Friday, January 13, 2012

Scene Jumaat

Seperti biasa, hari nie gua pekena semayang Jumaat sorang-sorang. Nampak macam Forever alone,kan? Budak-budak opis gua jenis suka pekena kat mesjid jauh-jauh macam mesjid kat Wangsa Maju la, Masjid Jalan Duta la. Tiap-tiap minggu diorang rotate mesjid, dengan alasan supaya tak boring. Peh, sebenarnya diorang nak pekena Nasik Beriyani Gam tu. Bukannya gua tak tahu, ceh!

Port pekena semayang Jumaat gua seperti biasa kat Mesjid Tabung Haji Jalan Tun Razak ja. Gua jenis malas nak merantau jauh-jauh. Kang nak masuk Megan Avenue kena prepare duit singgit nak bayar parking masuk palang lagi. Ahhh…malas. Sangat malas. Mesjid Tabung Haji ni, kalau nak diikutkan dari opis gua, 10 minit jalan kaki sambil cucuk rokok sebatang setengah, sampai la.

Dah pukul 1.20 petang. Cepat-cepat gua padam rokok di tangan dan meluru pergi ke belakang bangunan untuk mengambil wudhu’. Tibanya di pancoq, dia punya ‘queue’ sangat ‘peeeeeeergh’! Panjang gila. Macam scene beratur-nak-dapat-meal-free-pakai-baju-merah-time-hari-Rabu-kat-Kenny-Rogers pun ada sikit-sikit. Setan dan mula bisik jahat sikit-sikit suruh ponteng. Tapi, gua ‘ishhh’ kan mereka lalu terus beratur di belakang orang yang paling last dalam barisan. Nasib baik niat nak memonteng tak melantun. Alhamdulillah.

Sedang gua beratur tu, tiba-tiba bahu gua ditepuk. Terkejut juga takut-takut orang bank kejar gua sampai ke mesjid. Pelan-pelan gua toleh ke belakang. Oh, Hisham (bukan nama sebenar) rupanya. Member lama gua masa buat projek Wireless untuk salah sebuah daerah di Selangor dulu. Tak banyak perubahan beliau. Tetap huduh macam dulu.

“La…kau ke Sham. Aku ingat sapa la main tepuk-tepuk bahu nie.” Tegur gua sambil tersenyum.

“Biasa la bro. Sihat?” tanya beliau.

“Macam nie lah..keja tempat lama lagi.”

Sambil menghulurkan tangan untuk berjabat, Hisham kemudiannya melontarkan satu soalan yang sampai sekarang gua tak konpident nak jawab. Menghantui kepala hotak gua sungguh. Soalan power beliau:



“Apa kau buat kat sini?”



Lu orang agak-agak, perlu ke gua jawab gua datang nak semayang?

Bangang! 


2 comments:

Afams Chan said...

hahahaha

adakah org yg sama pasal donlod naruto dulu. ala..dlm blog ko ada tulis pasal hari jumaat gak.

hahahah...lawak la member hang. mcm inosen. hahaha

Sandokhan said...

Afam: takdak la. Orang yang donlod Naruto dulu dah keja jauh dengan tempat aku dah. Ni member aku masa projek Shah Alam dulu. Ntah apa dia buat kat KL nie aku pun tak tau.

Mmg dia inosen. Jenis-jenis muka cool tapi penuh sarcasm. Penat aku nak melayan orang cengginih!

Hahahaha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...