Lokasi: Rumah gua.
Jam: Sabtu, 9.30 malam.
Event:EPL Super-Sunday, Liverpool vs Man Utd. Astro Channel 812
“Eh..apahal Man Utd malam nie? Lauk betoi....Bukan diorang nie hebat ke?” tanya si Banker Permatang Pauh selepas terkejut melihat keputusan semasa 3-0.
Perlawanan masih berbaki lagi 15 minit. Liverpool di depan dengan hat-trick Dirk Kuyt.
“Diorang (Man Utd) memang kuat. Liverpool pun kuat jugak...”
“Tapi, skang nie main kat Liverpool...kat Anfield. Tu la Liverpool semangat lebih..!” jelas gua dengan nada excited. Excited kerana Man Utd drop points lagi.
Banker terdiam. Namun, riak wajahnya jelas terpampang yang dia sedang musykil tentang sesuatu.
“Eh..tapi, bukan ker semuanya bergantung kepada skill and teamwork? Apa kena mengena plak dengan Home-Away...?” tanya banker yang masih kurang jelas.
“Ya la. Sekarang nie, Liverpool main kat tempat sendiri, di stadium sendiri. Dan dikelilingi hampir 70% fan sendiri...”
“Main kat HOME nie memang banyak advantage. Selesa woo main kat tempat sendiri. Bila player dalam keadaan selesa, segala bapak jenis passing, crossing, nak buat on-the-run attack and through ball komfirm menjadi…semuanya kerana SELESA…” jelas gua lagi dengan nada bersungguh-sungguh untuk memadamkan kegusaran di hati Banker Permatang Pauh.
“Uish…gua tak setuju la dengan pendapat lu. Alasan jer tu…” balas beliau sambil menghentak-hentakkan kaki. Pergh, betul-betul protes nie!
Gua terkedu.
Ketara betul perbezaan pendapat kitorang. Wife gua perlu diberi pendedahan mendalam pasal bolasepak. Masih banyak lagi hakikat dan term-term yang dia kurang jelas tentang sukan ini, lebih-lebih lagi apabila si suaminya seorang penyokong setia Arsenal. Ini dah jadi tanggungjawab gua untuk memahamkan beliau, agar setiap laungan dan jeritan ‘GOAL!’ yang gua jerit tiap-tiap malam weekend, boleh beliau join skali.
Gua dah jemu jerit ‘GOAL!’ sorang-sorang.
Dalam situasi sebegini, gua perlu come-out dengan suatu pendekatan yang simple dan efektif. Orang yang baru nak berjinak-jinak dengan EPL nie, kita perlu handle dia dengan cara yang soft. Tak perlu menyeluruh kerana dikhuatiri akan mengelirukan fahaman dan mood beliau.
***
5 minit sebelum wisel penamat, gua bersuara:
“Cuba lu pikir situasi nie. Mana lebih selesa. **‘Uh-uh’ kat tandas rumah sendiri ker, kat tandas rumah orang?”
Banker tersentak lagi. Kali nie, dia tak amik respon yang lama untuk menjawab persoalan gua.
“Mesti la kat rumah sendiri..” jawab Banker..selamba.
“Kenapa plak?” gua tanya dia balik.
“Ya la. Kat rumah sendiri, kita dah biasa kat mana letaknya sabun handwash, getah paip. Nak ‘perform’ pun senang…”
“Kalo kat rumah orang, segan la. Tak berapa selesa…” ujar Banker.
BINGO...!
“Ha! Sama la dengan explanation gua tadi. Tandas HOME lebih selesa dari tandas AWAY. Kalo kita kat HOME, rasa lancarrrr… jer kan? Kehkehkeh!” gua balas sambil ketawa berdekah-dekah.
“Cis! Lu nie tak senonoh betul! Ada ke kasik contoh ‘uh-uh’...?” Banker terpaksa mengiyakan walaupun dia still tak puas hati.
“Ya la. Nak kasik lu paham. Tapi, lu faham dah kan skang?” gua still takleh tahan nak bantai gelak.
“Yer la, yer la….Apa-apa jer la…” balas Banker
Malam tu Liverpool tiaw Man Utd 3-1. United dapat la gol saguhati sebijik, sebab player-player The Reds dah macam malas nak main. Nak tunggu reff tiup wisel je. Gua girang! Man Utd drop points lagi. Perbezaan mata antara Arsenal dan Man Utd hanya sebanyak 3 points jer, dengan Arsenal still berbaki satu perlawanan lagi. Nampak macam ada harapan.
Namun, apa yang lebih buatkan gua gembira, Banker akhirnya faham dengan konsep HOME-AWAY dalam bolasepak. Amacam? Sempoi tak pendekatan yang gua kasik?
Kahkahkah!
P/S: Gua dah rasa macam idealist dah skang nie.
*’Uh-uh’
Buang air besau.
5 comments:
hahaha..sabar je la..huhuhu
Apa lagi weh...next game, ko call member2 kaki bola lepak satu kedai mamak. then bawak banker skali pi tgk game.
Gerenti dia pun akan terikut-ikut gak. Lagi ramai org tgk bola, lagi meriah weh! Hehehe
Diana: Hehehe..sesekali prank Hani layan jugak..
AFAM: Tu ahh...wife aku skang pemahaman dia terhadap bola sepak ada sedikit upgrade. So, pasnie bleh la ajak dia lepak Mamak depan Skrin besau...
Kehekehekeh!
gua tetap sokong arsenal wpun kekandang tgk diorang main macam haram...:)
Ark? Jin..ko dh ada blog? wa...chantek! chantek! tapi, blog ko apsal aku xleh komen wehh..enable la kat setting...ker ko memang tanak orang komen? Itu lain cerita la...hehehe...
Aku pun die-hard fan Arsenal. Walaupun slalu orgasm aku x smpi dengan gol-gol, tapi aku totap setia...cuma satu jer kita perlu percaya, 'Arsene Wenger dah makin nyanyuk..!' yang lain semua OK. Huh!
Post a Comment