Wednesday, March 14, 2012

Scene Burger (Edisi: Malang Bertimpa-timpa)

Gua suka makan burger. Ini adalah habit buruk gua yang gua gagal buang sejak dari zaman gua kecik lagi. Ya lah, mitos orang melayu selalu mengatakan, yang fast food adalah punca utama masyarakat di Malaysia mengalami masalah kegemukan melampau. Dan burger adalah sejenis fast food. So, nampak tak kronologinya kat situ?

Tapi, persetankan semua itu!

Bagi gua, burger yang terbaik pernah gua makan adalah Daily Burger di depan 7-Eleven Sri Gombak. Daging masak solid, mayo sedap, black pepper sauce mantap, dan bawang besar-besar punya stail potong, hirisan nenas yang teliti dan nipis ala-ala Bandito Pocket. Pergh! Apa lagi lu orang mau? Memang sedap, derr. Gua pekena burger nie sampai terbawak-bawak dalam mimpi la dia punya la sedap. Sumpah gua tak tipu. Gua serius nih!

Suatu hari, Banker Permatang Pauh ada send satu email dekat gua pasal ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ yang beroperasi di Wangsa Maju. Sebenarnya gua dah lama tau pasal nama kedai ‘kaw-kaw’ nie, memandangkan tempat nie pernah trending di twitter satu masa dulu. Dalam email tu, dipaparkan beberapa gambar-gambar kepingan daging burger asli yang tebal tahap ‘nokhorom’. Memang tebal bhaii! Tapi, apa yang menariknya, ‘Burger Bakar Kaw-Kaw’ ni claimed diorang adalah the First Burger Bakar In Malaysia.

Sebut pasal ‘Bakar’. Kenapa ‘Bakar’?
  
Scene biasa burger yang kita nampak di mana-mana stall burger, daging burger biasanya digoreng kering diatas pan yang lebar (digoreng?). Berbeza dengan stall ‘Kaw-kaw’ ni, daging burger yang setebal separuh novel #Zombijaya ni dimasak stail BBQ. Panggang + Bakar. Bau charcoal dan hangit grill panggang tu memang jadi salah satu agen penyentap rasa.



Amacam? Tebal kan daging dia?  

Nampak kan powernya Burger Bakar nie? Gua tengok dari email bini gua pun dah tak berapa tenteram dah tekak ni sebenarnya. Tebal daging tu boleh buat tempeleng orang, apatah lagi mengunyahnya dalam mulut. Pastu jenis lumur mayonis dengan black pepper yang meleleh-leleh memang boleh bikin iman gua huru-hara wei. Seksi!


Sesi membakar daging

Jauh disudut hati, gua tau niat Banker Permatang Pauh sebenarnya memang saja nak ajak gua pekena seround di kedai tersebut. Kalau tidak, masakan email tersebut dishoot ke inbox gua secara tidak sengaja,kan

Kahkahkah!

So, seperti yang dibincangkan kami laki bini, hari Sabtu baru-baru nie kitorang pun bergerak la menuju ke Wangsa Maju. Memandangkan minggu tu Arsenal tak main Sabtu-Ahad, so dapatlah kami keluar berjalan-jalan lepas Maghrib. Kalau tak, jangan haraplah! Map semua dah ada. GPS semua dah set. Bukan apa, takut-takut sesat. Mana gua nak letak muka nie kalau mak mertua gua tahu gua boleh sesat dalam KL. Ye dop?

Perjalanan dari rumah gua ke Wangsa Maju hanya memakan masa 10 minit saja. Guna MRR2, masuk ikut exit Sekolah Wangsa Melawati. Yeah, kalau nak suruh gua bawak kereta, gua rasa timing tu kena add-up lagi 10 minit lagi la. Gua bawak kereta slow sikit. Bukan penakut……Cuma, gua dengan kelajuan tak selalu sangat berkawan. Memandangkan bini gua yang bawak kereta, dapatlah gua rilek-rilek di passenger seat sambil menatap beberapa gambar burger Kaw-Kaw nie hasil post pembeli-pembeli yang membuat testimonial di entri-entri blog makanan. Satu demi satu gambar gua gesel di skrin iPhone, sambil jantung gua berdegup kencang. 2,3 kali juga gua telan air liur. Keroncong perut dan peluh-peluh jantan di pipi fungsi berselang-seli. Sebabnya, gua saja skip lunch tengahari tadi, semata-mata untuk makan burger tersebut. Bukan gua sorang saja, bini gua pun sama. Nawaito Sou Maghadin kami memang malam tu nak pekena ‘Burger Kaw-Kaw’ set Double Happiness. Dah target dah tu! So, demi keinginan ini, apalah sangat mogok lapar 5 jam tu, kan?

Jam kat tangan menunjukkan pukul 8.30 malam. Kami sampai agak awal di Wangsa Maju. Sesampai saja di destinasi, pelan-pelan bini gua masuk parking depan Belakang Orange Cybercafe. Gua pula cepat-cepat simpan phone dan terus keluar dari kereta. Tika ini, bunyi perut gua memang tak boleh nak sorok-sorok lagi. Lapar sangat ni. Nasib kau la beger!

Namun, langit tidak selalunya cerah. Sesampai saja kami di tempat kejadian.


HAMMAGADD!!!


Amacam?

Panjang kan queue dia? (Ohh tidak!)




***


Malam itu, gua dan bini end up makan roti Nan kat mamak BRJ tak jauh dari stall Burger Bakar Kaw-Kaw tersebut. Ceh, kalau setakat nak pekena Nan, tak payah la gua bersusah payah datang Wangsa Maju. Kat Gombak pun banyak mapley!


Buat penat gua mogok lapar, saja!

!#@#% grr!




P/S I : 2 Gambar diatas gua ambil dari website foodpoi.com. Klik that link untuk membaca entri bergambar penuh mengenai Burger Bakar Kaw-Kaw Wangsa Maju. You guys gonna love it!


P/S II : Tragedi malam tu sikit pun tak mematahkan semangat gua untuk try burger nie. Next entri, gua akan cerita plak edisi yang berjaya punya!

6 comments:

Abejame said...

Aku pon dah lama teringin nak try....tp tgk kepada line beratur yg tak masuk akal nie malas nak pegi....dahla jauh.

Sandokhan said...

Semalam aku dah try dah burger nie. Luckily aku laki bini dapat juga makan. Tu pun jenuh beratur sejam just to place order. Nanti aku upkan entri yang dah dapat plak. Hehehehe...

Tapi, macam kau cakap la...line beratur dia memang jenis tak masuk akal dowh!

Anonymous said...

bile nak smbung bhagian 1 cemas...

Anonymous said...

bile nak smbung bhagian 1 cemas...

ParkAir said...

Pergh patut tambah outlet tokey burger ni. Kena try jugak la kalu datang KL.

Sandokhan said...

Anon:
Cemas? Hah..yang tu memang On da Way. TUngguzzz

Park Air:
Kena try bro...sedap memang sedap. Tapi level sabar kau kena tinggi. Lambat datang, kebelakang-belakang la ko punya line...serius aku tak tipu. Hahahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...