Friday, January 21, 2011

Last Battle...

Admiral Akainu Sakazuki


“Bam!”

Gua terpelanting sejauh 15 meter dari bumbung Marine setelah menahan pukulan ‘Inugami Guren’ Admiral Akainu Sakazuki. Celaka betul! Akainu dari tadi bersungguh-sungguh menghalang gua dari menyelamatkan Ace.

Gua buntu. Tangan gua sakit menahan serangan padu Akainu. Kali nie, jika gua lambat, Ace akan dipancung oleh Fleet Admiral Sengoku. Walaupun Ace memiliki kekuatan ‘super-human’ 10 kali  ganda dari gua, tapi dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana tangannya digari menggunakan ‘Kairoseki Cuff’, yang bertindak menghalangnya untuk menggunakan keupayaan 'devil fruit' beliau.

Gampang betul kalo berada dalam situasi macam nie!

“Hah!...lu dah takde harapan lagi, Zahril! Gua akan pastikan ‘Inagumi Guren’ gua kali nie tak akan ‘miss’ lagi.” Bentak Akainu dengan sombong.

“Pergi jahanam dengan lu punya ‘Inagumi Guren’ tu...magma bitch!” Balas gua sambil kembali mengatur pernafasan.

Gua masih tidak mahu berputus asa. Walaupun gua dan Ace berlainan bapa, tapi gua tetap anggap Ace sebagai abang kandung gua. Kami membesar sama-sama. Impian kami untuk menakluki Grand Line bukan impian main-main.

Gua nekad! Apa cara sekalipun, gua harus melepaskan Ace dari ‘Kairoseki Cuff’ tu. Biarpun gua terpaksa menggadaikan nyawa gua!

Gua sempat mendongak ke arah tapak pemancungan Ace. Kelihatan Ace teresak-esak menahan sebak menyaksikan betapa ramainya sekutu-sekutu Whitebeards Pirates sanggup menggadai nyawa menyelamatkannya. Seumur hidup gua membesar bersama Ace, hanya sekali saja gua pernah melihat dia mengalirkan airmata, itu pun semasa beliau fail PMR. Lain pada tu, memang takde langsung!

‘Ace ....! Lu jangan putus asa! Gua dengan Whitebeards akan menentang Marine habis-habisan!!’

‘Zahril! Sudah la…cepat larikan diri lu!  Selamatkan ‘Orang Tua’. Bagitau kat dia, gua sayang dia. Gua dah pasrah! Gua sanggup dipacung! Gua hanya nak lu selamat…jangan plak lu senasib dengan guaaaaaaaaa!!!’

Akainu tergelak besar melihat kami berdrama. Dengan segera beliau mengaktifkan kuasa ‘devil fruit’ beliau yang sungguh ganas. Akainu memiliki keupayaan memanipulasi larva gunung berapi dan boleh menukar keseluruhan badannya dalam bentuk magma yang panas. Satu teknik yang menakutkan! Tidak hairanlah beliau diangkat menjadi ‘The 3 Most Powerful Admiral’ dalam organisasi Marine. Kelihatan tangannya kanannya telah berubah rupa. Kini, hanya magma-magma panas sahaja yang melitupi keseluruhan tangan beliau. Asap-asap hitam berkepul-kepul keluar dari matanya. Nampaknya dia sudah betul-betul nekad untuk menghabiskan hayat gua dengan teknik Super ‘Inagumi Guren’!

Cis, gua tidak boleh tunggu lagi. Dengan tenaga hanya berbaki 20%, hanya ‘Gear Second’ sahaja yang mampu gua aktifkan. Walaupun jurus ini tidak mungkin dapat menumbangkan Akainu yang mempunyai elemen letupan larva yang dasyat, tapi gua sudah tiada pilihan lain. Kalau ditakdirkan gua terkorban di tangan Akainu, sekurang-kurangnya gua tidak mati dalam keadaan yang menyesal.

“Huarggggggggggggggghhhh! Mampus la ko, Monkey D.Zahril! Gua hantar lu straight ke NERAKA!!!”

Akainu terus menjerit dan melancarkan jurus penamat beliau, ‘Inagumi Guren’ peringkat ‘merempuh kuasa bulan’. Ini adalah  peringkat tertinggi bagi pemakan ‘devil fruit’ yang berada dalam kategori ‘Logia’. 30 biji bola api yang diselaputi magma gunung berapi yang mempunyai tahap kepanasan 1000 C setiap satu, meluncur tepat kearah gua.

Ahhh…sudah!

Gua terlupa nak aktifkan ‘Gear Second’ yang gua bajet nak guna tadi. Tu la...sibuk sangat nak describe power orang lain, sampai gua punya hikmat plak gua boleh lupa. Tapi, apakan daya, semuanya dah terlambat.

"Klong!"

Bebola-bebola Akainu rakus merempuh gua, menghilangkan kesemua momentum yang gua bina untuk berdiri. Buat kali yang ke-13, gua terpelanting lagi. Tapi, kali ini amat jauh, sehingga keluar dari tingkat 20, Menara Navy Marinefold. Dalam tempoh terpelanting, gua mengerang kesakitan. Gua tahu, kalau gua berjaya landing atas tanah, maknanya gua masih ada harapan untuk hidup.

Tapi,

**Kalo gua jatuh dalam laut. Kompem gua mati.

Hakikatnya, dalam tempoh gua terpelanting tu, gua hanya nampak laut-laut saja. Sahlah ini merupakan pertempuran terakhir gua dalam pengembaraan kami mencari harta karun Gold D.Roger.Selama ini gua tertanya-tanya, siapa la yang mampu menamatkan nyawa gua. Persoalan gua kini terjawab sudah. Ceh, gua mati di tangan Akainu rupanya. Heh!..tak glemer langsung!

Takpe la...gua redha.

Zoro, Sanji, Robin, Nami, Franky, Usopp, Chopper, Brooke…terimalah pesanan terakhir gua:

 
Zoro, gua harap lu dapat menjadi ‘The Strongest Swordsman in the World’. Tewaskan ‘Mihawk’ untuk gua.

Sanji, gua suka masakan lu. Gua harap lu jadi boleh bukak ‘Baratie II’ nanti.

Robin, gua suka lu. Lu seksi. (dah..tu je!)

Nami,lu pun seksi. gua suka lu jugak (dah..tu je!)

Franky, jangan lupa pakai seluar. Lu dah macam Michael Phelps dah gua tengok!

Usopp…lu nak sangat jadi kapten,kan? Lepas nie, lu in-charge Strawhat Pirates. Gua rela.

Chopper, lu memang comel. Gua pernah terniat nak sembelih lu buat lauk kalo-kalo bekalan makanan kita tak cukup masa di Drumline Kingdom dulu. Sori banyak-banyak. Gua sayang lu!

Brooke…dalam dunia nie, ada benda lagi syok dari tengok panties perempuan. Nak tahu, lu kene kawin dulu. 

 
Adios my crew! Jaga Thousand Sunny elok-elok…avenge my death!

Selamat tinggal semua…gua sayang lu orang sampai akhirat…XOXO

“Splash!”

****


"Orang lain pun tengok One Piece jugak, tapi takde la taksub macam lu. Terbawak-bawak sampai ke dalam mimpi bagai."

"Sudah…bangun pegi mandi! Subuh dah nak habih dah ni...!" bentak Banker Permatang Pauh dengan nada yang bengis. 

Gua bangun terkebil-kebil. Pergh, gurau kasar bini gua kali nie. Main simbah-simbah air pulak. 

Tapi gua OK. Bukan selalu dapat mimpi jadi superhero ni. Only the chosen one je!

Ngeh..ngeh..ngeh...



NOTA KAKI
** Pemakan ‘Devil Fruit’ akan hilang keupayaan untuk timbul ke dasar ketika berada dalam air. Badan mereka akan menjadi seberat tukul besi. Pendek kata, kalo jatuh dalam laut, kompom mampus!

6 comments:

Afams Chan said...

adakah ko berangan nak jadi seperti Luffy??

Sandokhan said...

lebih kurang camtu la...keh keh keh!

Aning said...

kalo laki aku berangan jadik samurai x... ape2 aje la bebudak laki nih.. kuat berangan.. ehehe..

Sandokhan said...

hahaha...boys will always be boys... :P

Afams Chan said...

eh tapi aku nak Nami..Aku nak ajak Nami masuk Amazing Race Asia sebab dia terer bab2 geografi n navigate jalan..Sesuai sangat la sebab aku ni takde sense of direction. Hahaha

So kapten Luffy, aku amik Nami leh? Diorg still leh survive sebab Robin ada..Hehehe

Sandokhan said...

haha...amik la..kami still ada robin-chuannn!!!!

at least Robin boleh harap jugak kalo bab2 navigation..nak harapkan Zorro...haghammmm...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...