Monday, January 24, 2011

Kenangan Mengusik Jiwa...#1

Gua tarak kena mengena dalam gambar nie

Tahun 1992

Walaupun baru darjah 3, gua adalah antara budak Sekolah Kebangsaan Sg.Setar yang amat digeruni satu ketika dulu. Bukan kerana faktor fizikal gua, tapi kerana ke’dasat’an gua dalam mengungguli sukan guli. Pergh, sungguh hebat gua rasa pada zaman tu. Walaupun pada ketika itu fesbuk masih belum wujud, namun bukti kehebatan gua sudah diperdengarkan di seluruh Kampung Simpang Tiga. Gua rasa, kalo ada fesbuk time nie, satu town Nibong Tebal mungkin kenal gua!

Pada ketika itu, gua satu-satunya mamat yang mempunyai koleksi kutipan guli yang paling tinggi dalam kampung Simpang Tiga. Sekali sekala tiap-tiap hujung minggu, gua akan mengira jumlah guli yang berjaya gua ‘rampas’ dari kutu-kutu kampung. Ada la lebih kurang 800++ bijik.  Nilai kutipan ini memerlukan 5 tin besar susu DUMEX sebagai ruang penyimpanan.

Biasalah, kalau dah simpan guli banyak-banyak nie, ruang penyimpanan gua mesti efisyen dan lengkap dengan sistem sekuriti yang mantap. Ini kerana, banyak gua terima ugutan-ugutan mengarut dari Jan, Duan anak Pak Hassan Tampong dan Lan Landak yang bertekad mahu mencuri koleksi gua bila ada peluang. Memang gampang,kan? Mujurlah gua berjaya membuat deal dengan Kak Ina, kakak sepupu gua yang pernah obses dengan teknik bermain guli gua pada ketika itu. Mengikut perjanjian, beliau bersetuju menjadikan ruang bawah katil beliau sebagai tempat persembunyian koleksi guli gua, dengan bayaran 7 bijik guli setiap minggu.

Kalau beli guli kat kedai Ah Chet, 7 bijik guli gua boleh beli dengan harga 10 sen (pada ketika itu la). Tapi, kalau dah namanya ‘superstar’ kampung, 7 bijik tu tiap-tiap hari gua boleh kasik free kat Kak Ina! Apalah sangat amaun tu kalo nak dibandingkan dengan hasil untung yang gua kaut tiap-tiap petang. Kah kah kah!

Baik dalam main ‘kandang’,‘urat’ mahupun ‘parker’, kepakaran gua dalam mem’parker’ (teknik tuju) sememangnya menggerunkan pihak lawan. Tiap-tiap petang lepas mengaji, gua akan bertandang ke port guli rumah Pyan untuk mengaut keuntungan. Biasanya gua hanya akan bawak 11 bijik guli. Buat modal. ‘Gun’ gua (‘guli ibu’ mengikut definisi setengah-setengah orang), yang beri nama ‘Gun Mamat’ memang sentiasa mempamerkan aksi cemerlang dalam membunuh, mentitik dan memecahkan ‘gun-gun’ pihak lawan. (disebut sebagai ‘goon’, bukan ‘gun’ senapang tuh!).

‘Gun Mamat’ mempunyai kisah retoriknya yang tersendiri. Dulu, pernah Jan bertanyakan gua macamana nak ‘bela’ gun ini untuk lebih konsisten. Rumours yang gua dengar dari ‘King’ guli daerah Teluk Ipil memang betul-betul tahyul. Depa percaya yang ‘gun’ boleh membesar jika dijaga dengan rapi. Bukan membesar jer, tapi siap boleh improves accuracy time nak ‘parker’ lagi tuh! Untuk menjadikan ‘gun’ korang power, setiap malam sebelum masuk tido, ‘gun’ itu mesti direndam dalam kolah bilik mandi rumah masing-masing. Nak lebih afdal, rendam dalam kolah masjid! Seelok-eloknya jam 10 malam keatas. Tapi awas, ada pantang larangnya. Bila dah rendam, sape-sape pun takleh guna bilik air tu sampai azan subuh, kerana dikhuatiri akan mengganggu proses tumbesaran guli tersebut. Gua penah jugak try skali, tapi lepas kena tempeleng dengan arwah mak, terus gua stop. Gila apa takleh guna bilik air time tengah-tengah malam!

Setelah puas mem’potek’ Pyan, Pin, Jan dan Lan Landak, gua biasanya akan pulang sambil tersenyum. Kiri kanan poket gua memang penuh dengan hasil kemenangan. Untuk pengetahuan semua, route balik gua dari port rumah Pyan, secara automatiknya akan melalui halaman rumah Toksu Bibah. Biasanya sekitar pukul 6.45 petang, Toksu Bibah akan berkeliaran di halaman rumahnya untuk mengait buah cermai.


Untung banyak ka hari nie, Mat?” tanya Toksu Bibah sambil mengunyah buat cermai.

Ada la sikit Toksu, dalam 80 bijik…” jawab gua dengan yakin.

Tu awat jalan kengkang tu? Getah pinggang seluaq hang putuih ka?” tanya beliau dalam nada yang menyindir.

Tak dak aihh…kiri kanan poket penuh guli. Kalo tak pegang pinggang seluaq nie, satgi terlondeh plak..” jelas gua untuk menjernihkan keadaan.Takut dia pikir lain plak...bahaya.


4 baris dialog diatas adalah perbualan normal gua tiap-tiap hari dengan arwah Toksu Bibah. Tu jer dialog tetap kami tiap-tiap hari, berlarutan hingga gua habih darjah tiga. Jumlah ‘potek’ nie kadang-kadang ikut mood. Kalo gua tak berapa boleh fokus ketika main, dalam 60 bijik jer la gua bawak balik. Tapi kalo hari tu mutu permainan gua ‘ekselen’, mau dekat 100 bijik jugak gua boleh kaut. Ikut nasib.

Tapi, kemantapan gua sentiasa mengundang iri hati dan bengkek di kalangan kutu-kutu kampung. Pyan sebagai tuan punya kandang atau event organizer, pernah mengharamkan gua dari menjejak kaki ke port beliau, kerana takut guli-guli mereka habih di’potek’. Pin toksah cakap la. Hari-hari menangis sebab balik dengan tangan kosong. Jan pernah 'leaks' kat gua, disebabkan terlalu sakit hati, Pin pernah mintak doa kat Allah lepas semayang Jumaat, supaya tangan gua ‘pengkaq’, dan gua akan hilang focus semasa bermain. Begitulah seriusnya permainan guli time zaman gua kecik-kecik dulu.

Namun, semua ini gua hadapi dengan tabah. Biasalah, hero mana boleh sentap,kan?

Malah…

Mutu permainan gua makin konsisten. Dalam masa 3 hari, gua berjaya menambah satu lagi tin DUMEX, menjadikan keseluruhan kutipan gua mencecah 6 tin. Gua punya gumbira toksah dok kata la time tu. Ratio penjualan guli di kedai Ah Chet tiba-tiba meningkat, kerana budak kampung tak putus-putus memborong guli di kedainya. Habih kena ‘potek’ je, kayuh basikal ke kedai Ah Chet. Maunya tak kaya apek tuh!

Segalanya berakhir bila gua dapat result peperiksaan darjah 3. Buat kali pertamanya, gua dapat nombor 3 dalam kelas. Sebelum-sebelum nie, gua maintain nombor 2 je. Time tu, nombor 1 selalu dikebas oleh Syahanim Salleh (skang dah jadi doktor kat Hospital Seberang Jaya). Entah cemana, gua punya result boleh jatuh satu anak tangga plak. Mengamuk la arwah mak. Alasan beliau, main guli boleh konsisten, kenapa study takleh konsisten? Aduh…alasan arwah memang konkrit. Gua tak dapat nak melawan. Amukan arwah mak memang buat gua kecut. Tak cukup dengan penampar, 6 tin DUMEX koleksi peribadi gua melayang straight.......ke dalam sungai Kerian.

Hati gua luluh…



Tahun 2010

Lokasi: Sunway Lagoon (Amusement Park)

Gua, Banker, Mie & Dayah (adik ipar gua) pegi berhibur sambil nak rilek-rilek kepala hotak di Sunway Lagoon. Ketika merentasi perkarangan ‘Pirate Revenge’, gua terpandang Amusement Park, yakni tempat main permainan kanak-kanak yang kalo terer sket boleh dapat Teddy Bear. Alarh, tempat main tangkap-tangkap itik, baling dart kat belon, tuju tin…tempat-tempat camtu la. 

Cantek! Idea sudah mari.

Dah nampak teddy bear nie, gua saja la nak buat romentik-romentik, konon nak buat seprais dekat bini gua dengan memberi beliau sebuah Teddy Bear hasil dari main benda-benda kat situ.

Dengan machonya, gua arahkan Banker duduk di kerusi menunggu. Gua bagitau dia, gua nak hadiahkan Teddy Bear kaler Pink ala-ala Mr.Lotso dalam Toy Story III tu. Gua mengeluarkan RM4 dari kocek dan terus ke kaunter Token. Niat gua, gua nak menang 1st prize kat Booth No.4, tempat main tuju tin.

***

15 minit berlalu…

Dengan muka ketat, gua blah dari booth tu. Gua perasan, Banker serba salah nak tegur gua. Gua nekad, satu hari nanti, gua nak haramkan XboX360, PS3, PSP atau mana-mana permainan konsol berada dalam rumah gua. Gua nak anak-anak gua nanti, chempien main teng-teng, galah panjang, tuju tin, guli, tuju selipar dan beberapa lagi game-game tradisional. Gua serius kali ni!


Apa kejadahnya gua tuju tin satu pun tak jatuh??


NOTA KAKI:
1. 1 token berharga 4 ringgit. Kalo 4 token?
2. Gua rasa tragedi Sunway Lagoon tu adalah kesinambungan sumpahan Pin kat gua 19 tahun lalu. Huh! Mesti punya…
3. 'Potek' bermaksud mengaut guli-guli pihak lawan yang kalah ketika bermain, tanpa rasa belas kasihan.
4. 'Pengkaq' bermaksud aligment tangan ada lari sedikit; dan menjejaskan teknik 'parker'.

Gambar dicedok dari Fak Yeah

3 comments:

Afams Chan said...

Rupanya jaguh kampung...ooo baru tau

Aku ushar Fak Yeah punya blog memandangkan ko cedok gambar dari dia, wahh!! almost everything memang terkena dgn aku la weh zmn kanak2...nanti aku nak buat entry game2 yg aku suka main waktu hingusan dulu2..hahah bes bes

Sandokhan said...

hehe...dlu la..mmg terer main guli..skang nk tuju tin pun x lepas dah..habih pengkaq..

Fak Yeah nie mmg gila betul..almost 99% gambaq kat situ penah kena mengena dgn aku..terharu sial...best gila zaman kanak-kanak dlu..tak payah keja kuat2 nak bayar bil-bil..main video game, lastik burung..pi kedai beli chikedies...mengedap...ahhhh..zaman kanak-kanak adalah zaman 'Zeitgeist' aku..huhuhuh...

afam, create arr satu entri pasal benda2 nie..gerenti best!

Afams Chan said...

aku mmg nak buat entry camtu...hahaha..tunggu!!~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...