Friday, February 3, 2012

Cerita pasal Frinjan

“Frinjan adalah sebuah kolektif longgar pengkarya dan penikmat seni budaya, dan kata 'Frinjan' diambil dari perkataan Bahasa Inggeris, 'fringe'. Resondeternya ialah untuk menganjurkan aktiviti seni budaya bersifat semi-komersil dengan suntikan literari, pembudayaan masyarakat dan pengembangan sosial.” Finjan dot blogspot dot com.


(Peringatan: Anggap diri anda seperti “kanak-kanak yang baru sampai di iCity dan first time nak bermain salji yang sekian lama dipendam” untuk lebih feel)


Gua tak pernah pergi pun event ni sebenarnya, even though dah lama gua dengar tentang Frinjan ni. Satunya sebab event selalu held nun-jauh di Shah Alam, dan biasanya datenya selalu clash dengan hujung minggu gua yang selalu gua nak spent bersama isteri dan Xbox360 (Ok, bini gua kalau baca part Xbox tu mungkin dia bengkek!)

Tapi minggu lepas, entah apa setan masuk dalam kepala otak gua mengetuk-ngetuk kepala ini merembeskan enzim nafsu untuk mengunjungi event tersebut. Segalanya bermula selepas gua baca tweet @aisalinglung pasal event ni. Gua follow brader nie kat twitter sebab gua adalah pembaca setia blog beliau dan honestly gua rasa dia adalah blogger yang power, sebaris dengan @pipiyapong dan @luciusmaximus.

Buku Sperma Cinta beliau, karya LingLung yang paling agung juga ada dipasarkan di Frinjan. Gua tau sebab LingLung reply tweet gua bila gua bertanyakan pasal buku ini dan Frinjan. Tu yang buat gua semangat nak pergi sangat tuh. Duit kumpul duit 1 hari 1 ringgit dah cukup. 20 hari juga gua ikat perut, semata-mata nak beli buku beliau. OK, part ikat perut tu gua tipu..kat mana kita tadi?

Oh ya!

Memandangkan pembukaan Frinjan 2012 nie dilangsungkan di Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, boleh sangat la gua pergi sebab gua agak terer jalan nak menuju ke Seksyen 7. Kalo main kat Seksyen lain, pikir dua kali juga gua nak drive memandangkan Shah Alam adalah ‘Bandar Round-About’. Pening woi!

Niat gua hanya satu. Nak beli buku Sperma Cinta dan Jusoh Turbo (buku ke-2 LingLung) dan balik Gombak semula sebab nak catch-up dengan Raja Lawak 6.

Check schedule dengan Banker Permatang Pauh, dia kata dia free lepas kerja. So, bila dah sampai rumah, bersiap apa yang patut, kami gerak ke Shah Alam serta merta. 40 minit jugak la gua drive sebelum nak sampai. Berkat doa dan dorongan Banker Permatang Pauh, sampai juga kami di Kompleks tersebut. Gua punya riang tak terkata. Lepas nie kalau orang sembang pasal Frinjan, takde la rasa malu sangat gua nak mencelah!

Ramai juga orang kat event nie. Tapi, yang buat gua kekok, semua taraf remaja dan adik-adik saja yang datang. Brader-brader berumur macam gua nie tak berapa ramai sangat. Booth ada 2 line. Tak la sebesar sure heboh, tapi yang buat gua eksaited, banyak buku-buku rare yang yang jarang dijumpai di kedai-kedai buku mainstream ada di Frinjan. T-Shirt yang design pelik-pelik lagi la heaven kat sini. Semuanya ada. Cepat-cepat gua cari booth LejenPress dan Dubook Press. Fokus beb, focus!

Di Frinjan nie, ada juga stage untuk memberi ruang kepada pemuzik-pemuzik jalanan baru untuk menonjolkan bakat-bakat mereka. Individu-individu yang baru berniat nak jadi Artis YouTube sensasi seperti Yuna, Najwa Latif dan Zee Avi (eh, Zee Avi start dengan YouTube ke? Harap gua tak silap fakta) menggunakan platform Frinjan untuk memberitahu dunia yang mereka mula hendak bergerak aktif dalam dunia seni. Stage itu juga digunakan untuk brader-brader seni untuk mendeklamasikan puisi, sajak dan apa jua medium seni yang ingin mereka utarakan. Sesi memperkenalkan novel pun boleh guna stage tu jugak. Ramai individu-individu yang took part naik ke pentas itu untuk memperkenalkan synopsis novel mereka malam tu. Itu jam, kalau gua ada synopsis novel pun gua akan langkah kaki panjat stage. Fuh, gila glamer juga gua ni. Astaghfirullah!

Stage Frinjan

Kat sebelah stage tu, ada satu skrin putih yang memaparkan sehala tweet-tweet dari pengguna twitter seluruh Malaysia mengenai Pekan Frinjan. Dengan guna hashtag #Finjan saja, tweet anda akan dipaparkan untuk dipertontonkan di event tersebut. Dan biasa la, kalu lu orang tengok gambar di bawah, tweet gua ada kat situ, beb! Kembang bontot gua tak boleh disorok-sorok lagi!

Kahkahkah!

Tweet gua yang tengah-tengah tu. Amacam, hero tak?


OK, berbalik kepada fokus gua nak beli buku Sperma Cinta tadi, gua jumpa juga LejenPress punya booth. Tapi, nasib gua tak berapa baik, sebab brader Linglung takde kat situ. Baru niat nak bergambo dengan beliau. Gila bhai...bergambo dengan idola tu! (Ok, gua dah sound macam gay plak. Better stop!)

Brader baju hijau tu, LucaDK kalau tak salah gua!


Brader @erk888 ditugaskan untuk menjaga booth LejenPress. Linglung ada hal katanya. Tak dapat datang. Banker Permatang Pauh mengusap-ngusap belakang gua sambil membisikkan ‘takpelah…takde rezeki. Nak buat macamana…’ Itu jam gua rasa sayu jer…bukan sebab pasal tak dapat autograph Linglung, tapi Banker Permatang Pauh tengah pijak kaki gua.

Buku Jusoh Turbo dah habih dijual. Faking hell! Tapi, gua tak balik dengan tangan kosong. Kerana buku Sperma Cinta dapat jugak gua rembat. Takde la malu sangat gua nak balik Gombak memandangkan dari petang Jumaat tu gua dah canang kat twitter nak angkat buku ni! Fuh, nasib baik!

Oh ya! Di event nie jugak, gua dapat jumpa LucaDK, pemilik blog “Gua Nak Rilek-Rilek” dan Nami, penulis blog “Teh Tarik Gelas Besar” (TTGB). 2 blog nie memang gua suka baca. Penuh dengan lawak slapstick dan pendapat mengenai scene-scene typical orang Malaysia. Yeah, diorang tak kenal gua…tapi gua kenal diorang. Ok la tu, ye dop? (Haram…gua dah sound macam stalker plak!)

Gua balik Gombak dengan hati yang riang. Penat jerih gua kumpul singgit 1 hari akhirnya terbayar dengan memiliki ‘Sperma Cinta’ yang kemas tergenggam di tangan. Lepas nie kalau ada sesapa nak pinjam, tunggu gua mati dulu!


Chiaw mujeres!


2 comments:

ParkAir said...

Ko bila nk buat buku sindiri?

Sandokhan said...

Niat tu ada. Tapi idea belum mari la..~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...