Wednesday, March 21, 2012

Scene Burger (Edisi: Road to Wangsa Maju) Part I


Rentetan daripada kegagalan dan ketidaksampaian hajat gua dan Banker Permatang Pauh untuk merasaikesedapan Burger Bakar Kaw-Kaw (BBKK) Wangsa Maju pada hari Sabtu itu hari, gua seperti tidak senang duduk. Nak mandi tak sedap hati, nak cuci tandas pun tak solid dia punya feel. Apatah lagi nak menghabiskan #Skyrim. Terus hilang mood. Seakan-akan diri ini sudah tiada semangat lagi untuk segala-galanya. Sungguh palat perasaan ini. Gua sangat tak suka!


***


So, nak dijadikan cerita, 2 hari selepas scene malang di BBKK Sabtu lalu, pada hari Isninnya, Banker Permatang Pauh mengajak gua sekali lagi untuk pekena di tempat yang sama. Tapi, menurut beliau, kali ini kami akan terus menuju ke Wangsa Maju sebaik sahaja tamat waktu kerja orang swasta, which means, after 6.00 pm lah! Mulanya, gua berat hati nak pergi, kerana gua tahu kecenderungan gua untuk beratur mendapatkan makanan adalah sangat nipis. Tapi, bila memikirkan tentang isteri gua yang benar-benar craving BBKK, gua jadi pasrah. 

(Sapa yang tak sayang bini, oii!)

Tepat pukul 6, sepantas kilat gua kemas beg laptop, dan terus meluru keluar dari opis. Turun lift sampai basement, cepat-cepat gua capai motor kapcai gua dan tenang menunggang keluar dari Megan Avenue 1. Dari Jalan Yap Kwan Seng, gua pintas Lebuh Ampang hinggalah ke Jalan Sultan Ismail untuk mengambil Banker Permatang Pauh. Dari jauh kelihatan kelibat isteri gua sudah menanti di lobby Wisma tempat beliau bekerja. Bila dia perasan kapcai gua berhenti di pembahagi jalan, secepat mungkin beliau berjalan mendapatkan gua. Air muka beliau petang itu adalah air muka paling rare pernah gua tengok sepanjang perkahwinan kami. Bagaikan bersinar-sinar. Jauh di sudut hatinya, dia seakan yakin yang ini malam, BBKK mesti dapat dibaham! Fuh…dramatik,kan? (OK, part air muka tu gua ada kelentong sikit-sikit)

Sambil menghulurkan helmet, gua bertanya:

“Phone lu dah charge penuh-penuh ker? Kita nie nak beratur lama, tahu?”
“Dah…gua dah charge tadi.” jawab beliau selamba.

Kenapa gua tanya pasal phone? Ini kerana menurut apa yang gua baca mengenai BBKK Wangsa Maju di foursquare Tips, paling lama orang beratur hanya nak tunggu burger adalah dalam 2 jam. Tu pun kalau nasib baik burger still available. 2 jam tu weih. Tak pernah gua beratur selama itu untuk nak mendapatkan makanan. Gua sendiri tak pasti level kesabaran gua. Samada gua boleh bersabar, ataupun gua give up pada jam yang pertama. Kita tengok sajalah.

So, apa nak buat dalam masa 2 jam beratur tu?

Twitter. Dan, lazimnya twitter di Iphone adalah scene yang paling cargas menelan bateri. Gua nak pesan awal-awal, for iPhone users, better charge your phone to it's maximum, or else...your 'boredom' will eat you alive! *evil laugh* 

“So..dah ready ker nie?” tanya gua sambil mengetapkan tali keledar helmet Banker.
“Dah…gua dah ready dah. Jom, ”







(bersambung…………)


P/S: Gua bukan saja nk troll lu orang, tapi dikala gua nak publish entri ni, bos gua panggil suruh setting backup email. Bukan pasal gua takde idea. Betul woi, gua tak tipu ni. Kahkahkahkah!

Wednesday, March 14, 2012

Scene Burger (Edisi: Malang Bertimpa-timpa)

Gua suka makan burger. Ini adalah habit buruk gua yang gua gagal buang sejak dari zaman gua kecik lagi. Ya lah, mitos orang melayu selalu mengatakan, yang fast food adalah punca utama masyarakat di Malaysia mengalami masalah kegemukan melampau. Dan burger adalah sejenis fast food. So, nampak tak kronologinya kat situ?

Tapi, persetankan semua itu!

Bagi gua, burger yang terbaik pernah gua makan adalah Daily Burger di depan 7-Eleven Sri Gombak. Daging masak solid, mayo sedap, black pepper sauce mantap, dan bawang besar-besar punya stail potong, hirisan nenas yang teliti dan nipis ala-ala Bandito Pocket. Pergh! Apa lagi lu orang mau? Memang sedap, derr. Gua pekena burger nie sampai terbawak-bawak dalam mimpi la dia punya la sedap. Sumpah gua tak tipu. Gua serius nih!

Suatu hari, Banker Permatang Pauh ada send satu email dekat gua pasal ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ yang beroperasi di Wangsa Maju. Sebenarnya gua dah lama tau pasal nama kedai ‘kaw-kaw’ nie, memandangkan tempat nie pernah trending di twitter satu masa dulu. Dalam email tu, dipaparkan beberapa gambar-gambar kepingan daging burger asli yang tebal tahap ‘nokhorom’. Memang tebal bhaii! Tapi, apa yang menariknya, ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ ni claimed diorang adalah the First Burger Bakar In Malaysia.

Sebut pasal ‘Bakar’. Kenapa ‘Bakar’?
  
Scene biasa burger yang kita nampak di mana-mana stall burger, daging burger biasanya digoreng kering diatas pan yang lebar (digoreng?). Berbeza dengan stall ‘Kaw-kaw’ ni, daging burger yang setebal separuh novel #Zombijaya ni dimasak stail BBQ. Panggang + Bakar. Bau charcoal dan hangit grill panggang tu memang jadi salah satu agen penyentap rasa.



Amacam? Tebal kan daging dia?  

Nampak kan powernya Burger Bakar nie? Gua tengok dari email bini gua pun dah tak berapa tenteram dah tekak ni sebenarnya. Tebal daging tu boleh buat tempeleng orang, apatah lagi mengunyahnya dalam mulut. Pastu jenis lumur mayonis dengan black pepper yang meleleh-leleh memang boleh bikin iman gua huru-hara wei. Seksi!


Sesi membakar daging

Jauh disudut hati, gua tau niat Banker Permatang Pauh sebenarnya memang saja nak ajak gua pekena seround di kedai tersebut. Kalau tidak, masakan email tersebut dishoot ke inbox gua secara tidak sengaja,kan

Kahkahkah!

So, seperti yang dibincangkan kami laki bini, hari Sabtu baru-baru nie kitorang pun bergerak la menuju ke Wangsa Maju. Memandangkan minggu tu Arsenal tak main Sabtu-Ahad, so dapatlah kami keluar berjalan-jalan lepas Maghrib. Kalau tak, jangan haraplah! Map semua dah ada. GPS semua dah set. Bukan apa, takut-takut sesat. Mana gua nak letak muka nie kalau mak mertua gua tahu gua boleh sesat dalam KL. Ye dop?

Perjalanan dari rumah gua ke Wangsa Maju hanya memakan masa 10 minit saja. Guna MRR2, masuk ikut exit Sekolah Wangsa Melawati. Yeah, kalau nak suruh gua bawak kereta, gua rasa timing tu kena add-up lagi 10 minit lagi la. Gua bawak kereta slow sikit. Bukan penakut……Cuma, gua dengan kelajuan tak selalu sangat berkawan. Memandangkan bini gua yang bawak kereta, dapatlah gua rilek-rilek di passenger seat sambil menatap beberapa gambar burger Kaw-Kaw nie hasil post pembeli-pembeli yang membuat testimonial di entri-entri blog makanan. Satu demi satu gambar gua gesel di skrin iPhone, sambil jantung gua berdegup kencang. 2,3 kali juga gua telan air liur. Keroncong perut dan peluh-peluh jantan di pipi fungsi berselang-seli. Sebabnya, gua saja skip lunch tengahari tadi, semata-mata untuk makan burger tersebut. Bukan gua sorang saja, bini gua pun sama. Nawaito Sou Maghadin kami memang malam tu nak pekena ‘Burger Kaw-Kaw’ set Double Happiness. Dah target dah tu! So, demi keinginan ini, apalah sangat mogok lapar 5 jam tu, kan?

Jam kat tangan menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami sampai agak awal di Wangsa Maju. Sesampai saja di destinasi, pelan-pelan bini gua masuk parking depan Belakang Orange Cybercafe. Gua pula cepat-cepat simpan phone dan terus keluar dari kereta. Tika ini, bunyi perut gua memang tak boleh nak sorok-sorok lagi. Lapar sangat ni. Nasib kau la beger!

Namun, langit tidak selalunya cerah. Sesampai saja kami di tempat kejadian.


HAMMAGADD!!!


Amacam?

Panjang kan queue dia? (Ohh tidak!)




***


Malam itu, gua dan bini end up makan roti Nan kat mamak BRJ tak jauh dari stall Burger Bakar Kaw-Kaw tersebut. Ceh, kalau setakat nak pekena Nan, tak payah la gua bersusah payah datang Wangsa Maju. Kat Gombak pun banyak mapley!


Buat penat gua mogok lapar, saja!

!#@#% grr!




P/S I : 2 Gambar diatas gua ambil dari website foodpoi.com. Klik that link untuk membaca entri bergambar penuh mengenai Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. You guys gonna love it!


P/S II : Tragedi malam tu sikit pun tak mematahkan semangat gua untuk try burger nie. Next entri, gua akan cerita plak edisi yang berjaya punya!

Friday, March 2, 2012

Entri Khas : Birthday Kakak Iparku

Entri Khas:

Gua anak tunggal. Which means dalam bahasa yang senang difahami oleh kebanyakan orang, gua tak ada adik beradik. Just me, one & only. Banyak orang kata anak tunggal nie seronok sebenarnya. Perhatian 100% kepada kita sahaja. Then, bila time kecik, apa saja kita mintak…mesti dapat. Nak itu, nak ini, semuanya guna power jari telunjuk. Yang keluar duitnya, mak bapak. Peh, power, kan?

Well, generally, tak semua tu betul! Lu orang banyak sangat layan TV ni.

Sepanjang gua hidup, gua tak pernah jumpa ayah gua. Entah hidup lagi entah tak. Let alone nak cium tangan dia. Start tahu dunia jer, gua hanya ada Arwah mak gua sorang saja. Dia la tempat gua mengadu, merengek, memujuk, bertekak, melawak dan kadang-kadang melepak. Pernah gua terpikir, cemana dia punya feel kalau ada abang, adik or kakak? Solid ker dia punya perasaan?

Masa gua kecik, member-member gua selalu bercerita yang ada adik beradik nie best sebenarnya. Nak-nak pulak yang jenis satu kepala. Pergi mana saja, always bound by blood. Boleh cepuk kepala, tempeleng-tempeleng muka dan main gusti-gusti tanpa perlu rasa bersalah kalau tersilap kasik ‘Stone Cold Stunner’. Well, dengar cerita diorang saja, gua rasa teruja. Tapi apa nak buat, dah Tuhan setting gua memang jadi anak tunggal. Gua terima seadanya.

Then, 24 years after that, I got married to my soulmate, Banker Permatang Pauh. Dan seperti kata orang kebanyakan juga, once kita berkahwin dengan isteri kita, kita sebenarnya berkahwin dengan keluarganya juga. Maksudnya disini, pertalian darah kita secara automatiknya terconnect dengan adik-beradik sebelah in law kita. Lu orang tak paham lagi? Tak pandai dah gua nak terang. Lu orang kawin la dulu. Baru la tau dia punya feel solid ker tidak.

So, hah! Nak merasa sangat ada adik, kakak dan abang kan?

Sekarang gua dah rasa. Dan feel dia amat solid wa cakap lu. Cuma dah besar-besar nie, takleh la nak main tepuk-tepuk dan tinju-tinju sebagaimana kita kecik-kecik dulu, ye dop? Bini gua adalah anak ke-2 daripada 4 orang adik beradik. Yang sulung, Dina Noornida, yakni kakak (yer la, takkan abang pulak). No.3 dan no.4 kedua-duanya lelaki.

Gua lebih nak cerita pasal kakak ipar gua sebenarnya, memandangkan hari nie hari jadi dia. So, gua up la sikit dengan satu entri khas. Maaf yer adik beradik yang lain. Nanti gua setting entri baru untuk kalian juga. Hekhekhek!

Seronok juga berkahwin dengan keluarga yang besar nie. Baru sekarang gua rasa macamana bestnya ada kakak (walaupun kakak ipar) yang sentiasa:

  • Calling-calling kita tanya ‘Wei..hangpa kat mana nie?’ time kita on da way nak balik kampung berhari raya.
  • “Zahril, satgi yang balik, singgah kedai Arugmugam tu sat, beli kulit popia” sewaktu kita nak keluar pergi kedai mamak tengok bola.
  • Kasik fridge magnet ‘Zoo Taiping’ tatkala dia pergi outstesen bersama suami beliau.
  • Teman gua dan Banker Permatang Pauh masuk sempadan Siam shopping-shopping.
  • Suggest kedai-kedai Jeans yang power di Padang Besar, Perlis.
  • Belikan gua kacang botol Siam perasa Ayam dan BBQ murah-murah di Perlis.
  • Memperkenal kepada gua kehebatan pasaraya ‘Borong Din’, pasar borong paling unggul di Perlis.
  • Belanja gua dan bini tiket nak masuk iCity Shah Alam. (Bapak harga tak munasabah langsung tiketnya)
  • Dan lain-lain lagi...

 ***


So, entri khas kali ini adalah bertujuan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-3* kepada kakak Ipar gua iaitu Dina Noornida Binti Hassan Shaari, dengan ucapan, Mana KFC yang dijanjikan?’

Moga-moga kakak ipar gua sentiasa diberkati Allah dan dimurahkan rezeki. Amin~


 Kakak ipar gua bersama suami beliau



P/S: Nie birthday nie….yang ke berapa ni, Yong? 38 kan? Kahkahkahkah!

P/S II: Kuat bodek juga gua ni rupanya. ^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...