Masyarakat kita ramai jugak yang bashed MasterChef Malaysia . Ada yang kata plot reality nie tak ubah macam scene-scene drama dalam Akademi Fantastika la, too much tears la…bla bla bla.
Namun, jika kita perati pada satu sudut yang sedikit positif, kerana rancangan ini la membuatkan ramai antara kita (especially kaum-kaum adam) merendahkan ego mereka menapak ke dapur just to cook something. Gua juga tak terkecuali. Ada satu strange feeling yang buat gua rasa tenang bila tengok peserta-peserta MasterChef meracik-racik bawah putih dan menjerit “MEDIC!” ketika pisau secara tak sengaja menghiris jemarian mereka. Fuh, demi menyediakan sepinggan hidangan yang berkualiti, darah mengalir sedikit tak dihiraukan. Mulia sungguh profession ini (sob sob sob!)
So, semalam entah apa setan merasuk minda gua, memintal-mintal nafsu ini untuk melampiaskan keinginan menurukan teknik kebatinan dan penyajian makanan. Perut pun dah lapar super gila babeng, dan nyatanya semalam mood gua nak start motor pegi beli makanan kat luar tak kelihatan langsung, disebabkan Banker Permatang Pauh tak berapa sihat.
Bila sampai di dapur, gua selak kabinet paling atas skali, tempat bini gua menyimpan koleksi buku resipi beliau. Fuh, banyak juga buku resipi dia. Gua ingatkan selama nie dia masak bukak blog through iPhone saja. Sehelai-sehelai muka surat gua selak, cari juadah yang mampu gua sediakan. Biarlah juadah tu nampak ringkas, namun masih mampu menambat tekak bini gua yang sedang lesu dihujani bingkisan-bingkisan bakteria nakal. Percubaan kali pertama gua untuk memasak buat bini gua ini bukan satu kerja mudah. Memerlukan penelitian yang maksima dan keazaman yang super.
10 minit telah berlalu. Selak punya selak,
Err...Lada Capsicum? Broccoli? Mana nak cari?
Last-last gua give up!
Namun, demi cinta, gua terpaksa mengambil langkah yang agak drastik...
Hasilnya...
Malam tu Banker Permatang Pauh mengunyah naget-naget tersebut dengan mata yang bergenang. Bergenang samada terharu atau hati beliau hancur luluh, tu gua tak pasti la pulak.
But hey, at least gua masak, ye dop?
Hidup #MasterChef !
KAH KAH KAH!
11 comments:
aku nak komen..tapi tak terkata lak..hahaha..terkelu lidah..
naget aje? nasik nasik takde?
Diyana: Amboi...kelu le tew!
Kamal: Nasik ade'...udah tak dipelawe', mane' maunye'...
hehehe...
ok la at least hg ada effort nak masak dkt hanie..sian hanie sakit ..:((
tp aku musykil...pasepa hanie nangeh...sebab terharu atau dia terpaksa makan? hehe
intanKintan: Entah la...aku harap dia betul-betul terharu sebenarnya. Hahaha..........
Uish...hang dah sehebat chow sing chi dapat membuat nasi kesedihan....tau la dulu selalu blakon ngan dier hahahahaha
Naget hangit!! Hahahaha..takpe, hangit2 pun masih boleh makan jugok!
Abejame: aku pon dah lupa... ucin penah belakon ngan cow sin ci... ahahahha...
Hahha...takpa la..naget pun naget la.. janji masak..
Ahaks.. len kali plating tu wat la cantek2 sket.. warna memaenkan peranan..ni nampak mcm nk itam2 ja..haaha.. (terkenan MasterChef lak..)
Afam: Eksiden lah..tak terperasan..kakaka
Diyana: Plating tak berapa nak up la kalo bab kaler. Silap pakai pinggan hitam, then meja pun dah memang itam. Bab Naget terhangit tu...sebab aku tengah main xBox sebenarnya. Tak perasan...peh! Seb baik hani telan habih. Kiranya hangit-hangit pun sedaplah tu!
LOL
suami mithali nih.. aku tunggu bini bersalin nanti la baru nk masuk dapur masak keh3..
Post a Comment