Thursday, February 9, 2012

WWE Royal Rumble 2012 : Full Result

OK. It’s quite a bit late gua post pasal 2012 Royal Rumble punya result. Biasa la, alasan typical yang gua terpikir nak bagi adalah ‘banyak kerja’ dan ‘laptop heng’. Ahhh..lantaklah!



1. WWE Champion CM Punk def. Dolph Ziggler (Special Guest Referee John Laurinaitis)

Konflik tegang urat leher antara John Laurinatis dan CM Punk kebelakangan ini nampaknya sudah sampai ke kemuncaknya. Di PPV Royal Rumble 2012, John Laurinatis sudah berikrar (peh, berikrar tu) akan menamatkan zaman kegemilangan CM Punk selaku WWE Champion dengan mencalonkan dirinya sebagai Special Guest Referee pada perlawanan WWE Championship; Punk-Ziggler. Di atas kertas, memang nampak gaya CM Punk can kiss his title goodbye. Biasalah, bila dah ada referee yang bias gila nokhorom nie, lu deliver GTS 7-8 ke atas opponent pun dia tak akan buat 3-count pin. Itu perkara biasa. Senang cerita, Special Guest Referee nie jarang nak conduct match yang betul-betul ‘clean’.

Tapi, nasib Laurinatis tak berapa baik, sebab minggu depan di RAW, karier beliau akan diappraisalkan oleh Triple H selaku Board of Director of WWE. So, jika dia screw up Punk dalam match nie, Triple H tidak akan teragak-agak untuk memecat beliau. So, it’s either saving your career or satisfy your personal ‘vengeance’. Pilih!

So, match bermula seperti biasa, yang mana kedua-dua pihak berusaha untuk membuatkan lawan masing-masing tap-out dalam beberapa siri submission-hold. Ziggler kasik satu face-rusher, Punk counter dengan thunderous-sit down PowerBomb. Punk nak buat Tarantula hold, Ziggler counter dengan Sleeper Hold. Gua tengok match nie amat menarik, dan mendebarkan jugak. Niat Laurinatis untuk screw up Punk berkubur, dan dia terpaksa berlaku adil dalam menentukan pemenang perlawanan ini. Oh ya, Vickie Guerrero dan Jack Swagger selaku Ziggler’s cohort, both banned from ringside. So, senang la kerja CM Punk, ye dop?

At the end, self-proclaimed ‘Best In The World’ CM Punk still remain as the WWE Champion.


2. Brodus Clay def. Drew McIntyre

Seriously, plot menjadikan Brodus Clay sebagai fan-favourite dalam WWE adalah satu plot yang layak gua #facepalm. Ini sangat fakap! Even gua tak minat langsung superstar nie, tapi gua rasa dia lebih layak memegang character jahat dan big-bully berbanding persona sebagai ‘Boogie Down Funkasourous’.

Brodus Clay dijadualkan menentang ‘The Chosen One’ Drew McIntyre. One thing yang gua suka pasal McIntyre nie, dia memiliki susuk tubuh yang tinggi, badan yang tegap dan kaki yang agak panjang. Dengan kelebihan ini, kalau McIntyre diberi peluang menggunakan buah penamat Sheamus ‘Brogue-Kick’ di WWE, lagi umpph gua rasa. Ahh, tapi itu cerita lain. Kat mana kita tadi?

Oh ya! Match Brodus Clay-McIntyre ni tak lama sebenarnya. Dalam beberapa minit saja. Brodus menggunakan kelebihan berbadan gempal dan speed beliau untuk mematahkan siri serangan McIntyre. Bila dilihat McIntyre keletihan, Brodus Clay terus menamatkan perlawanan ini dengan satu thunderous ‘What The Funk’ Crossbody, seterusnya dinobatkan sebagai pemenang.

Nakhorom!


3. John Cena vs. Kane (Double Count-out)

Permusuhan John-Cena dengan Kane (Kane dah kembali ke gimmick asal beliau dengan bertopeng dan berbaju) dilampiaskan di Royal Rumble edisi ke-25. Entah la, gua rasa Kane nie baik sebenarnya. Kenapa gua kata demikian?

Kita semua tahu, Cena akan menentang The Rock di Wrestlemania XXVIII (Eh, XXVIII nie 28,kan? Gua tak pandai nak berbahasa roman). To be honest, gua rasa Cena won’t stand a chance langsung untuk kalahkan The People’s Champion. Ini gua rasa la, dan rasa ini bukan lahir dari sikap bias gua yang sudah lama menjadi fan The Rock. Dari segi agility, speed dan charisma, The Rock still got it!

So, apa pula fungsi Kane?

Kane berkata, dia sebenarnya cuba membangkitkan semangat Cena yang terlalu cintakan WWE Universe dan dipercayai attitude itu tidak akan membawa Cena jauh ke dalam karier beliau. Pendek kata, Cena tak ada ‘Ruthless Aggression’, tak aggresif macam mendiang Chris Benoit. (Isk…RIP Benoit). Tanpa ‘Ruthless Aggression’, jangan mimpi la Cena untuk kalahkan The Rock di Wrestlemania. Tak dapat bhai. Tak dapat punya!

Namun, method Kane menjadikan rakan baik Cena iaitu Zack Ryder sebagai kambing hitam (eh, kambing hitam ke) punching bag dalam menaikkan kemarahan Cena betul-betul menjadi. Sampai ke ICU la mamat Ryder tu dibantai Kane. Dan Eve Torres pula tidak langsung memaafkan Cena atas kecelekaan yang menimpa boyfriend beliau di tangan Kane. Tu yang buat Cena membara tuh!

(Seriously Eve…Zack Ryder? Ohh..come on!)

Perlawanan Cena-Kane di Royal Rumble diklasifikan antara yang agak brutal, tapi tak cukup brutal lagi jika nak dibandingkan dengan salah satu bloodied-bloodbath match antara Cena-JBL dalam ‘I Quit Match’ satu masa dulu. But, I got to admit, Kane did gave Cena the greatest beat-down in history of WWE. Perlawanan ini berakhir dengan double-count-out. So, tak ada pemenang pun. Namun, Kane sebagai antagonist dalam feud ini tetap menjalankan tugas ‘menghancurkan’ Cena seperti yang dijangka. Bila match tamat, Kane yang masih mampu berjalan mendapat sebilah kerusi lipat (sebilah?) dan menghentam belakang Cena bertubi-tubi. Bila Cena dah tidak sedarkan diri, beliau meluru ke bilik persalinan atlit dan menyerang Zack Ryder. Ryder yang sedang ‘bersenggama’ meluangkan masa dengan Eve Torres di’padam’kan dengan satu debilitating face-claw, dan seterusnya diheret ke gelanggang oleh The Big Red Monster.

Cena yang sedar akan kondisi Zack Ryder yang separa ‘lembik’ diheret Kane, bingkas bangun untuk memberi pertolongan, namun beliau juga dipatahkan dengan satu ChokeSlam padu tepat menghempas kanvas gelanggang. At last, seperti yang dijangkakan, Eve menangis di tepi gelanggang, dan both Ryder & Cena pengsan dibelasah Kane.

Power betul Kane ni!


4. Divas Champion Beth Phoenix, Natalya & The Bella Twins def. Eve, Kelly Kelly, Alicia Fox & Tamina

Seperti entri-entri PPV WWE gua sebelum ini, gua sekali lagi bersikap prejudis terhadap these ass-shaking, self-proclaiming Divas. No compromise.


5. World Heavyweight Champion Daniel Bryan def. Big Show and Mark Henry (Triple Threat Steel Cage Match)

Kalau dilihat dari sudut logik, Daniel Bryan nie tak ubah seperti seekor ayam yang diletakkan dalam sangkar bersama-sama seekor Silverback Gorilla dan seekor Beruang Kutub. This time, David will face the wraith of 2 goliaths. Dalam steel-cage pulak tu.

Seriously, gua tak suka Daniel Bryan kerana gua rasa dengan fizikal kerdil dia, dia merosakkan credibility talipinggang World Heavyweight Championship. Gua tekankan disini, ‘Heavyweight’. Tapi, dia sebenarnya dah membuktikan kat gua yang saiz tidak menjadi penghalang untuk menjadi juara. Huh, saiz la sangat. Kerana, biarpun beliau terpaksa berdepan dengan 2 atlit yang bersaiz 3 kali ganda lebih besar dari beliau, kelajuan dan agility tetap memainkan peranan utama untuk menang dalam match ini. Ya lah, giants besar-besar, mana larat nak panjat cage, ye dop? Biarpun stipulasi ini membenarkan penggusti memenangi perlawanan melalui pinfall, namun gua lihat, jika penggusti berjaya panjat cage dan keluar dari gelanggang, lagi cepat sebenarnya. Pinfall, dah tentu-tentu kena tunggu reff call-in, ye dop?

So, Daniel Bryan still remains as the World heavyweight Champion, selepas berjaya meloloskan diri keluar dari sangkar besi tersebut. See? Saiz + speed memang memainkan peranan!


6. Sheamus won the 30-Man Royal Rumble Match

Match yang gua tunggu-tunggu. Dari kecik lagi gua memang minat match berjenis 30 men battle-royale over the rop-rope ni sebenarnya. Entah la, bila tengok atlit ramai-ramai atas gelanggang, menghumban atlit-atlit lain, dia punya feel….mak aiiii! Syok bebenor teman.

The Miz masuk ke gelanggang sebagai Entri #1. Entri #2 pula adalah Alex Riley yang sudah lama berdendam dengan The Miz. Setiap 5 minit, seorang demi seorang peserta akan keluar dari persalinan menuju ke gelanggang bagi mencuba nasib menjadi last-man standing bagi edisi Royal Rumble, seterusnya layak mencabar mana-mana juara dunia di WrestleMania XXVIII April ini. Perlawanan menjadi bertambah berdebar bila seorang demi seorang meramaikan gelanggang dan seorang demi seorang jugalah peserta dihumban keluar.

Seperti biasa, event Royal Rumble seringkali dihiasi dengan kehadiran superstar-superstar lagenda dan beberapa Hall of Famer untuk merancakkan suasana. Tahun lepas, kemunculan Big Sexy Cool, Diesel berjaya membuatkan gua jaw-dropping setelah beliau bertahun-tahun meninggalkan WWE dan beralih kepada TNA. Tahun ini tidak kurang hebatnya, kerana St.Louis arena digegarkan dengan kemunculan semula Road Dogg Jesse James atau nama sebenar beliau Brian Gerard James, bekas ahli faction yang digemari ramai, De-Generation X. Peh, lama betul tak tengok the real Pump-Handle Slam dan running knee-drop with theatrics. Peh, menggamit memori beb! Rasa-rasa adrenaline zaman-zaman New Age Outlaws membuak-buak mengepam darah ke jantung woi!

Tapi, cameo hanyalah sekadar cameo. Beliau dihumban keluar oleh Wade Barret beberapa minit selepas itu. Cilakak!

Selepas hampir 40 minit aksi sepak-terajang berlangsung di dalam gelanggang, 4 peserta akhir yang masih gagah berdiri hanyalah Randy Orton, Sheamus, Chris Jericho dan Big Show. Tahun nie jangkaan gua meleset sama sekali, kerana pada awalnya gua menjangkakan Wade Barret akan memenangi Royal Rumble dan akan mencabar Bryan di WrestleMania. Cis! Pemenang Royal Rumble pada tahun ini adalah ‘The Great White’ Sheamus yang berjaya mengeluarkan Chris Jericho dengan satu thunderous Brogue-Kick. Padu……memang padu.

Dengan kemenangan ini, Sheamus berpeluang mencabar mana-mana juara dunia di WrestleMania. Dan instinct gua kuat mengatakan dia akan mencabar Daniel Bryan untuk bergelar the new World Heavyweight Champion. Bukan kerana faktor saiz dan taktik kotor nak menang, tapi kerana kedua-dua ini mempunyai bad history antara satu sama lain.

Trust me, he will go for Bryan!

Gua serius ni.


Sekian gua melaporkan dari  Scottrade Center, St.Louis.



picture credit to WWE Live Center

2 comments:

Abejame said...

Akhirnya ade gak review....nie baru usin yang ku kenali.

Sandokhan said...

ceh!

Walaupun dah basi, aku tetap buat jugak. Untuk kepuasan diri. Kehkehkeh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...