Wednesday, November 30, 2011

(SPR) Sengkak Perut Rabu...No.4

Untuk yang 'Perminat' aja dong! #LULZ


* Gua post nie sekadar LULZ aje. Bukan nak motivate korang soh pegi plak. Apa-apa jadik, gua tak tanggung. KAH KAH KAH!

Saturday, November 26, 2011

WWE Survivor Series 2011 : Full Result



1) Dolph Ziggler Def. John Morrison for WWE United States Championship


John Morrison muncul sebagai no.1 contender dalam misinya untuk merampas talipinggang U.S Champion yang dah lama dipegang oleh Dolph Ziggler, the self-proclaimed ‘Perfectionist’. Personally, gua memang sangat benci Dolph Ziggler nie. Bad hairstyle, and yet terrible finishing maneuver. Dan seperti biasa, John Morrison tidak lokek untuk mempamerkan aksi-aksi berani mati beliau dalam menumpaskan Ziggler. Namun, nasib lebih menyebelahi Ziggler, dimana beliau berjaya mengelakkan diri beliau dari dihentam Morrison’s Starship of Pain, dan seterusnya menyudahkan Morrison dengan satu devastating ‘Zig-Zag’.


Err, Zig-zag tu devastating ker? More like funneh maneuver to me!


#pfft!


2) Beth Phoenix Def Eve Torres for WWE Divas Championship


Seperti biasa, match-match ‘boobs & brainless’ nie gua tak pernah amik port. Namun, apa yang gua baca, Beth Pheonix menewaskan Eve Torres dengan satu GlamaSlam yang power dari 2nd turnbuckle. Hurm…not bad for a diva match.


3) Team Barret Def Team Orton in 5 on 5 Survivor Series elimination match


A traditional Survivor Series elamination match. Team Barret diwakili oleh Wade Barret (c), Jack Swagger, Hunico, Cody Rhodes & Dolph Ziggler dijadualkan menentang Team Orton yang diwakili oleh Randy Orton (c), Kofi Kingston, Mason Ryan, Sin Cara & Sheamus. Kalah jugak team Orton. Cilaka!


Owh, untuk sesiapa yang tak berapa mengenali Hunico, watak Black Sin Cara yang pernah menjadi plot SmackDown beberapa bulan lalu adalah dimainkan oleh beliau. Biasa la, bila plot takley blah, konsep menghormati luchador entah kemana, dan last-last terpaksa bukak topeng jugak.


Ziggler adalah orang pertama yang dielaminate, followed by Sin Cara.


4) The Big Show Def Mark Henry for WWE World Heavyweight Championship (via DQ)


Match yang gua tunggu-tunggu sebenarnya. Clashof the big guys. The ‘Silverback’ Gorilla, Mark Henry dicabar oleh The World Largest Athlete, Big Show. Match nie masa kat Vengeance dulu, ended up with no contest, sebab ring runtuh. Big Show superplex Mark Henry from the top turnbuckle, down to the wrestling mat. So, no contest and the champion remains.


So, rematch at Survivor Series, Mark Henry competed style cilaka punya. One thing about facing Big Show, always bear in mind that if kena knocked the WMD (Weapon of Mass Destruction), which basically a KO Punch…and poof! You’re history. Bayangkan Big Show’s fist yang sebenar muka Matt Stryker tu, dihentak kat muka korang. Fo’ sho memang black-out lah. So, during this match, Mark Henry dah nak kalah dah. Last-last, one kick to Big Show’s groin …and that’s it! Big Show won by DQ, and Mark Henry still keeping the World title.


*title takkan berubah tangan kalau menang via DQ, kecuali ada special stipulation.


Big Show yang amat panas dengan taktik keji Mark Henry, membelasah beliau hingga lunyai. And then, here’s the best part. Big Show hooked up the steel chair at Mark Henry’s leg (while groggy), and he did a devastating leg-drop on the chair. #PERGH! What a moment!


Padan muka ngko Marky!


GYEAHH!


5) CM Punk Def Alberto Del Rio (New WWE Champion)


The Spanish Aristocrat akhirnya tewas mengejut di tangan CM Punk. Dengan hanya satu devastating Anaconda Vice, akhirnya Alberto Del Rio terpaksa tap-out untuk memberikan kejuaran WWE ke-2 kepada Punk.


6) The Rock & John Cena Def Miz & R Truth in tag team match


This match is the main eventer during Survivor Series 2011. Sebab apa? Apa? John Cena? #pfft!. For surelah sebab The Rock.


Cena & The Rock bergabung untuk berhadapan dengan The Miz dan R-Truth. Yeah, satu pakatan yang tak berapa ngam sebenarnya antara Cena & The Rock, sebabnya Cena pernah talked-trash about The Great One about not respecting the WWE. Ahh, gua malas nak explain the story behind this controversial plot, sila gugel sendiri. Cena & The Rock bermula gagah membelasah Miz & Truth. Biasala, suasana memang electrifying bila The Rock masuk dalam ring. And bila Cena tag The Rock ja, satu arena boo. Kahkahkah!


Time perlawanan ni, ia sebenarnya menggamit seribu memori, bai. Ya la, semua skill-skill The Rock habih keluar. Gua yang layan nie pun, #ManlyTears sekali sekala. Baru tersedar yang gua dah tua sebenarnya. Segala macam Samoa Drop, Rock’s signature Angry Stomp, Rock Bottom & The People’s Elbow habih The Rock executed. Move-move semua nie masa muda-muda dulu gua selalu buat masa main wrestling-wrestling time sekolah asrama. And after 10 years gua dapat tengok balik these set of moves, ini sangat #PERGH! di mata gua. Trust me, The Rock adalah performer yang paling hebat di alam semesta. I’m not saying this because I’m a fan, but because it is the truth!


As the result, ‘Boots to Asses’ adalah kekal milik The Awesome Truth. Lunyai dua-dua budak ini dibesalah oleh Cena & Rock. Dan, bila ada The Rock, mesti ada awesome moments. Awesome momentnya, Cena makan Rock Bottom buat kali ke-2 at Survivor Series (first dulu time Wrestlemania 27). 


In your face, Cena! Kahkahkah!






Sekian gua melaporkan dari Madison Square Garden...

Thursday, November 24, 2011

Captcha Separa Bangang


Lu orang agak-agak, cemana gua nak insert captcha yang dalam gelung merah tu?

Bangang punya File Sonic!

Tuesday, November 15, 2011

Kemalasan Yang Padu

Cubicle Tempat Saya Kerja,
Jalan Yak Kwan Seng
Kuala Lumpur

15 November 2011

Assalamualaikum para pembaca semua.

Apa khabar? Diharapkan semuanya sihat-sihat belaka. Saya disini tidaklah sesihat yang disangkakan, memandangkan akhir-akhir ini cuaca amatlah kurang menentu suasananya. Hujan & panas berselang seli kadang-kadang boleh membawa kepada demam yang tak sudah-sudah; sama seperti apa yang saya tengah hadapi sekarang ini.

Untuk seketika waktu, saya sengaja tidak mahu mengemaskini blog ini kerana ingin menguji sejauh mana saya boleh mencabar diri saya meninggalkan bidang penulisan crap! seperti yang saya selalu lampiaskan sebelum-sebelum ini. Nyatanya, susah benar! Biarpun berjaya bertahan selama seminggu, namun dalam seminggu itulah tangan saya terketar-ketar seperti orang terkena parkinson. 

Apa sudah jadi dengan saya ini? 

Ya, saya sedar yang blog saya ini bukanlah ada pembaca sangat pun, namun keberahian saya dalam menulis artikel-artikel fiksional dan imaginasi saya sendiri adalah mengatasi segala-galanya. Oleh itu, saya membuat keputusan, biarlah tanpa pembaca pun, saya akan tetap menaip, menaip dan terus menaip. Seperti Cena yang tidak menghiraukan laungan 'Cena Sucks', seperti 'Manchester United' yang tidak menghiraukan kredibiliti 'Mr.Potato' dalam penajaan, saya akan teruskan dengan apa yang saya dah mulakan.

Akhir kata, maaflah sekiranya saudara-saudara semua kurang memahami tentang apa yang cuba disampaikan dalam entri kali ini. Nyatanya, bukan kalian sahaja yang tidak faham, malah saya sendiri pun tak faham tentang apa yang saya tulis.

Now That's Wassup!



Yang Benar,
Ismail Ibrahim
Ketua Kelab Kompang Kampung Raja

Friday, November 4, 2011

Antara Tahyul dan Konsep Sabar

Sejak season EPL bermula, hari Sabtu & hari Ahad merupakan hari yang paling buat gua excited. Seperti golongan-golongan brader yang lain, yang mempunyai team bola kebanggaan mereka untuk diruntun dan disorak setiap minggu,gua jugak tak terkecuali. Gua rasa lu orang dah tahu team mana gua sokong, memandangkan lately nie gua asek-asek update pasal Robin Van Persie dan Gervinho je. Yeah, apa lagi kalau bukan #Arsenal.

Feel menonton perlawanan membabitkan Arsenal, sama terujanya ketika gua melayan Batman: Arkham City. Seronok memang seronok. Tapi kadang-kadang macam celaka jugak. Celaka jika Arsenal main macam celaka. Passing ntah kemana, memanjang kena counter-attack, keeper off position, kena tinggal 2 bijik gol dan bermacam-macam lagi la. Pendek kata, hujung minggu gua kadang-kadang banyak mengundang dosa. Dosa mencarut!

Wednesday, November 2, 2011

Masih Butthurt?


Chelsea 3 – 5 Arsenal

Peh! Satu pengalaman manis yang tak akan gua lupa sampai bila-bila. Sayangnya gua terpaksa menonton perlawanan tersebut kat rumah sahaja atas beberapa kekangan yang tak dapat nak dielakkan. Kalau la time tu gua dapat layan match nie di Herris Delicious Corner dengan Amar, komfem havocnya lain macam.

Sejujurnya, gua mengaku bila Arsenal berdepan dengan team power-power seperti Team Snek Kentang, Team TV Samsung, Team Sardin yang perasan ada connection dengan Bank dan team Bangau London, dalam hati gua tergetus sedikit perasaan ‘Asal seri cukup la…’. Memang gua tak demand lebih-lebih, asalkan boleh seri atau kalau nak kalah pun, tak sampai tahap perlu pakai anal-lubes. Gila tebal muka gua nak masuk opis time hari Isnin kalo Arsenal kalah besar. Muka nie dah tak tahu kat mana nak parking dah. Perasaan dianjing oleh carnales tempat kerja gua nie dia punya frust memang boleh buat gua nak benti keja! 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...