Friday, September 9, 2011

A Special Tribute

Zaharah Binti Adnan -  7/9/1952 to 14/2/2009




“A special tribute to a very wonderful, loving and kind-hearted mother…”


Gua ingat nak tulis tribute nie semalam, sewaktu tarikh harijadi arwah ibu gua yang ke-59. Tapi, disebabkan kawalan emosi tak berapa nak tenteram, gua simpan tribute nie pada hari nie. At least, sebak dan hiba gua dah kurang sikit. Gua nie nampak jer hard-ass steel, tapi when it comes to mother, mata gua kadang-kadang selalu masuk habuk jugak…heran betul! (Alasan..)




For those who don’t know, gambar diatas adalah gambar arwah mak gua. Cantik, kan? The woman that I knew who never gave up on me, eventhough gua nie anak soleh harapan beliau yang tak berapa menjadi. Yup, arwah sentiasa idamkan gua jadi seorang anak soleh yang boleh menjaga beliau hingga ke akhir hayat. Dan dia juga teringin nak tengok gua jadik pemberita. Kahkahkah!

Serius nie, gua tak tipu.

Masa gua start keja kat KL, gua 2 bulan sekali balik kampung. Tu pun kalo sen ada. Kalo wallet tengah ‘kurus’, miss jugak gua balik. Biasalah, jadik anak tunggal nie, ibu mana yang tak rindu ye dop? 4 tahun dulu 3G, FaceTime mana fofuler lagi. Gua dulu pun pakai phone tiga-tiga-sekupang. Huh! Boleh la buat video call sangat! So, disebabkan dia teringin nak tengok gua selalu, dia suggestkan gua hantar resume jadi pembaca berita. Rasionalnya, kalo gua dapat slot prime time Buletin TV9 ka, boleh la lepas maghrib dia terpacak depan TV layan berita. Gua yang time tu tengah pekena kopi-O tersembur dengar idea kelakar arwah. Tokwan gua pun bantai gelak sama. Mana taknya, dia ingat anak dia nie hensem macam Aaron Aziz ka? Gigi pun alignment tak lurus, buat malu orang kampung jer. KAH KAH KAH!

Banyak kenangan-kenangan bersama beliau yang gua simpan sampai sekarang. Susah, senang semuanya gua ingat. Every moment that I’ve spent with her were PRICELESS. Yup, masa kecik, gua hidup susah. Tak senang macam orang lain. Dari kecik gua diajar berdikari disebabkan gua takde abang atau kakak yang boleh gua buat backup bergantung. Demi nak menyekolahkan gua, keluar-masuk arwah dalam kedai pajak gadai adalah perkara biasa. Gua jarang dimanjakan dengan permainan yang mahal-mahal sebab memang arwah masa tu tak mampu. Kalo gua excellent dalam study pun time sekolah rendah dulu, paling gempak dia pernah offer pun RM5 untuk setiap ‘A’ yang gua boleh kutip. Time tu dapat 5 hengget memang Vavavoom! Budak-budak,kan?

Level education arwah tak tinggi. Beliau terpaksa berhenti dari sekolah seawal darjah 3 kerana memberi laluan kepada adik-adik beliau untuk terus bersekolah. Tu sebabnya, kalo bab-bab pelajaran, gua takleh main-main dengan dia. Sekolah rendah dulu, kalo dapat no.3 dalam kelas, gua punya kecut macam orang dapat rank paling last dalam darjah. Kalo korang baca kisah guli gua dulu, gua pernah ceritakan bagaimana video game ‘good boy’ dan koleksi guli-guli kesayangan gua melayang straight masuk sungai Kerian. Hah, tu disebabkan gua hanya tergelincir satu anak-tangga (no.3) ja dalam exam akhir tahun darjah 5. Bab kena lempang gua malas nak describe…dah macam isi dengan kuku. Pipi gua dan tapak tangan arwah dah macam adik beradik.

Arwah kerja memang kuat. Dia pernah kerja kilang PENTEX (sebelum insiden kilang terbakar), kilang sarung tangan getah, kopek udang di kilang proses makanan laut dan pernah jadi tukang masak di satu kedai makan kat Parit Buntar yang bergaji hari. Kesian melihat arwah, kalo time cuti sekolah, boleh dikatakan tiap-tiap malam gua offer urut tapak tangan beliau yang super kematu. Tapak tangan yang selama nie rakus menempeleng gua time gua baru nak kenal dunia, dan tapak tangan itulah yang membuatkan gua jadi orang. Gua tak pernah mengeluh atas kesusahan kami, asal hidup hepi jer cukup. Yup, memang kami hepi!

Namun, dalam kegembiraan kami, arwah diserang penyakit jantung dan paru-paru berair. Pada mulanya gua sendiri tak tahu, tapi bila everytime gua balik kampung dari KL, arwah kelihatan semakin kurus. Lengan dia sampai gua boleh genggam. Keluar balik hospital, klinik dah banyak kali, tapi keadaan arwah still membimbangkan. Bila gua nak balik KL, hati gua sebak. Rasa macam gua nak berhenti kerja dan jaga arwah sampai beliau sihat. Tapi, dipikirkan bab soru dan duit-duit nak cover kos ubat-ubat, gua kuatkan jugak. Tokwan convince kat gua dia boleh tolong jaga, asalkan gua jangan lupa balik kampung melawat dia. Honest cakap, gua tak pernah kerja dengan tenang sewaktu arwah sakit. 8 bulan dia menderita, dan apa yang membuatkan gua risau, setiap kalo gua balik kampung, condition dia makin teruk, eventho’ makcik-makcik gua semua turun tolong hantar pergi hospital. Sampai la dia hilang ability nak berjalan sendiri, dan terpaksa dibantu tongkat.

Hujung bulan Disember, 2010. Arwah dijadualkan menjalani satu sesi terapi di Hospital Taiping. Gua awal-awal lagi dah mintak cuti, nak balik hantar arwah. Time tu, gua kereta pun takde. So, nak pegi mana-mana, terpaksa tebal muka sewa kereta jiran. Sampai di Hospital, arwah dimasukkan ke bilik pemeriksaan apa ntah. Tapi, time diorang suspect arwah ada ‘ulcer’ di perut. Semasa task dijalankan, tetiba arwah menggelupur. Ada something yang menyekat pernafasan beliau dan time tu la kali pertama gua tengok arwah bergelut antara hidup dan mati. Nafas beliau macam guruh. Kedua biji mata beliau sayu seolah-olah merelakan segala ketentuan Ilahi. Keadaan amat huru-hara time tu. Nurses berlari kesana-sini mendapatkan bantuan pernafasan. Gua nak meluru masuk dalam bilik pemeriksaan tapi gua ditahan oleh Pak Guard atas sebab-sebab keselamatan dan hygiene.

Lepas insiden tu, Arwah koma tak sedarkan diri. Beliau terus dimasukkan dalam ICU di Hospital Taiping. Seminggu jugak dia koma. Gua terus call office, request for unpaid leave selama sebulan, memandangkan gua the-only person yang layak jaga dia di wad. Sebulan jugak gua duduk di Hospital Taiping. Masa jaga arwah, gua tak dibenarkan balik oleh doktor. Sebabnya, diorang boleh request gua sign borang ambil darah bila-bila masa saja. Gua perlu ada berdekatan dalam radius Hospital untuk sign. Di Hospital Taiping, penjaga tak dibenarkan berada di dalam Wad lepas waktu melawat dan selepas pukul 12. Disebabkan pernah berlaku kecurian dalam wad ICU. Ada visitor masuk dan curi alatan hospital waktu tengah malam. Cilaka punya manusia. Barang-barang hospital pun nak rembat. Menyusahkan kami yang betul-betul memerlukan tempat rehat je! 

So, sepanjang tempoh sebulan tu gua hanya tidur bawah pokok bertilamkan kerusi batu dalam taman Hospital, berbantalkan beg balik kampung, dan berkelambukan pokok mangga. Tido dekat tangga masjid pun gua pernah. Tido tepi kolah masjid yang secara kebetulan sebelah batu nisan pun gua pernah. Tu belum gua cerita bab-bab nyamuk dan ditimpa hujan masa tengah sedap-sedap tido.Cuma Setiap kali Ahad, gua akan balik rumah tokwan untuk basuh baju, then datang balik.

Oh,ya! Banker Permatang Pauh ada datang tengok Arwah masa tengah koma. Tapi, masa tu kitorang punya status hanya kawan biasa je. OK la tew, at least sempat jugak dia menatap wajah arwah mak mertua dia. Takde la dia terkilan jugak, yer dop?

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari Ahad, jam 3.05 pagi, 14 Februari 2009. Masa tu, gua ada kat masjid, kebetulan Tok Siak kat situ saja tak kunci pintu belakang, buat kasik gua berlindung dari hujan malam. Lepas buat solat hajat, gua tertido. Phone gua berdering, pihak hospital mintak gua datang ke Hospital dengan segera. Tapi diorang tak bagitau kenapa. Gua aspect, mesti nak kena sign form untuk masuk darah lagi. Tapi, bila gua sampai, gua tengok arwah dah tak pakai bantuan pernafasan. Gua tanya nurse kenapa, nurse jawab:


“Doktor tak bagitau encik ker dalam telefon tadi? Mak encik dah..........takdak”

Gua terduduk. (blackout)


***


Semua urusan penghantaran jenazah ke kampung, gua uruskan sorang-sorang. Macamana gua redah cari mesin ATM pagi-pagi buat sebab nak bayar sewa van hospital, borang itu, borang ini semua gua hendel tenang. Makcik-makcik gua standby kat rumah buat apa yang patut. Alhamdulillah, gua take part dalam semua proses pengkebumian. Mandi, kafan, usung, solat dan kebumi. Cuma apa yang gua terkilan, gua tak dapat nak imamkan jemaah time solat Jenazah. Pengetahuan agama gua tak seluas itu. Gua insaf.

Kini, dah 2 tahun arwah pergi meninggalkan gua. Kalo arwah masih hidup, skang nie dia dah berumur 59 tahun. Allah lebih sayangkan beliau. Tak sempat dia nak merasa beraya dengan menantu. Tak sempat juga gua nak bawak dia masuk rumah baru gua. Namun gua yakin dia tenang ‘disana’, dan dia akan sentiasa melihat segala hirau perjalanan hidup gua dengan keluarga yang gua bina sekarang. Segala kenangan gua bersama arwah tidak mungkin gua lupa, kerana Hajjah Zaharah Binti Adnan adalah satu-satunya ibu kandung gua, didunia dan akhirat.


“Mom, you were my security blanket against the rest of the world. As generous as the sun. No matter what I did you loved me...”


Al-Fatihah....


P/S: Sori entri gua kali nie emo sikit...bab-bab ibu nie gua memang sensitip. #LOL

6 comments:

Abejame said...

Sedih....al-fatihah semoga mak hang tenang dan di tempatkan dikalangan org beriman

Muhaslly said...

Cin, xdpt jd anak soleh, jdla bapa soleh lak. Ataupun jd novelis sbb hang tulis dh nak cam novel dh..........

velasrizal said...

Al-fatihah....

Sandokhan said...

Abejame: Thanx Dude!

Muhaslly: Boh, novelis tu cita-cita tinggi sangat. I write for fun, not for money! Hahaha...

velasrizal: Thanks mate! Al-Fatihah

Aning said...

Aku baru bace post ni sbb sgt2 busy lately.. bab2 bola ko aku tak minat.. hehe.. aku rase post ni dah past 4 months kot.. terharu aku bace... huhu.. aku berdoa satu hari nnt Ahmad Zayyan pun membesar menjadi org yg setabah hang..Insya-Allah.

Mom is irreplaceable. Semoge arwah ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman.. Aminn..

Sandokhan said...

Aning: Thanks Aning. Really appreciate dat~.

Yup, you're 100% right. Mom is irreplaceable. Masa dia tengah hidup ni la, waktu yang bermakna untuk kita berbakti. Spent quality time with mom. Jaga dan sentiasa balik melawat dia.

Entri nie memang emosi sket. Aku yang baca berkali-kali pun still bergenang jugak. Maklumlah...anak tunggal. kehkehkeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...