Friday, March 11, 2011

Blues Untuk Supian...


Pagi tadi, gua sampai awal lagi. Seperti biasa, lepas beli bihun goreng telor mata sambal lebey kat Kakak A & Kakak B, gua straight menuju ke mamak Harmain. Elok jer gua melangkah masuk kedai tu, kelihatan Supian melambai-lambai tangan dekat gua. Nak ajak gua lepak makan kat table dia.

Supian nie dulu satu opis dengan gua. Last September 2010, dia resign masuk kompeni lain, nak cari challenge baru katanya. Tapi, tempat kerja baru dia sebenarnya satu lokasi jer dengan gua. Cuma blok jer lain-lain.

Gua duduk lepak depan Supian. Kelihatan supian dah half-way nak habiskan koay-teow telor dia. Gua jer terkial-kial baru nak start melantak. Supian nie lain sket orangnya. Kalo lu tak start topik, alamatnya dia akan diam la sampai habih. Gua takmo rasa dull sangat, so gua pun bukak topik:

“Pergh, gua rasa cepat gila minggu nie. Tup! Tup! dah Jumaat dah…” gua menggunakan topic ‘Hari Jumaat’ sebagai kepala kronologi sembang.

Supian tersentak. Dengan serta merta, dia mengeluarkan iPhone beliau, straight check clock dengan day.

“Eh? A’a la…hari nie hari Jumaat. Seb baik lu ingatkan gua. Alhamdulillah....”  balas Supian dengan tak semena-mena. Sesekali dia tersenyum excited.

Dia merenyukkan kertas bungkus koay-teow beliau setelah isinya habih beliau tibai. Norma-norma seorang perokok tegar macam Supian, lepas makan mesti kena ‘on’ sebatang. Baru makanan lancar masuk dalam usus, katanya.

** Fuhh!  Fuh!

2-3 kepulan asap Supian hembus dengan ringkas. Namun riak muka beliau kelihatan begitu kenyang dan puas. Mungkin puas dengan keenakan koay-teow telor yang dijamahnya tadi kot? Mana la gua tahu...dia yang makan.

“Alhamdulillah...bagus la dah insaf. Lu jangan lupa plak semayang Jumaat hari nie. Doploh tahun dulu boleh la lu kata belom baligh. Skang kalo lu ulang alasan tu, memang sengaja nak mintak tempeleng...” nasihat gua kepada Supian.

Supian tersenyum.

“Gua excited bukan pasal semayang Jumaat la…”

Gua plak yang tersentak. Apa cerr plak mamat nie? Gua dah rasa pelik.

“Habih tu, apa yang lu excited sangat dengan hari Jumaat?”
 
***

Supian kelihatan tenang dah bersahaja. Rokok ditangan dah tinggal suku. Sambil menghirup teh ais, beliau menjawab:


 
“Sebab boleh donlod Naruto...”



P/S: (Astaghfirullah...)


NOTA KAKI:
Naruto memang keluar tiap-tiap hari Jumaat. 

4 comments:

kamal said...

siapakah supian yang dimaksudkan??

supri supian??

Sandokhan said...

hahaha...

character supian tu hanyalah rekaan semata-mata, namun percakapan beliau adalah benar.

identiti terpaksa dirahsiakan demi menutup aib subjek berkenaan

kamal said...

aku dapat agak siapakah supian yang sebenar hahahaha... keyword perokok tegar, iphone, naruto ... hahahahhaa

Sandokhan said...

Huuish...aku rasa aku dapat agak apa yang hang teka tu...

Bukan 'dia'...bukan 'dia'...

'dia' still ada kat sini.

Kahkahkah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...