Asal tajuk mengundang ereksi saja, gerenti ada yg click. Kehkehkeh! Biasa la, dah nama pun manusia bernafsu. Aku pun kadang-kadang terkelendat jugek.
Hah, apa aku nak bagitau ni?
Scene game online ni, sebenarnya aku dah lama tinggalkan. Dulu masa study kat Universiti, scene game online memang tengah up kaw-kaw time tu. Yes, aku x main ROSE Online, tapi masa tu aku adalah batch yang terawal main Thang Online. Hmm, kisah nya bermula bila mana aku, Teddy dan Adi Germocks balik Melaka awal dari tarikh biasa. Masa tu cuti semester, dan ramai diantara kami yang masih lagi spent cuti di kampung masa tu. Entah kenapa aku terasa nak datang Melaka awal, mungkin disebabkan masa tu arwah mak aku takde kat rumah. Ada rombongan JKKK pergi melawat Taman Burung kat Penang kot.
So, long story short. Rumah sewa Taman Tasek Utama tu, dari 8 orang ahli rumah aku, cuma ada kami bertiga. Sunyi. Memang sunyi. Pergi mana pun aku nampak muka Teddy dan Adie Gemok saja. Tapi, intention yang paling best ada menyedut movie-movie dengan menggunakan kelajuan internet yang pada masa itu sangat superb. Ye lah, dah kami bertiga je yang ada masa tu. Less user, means more bandwidth untuk ditelan. Ok, jot that down.
Thang Online ni dijumpai oleh Teddy yang pada masa tu sangap takde benda nak main. Hidup sebagai student, bujang dan sering berada dalam bilik seorang diri ni kadang-kadang kalau dibiarkan boleh mengundang 'dosa kering' juga. Aku pun tak terkecuali sebenarnya. Biasala...bujang (bak kata Shahril Kamaruddin). Entah apa yg dia browse sampai dinavigate ke satu link game yang pada masa tu boleh buat hilang bosan, dia pun terjumpa la Thang. Aku dengan Adie Gemok masa tu tengah lepak di ruang tamu layan ulangan AF1 (ya, dulu aku pun tengok AF juga. Tapi takdelah sampai hafal step 'Menuju Puncak'. Itu dah kronik!)
Perangai Teddy ni, dia takkan suggest something selagi dia belom test power. Jauh mana dia punya pergi tu, belakang kira. Apa yang aku tekankan kat sini, apa-apa hal...dia kena dulu. Kahkahkah! Bagus juga ada orang macam ni. So, bermula dengan instalasi fail .exe sebesar 400++ MB (seingat aku), dia pun buat la apa yang biasanya dibuat oleh tahi-tahi online gamers. Register email, register dalam forum game, dan create username. Lepas tu, dia pun main macam biasa. Aku dengan Adie Gemok kat belakang dia dah pada masa tu. Melayan mamat tu main game. Sangap betul time tu. Gua tak tipu. PS2 masa tu aku belom beli. Bahan hiburan yang ada pada masa tu cuma Astro, kelajuan internet yang agak laju era tu (pasca awal 2000), majalah kereta Repsol dan beberapa klip-klip video orang dewasa yang tersembunyi di dalam folder kompiter tanpa disedari rakan-rakan.
Thang Online ni sebenarnya macam dadah. Benda ni sangat stim dan ketagih dia sampai bleh membawa kehancuran kepada sesiapa yang gagal mengawal nafsu. Amboi, bunyi macam merbahaya sungguh. But, if there's a gun pointing at my head, asking what it feels like to play Thang, aku akan cakap benda macam tu. Levelling, Character buildup dengan Skill memang buat student-student batch aku tak reti tido malam. Ada yang sampai seminggu tak pergi kelas pun ada.
Thang Online dah start merebak di kalangan bebudak IT bila mana semester baru dah bermula. Semua orang dah kembali ke Melaka, dan kami pada masa tu dah build up character kaw-kaw juga. Biasalah, bila character dah dasat, semua mata memandang dengan iri hati. Rata-rata yang melihat kami mengemudi watak virtual kami akan terus meminta fail Thang tersebut untuk proses instalasi juga. Masa tu, Joe Budu start dulu...lepas tu membawa ke Mat Pet, Kambing, Elmie Uchiha. Budak-budak rumah aku, yang jenis kalis permainan ni cuma Joe Matang dan Repsol sahaja. Lain daripada tu memang pesen senang terpengaruh.
Kahkahkah!
Bermula dari rumah sewa aku, scene Thang merebak sampai ke rumah-rumah yang lain. Rumah Mael Siput yang dikemudi oleh Mael sendiri, Arul dan Am Butterrain, serta rumah Abejame yang masa tu pesen tak tahan nak beraksi juga. Ide Jamin, Abejame adalah antara orang-orang terawal di cawangan Ayer Keroh Height yang cuba menyambung budaya Thang Online ni. (OK, bab Abejame ni aku kene dabel check balik...takut-takut silap fakta, naya aku. :))
Zaman tu memang best. Kemana saja pergi, mesti sembang Thang. Potion apa yang bagus, apa resipi untuk imbue barang supaya lebih kuat, mana nak hunting Heart of Mangkut, duit lebih untuk beli lune items, Nusam Lady dan banyak lagi. Mamak, Lab Komputer, sampai ketika menunggu turn untuk mandi pun Thang sahaja yang disembang. Peh, masa tu....brotherhood kami hanya untuk Thang. Zaman itu, siapa yang cuba untuk download bilamana scene hunting sedang dijalankan, mereka akan dimaki tanpa rasa belas kasihan. Ini kerana bila ada seseorang yang tidak bermain Thang dan membayar untuk kemudahan internet, dan menggunakannya bukan untuk membuat kerja rumah, ini adalah salah. Scene download ketika hunting sedang dijalankan sebenarnya mengundang lagg dalam permainan. Damage yang diterima ketika diketuk musuh, perlu diubati dengan meminum potion. Lagg akan lebih menyakitkan hati bilamana potion yang diteguk tidak masuk kedalam system healing, dan damage yang diterima berterusan hingga menyebabkan kematian. Itu pasal zaman itu, siapa yang gelar diri mereka online gamers amat geram dengan downloaders ini.
Tapi....
Aku dah mula nampak scene ketagihan Thang Online sudah tidak boleh dikawal. Jadi, aku rasa terpanggil untuk berhenti dari bermain Thang. Susah memang susah, tapi akhirnya aku berjaya jugak. Tapi, dalam berjaya-jaya aku pun, aku extend semester juga. Walaupun aku dah pelan-pelan mengundur diri dari dunia Thang, tapi hakikatnya aku cuma berhenti main secara hadkor. Thang Online masih berada cantik dalam Program Files komputer aku. Sekali sekala bila line tengah clear, aku curi-curi online juga. Mana aku nak letak muka bila aku dah declare quit Thang, tapi dalam diam-diam aku masih pergi hunting dekat dungeon. Peh, macam aku kata tadi, Thang Online ni macam bini (Ok, aku guna pendekatan bini, supaya perverts kat sana lebih faham macamana feel dia) sebenarnya. Benda ada depan mata, dayus kalau setakat tengok saja. Ye tak?
Bila result aku dah mula jahanam dan tak dapat konvo bersama rakan-rakan seperjuangan, aku dah mula rasa down. Dari situ aku dapat kekuatan untuk terus quit Thang secara total. Tapi, sebenarnya, there was nothing to hold back pun kalau aku quit. Pada masa tu, even aku adalah orang terawal main Thang, items aku tak power macamana barang-barang rare Mazuardi dan Ide Jamin. Jadi, quit pun aku sebenarnya tak rasa bersalah sangat.
So, tu lah sedikit sebanyak kisah aku pasal Thang. Tapi, benda yang aku cerita ni sebenarnya 15% sahaja daripada actual fenomena masa tu. Aku belum cerita lagi kawan-kawan aku yang pukul 3-4 pagi tendang keyboard sebab lagging. Tu belum masuk lagi komuniti kuat Thang sampaikan order beli nasik pun guna whisper. Kalau semua aku cerita, boleh hantar manuskrip ke Dubook Press la ini macam. Fenomena paling dasat lagi, sampaikan ada geng-geng aku yang sabotaj modem dikala kami semua sedang nyenyak tido. Macamana dia sabotaj? Cabut kabel network kami supaya all bandwidth dapat ke dia sorang. So, impactnya, kami (masa tu aku dah fully quit dan kembali kepada scene download-download movie) yang download movie ni, sebelum tidur...dah jadi amalan untuk tidak membiarkan Torrent client tu kosong tidak menyedut. At least mesti ada satu....(at least) file yang akan disedut sebelum tidur. Logik kata, biarkan saja sedutan tu jalan macam biasa...dan bila bangun esok pagi, movie tu dah siap. So, macamana kaki-kaki Thang ni menjalankan kegiatan murni mereka? Macam aku kata tadi, less connected users means more bandwidth to be utilized by one active individuals. Dapat pikir? Tak dapat? I leave it to you guys to think. Hah, gugel la.
Bangun-bangun pagi.
Dengan harapan sebelum pergi kelas, dapat layan klip-klip baru barang sekeping dua. Sudahnya, download progress maintain 0.0%. Kecewa tak? Benda-benda kecewa macam ni, bukan aku saja yang rasa. Aku berani bet, Beto, Ceru, dan Abejame berani rasa benda yang serupa. Hahahahaha
Tujuan aku tulis entri ni, bukan untuk bash sapa-sapa sebenarnya. Cukuplah sekadar aku kongsikan pengalaman aku ketika zaman Universiti dulu. Yes, kalau orang tanya aku...zaman mana yang paling aku enjoy dan won't think twice untuk undurkan masa, aku 'tanpa kompromi' akan jawab zaman Universiti. No shit, and fuck second thought! Kat situ aku kenal makna sebenarnya brotherhood. Yang mana brotherhood waktu tu bukan setakat mengadap kawan-kawan virtual saja. Tapi, the chemistry among real friends yang ada masa untuk kita. Lepak mamak sama-sama. Lawan makwe lalu lalang sama-sama. Suwit-suwit makwe-makwe berlainan jurusan, BBQ beramai-ramai di kaki Gunung Jerai dan macam-macam lagi.
Thang Online. Thank you sebab menyedarkan aku.
***
Fast forward.
2014.
Pukimak mana yang send kat aku link Kings Road ni? Haramjadah sedap sungguh.
End.
1 comment:
sandokan ftw!
Post a Comment