Tuesday, June 28, 2011

Budi Bahasa Budaya Kita...

Gua baru habih company meeting. Tetiba henset gua berdering. Nombor yang appear jenis-jenis orang nak privacy, 'Blocked'. Slalunya kalo 'blocked' nie, ada dua jer. Satu, headhunter untuk job offering. Satu lagi scammers. Sebabkan gua mengharapkan yang part 'headhunter' tu, gua angkat la jugak.

Gua : Helo?

Gadis : Hello, boleh saya bercakap dengan En. Zahril?

Gua : Ya, saya cakap.

Gadis : Saya Azean buat panggilan dari Maybank Credit Card. Tujuan saya call encik nie, sebab saya nak buat verification untuk credit card yang encik.gunakan.

Gua : (????)

Gadis : Ini adalah untuk pemantauan sistem kami, kerana pihak kami sedang dalam proses menaik taraf sistem pengkalan data pengguna. Jadi, saya nak buat pengesahan lah. Boleh bacakan saya nombor kad kredit encik beserta dengan expiry datenya skali?

Gua : Dasar scammer. Pegi mampos!


Gua letak phone. Sambung buat keja macam biasa...


Moral of the Story: 
Kalo 'terbercakap' dengan credit card scammer nie, lu orang tak payah nak berbudi bahasa sangat. Pastikan reply short, simple dan penuh sadis. Lagi sarcastic, lagi bagus. SELAMAT MENCOBA.
 

Monday, June 27, 2011

Kerja Idaman Gua


Tengah dok browse carik keja, tetiba gua terjumpa post nih. Technical Support (Online Games). Kompeni bukan calang-calang beb! MSC status. But then, apa yang buat gua excited tu, sebab requirement dia. Cuba lu orang baca betul-betul.


"Passion for playing on-line games, Mafia Wars, Farmville, Frontier Ville, Treasure Isle..."

Pergh! Ini baru betul keja yang gua minat. 

Gua straight apply tanpa banyak bunyi. Kalo job nie dapat, gaji bulan ke-3 gua ingat nak belikan bini gua Ipad2 sebijik. Koghang doa-doa la niat suci murni gua nie menjadi kenyataan. Rezeki anak-anak (future). Amin....

P/S: Lepas ni, Banker Permatang Pauh takleh marah la kalo gua 24 jam mengadap Mafia Wars, Farmville kat fesbuk. Gua bukan main suka-suka. I'm doing it for the sake of this job. Preparation for interview tuh! KAHKAHKAH!

Friday, June 24, 2011

Cleaning Out My Closet...#1


Hard disk gua dah mula tunjuk tanda-tanda nak kong. Cilakak, kali nie dah masuk 3 bijik HD 500gig gua kaput! Mati arr tiap-tiap kali gua nak transfer data-data 'penting' dalam storage baru. Storage baru tu satu hal, bab kopak duit tu pun satu hal.

Bila tiba hari Jumaat, keja dah tak berapa banyak. So, gua ada la masa sket nak buat desktop clean-up. Dalam dok tengah transfer file dari HD lama tu, tetiba gua terjumpak gambar nie. Puh, nie la kenangan gua yang paling syok semasa gua jadik student Matrix ITTAR dulu.

H.A.B.L.U.R

Hablur nie nama band kami masa zaman-zaman remaja baru nak naik dulu. Pikir-pikir balik, lawak juga masa darah muda masih panas dulu. Segala benda nak memberontak. Sket-sket nak rage.Kahkahkah! Lawak betul zaman nie.

Hablur nie official 6 orang sebenarnya. Yang tukang ambik gambar nie, Hafiz, kitorang assign merangkap pengurus dan official photographer jer sebenarnya. Kahkahkah! Photographer tu. Padahal zaman tu, kamera jenis kena isi kodak punya style. Tu pun jalan...on aje!

Yang atas skali tu, yang main drum bajet hensem tu, nama dia Topek. Dia nie skill drum dia boleh tahan. Ntah mana dia belajar, gua musykil jugak. Katanya, masa dia kecik-kecik dulu, bapak dia selalu ikut bapak dia main kompang orang kawen. Agaknya kat situ la dia asah skill-skill memukul objek kot? Ntah la. Logik ke? Skang gua tau dia keja kat Johor. Kompeni Dyson kalo tak salah gua. Ada bisnes nenas sket-sket. 

Yang pakai baju perang sambil tunduk bajet Tom Morello tu, Zamri nama dia. Lead guitar.Bengis, ganas dan orang yang paling last skali gua kross kalo nak ajak gadus. Jangan main-main dengan mamat nie. Telan gigi sendiri kang. Tapi, skill goreng dia dasat. Stakat nie, dia la orang first gua tengok goreng gitar sambil kacau megi dalam baldi. Skang lokasi dia gua tak pasti sangat. Bangi rasanya. Tapi, masa gua kawen, dia datang. Tenkiu fren.. #manlyTears

Yang pakai baju melayu pink, kepala botak tu, Din. Main bass. Posing nak daring. Main bass sambil sandar kat dinding. Dasar berat telor. Kahkahkah! Seorang follower yang taat. Dia nie terus gua lost kontek. Kat mana dia keja skang pun gua dah lost. Lepas habih matriks, lost...totally lost damn it!

Yang brader pakai cap, nampak kepala jer tu arwah Atok. 2nd guitar, rhythm Hablur. Arwah meninggal tahun 2004 kalo tak salah gua. Eksiden dengan lori masa on the way nak balik kampung dari UTM. Masa hari pengkebumian, gua datang melawat arwah kat Tanjung Keling, Melaka. Banyak kenangan kitorang dengan Atok. Semua yang jahat-jahat jer la. Alarh, jahat zaman remaja. Apa la sangat. Balik-balik skodeng, panjat pagar, ponteng surau, ponteng puasa, ponteng prep, curi nasik lemak tak bayar. Cemtu-cemtu jer la. Kehilangan Atok amat kami rasa. Dia la pillar of strength band nie. Sapa yang baca entri, harap-harap sudi la sedekat al-Fatihah kat beliau. Moga-moga arwah bersemadi dengan aman disana. Sedekat kat arwah mak gua skali. Al-Fatihah.

Yang brader tengah-tengah, pegang mic tu...lu orang pikir la sendiri. Gua malas nak elaborate.

Huh!

P/S: Gila kurus gua dulu. Arghhhhh! 

Wednesday, June 22, 2011

Bz yang tak boleh dibawak bergurau


Pagi ada meeting. Pukul 10 nak kena tarik kabel. Pukul 11 nak kena setup copier. Runsing dan pening bercampur baur.

"Toot! toot!" bunyik SMS masuk.

Gua unlocked phone, gua check message.

“RM0. Minat untuk saksikan aksi2 lincah & sorakan semangat dari pelbagai pasukan gadis sorak yang comel? Hantar ON POM ke 23268. RM1/video.”

"Sabar..sabar, bulan posa dah nak dekat..." getus hati kecil gua sambil menghela nafas panjang.

Gua sambung kerja semula.



P/S: Hilang akal ker aper gua nak invest RM1 untuk satu video semata-mata nak tengok gadis-gadis sorak beraksi lincah? Buang karan betoi! Singgit tu beli buah Jambu 88 pun kenyang.

Bongok!

Tuesday, June 21, 2011

Mood 'Ketat' IT Support ...#4

"Bro...gua takleh nak log-in email nie. Dari tadi lagi. Email Exchange kita problem lagi ke? Tolong datang tempat gua sat, tengok apa yang tak kena nie...boleh?"  - Jelas Joanne. Dari tone yang beliau gunakan ketika mengeksplen masalah tersebut, jelas beliau sedikit cemas.

"Kletak!"

Gua letak telefon. Shiat! Tetiba gua rasa cemas. Sungguh keparat kan, pagi-pagi server dah buat hal? Gua kalo bab-bab server nie, gua memang sensitip. Masalah gigi sensitip pun gua rasa tak sesensitip nie. Seperti yang gua post dalam entri-entri 'ketat' yang lepas-lepas, email adalah backbone dan komunikasi utama sesebuah kompeni. Tak kira la Enterprise ke, Sdn.Bhd ke, Berhad ke, Group ke, kalo email server down, satu kompeni mengular goyang kaki la jawabnya. Sape yang nak kena bertanggungjawab? Pandai...geng-geng IT la yang nak kena tunjal dahi.

Gua melangkah straight ke tempat Joanne. Dada gua sangat berdebar-debar. Kalo email server down lagi, gua rasa nak terjun KB Mall. Gua rasa masa gua angkat nikah pun tak sedebar nie. Gampang,kan?

Tepat 25 langkah, gua sampai di cubicle Joanne.

"Outlook gua takleh connect la bro. Dari tadi gua cuba masuk. Tak lepas-lepas...server problem lagi?" - tanya beliau sinis.

"Kejap, kasik gua check."

***
(30 saat berlalu)

Gua kembali ke cubicle gua semula. Perasaan gua tunggang langgang. Sekali sekala gua bersiul-siul lagu 'Ahmad' dendangan Arrora Salwa untuk mengubat hati yang remuk nie. Betul-betul punya terguris. Gua tak tau nak salahkan sape, beliau atau ...........?


NOTA KAKI:
Lepas nie gua kena buat jugak la user manual 'Cara-Cara Nak ON Wi-Fi Adapter'..tak tahan camni weihh!

Monday, June 20, 2011

WWE Capitol Punishment 2011 : Full Result





1) WWE Champion John Cena def. R-Truth
Gua tak berapa amik port sangat match nie. Gua memang tak berapa minat John Cena, sebab gua rasa mamat nie overrated. R-Truth/ Ron 'The Truth' Killing/ K-Kwik? Huh, mamat nie lagi la gua tak gemar. Eventhough gua rasa dia amat berbakat bawak watak 'mental illness' dan 'bad-ass character', tapi honestly di WWE, dia bukan jenis championship materials punya athlete. Kat TNA bleh arr dia nak jadi World Champs, tapi kalo kat WWE, tunggu Cena mati sakit jantung dulu la kot. Dua-dua gua tak sokong. Puii!

2) World Heavyweight Champion Randy Orton def. Christian
Match nie gua kat tengah-tengah. Randy Orton gua suka (terpaksa suka, sebab Edge dan retired), Christian pun gua suka (Edge & Christian rulez!). But then, Orton lebih berhak menang, sebab storyline 'The Viper' memang betul-betul menjadi. Fuh!

3) Ezekiel Jackson def. Wade Barrett (New Intercontinental Champion)
Ezekiel 'Big Zeke' Jackson versus Wade Barret, the leader of 'The Corre'. New Intercontinental Champs. Gud for Zeke's long-life career. Seriously, Wade's 'Corre' faction amat sucks dan tak seganas ketika dia mengepalai the original 'Nexus'. Cadangan gua, bubarkan The Corre, then bagi Barret fight balik untuk hak mengepalai takhta 'Nexus'. CM Punk tendang keluar, soh dia form balik 'S.E.S'. Baru ngam!

4) Dolph Ziggler def. Kofi Kingston (New United States Champion)
Gua tak minat Kofi Kingston, dan gua tak minat Dolph Ziggler sebab gua rasa nama mamat nie ada iras-iras nama burger KFC. Tapi, gua sangat setuju kalo U.S Champion dipegang oleh orang yang memainkan watak jahat. Orang baik nie tak sesuai pegang title lama-lama, nanti plot cerita bleh jadik boring. No offense, Kofi!
 
5) CM Punk def. Rey Mysterio
Match yang bosan. Satu sebab gua amat benci Rey Mysterio. Sebab apa? Sebab dia terlalu put too much effort untuk jadi fan-favorite. Sama la macam HBK. CM Punk? Heh! Overrated.


6) Alberto Del Rio def. Big Show
'Alberto...Del Riiiiiiiiiiiiioooooooo'. Cis, menang lagi mamat nie. Tengok dari segi physical strength, Big Show memang 100% bleh 'makan' mamat nie. Tapi, masa match, interference dari Mark Henry merubah keadaan. Ya, Mark Henry skang memainkan watak jahat. Sebab, SmackDown dah kurang watak villain lepas Egde retired. Feud antara Del Rio dengan Big Show direka lepas kereta mahal Del Rio melanggar kaki Big Show. 2 minggu Big Show off-screen dari SmackDown. Lepas Show recover, dia rage dan membantai Ricardo Rodrigues, Del Rio's personal ring announcer sampai ICU. Big Show dikalahkan bukannya submission Cross Arm Breaker, tapi Ankle Lock! Kaki Show still dalam phase recovery, memang lubuk la bagi Del Rio.Gua mengaku, Del Rio's Cross Arm Breaker memang tempting. Superb finisher dan bleh diapply kepada opponent tanpa mengira saiz. Dia punya feel sama macam Ankle Lock, fuh! Best dan amat power.

Ketika di akhir perlawanan, Del Rio menghadiahkan kemenangan ini kepada Ricardo Rodrigues yang sedang makan nasik ikut corong tiub di ICU.  *Sob *Sob...so suwitt! 

7) Alex Riley def. The Miz
Yeah! Match nie memang gua tunggu-tunggu. The Miz vs Alex Riley. Former boss versus former wing-man. Gua memang anti-Miz. And Riley emerged as the fan-favorite right after Miz blamed beliau pasal kalah dengan Cena kat 'Over The Limit'. Dari awal, gua bajet Riley memang boleh makan Miz nie. Tunggu masa nak explode jer. Percaya la, lepas nie A-Ry akan jadi fan-favorite yang baru. Mic skill mamat nie pun boleh tahan. Tunggu 2-3 PPV lagi, dia mesti menang title. Tak Intercontinental pun, U.S Champ pun jadi la.

A-Ry Rulezz! Hell yeah!
 
8) Evan Bourne def. Jack Swagger
Ahh, nie match picisan jer nie. The fast-paced high flyer, Evan Bourne vs Jack Swagger. Match facts, Bourne kalahkan Swagger tak guna finisher 'Air-Bourne', tapi rolling pin. Ah, bosan betul. 

Sekian laporan dari gua!



"Wrestling memang tipu, tapi gua anggap sebagai entertainment jer...." 
- Zahril


picture credit to Wrestling Valley & WWE.com

Tuesday, June 14, 2011

"Ter..."



Satu hari gua jalan-jalan kat KLCC. Saja nak merayau-rayau cuci mata, kot-kot bleh terjumpa member-member SOKSEK gua kat Petonaih, bleh gak ajak pekena Auntie Anne’s sepam dua.

Entah kenapa hari tu, gua rasa teringin sangat nak singgah kat RockCorner.

RockCorner adalah store yang jarang sangat gua masuk. Sebab ‘barang-barang’ kat sana sumpah mahal semuanya. Gua sebagai mamat yang jarang sangat menyebut ‘Pastikan Ori, Baru Beli’ nie, RockCorner bukanlah tempat yang sesuai bagi gua hangout.

Tapi, degupan jantung gua satu macam punya dok menghentam. Gua berpeluh. Sesekali gua goosebump, menyebabkan tengkuk gua seram sejuk. Ahh, sungguh keparat perasaan ini.

Gua nekad. Apa yang tuhan cuba sampaikan kat gua nie?

Dengan perasaan yang musykil, gua biarkan kaki ini melangkah. Setiap titip langkah gua perkemaskan dengan larian-larian anak. Satu persatu eskalator gua daki tanpa banyak soal. Hati gua resah.

Ekoran langkah kaki yang tidak menentu ini, akhirnya gua sampai jugak di depan RockCorner. ‘Yatta!!’ hati kecil gua melonjak riang.

Lama jugak gua berdiri depan pintu masuk nie. Kelihatan 7-8 orang keluar masuk outlet tersebut dengan muka riang sambil memegang beberapa helaian car-sticker. Hek eleh! Car sticker jer pun. Seronok sangat ker. Ahh, gasak la. Gua nak tau sangat apa yang hati gua cuba sampaikan nie. Gua pun masuk.

Masuk jer dalam kedai, navigasi kaki gua terus menuju ke arah kaunter.

(Gua pelik! Argh..apsal plak nie.)

Amoi jaga kaunter tu memandang gua dengan senyuman yang menawan. Sebenarnya takde la menawan sangat. Sebab gua dah kawen. I’m taken oredi maa.

‘Apa boley saya bantu?’ tanya amoi tu, slow jer ke arah gua.

Ahh, sudah. Apsal gua beratur nie? Apsal amoi nie bleh tanya kat gua?

(Gua start berpeluh lagi…)

‘Err..amoi..tiket Arsenal dua keping. Yang RM108 punya. Green Gate punya…’ mulut gua terjawab sesuatu perkara yang gua sendiri terkejut.

‘Krap!’ tiket dikoyakkan. Duit RM216 bertukar tangan.


Shit! Apakah ini? Mengapa gua terbeli? Gua sendiri tak pasti...

Gua berjalan keluar dari RockCorner. Tangan kiri gua terpegang dua keping tiket Arsenal Tour 2011. Tangan kiri gua juga terpegang car sticker Arsenal, 2 keping.

Gua bingung. Kenapa gua boleh terbeli…

Kenapa?

Kenapa?

Kahkahkah!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...