Tuesday, April 17, 2012

Babi Larh!

Benda nie terjadi time gua balik kampung 2 bulan lepas. Perkara yang paling suka gua buat time gua kat kampung, tak lain dan tak bukan adalah menengok (menengok?) tokwan gua belah buah kelapa belakang rumah. Yeah, nampak agak lame disitu dan agak kebudak-budakan, tapi what da hell. Hobi gua, gua punya suka la? Ye dop?

Time tokwan gua tengah tayang skill mengopek sabut kelapa, gua secara rasminya akan menjadi pembantu peribadi beliau dalam membuang sabut-sabutnya ke dalam hutan belakang rumah. Ini perkara biasa yang gua lakukan sejak kecik lagi. Even umur gua dah nak cecah 3-series nie pun gua still repeat benda-benda kebajikan menolong golongan warga tua nie.

So, hari tu agak extreme juga tokwan gua belah dan kopek kelapa. Kebiasaannya dalam 3-4 biji sahaja. So, lojiknya, kesemua 4 bijik sabut tu, gua peluk besar-besar, angkat dan campak ke dalam rimba belakang rumah. Tapi kali ni agak pelik sikit. Mungkin kerana cucu kesayangan dia balik kampung (peh, cucu kesayangan tuh!), 9 bijik buah kelapa dia kopek nak buat kerisik. Lagipun, alang-alang bini gua ada skali, dapatlah dia merasa air tangan power si Banker Permatang Pauh tu. Buat kerisik sepam gua, boleh juga create juadah macam-macam.

Jarak hutan dan belakang rumah tokwan adalah dari Dataran Palma Ampang nak ke Mamak Rasyid, lebih kurang 4 minit jalan kaki. Kalau berlari pecut, gua rasa dalam 25 saat dah sampai. Oh, Mamak Rasyid dekat Ampang Point. Dia punya mee Kari memang padu!

Shit, gua melalut lagi. Ok, back to the story.  

So, disebabkan tokwan gua terlebih rajin dan setiap trip gua masuk hutan hanya mampu mengangkut 4 bijik sabut-sabutan, hah! Lu orang buat la kira-kira berapa kali gua kene repeat trip yang sama. Kalau ikut pengamiran, gua kena buat 3 trip, tapi memandangkan last 5 remaining tu macam boleh one shot, gua kurangkan jadi 2. Amacam, terer kan math gua?

(dok pulun cerita pasal math, story asal belum masuk-masuk lagi la, bingai!)

Trip sabut pertama gua dah berjaya humban dalam satu semak sebelah rumpun buluh milik Lebai Sani. Berpeluh juga gua hari tu, ya lah, dah lama tak pekena masuk hutan. Sekali sekala bila nyamuk buat sessi ice breaking, tak tahan perasaan nak menggaru ni sebenarnya. Trip pertama dah berjaya, gua nak repeat trip kedua.

Sabut 5 bijik nie dah ada kat tangan. Rumpun buluh dah ada depan mata. By the time gua nak “HIYARGHHHHH!” aje (humban), tiba tiba gua terdengar satu bunyi yang sangat ngeri.


*Krok* *Krok* *Krok*


Gua panik serta merta. Mengikut firasat gua, bunyi tu macam datang dari sebelah kiri gua. Kalau ikut kaedah pengamatan dan frasa empirical, jarak gua dengan bunyi tu Cuma 40 meter jer dengan gua.

Shit, I’m fucked...

Pelan-pelan gua toleh sebelah kiri gua. Yeah, benda yang paling gua tak expect nak berlaku seumur hidup gua, tiba-tiba boleh berlaku sekelip mata. Di depan gua sekarang terpacaknya (terpacak?) seekor bapak babi hutan yang bertaring sedang mendengus memerhatikan gua. Pandangannya sangat tajam. Paling tajam yang pernah gua rasa dipandang. Even bini gua pun tak pernah stare kat gua setajam ini.

Lutut gua mula rasa goyang. Peluh-peluh jantan aktif memercik pipi. Ketiak gua mula merembeskan air-air cemas. Kelihatan babi hutan itu sedang menunggu masa sahaja nak menerkam gua. Tangan gua ketika itu, gua perasan gua tak lagi memegang timbunan sabut-sabut kelapa tokwan. Kesemuanya telah jatuh ke tanah. Tuhan sahaja yang tahu betapa kecutnya gua time tu. Seumur hidup gua, hanya 3 kali saja gua penah kecut. Pertama, ketika tok mudim nak ‘mengerjakan’ organ reproduksi gua. Kedua pula, time gua kantoi hantar surat kat makwe yang duduk Chenaa’am dengan mak gua, (Thanks to my cousin Fairuz yang pecah lobang). Dan ketiga, time ni,lah…tatkala berdepan dengan makhluk bengis yang bila-bila masa sahaja hendak menyondol gua.

Sambil merenung gua tajam, babi hutan itu kelihatan berjalan perlahan-lahan mengelilingi gua. Orang putih kata, eyeing the prey before killing them. Anytime saja dia boleh attack gua dan menamatkan riwayat gua. Baunya amat busuk. Bulu-bulunya tercarik sana-sini, menandakan yang dia adalah jenis babi hutan yang suka mengembara. Pada hemat gua, apa yang membuatkan dia marah mungkin kerana humbanan sabut gua pada trip yang pertama tadi terkene kepalanya ketika dia tengah baeeek punya parking sebelah pokok buluh. Itu mungkin membuatkan dia marah. Tapi, takleh salahkan gua jugak. Mana la tahu dia nak check in kat situ, bingai?

Saat itu, gua yang diam kaku tak bergerak. Babi itu dah mula menundukkan tanda-tanda yang dia bakal melancarkan satu serangan padu terhadap gua. Gua kaget. Kaki gua seakan terpaku di bumi. Kalau boleh gua putarkan masa, gua takkan baling sabut-sabut tokwan kat pokok buluh tu. Mungkin gua boleh campak dalam bendang Lebai Karim. Lagi banyak gua campak, lagi banyak pahala gua dapat. Ya lah, sabut nie, kalau susun elok-elok, boleh buat jalan denai. At least tak adalah becak sengat jalan kampung ni, ye dop?

Nak menyesal pun tak guna. Nak mintak maaf pun, gua tak pasti la pulak babi hutan tu paham cakap melayu. Lagipun, mintak maaf kat babi hutan nie, haram kan? Ustaz Azhar, mohon pencerahan?

Tiba tiba gua teringat pesan Bob & Abejame kepada gua. Saat gua berdepan dengan maut nie la tiba-tiba gua boleh teringat mereka. Gila sweet,kan? Kata Bob, kalau kita berdepan dengan babi hutan:

“genggam penumbuk rapat-rapat. Jangan banyak bergerak dan renung balik mata babi hutan tersebut dengan tajam. And don’t hold back. InsyaAllah, babi hutan itu akan lari...”

Namun, pesan Abejame pula berbunyi begini:

“Bila babi hutan stare kau, kau kena tenang. Jangan bergerak banyak, dan kumpulkan tenaga kau. Kemudian, pelan-pelan alirkan tenaga kau ke kedua jari telunjuk dan menjerit KAGE BUNSHI NO JUTSUUUU!!!. Bila kau dah berjaya buat clon macam Naruto, babi hutan tu mungkin akan konfuse nak attack mana satu, dan dia terus akan berlalu pergi......”

Jika dibandingkan pesanan kedua-dua member gua itu, gua lebih percaya pesan Bob lagi sebenarnya. Ya lah, dia orang Pahang, dok di Temerloh. Dulu dia kata tempat dia banyak hutan, so mungkin dia lebih berpengalaman berhadapan dengan situasi-situasi mendebarkan sebegini. Pesan Abejame pulak sangat hampeh. Apa dia ingat bapak gua ni Forth Hokage ka nak ada extra chakra-chakra?

#puii..

So, gua terus select pesan Bob sebagai tindakan drastik gua untuk mempertahan diri ini. Pelan-pelan gua genggam penumbuk. Kaki kiri dan kanan kedua-duanya mengesot perlahan-lahan gaya membuka langkah. Gua renung tajam mata babi hutan itu. Serius time tu, renungan tulah yang paling tajam gua pernah stare. Bob kata, skill ini dinamakan reverse psychology. Bila si mangsa evolved menjadi pemangsa, si pemangsa asal mungkin akan stagger-back dan akan rasa cuak mencanak-canak. Well, tu Bob yang katalah. Kalau babi hutan gua tu memilih untuk menerkam gua juga, sumpah gua akan sikut perut bob sekuat-kuat hati. Huh, reverse psychology la sangat.

2 minit berlalu, dan 2 minit jugalah babi hutan itu membuat pusingan separa siap mengelilingi gua. Bunyi seretan kakinya menguis semak samun menambahkan lagi mood dan effect dalam scene tragis ini. Namun, pesan Bob tetap gua ikut. Mata gua tidak berkelip-kelip merenung mata makhluk tersebut. Gigi gua ketap rapat. Walaupun scene ni memang scene paling nokhorom gua pernah hadapi, tapi gua perlu kuat. At least gua perlu ‘nampak’ kuat demi sebuah nyawa.



Renungan babi hutan tu semakin tajam.

Semakin tajam...

Semakin tajam....

Begitu juga dengan renungan gua.

Makin tajam.....

Makin rakus....

Makin tajam....


 ***


Tiba-tiba,

(mata babi tersebut berkelip.)



Gua tersenyum.

YESS! Babi tu berkelip dulu. 
Gua menang.




P/S: Babi tu memang blah betul-betul dowh. Betul cakap Bob. Ini reverse psychology. Kahkahkah!

8 comments:

Abejame said...

Ermmm.....senyum tak perlu kata apa-apa

ParkAir said...

gila ah baca cerita ni memang suspen. ko memang berbakat dalam penulisan bergenre seram la!

kamal yahaya said...

nice!

Sandokhan said...

Abejame:
Senyum-senyum juga. Fridge Magnet gua mana? hahaha..

ParkAir:
Konsep asas cerita nie sangat merapu sebenarnya. Tiada elemen saspen disitu. #Facepalm tu, adalah. Kahkahkah!

Kamal Yahaya:
Apa yang Nice?

bobby gonzalez said...

hahaha..seumur idup aku berkwn ngn hg xpnah aku kencing hg kan??

Sandokhan said...

Bober:
Err..memang tak pernah Bob. Tu sebab aku jenis senang percaya kat hang. Hang memang sweet. LOL!

bobby gonzalez said...

arkkk..hg lg sweet charity cin..aku biase2 sja..

Sandokhan said...

Bober:
Heh, sweet la sangat...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...