OK, gua terlewat 4 hari dari tarikh PPV asal. So, technically ulasan nie sebenarnya dah basi. But, ahhh…who give a shit, aite?
1. SmackDown Elimination Chamber Match (The Big Show, Daniel Bryan, Wade Barret, Cody Rhodes, The Great Khali & Santino Marella)
Ok, kalau lu orang tengok dalam contenders listing, mesti lu orang rasa butthurt sebab tetiba ada Santino Marella , kan ? Yeah…me too. Ceritanya, Randy Orton adalah one of the original contenders untuk match nie. Tapi, beliau terpaksa diketepikan kerana beliau mengalami concussion akibat hayunan padu talipinggang World HeavyWeight Champion straight ke kepalanya oleh Daniel Bryan (babis!) beberapa hari sebelum PPV. Jadi, Teddy Long terpaksa menganjurkan 20-men battle royale ketika di RAW SuperShow untuk mengisi slot kosong yang ditinggalkan oleh Randy Orton. Kesudahannya, Santino Marella emerged as the winner of that contender match. Ok, setel flashback!
Barret & Big Show memulakan perlawanan dengan bersaing semasa sendiri manakala yang lain ‘dikurung’ di dalam chamber. Bagi gua, Wade Barret adalah ‘bare-knuckle’ figher yang sangat gua kagum. Dengan physical yang tinggi dan susuk tubuh yang power, rasanya berpeluh juga Big Show nak hempas dia ke kanvas gelanggang. 5 minit selepas itu, Cody Rhodes ‘dilepaskan’. Ternyata, kalau dah watak villain, Rhodes berpadu tenaga dengan Barret untuk menghentam ‘the good guy’. Masa ni, Big Show memang lembik disebabkan Rhodes & Barret tidak putus-putus membelasah Show. Paling gua #FFUUU,
Barret & Cody Rhodes buat ‘Sweet-Sour’ move ke atas Big Show. Peh, rasa macam tengok AJ Styles dengan Chris Daniels kat TNA pula. (yeah, I miss TNA)
Beberapa minit kemudian, giliran Santino ‘dilepaskan’. Seperti anjing yang kelaparan memburu habuan, begitulah agresifnya Santino membelasah Barret dengan mengenakan beberapa signature move beliau seperti Cobra-Split Arm Drag dan Jumping Headbutt. Tapi, momentum Santino hanya seketika. Beliau pitam selepas dihumban keluar oleh Big Show. HAHA HAHA HAHA!
Tinggal lagi 2 peserta yang masih di dalam cages. Tapi, Khali pula ‘dilepaskan’ selang beberapa minit selepas itu. The best thing about Khali, dia memiliki sepasang tangan yang kuat. Maksud gua, dia punya ‘Brain Chop’ tu, memang satu move yang lethal dan sangat efektif diapply ke atas superstars tanpa mengira saiz. Santino kena (chop), Barret pun kena, even Cody Rhodes pun tak terlepas. Lebih teruk, Rhodes terperangkap dalam satu strong grapple oleh Khali dan akhirnya beliau menjadi mangsa buah penyudah The Punjab Nightmare iaitu ‘Khali Bomb’. BOOM!
Namun, momentum Khali juga tidak lama tatkala beliau terkena satu Thunderous-Spear dari Big Show. 1,2..3. And he’s out. Khali menjadi contender pertama yang tersingkir. Masa ni, Daniel Bryan masih di dalam sangkar. Ekoran dari feud antara Big Show dan Bryan sedikit sebanyak menjadikan match ni lebih menarik sebenarnya. Satu moment yang tak boleh buat gua lupa, adalah bilamana Big Show memanjat ke atas sangkar Chamber Bryan, memutuskan rantai ‘bumbung’ besi dan masuk kedalam cage untuk membelasah Bryan . Bryan yang masih belum dibenarkan ‘keluar’ dari chamber beliau terpaksa berhempas pulas menahan asakan Big Show di dalam ruang yang sangat sempit. Hasilnya, beliau ‘lembik’ sebelum ‘dilepaskan’.
Walaupun Big Show nampak mendominasi perlawanan ini, dia adalah orang ke-2 yang tersingkir sebenarnya. Ini kerana hasil gerakan penyudah bertubi-tubi oleh Barret dan Rhodes menyebabkan Big Show terpaksa akur dengan keadaan. Double Beautiful Disaster Kick oleh Rhodes , ditambah dengan Elbow Smash from 2nd Turnbuckle dari Barret menyebabkan Big Show tertewas. 2-1 bhaii! Bila the main threat dan berjaya disingkir, perlawanan kembali menarik. Rhodes kali ini nampak lebih agresif membelasah Bryan yang masih cedera. Sekali sekala beberapa taunt menganjing dilagakkan oleh Rhodes yang seakan yakin beliau akan jadi World HeavyWeight Champion yang baru. Namun, kelekaan itu menghukum beliau, tatkala Santino bangun dan mengenakan quick ‘Rolling Pin’ keatas beliau dan....there goes the dashing one!
Gila la, disingkirkan oleh Santino Marella wei…gila babi punya level hina tuh!
Tinggal 3 peserta, dan jika dibandingkan dari segi saiz, gua akan kata Barret akan menang mudah. Namun, beliau juga dipatahkan oleh Santino Marella. Barret masih pening-pening lalat selepas terkena Daniel Bryan’s Flying Headbutt. Move ni buat gua terkenang ‘The Rabid Wolverine’ Chris Benoit. Sedih sial. May his soul rest in peace. A quick cover by Marella and BOOM! There goes Wade Barret.
Bila tinggal 2 peserta, Santino Marella segera mengenakan ‘sarung tangan’ Cobra beliau dan terus ‘menyengat’ Daniel Bryan. Suasana menjadi gamat apabila Bryan berjaya kicked-out Santino’s pin, dan beliau lantas bangun dan melaksanakan LeBelle Lock ke atas Marella. A super submission-hold yang akhirnya membuatkan Santino Marella terpaksa tap-out.
There you have it! Daniel Bryan still your World HeavyWeight Champion.
Tapi…….
Sheamus muncul selepas itu dan menyerang Bryan bertubi-tubi. Sebelum meninggalkan gelanggang, beliau melancarkan satu gerakan yang dipopularkan oleh Finlay satu ketika dahulu iaitu ‘Celtic Knot’ ke atas Bryan. Gerakan itu adalah menandakan yang Sheamus akan mencabar Daniel Bryan untuk World HeavyWeight Championship Match pada WrestleMania 28 yang bakal ke udara April ini.
See? Kan gua dah kata Sheamus will go for Bryan at this WrestleMania? Hehehehe…
2. RAW Elimination Chamber Match (CM Punk, Kofi Kingston, The Miz, Chris Jericho, Dolph Ziggler & R-Truth)
Persengketaan antara CM Punk & Chris Jericho rata-ratanya membuatkan match ni tampak lebih umpph!
CM Punk dan Kofi Kingston bermula garang apabila kedua-dua high-flyer ini masing-masing menunjukkan skill ‘terbang-terbang’ dan ‘kick-kick’ padu ke atas sesama sendiri. Entah pasal apa, dulu gua sangat anti CM Punk nie, masa beliau menjadi leader S.E.S (Straight Edge Society) ni, tapi sejak beliau tampil dengan persona baru ditambah pulak dengan entrance song yang mantap (Cult of Personality by Living Color) , gua rasa macam bandwagon yang tiba-tiba shouting for him plak. OK, first time gua rasa ini sangat kekok!
Dolph Ziggler adalah orang pertama ‘dilepas’ keluar dari Chamber, dan beliau terus meluru membelasah CM Punk. Bila Punk sudah kelihatan termengah-mengah di luar gelanggang besi, buat kali pertamanya gua menyaksikan ‘fame-asser’ yang ditiru oleh Ziggler dilaksanakan ketika Ziggler tergantung di dinding steel Chain. Peh! Padu dan …dan…hey, that’s new!
R-Truth ‘dilepaskan’ bila dah cukup masa dan beliau terus meluru membelasah Ziggler. Hasil daripada asakan itu, beliau berjaya melaksanakan gerakan penyudah beliau iaitu ‘Axe Kick’ ke atas the show-off superstar. Kofi Kingston di satu sudut masih menaham sakit akibat dihempas ke lantai besi sebentar tadi. Tapi, adrenaline-rush R-Truth tak lama. Beliau disingkirkan oleh Punk dengan satu Top Rope Elbow Smash oleh Punk.
Bila turn ‘The Miz’ keluar, kesemua atlit seakan-akan tidak mampu menahan asakan The Awesome One yang masih fresh selama perlawanan berlangsung. Kofi dihempas ke lantai besi. CM Punk pula terkena signature move The Miz iaitu Thunderous Turnbuckle Clothlines dan Ziggler pula pitam terkena ‘Silverspoon DDT’. Biasalah, watak jahat biasanya kalau mendominasi, pasti akan di’boo’ satu arena, tapi mentality The Miz amat kuat dan beliau begitu focus untuk menang.
Akhirnya, Chris Jericho dilepaskan keluar. Seperti yang dijangka, orang pertama yang beliau serang adalah CM Punk. Nyatanya, Punk gagal untuk membalas dan menjadi mangsa Y2J. Ketika Ziggler trying to make name for himself, beliau terkena ‘Code Breaker’ Chris Jericho dan BOOM! Dia adalah orang ke-2 yang tersingkir. Alhamdulillah. Bias pula gua kali ini. Kahkahkah!
Selepas menyingkirkan Ziggler, Chris Jericho sekali lagi mendominasi perlawanan dengan memerangkap Kofi Kingston dalam gerakan penyudah beliau iaitu ‘Walls of Jericho ’. Memang padu gerakan ini. Masa gua zaman-zaman budak gila main wrestling dulu, ini adalah gerakan feberet gua. Feel wehh…Ok, off the record! Enough flashback. Kofi Kingston akhirnya tiada jalan lain untuk counter gerakan ini dan beliau terpaksa ‘tap-out’. Kofi adalah peserta ke-3 yang tersingkir.
Bila dah berjaya menyingkirkan Kofi, Jericho mengheret Kofi hingga ke pintu utama Chamber untuk menghumban Kofi keluar. Namun, CM Punk bingkas bangun dan terus mengenakan satu ‘Jiu-Jitsu’ Side Kick ke arah muka Jericho dan beliau terpelanting ke luar gelanggang. Ketika ini, ramai medical team meluru ke gelanggang untuk memeriksa keadaan Jericho kerana dikhuatiri pitam. Takut-takut concussion, kata mereka. Ewah! Setelah menjalankan pemeriksaan yang teliti, pengadil akhirnya memutuskan Chris Jericho tidak mampu untuk meneruskan perlawanan. CM Punk tersenyum!
Tinggal 2 peserta, Punk dan juga The Miz. Melihat The Miz yang masih terbaring di tengah-tengah gelanggang, CM Punk segera melakukan Spring-board Forearm Smash ke atas Miz untuk gerakan kemenangan. Namun, Miz bingkas bangun dan melakukan reversal ke atas gerakan itu, seterusnya memerangkap Punk dalam ‘Skull-Crushing Finale’ beliau. BOOM! CM Punk padam! Segera The Miz cover untuk kemenangan.
1,2………….CM Punk kicked out the pin.
The Miz terkejut. Beliau seakan-akan tidak percaya gerakan penyedah beliau masih belum boleh memadamkan Punk dari bergelar juara. Ketika beliau bertegang urat dengan pengadil, Punk lantas menyambar lengan beliau dan mengenakan GTS.
Hasilnya, The Miz padam, dan beliau gagal mematahkan kiraan 1,2,3 dari pengadil yang bertugas.
There you have it. CM Punk did it again. He is STILL out WWE Championship. #Salute
3. John Cena def. Kane (Ambulance Match)
Match nie gua tak berapa gemar sangat nak ulas. Biasalah, gua anti-Cena. Dan gua juga tak suka Kane yang super lembab. Basically, match nie nak menang senang saja. Masukkan opponent anda dalam Bonet Belakang Ambulance dan tutup kedua-dua pintu bonet dan poof! Anda menang.
Cena did that after 20 minutes hard-fought battle against Satan’s Favorite Demon, Kane.
Cena Won! Hooray!..... (#pfft!)
4. Jack Swagger def. Justin Gabriel (U.S Championship Match)
5. Beth Phoenix def. Tamina Snuka (Divas Championship Match)
Sekian gua melaporkan dari Milwaukee
3 comments:
Like
Tenkiuz
Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of writing is good, thats why i
have read it completely
Feel free to surf to my website - shower caulking tips
Post a Comment