boring dengan makanan western. Last-last, instead of makan steak, ketuk pintu food galley, mintak megi sebungkus.
Memandangkan megi adalah makanan yang terpaksa dicatu keranan tambatan aroma kelazatan dan faktor susah nak dapat kalo atas rig, sape ruffneck-ruffneck yang bleh buddy-buddy dengan staff food galley, dia la yang paling cool masa tuh! Kalo nasib baik, siap bleh mintak telur ayam lagi. Masak megi kari dalam microwave, sekali tarok telur ayam sebijik. Pergh, baru care beb!
Apahal gua cerita pasal megi plak nie? OK, back to the story. Kat mana gua benti dulu?
(SAMBUNG FLASHBACK)-------------------------------------------------------
Goyang jugak gua memula. Sebab dari pembacaan gua pasal MLM nie, banyak yang kiok at last.Tapi memandangkan teruja jugak gua nak tau apa 'janji manis' MLM Cukong Deris nie, gua accept la Kordi punya offer. Apa lagi, tersengih lebar la mamat tuh. Sebab apa korang nak tau?
Hurm, so hari Sabtu yang dinantikan pun tiba. Pukul 6.30 pagi henset gua dah start memekak-mekak dah. Sape plak call pagi-pagi subuh nie. Jangan tak percaya, nama yang appear kat screen henset gua sebenarnya adalah Kordi! Giler betul. Tak penah-penah mamat tu call gua, sekali dia bleh call soh bangun subuh la plak. Caring betul! Rasa macam gay couple pun ada jugak nih.. (yuck!).
Setel semayang Subuh, tetiba dia SMS gua. Dia bagitau kang pukul 11 pagi nanti dia datang pickup gua. Cool jugak ada driver nih! Sekali sekala orang datang pick up, rasa macam anak Dato' la plak. Kah Kah Kah!
******
Jam dah menunjukkan hampir kul 11 pagi. Lepas Subuh tadi, gua sambung tido balik. Apa jadahnya gua nak berjaga sampai pukul seblas time hari cuti? Takde keje,kan? Nak dijadikan cerita, time Kordi dah tunggu kat bawah, (gua dok apartment time tu, tingkat 4) gua still lagi membijih taik mata. Kordi call jer, gua baru terhegeh-hegeh nak amik towel pegi mandi. Dari tone suara mamat tuh, gua rasa dia macam hangin/bengkek jer dengan gua, tapi dia kontrol hensem. Standard ahh...nak suruh gua jadik downline lu, kena la bersabar sket, kan? Hahaha...
Dah siap-siap semua, dalam 20 menet jugak la Kordi jadi tunggul kayu tepi pondok pak guard tuh. Gua masuk kete dia macam xde mende yang berlaku, padahal gua tengok mamat tu dah berpeluh-peluh dah. Tanpa cakap banyak, dia pun start kete menuju ke Sunwei Piramit. Masa dalam kereta, Kordi x habih-habih dok canang pasal Deris nak kapal Cruise pegi Hong Kong untuk next trip aktiviti kelab nie. Yang best tuh, dia bagitau Deris dah booking BMW 5 Series, plate main tender 'KAY 44' (means 'Kayaa'). Pergh, kencang sembang nih! Tapi, gua mengaku, time tu niat gua untuk sekadar me'riki' kelab MLM nie mungkin bakal jadi sebaliknya. Sebab gua nie pun cepat buta duit sebenarnya. Cheitt!...Donia oh donia!
'Ril, aku bawak hang pi tempat nie, aku nak hang tengok dulu apa yang depa buat. Aku gerenti hang mesti suka punya...' Kata Kordi kepada gua setelah dia nampak gua agak-agak interested dengan cerita Deris booking 5 Series tadik.
'Aik? Apa nie bai? Aku ingatkan hang first timer,Kordi? Ker memang hang dah tau pasal kelab nie....? Gua dah syak something fishy.
FAKTA KELENTONG #2
Sah, gua dah kena kencing. Gua kompem Kordi dah biasa dengan event nie. Dia mengaku dia x tau ape-ape sebelum nie, sebab dia nak pancing gua ikut dia skali. Ahhh...b*bi betul. Gua dah rasa x senang. Cibaian, gua dah rasa gua nie macam seekor kambing hitam yang bakal diserahkan kepada Bobohizan untuk dikekah atas Altar. Fakkkk..!Tetiba Kordi mencelah:
'Ala, rilek la. Aku pun dengar-dengar camtu je la. Aku sebenarnya dah join dah under Deris minggu lepas. Rabu depan aku dengan dia nak pi Kemaman, ada client nak join. Skang nie kira aku bawah Deris dah. Deris dah janji nak letak budak kemaman tu bawah aku nanti. Kat situ dah cover untung sket dah...' Kordi bersungguh-sungguh explain kepada gua bila dia perasan gua dah terdiam.
Ahh, gua malas nak layan. Gua cuba la pusing topik lain. Cerita pasal sekolah la, pasal projek RTO gua skang la, jiran sebelah beli cerek Arcopal, pasal gua nak kena naik offshore la dalam masa terdekat nie, any topic yang x bersangkutan dengan kelab MLM Kordi nie. Kordi xde pilihan lain selain melayan jer apa yang gua gebang, dari start masuk lebuhraya LDP sampai la exit nak ke Sunwei Piramit.
45 menet berlalu dan akhirnya kitorang sampai la ke
Set nak jumpa dengan Deris kat Setarbak, Sunwei Piramit. Pegi la Setarbak, Deris x jugak muncul-muncul. Nak amik hati punya pasal, Kordi pelawa nak payung gua Java Chips Setarbak. Ok la tu, sebab orang nak payung,kan? Kalo gua nak beli sendiri, memang takde arr. Sampai RM18 hengget satu cawan plastik. Jadah apanya! Baik gua lepak kedai mamak, 8 gelas Milo tabur gua bleh langgah. Kah Kah Kah!
Kalo nak ikutkan, bukan setakat Java Chips jer dia payung. Sampai Marlboro sekotak pun dia offer. Haha...rasuah x hengat donia nie wei. Tapi, sebagai seorang hero yang x pilih bulu, gua layan jer. Tapi, xde la gua sebat sampai sekotak, memadai la 8 batang jer. Adab kena jaga,beb. Memang la rezeki jangan ditolak, tapi, bribe xleh amik banyak-banyak. Kah Kah Kah!
20 menet berlalu macam tu saja, dan tekak gua dah mula sakit bahana 8 batang Marlboro rasuah tadi. Last-last, Deris muncul dengan muka klasemen beliau. 20 menet lambat, Kordi sikit pun x tunjukkan muka yang hangin menunggu, bahkan dia bleh plak pegi sambut tangan Deris, salam macam xde hal je. Pergh, nie sudah lain,bai. Tanpa banyak bersembang, Deris kasik gua pass masuk.
Sekali tengok pas masuk tu, sedih syial... Mati-mati gua ingat tali lanyard. Bleh jugak buat tambah koleksi peribadi lanyard gua. Alih-alih just sticker lusuh yang dan direcycle 3-4 kali je. Korang penah pegi kedai moto tak? Kalo korang perasan, kat kedai motor biasanya ada jual sticker-sticker yang derang lekat kat helmet bagi nampak cool, macam 'Monster Energy' la, 'Tengok Boleh, Pegang Jangan' la, 'Bohsia Kampung Jawa' la..dan macam-macam lagi. Cuba bayangkan sticker tu, tapi dah 3-4 kali cabut-lekat, cabut-lekat. Memang lusuh tahap taik la. Gua still ingat lagi bentuk sticker tu. Bulat putih, ada gambar logo macam Friendster versi awal-awal dulu (skang friendster dah tukar logo lain). Then ada tulis no '196' dengan pen marker biru. Pesan Kordi, benda tu kene lekat kat baju, baru bleh masuk event.
Sebab seems macam dia tau, gua follow jer Kordi sampai la ke arena tersebut. Elok gua touchdown jer Pintu Gerbang:
"MAK AIIIIIIIIIIIIIIIIIII..."
Ramai giler orang siutt. Terlalu ramai nie. Gua yang secara default disetting oleh Allah S.W.T, amat berasa rimas dan tensen kalo berada di tempat yang ramai orang (pelik kan?). Tu pasal Karnival Jom Heboh sekali ja gua layan..pastu dah serik dah!
Kalo nak ikutkan skill matematik gua yang x berapa menjadi time SPM dulu, rasa-rasa nak dekat-dekat 2 ribu lebih orang jugak la yang berkumpul depan dewan konvensyen nie. Masa tu sesi petang. So, ramai la bakal-bakal millionaire nie hang out kat luar pintu, dok tunggu turn nak masuk 'ashram jutawan'. Sebut ja apa type; dari kecik-kecik budak lepas SPM, sampai la pakcik-pakcik bertongkat yang terpaksa dipapah oleh 2 orang cucu. Tu tak kira yang sanggup fly dari Sabah/Sarawak semata-mata nak attend event nie. Yang pakai tudung, yang free-hair, yang selekeh-super-selebet, mat-mat baju Polo suka angkat kolar, mat-mat rambut spikey-wet-look, brader-brader suka pakai spek hitam walaupun dalam shopping complex..etc. Semua jenis manusia ada kat situ.
Huh! Gua terpaksa stop sat. Banker Permatang Pauh soh pegi Giant beli broccoli la plak...(bersambung)
2 comments:
Sila sambung nanti..lepas habis cerita baru nak komen..heheheheh
citer tergantung tak bes bro! so cepat2 ko sambung!
haha..tengah cari idea nie AFAM. Kalo gua tune-tune balik, gua rasa 'Too Many Lies (part V)' baru khatam kot? Pehh..dah bleh buat slow Sinetron..mmg true!
Post a Comment