(Disclaimer: Istilah kaki tu, gua re-quote ayat Pengetua Matrikulasti ITTAR Langkawi dulu. 'Bila hangpa masuk Matrik ni, sebelah kaki dah komfem ada di Universiti. Tinggai lagi satu kaki saja nak buat hangpa keluar menuju kejayaan'
So, kali ni, satu berita yang menggembirakan hati gua bakal berlaku lagi. Another WWE Tour akan berlaku bulan October ni di Stadium Putra, Kuala Lumpur woi. Ramai gua dengar atlit-atlit bakal datang. The Shield (Gay for Roman), Wyatt Family, Daniel Bryan, Rusev dan CJ Perry (Lana), 3MB dan beberapa Divas-Divas yang membintangi siri tahi, 'Total Divas'.
Aku sendiri dapat tahu berita ni daripada Adib Zaini menerusi Twitter. Untuk pengetahun semua, Adib Zaini adalah penulis buku 'Zombiejaya' yang baru-baru ini novelnya menjadi adaptasi 'KL Zombie'. Ahhh, frust juga aku layan KL Zombie ni. Lain benar watak Nipis depa buat. Baik aku terus baca buku. Selain menulis buku, beliau adalah hadkor yang paling hadkor gusti yang pernah gua kenal selama ni. Post gua dulu masa entri The Shield, gua dah cerita pasal mamat ni begitu into dengan promotions wrestling yang lain. Chikara, NJPW, ROH, PWG dan macam-macam lagi. Pendek kata, dia memang telaga informasi. Bila dia tahu pasal berita WWE Tour ni, terus dia tuit gua dan seorang lagi mamat bernama KhairAzri (id Twitter). Ya, kami bertiga memang rancak bersembang pasal dunia hempas-menghempas, especially malam Rabu, bila mana RAW sedang keudara.
Seperti kaki kongkek disorong Gambir Sarawak, kami bertiga memang meloncat bila tahu pasal kehadiran WWE di KL ini. Lebih-lebih si Adib yang influence benar dengan Bray Wyatt. Janggut yang dia bela sekarang ini sebenarnya adalah satu cara beliau menunjukkan support beliau terhadap Wyat Family. Semalam Adib Zaini sekali lagi memberi update kepada gua tentang perihal harga tiket untuk Tour kali ni. Memang seperti yang gua dah jangka, nohorom mahal Ya Rabbi. Tapi, disebabkan minat punya pasal, gua tahankan juga. Gambar dibawah secara roughly, explain pasal kelas-kelas tiket beserta harga yang ditawarkan.
Untuk view yang lebih awesome dan tidak terlalu kaya, Ringside Arena section tu adalah seat yang paling superb untuk dibeli. Ya, RM728 memang mahal. Tapi, pendek kata....kalau dah minat. Terpaksa kami hadap juga. Kalau dilepaskan, entah bila la Vince McMahon nak arrange another comeback Tour lagi. Entah-entah gua dah tak ada kat dunia ni. Sapa tahu?
Cuba lu orang bayang, duduk di Ringside, bila Rusev tengah fight dengan Kofi Kingston. Lana pulak berdiri betul-betul membontoti aku. Peh, skirt pendek beliau, with her so-called fake Russian accent, memang satu experience yang gua nak rasai. Lu orang mungkin tak tahu betapa feelnya dapat tengok Lana dekat-dekat, lebih-lebih lagi bila dengar dia jerit: "Rusev...Crush!".
Boom! Rusev buat satu hard stomp belakang Kofi yang terbaring. Kofi menjerit 'Arghhhhh....'. Terus Rusev datang dan buat 'Accolade'. Memang finisher Rusev ni sebijik macam Iron Sheik's Camel Cluth. Tapi, Rusev punya version sangat nampak menyakitkan.
Lana: "America Rise for the Suuuupar athlete...Ruuuuusev!" |
So, bagi yang bukan peminat tu, gua harap lu orang jangan menyibuklah. Ini shrine kami. Ini ashram kami. Mereka dengan ayat "aku last layan gusti dulu masa zaman The Rock dengan Stone Cold saja. Lepas tu aku tak tengok gusti dah sebab nampak sangat berlakon gila" mereka boleh pergi jilat tinja sendiri. Lu orang tak datang, lagi bagus. More seats for us, the wrestling fan!
So, sekarang gua tengah gigih bekerja siang malam untuk mengumpul dana. Dengar khabar, tiket akan mula dijual start 31st May 2014 ni. Gua risau tiket ringside tu habih cepat saja. Ya la, sapa nak duduk dekat section atas, sekadar nampak bontot Lana sebesar semut? Ahh...mungkin kehadiran Ricky Steamboat ke Malaysia 2 hari lepas adalah untuk finalize pasal Tour WWE ni kot? Itu hari Booker T datang Lot10, gua tak sempat jumpa. Gua dah sampai dah Lot10 masa tu. Tanya pak Gad, pak Gad kata gua terlambat 20 minit saja. Booker T punya event bertemu peminat dah habih dah.
Jilaka! Jilaka! Jilaka!
Gua akan pastikan event kali ni gua takkan terlepas.
Bukan Janji, tapi pasti!
Click HERE for more information on the event and ticketing.
Chiaw!
"Rusev Smash......Rusev Crush!"
No comments:
Post a Comment