Wednesday, May 16, 2012

Pemeriksaan Kesihatan



“So, doktor…apa sebenarnya masalah saya nie?” Tanya gua yang sedikit curious.

Doktor Liew  terdiam. Mungkin terpaku dengan pertanyaan gua tadi. Stetoskop yang tersingkap kemas di lubang telinga itu diturunkan sebaik sahaja dia selesai melakukan pemeriksaan minor ke dada gua. Dahinya berkerut-kerut memikirkan sesuatu.  Nampak serius benar beliau ketika ini. Kemudian, dia mengeluarkan fail rekod kesihatan gua dari rak fail maklumat pesakit yang terletak di belakang mejanya dan terus meneliti rekod-rekod lawatan gua ke Klinik Kumpulan City sebelum ini.

Bila dia dah pasti tentang apa yang bakal dia hendak katanya, perlahan-lahan dia meloloskan cermin mata beliau dan menggosok-gosok matanya.

“Macam ni lah. Sebenarnya, saya agak curious dengan tahap tekanan darah kamu ni sebenarnya.”

“Tekanan darah saya? Kenapa doc? Kritikal ker masalah ni?” gua pula yang start risau.

“Kalau ikut rekod yang ada dalam fail saya ni, tekanan darah awak ni…tak stabil. Lebih senang cakap, tak menentu!”

Gua tergamam.  Tersandar sekejap gua di kerusi rawatan tu. Perkataan ‘tak stabil’ tu benar-benar buat jiwa gua kucar-kacir.

Balas beliau lagi:

“Dia punya flow macam bermusim tau. Kejap-kejap BP (blood pressure) awak OK. Kejap-kejap ‘atas-pagar’. Kejap-kejap normal. Tu yang saya pelik tu…”

“Tapi sekarang ni, awak punya level dah kembali cecah ‘atas-pagar’. Kenapa ni? Kamu stress dengan kerja ke? ” bentak beliau. Kali ni dia punya tone ada sikit keras.

Rasa macam kelakar pula statement ‘stress dengan kerja’ tu. Gua sekarang memiliki profession yang dah lama gua idam-idamkan.Apa gila gua nak tertekan?  Doktor nie saja cuba nak bikin spekulasi.

“Stress kerja? Heh…tak adalah doktor.” Balas gua tersenyum. Itu jam senyum gua memang penuh dengan denial.

“Habis tu, kenapa blood pressure kamu ni naik mendadak? ”


***


Gua terdiam. Pelan-pelan gua tarik nafas kasi gua punya nervous stabil. Bila dah cool segala benda, gua bersuara:

“Biasalah doktor….saya ni fan Arsenal.”

"Laa....yer ke? OK, saya faham...saya faham." balas beliau spontan sambil terkekeh-kekeh menahan ketawa.



Terus dia sign surat MC gua 2 hari tanpa ragu-ragu. 



2 comments:

ParkAir said...

Akhirnya berjaya jugak ko dapat MC (manchester city) kah3!

Sandokhan said...

ParkAir:
Takat MC, memang senang saja nak dapat, kalau trick dan caranya...hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...