*gambar diambil tanpa kebenaran
Sambungan dari Part II
Semekom! (kalo tengah baca through iPhone dalam tandas masa tengah ‘uh-uh’, jangan gatal-gatal nak jawab, dosa tanggung sendiri)
Gua baru terperasan AFAM punya komen dalam ‘Too Many Lies: Part II’, yang secara sinis dan selambanya menggasak gua soh habihkan jugak citer pengalaman gua menghendel Kordi ketika di Sunwei Piramit. Sori la beb! Gua bukan tanak habihkan, cuma kekangan kerja buatkan gua tak berapa nak ada masa untuk hang-out dengan blogging. Setakat entri kocik-kocik, gua mampu hendel lagi. Tapi kalo entri jenis ada pat-lima episode, ‘Bersambung di minggu hadapan…’ la jawabnya. Tapi, entri nie bukan macam ‘Oshin’, nak drag-drag pat lima ratus episode. Gua rasa, kalo gua rajin (alamak, kantoi!), 5 post dah habih dah kot? Gasaklah! gua ‘kontiniu’ balik kat mana yang terputus hari tu. Huh! Kat mana gua stop?
Gua dah mula rasa lemas. Manusia tak kira laki perempuan berasak-asak masuk ke dalam arena. Semua berebut nak duduk seat depan. Gila high-spirit diorang nie. Agaknya diorang nie pun semua dari sekolah SBP kot? Berasak-asak naik bas mini time balik rumah ‘Pulang Bermalam’. Heh! Gua berercakap dari pengalaman, beb! Sekali sekala, dalam kesibukan tu, ada jugak kutu-kutu yang terlalu ghairah nak rushing ke seat depan, sampai terpijak-pijak kaki gua. Ini gua marah. Lu nak kaya, gua tak kesah. Tapi jangan la sampai mencederakan orang lain, bai!
Gua follow Kordi ikut nombor sticker yang Deris passing tadi. Unbelieveable! Rupanya-rupanya nombor tu giler depan. Baris ke-2 dari 30. Agak-agak la wei? Memang kejutan budaya beb. Dulu masa kat universiti dulu pun amat payah nak nampak muka gua dok line depan, inikan plak event bilis-bilis camnie. Lagi la gua malas. Tapi, memandangkan dalam event nie gua hanya kenal Kordi dan Deris jer, takkan gua nak buat hero memandai-mandai tukar seat dgn orang lain, gila apa? So, gua pasrah. Gua pun duduk la seat tuh tanpa banyak tanya.
Kelihatan dalam arena tu, 90 peratus dari audience-audience ‘gerenti kayo’nya adalah orang yang sebangsa dengan gua. Gila ramai umat. Pasar malam Taman Melawati pun tak macam ni. Sebelah kiri gua, ada awek pakai tudung. Cantik, kulit jenis senang merah. Putih toksah dok kata la. Anne Hathaway tengok pun, bleh menangis. Type gua nie, jenis mata besar. Tengok dari cara dia tenung pentas, macam dia datang sensorang. Cantek! Ada chance gua nak setting jodoh!
“Sorang jer ker?” Gua memulakan conversation dengan penuh gentleman.
*****
“Tak…saya datang dengan boipren”…jawab awek tu dengan selamba.
Potong betul!
That’s it! Gua malas dah nak fight dengan **hukum karma. Terus barai nafsu gua nak sembang-sembang gentle dengan minah tu. Gua perasan Kordi kat sebelah dah bantai-bantai gelak kat gua. Cilakak betul. Nak sound balik, gua malas sebab atas dasar menumpang. Kang Kordi kocik hati, gua balik Damansara Damai naik komuter jugak nanti. Masalah negara tuh!
Memandangkan mood nak cari teman hidup dah jahanam, gua pun belek la apa yang ada atas meja gua. Air mineral sebotol, pensel sebatang dengan 3 helai kertas kajang habuan nak tulis-tulis apa yang patut. Riuh kat dalam arena tu toksah dok bayang la. Kat depan gua, pung! pang! pung! pang! sembang pasal nak pakai Kereta Bentley. Orang kat belakang plak rancak bersembang nak pegi cuti-cuti ‘buat-anak’ kat Barcelona la, Brisbane la, Venice la, hapa lancau tempat yang tak penah gua dengar pun, terpacul sebagai topik perbualan. Pergh! nie baru betul orang kata “Sembang Tak Hengat”!
“Rilek beb! Lu nampak macam boring ja? Event orang kaya nie…Consider nie salah satu usaha kita untuk berjaya...” Tegur Kordi sambil mengusap-ngusap belakang gua.
“Hehehe..mana ada boring. Awek-awek kat sini terbaek-terbaek arr...kan bagus kalo gua dapat jodoh skali kat sini...” Balas gua sambil melakar beberapa ekor kongkang diatas kertas kajang sebagai tanda boring.
“Event dah nak start dah nie. Lu nampak brader yang pakai suit biru tu? Ha...tu la dia punya owner.” Balas Kordi sambil melayangkan jari telunjuk beliau ke arah sorang chinese yang dah ready nak naik pentas.
Tiba –tiba suasana dalam arena tu menjadi gamat. Orang ramai dah mula bersorak-sorak. Dia punya bingit bukan kepalang,beb! Dah rasa macam kat Stadium Bukit Jalil dah. Mujur la event nie sebelum World Cup 2010. Kalo tak, sure kiri kanan orang datang bawak Vuvuzela skali. Kordi lantas bangun dari seat dan bertepuk tangan setepuk-tepuknya, dah macam esok tak leh nak tepuk dah. Tak cukup bunyi tepuk tu, dia tambah plak dengan bersorak, terpekik terlolong macam tokei kedai mamak kelui orang yang lari takmo bayar makan roti canai. Kali nie, desibel gua memang tak bleh handle dah! Gua terpaksa ear-muff untuk mengelakkan gua pekak tatkala gua masih bujang.
20 saat berlalu. Kordi masih lagi bertepuk. Begitu jugak dengan orang lain. Kelihatan orang depan gua lagi kronik. Sampai berdiri atas kerusi semata-mata nak tengok jutawan-jutawan kelas pertama kat atas pentas tu. Ini la standing ovation paling panjang gua penah tenok. Setau gua, paling lama ialah selama 5 minit, time Ric Flair nak blah dari WWE. Tapi itu WWE, hapa kena mengena dengan Kelab Karnal plak? Sori, gua melalut!
Dah setel tepuk tangan, semua orang kembali duduk di meja masing-masing. Skang baru gua tau fungsi sebenar mineral sebotol depan gua nie. Ia khasnya digunakan untuk membasahkan tekak selepas penat menjerit mengampu cukong-cukong berkenaan. Kelihatan ramai jugak yang terus teguk air botol mineral tu, mungkin terlalu sangat menjerit, sampai tekak kering pun bulih tak perasan. Kordi lagi la best, air mineral tu bukan saja buat minum, siap buat basuh tapak tangan lagi, sebab tangan dia dah kemerah-merahan bahana tepukan padu yang beliau performed sebentar tadi. Begitulah konsistennya Kordi dalam men’support’ event nie. Kalo gua la yang jadik cukong kaya tu, kompem gua hire Kordi jadi orang kanan gua!
Difahamkan semua VIP-VIP yang berdiri atas pentas tu merupakan geng-geng berpangkat ‘Marquis’, which means mereka telah berjaya ‘merekrut’ sebilangan ahli untuk dijadikan ‘ahli-keluarga’ dalam Kelab Karnal nie. Kalo lagi banyak dia tarik, lagi masyuk la pulangan yang dia dapat. Macam mana gua faham? Kordi la yang bagitau. Semua pakai baju sepesen jer. Baju kelas ‘Marquis’ dengan baju kelas ‘bahawan’ amat ketara perbezaan. Cantik baju ‘Marquis’ nie. Style-style corporate shirt. Siap ada sulam-sulam nama lagi. Sekali nampak macam baju promoter Honda, tapi version MLM la.
Bila semua VVIP melabuhkan punggung mereka diatas sofa empuk di atas pentas, acara utama dimulakan. Kali nie, muncul seorang mamat yang dah agak ‘seasoned’, berjalan menuju ke booth ucapan. Kordi sempat berbisik kat telinga gua, yang mamat tu la owner ‘Kelab Karnal’. Acara utama yang gua mentioned tadi adalah ucapan pembakar semangat dari pemilik Kelab Karnal. Kalo kita biasa study Sistem Piramid, mamat yang seasoned nie biasanya berada di atas skali, rakus meratah semua hasil-hasil dari orang-orang kelas bawahan. Kaya, sangat kaya!
Ucapan mamat tu amat meniup semangat. Teks ucapannya setaraf dengan **Le’ Fuhrer. Bayangkan, every point yang dia explain, semua orang bersorak. Giler best. Macam Stone Cold dapat microphone, semua audience akan ‘What’? everytime dia berhenti bercakap. Pergh, apa yang gua boleh cakap, mic skill mamat nie memang hebat. Patut la kaya! Tapi, gua tak berapa amik port sangat dengan apa yang dia bebelkan, sebabnya gua sendiri tak paham. Ya la, mana nak paham? Mamat tu cakap sket jer, orang bersorak. Mamat tu gelak sket, satu arena tolong gelak sama. Maybe gua mendengar bukan dalam frequency orang-orang MLM? Tu pasal la gua blurrrrrr…kot?
Antara beberapa quote yang gua still ingat masa speech beliau:
“Kalau kita mahu holiday, mana kita pergi? Hawaii, Venice, Paris, Singapore. Itu baru kita punya style...”
"Kenapa kita tak holiday dalam negeri? Sebab orang biasa saja yang pergi sana. Kita orang luar biasa, kita punya holiday pun mesti tempat yang luar biasa."
"Kenapa kita tak holiday dalam negeri? Sebab orang biasa saja yang pergi sana. Kita orang luar biasa, kita punya holiday pun mesti tempat yang luar biasa."
“Mereka-mereka yang tidak mahu mengubah nasib mereka, kita mesti tolong. Pujuk mereka join sama kita. Kat sini, kita semua satu family. Lu susah, kita tolong. Kita sama-sama pegang tangan dia ramai-ramai, tarik dia dari itu kelompok kemiskinan.”
“Lu mau beli kereta, mau beli secara hutang ka? Haiya…berapa lama mau hidup dalam hutang wooo…kita punya kelab, mau beli kereta, kita beli cash! Hutang-hutang tak main.”
“Kalo masuk itu branded punya store, kita mesti mau ada financial freedom. Bila kita mau itu baju, anytime kita boleh beli. On the spot. No need to ikat-ikat perut. Kalau simpan duit, bila mau cukup? Itu jam bila duit sudah cukup, itu barang orang lain sudah kebas. Kempunan maaaa”
“Belajar pandai-pandai, nanti grad boleh jadi engineer. Tapi gaji engineer berapa saja maa? Ini kelab, anda tak perlu jadi engineer mau kaya. Lu takmau kaya ka?”
“Tak ada duit, pergi cari Ah Long. Itu Ah Long bunga banyak mahal. Sampai bila-bila pun you tak dapat setel you punya hutang. Itu yang mereka semua buat silap. Tak ada duit, buat apa cari Ah Long? Cari sama kelab kita la…”
Ada la lagi beberapa point yang dilontarkan oleh cukong nie secara bongkak kepada audience-audience yang memang tengah bersemangat nak join kelab nie. Itu la gua cakap, mamat nie punya mic skill memang superb! Camnie punya speech ja dah berjaya attract ribuan newcomers yang mahu keluar dari kelompok ‘susah-nak-cari-duit’. Sungguh 'Ekselen'. Kordi? Huh, jangan cerita la. Dia punya excited memang gua tak boleh hendel lagi. Melompat-lompat dia nak jadi kaya.Dia lagi excited kalo nak compare dengan gua. Ahh sudah...
30 minit berlalu. At the end of the speech, cukong tu mintak semua audience berdiri. Nak nyanyi lagu katanya. Kat skrin depan terpampang lirik lagu ‘Kau Boleh’. Ala, lagu oldies yang kerap diutarakan satu ketika dulu tu. Masa zaman-zaman Rashid Sidek tengah top main badminton. Mesti korang ingat punya la. Bila muzik dimainkan, semua menyanyi lagu tersebut, termasuk Kordi. Suasana kat dalam tu memang riuh. Audience-audience yang ada di sekeliling gua sampai berdiri naik atas meja, semata-mata sing along. Yang berdiri atas bangku tu gua claim newbie ja. Tak havoc, takde semangat encore!
Gua perasan, makwe cun sebelah gua (yang gua failed nak tekel tadi) pun excited jugak. Siap berpeluk dengan boipren bagai. Pasal apa dia berpeluk, gua tak tau? Mungkin dua-dua dah rasa mereka telah diselamatkan kot? I mean diselamatkan oleh Kelab Karnal, dari terus dilanda masalah kewangan. *Duhhh* Luluh perasaan gua time tu. Bukan sebab apa, tapi sebab boipren dia tu takla hensem mana pun. Terpacul perasaan hepi di muka mamat tu setelah dipeluk rapat-rapat oleh makwe beliau. Ahhh…sangat tak boleh blah! Rugi betul makwe tu. Gua sungguh simpati terhadap beliau..
Tamatnya lagu ‘ecstasy’ tersebut, maka berakhir la event Kelab Karnal di Sunwei Piramit.
Cilakak!
Setengah jam je ke dia punya event? Gua ingat setengah hari. Adoi, rugi betul weekend gua. What a waste ahhh! Kordi tepuk belakang gua, ajak gua locate Deris. Gua pun follow dia sampai penjuru arena. Kelihatan audiences belum keluar dari dewan, padahal event dah officially habih. Rupa-rupanya event Kelab Karnal nie tak habih lagi. Ada sesi testimonial pulak dah. Aturcara sesi nie amatlah simple dan koboi. Cukong-cukong kelas ke-2 akan berada di setiap penjuru arena. Tujuannya untuk memberi public speaking secara berkelompok-kelompok. Macam tadi, speech untuk ramai-ramai. Tapi, sesi testimonial nie adalah pendedahan dalam kumpulan-kumpulan kecik. Tujuannya, supaya orang yang tak berapa clear dengan kelab nie akan dapat pendedahan secara terperinci oleh cukong kelas ke-2, disamping mendengar testimonial-testimonial dari mereka yang telah berjaya ‘tido atas duit’.
Kelihatan Deris melambai-lambai tangan kat kitorang suruh join satu cukong nie di satu penjuru pintu. Cukong ni orang Melayu, tapi gua tak ingat nama dia. Pakaian memang dasat. Jam Rolex tu brader! Ori ke tak, gua tak berani nak question. Belt Mont Blanc, Seluar dia tak pasti brand apa, kasut plak jenama Dunhill. Muda lagi, baru umur 33 tahun dah boleh ‘tido atas duit’. Dia nie pun sama macam dewa cukong tadi jugak, cakap sket, orang bersorak. Memang culture diorang camnie kot?
Bagi gua, sesi nie macam sesi terapi. Penah tengak movie yang ada sesi-sesi therapy untuk drug-addict, heavy drinker yang bersusah payah nak quit? Every time diorang nak cerita pasal background diorang, mesti dimulakan dengan:
Bagi gua, sesi nie macam sesi terapi. Penah tengak movie yang ada sesi-sesi therapy untuk drug-addict, heavy drinker yang bersusah payah nak quit? Every time diorang nak cerita pasal background diorang, mesti dimulakan dengan:
“Hi, I’m Emily. I’m a drug-addict..bla…bla…bla..”
And then everyone:
(Ramai-ramai) “Hi Emily”
Hah! camtu la. Tapi, dia punya mode terbalik plak. Ini bukan orang yang cuba nak elak dari penyakit, tapi lebih kepada nak cari penyakit. So, semua orang dalam sesi tu, diberi peluang untuk express diri sendiri dan apa yang dia looking forward bila dah kaya. Volunteer jer, sapa nak cakap, cakap la. Gua tengok ada la berbelas-belas orang teringin nak bagitau apa yang dia nak buat bila duit dah banyak. Kesian gua tengok, ada yang engineer bidang Oil & Gas, kompeni bukan main hebat, Scomi la, SLB la, Baker-Huges la…tapi sanggup quit. Bagi diorang, buat apa keja teruk-teruk sedangkan rilek camnie jer duit bleh masuk ribu-ribu. Weekly income pulak tu.
Ada yang surirumah je, anak baru 2 orang. Husband keja operator kilang je. Join kelab nie atas alasan nak tolong suami, since tak mahu terlalu bergantung dengan duit suami yang tak seberapa. Staff-staff kerajaan pun boleh tahan ramai jugak. Other than that, tentera, polis...dan yang paling best, tukang kebun pun ada. Subhanallah...
Insaf betul suasana kat situ. Dalam keriuhan dan keghairahan orang kita berebut-rebut nak jadi jutawan segera, gua tergamam. Bagi gua, normal la kalo surirumah atau golongan-golongan yang berpendapatan rendah nak cari duit lebih. Tapi, apa yang gua kesalkan, yang engineer-engineer ada kelulusan oversea nie. Kerja dengan ‘big players’ dalam bidang Oil & Gas, sanggup jugak berhenti. Gua punya la nak jadi somebody dalam bidang korang, alih-alih korang yang dah somebody, plak bleh quit camtu jer?
Lama jugak sesi meluahkan perasaan nie. Dan macam-macam la impian orang-orang yang baru nak join nie gua dengar. Ada la dekat 40 minit gua berdiri bodoh je kat situ. Sekali sekala Deris tepuk belakang gua, suruh gua volunteer kasik speeh ‘Impianku'.
Ahhh…apa barang?
Lepas event nie betul-betul habih (at last), Deris ajak gua dengan Kordi makan. Ha! Nie gua suka, sebab dari pagi tadi gua just melantak karipap jer. Nasik-nasik belum lagi berkesempatan gua telan.Kordi girang. Dalam hati, gua tau dia pun lapar jugak, tapi dia cover. Cis, lapo pun nak kaver line. Hipokrit!
Gua dan Kordi follow Deris ke satu restoran. Dalam Sunwei Piramit jugak. Tengok dari structure dan landskap, takde la gah sangat, cuma upgrade sket dari Kedai Mamak Mahbub Damansara Damai je. Tapi, still cozy la dari tempat biasa. Dah jumpa table nak duduk, Kordi siap tolong tarik kerusi kat gua. Can you believe that crap? Waahhh..ini sudah layanan VIP, beb! Masa sekolah dulu, takde plak lu softy-softy camnie. Tapi kalo dah nawaitu Kordi memang nak pancing gua join under dia, tolong tarikkan kerusi pun tarak hal bagi dia. Gua pun duduk buat bodoh jer la. Sekali sekala diberi layanan tahap anak Datuk nie, bukan kepalang dia punya seronok. Hehehehehehe….
Dah selesai order, Deris tepuk bahu gua,
“Amacam? Lu paham ker skang business yang gua cerita hari tu?”
“Huh..faham dah. Apsal lu tak cakap yang lu join MLM. Cheit!, buat saspen gua je!” Bentak gua dengan perasaan tak pueh hati.
“Pembetulan. Nie bukan skim MLM..nie kelab, OK? Kan Kordi?” Deris cuba mendapatkan sokongan dari partner in crime beliau.
“A’a..kelab. Hahaha…nampak sangat lu konpius nie, bai. Takpa, takpa…nanti kami explain baek punya kat lu. ’How it works’ kalo cakap dalam bahasa omputih” Balas Kordi sambil tersengih.
Gua skang dalam situasi handicap 2 on 1 match. Gua tau, lepas nie Deris sama Kordi akan bermati-matian tolong explain kat gua , dah akan cuba convince gua seleleh-lelehnya untuk join kelab nie. Gua tak dapat melawan, sebab gua datang tumpang Kordi. Heh..!betul concern gua pasal isu tumpang menumpang nie. Kalo gua datang sendiri, itu dah lain cerita. Gua bleh cabut buat bodoh je. Ahhh….terpaksa la gua bermuka-muka pasnie. Buat-buat excited walhal gua memang not interested.
Ahh..sungguh bangsat perasaan ini.
Ahh..sungguh bangsat perasaan ini.
…………….
(nanti gua sambung)
** Hukum karma
Makwe-makwe yang cun biasanya dah berpunya. Kita nie antara calon-calon gagal yang tak jemu-jemu mencuba nasib walaupun rupa xde la hensem macam Aaron Aziz.
**Le’ Fuhrer
Ahh..gua malas nak explain. Cuba tanya lebai Google kalo nak tau lebih lanjut.
3 comments:
Huhuu...tak habih lagi ni..
Sambung ok...Aku cam nak tau sapekah si Kordi tu..
*pssst...nanti kalo ada reunion skool ko gtau aku kat situ*
zahril...ang ada bakat menulis. aku suka baca. :D kagum gak aku, menda dah lama pon ang ingat butiran...
gua bajet tang part 'butiran' tu dia tmbh2 ja bg sedap cerita... x gitu...?? kah kah... apa2 pon.. crita ni mmg gua tggu die punye sambungan... cilakak, cpt la woi sambung...
Post a Comment