Friday, April 27, 2012

Anak Bapak



Hari ini gua diberi cuti sakit.

Atau dalam kata yang lebih mainstream, gua MC hari ni. Menurut doktor klinik panel yang gua pergi tadi, gua dikhuatiri mengalami demam panas yang tak berapa nak serius. Biasanya, jika doktor anugerahkan gua 2 hari MC, gua terima tanpa banyak bunyi. Kata orang, tak elok melawan nasihat doktor. Walau pada hakikatnya, gua bukan jenis orang yang suka memonteng kerja.….(bluwek!)

Seperti biasa, jika gua MC, gua terlebih dahulu akan menghantar bini gua ker tempat kerja beliau. Bila segalanya dah setel, barulah kendiannya gua akan balik kerumah untuk sambung tidur. Sekali sekala, nikmat juga berehat dikala kawan-kawan yang lain berhempas pulas berhadapan dengan ratusan emel setiap hari. Peluang yang power macam ini bukan selalu dapat. So, bak kata orang putih, harus diutilizekan semaksimum mungkin!

Ah, panjang pula gua describe. OK, gua terus sambung tidur!


***

"Kring! Kring!"

Baru start gua nak mimpi, tiba-tiba telepon gua berdering.

Gua perati jam di dinding baru pukul 10.30 pagi. Dan kalau pagi-pagi nie, kalau bukan orang bank yang call, mesti bebudak opis gua yang rindu gua tak datang kerja. Sakit hati juga kalau berada dalam scene-scene macam ni. Bengkek tu normal la. Dalam dunia nie, 2 benda saja yang senang nak buat gua rasa bengkek. Pertama, bila Arsenal kalah bila lawan team lemah-lemah, seperti Manchester City dan Liverpool contohnya. Kedua pula, bila phone gua berdering ngam-ngam time gua tengah nak tarik selimut.

“Tskk! Sapa pulak yang mengacau nie...?” bentak gua di dalam hati sambil meraba-raba telefon di bawah bantal.

Bila gua perati nombor yang tertera di skrin telefon, kombinasi digitnya bukan dari opis gua. Jauh sekali dari bank-bank Malaysia. Sapa pula yang teringin nak berdebat dengan gua pagi-pagi ni?

“Hello?” gua memulakan sesi dialog dengan sedikit batuk-batuk tipu. 


Ini adalah strategi yang biasa gua guna bila gua MC. Teorinya, bila orang tahu gua tak berapa sihat, mood nak bertengkar dengan gua melalui phone dapat la surut sikit dia punya temperature. Kids, note it down. Jangan kata gua tak ajar pulak!

“Hello, boleh saya bercakap dengan En.Zahril?”

“Ya, saya Zahril bercakap. Siapa ni?” tanya gua penuh dengan keraguan. Harap-harap orang yang telefon kali ini bukanlah dari geng-geng MLM yang cuba nak pancing gua jadi kaki kiri atau kanan.

“Saya Norizan dari bahagian Hal Ehwal Pelajar, Al-Baseerah International School.” balas individu tersebut dengan tone yang sedikit cemas.

Ark? Panggilan dari sekolah?

Serta merta gua #facepalm. Seperti biasa, kalau gua terima panggilan dari sekolah, tak ada hal lain dah yang ligat bermain dalam kepala gua, mesti anak gua buat hal lagi ni. Jauh sekali pihak sekolah nak ajak gua jadi bendahari PIBG. Jauh sekali. Minggu lepas kes dia campak bangku kayu dari tingkat 3 ke bawah pun masih belum setel. Apa pulak lah masalah baru yang si kecik nie dah create. Baler…baler.

“Ya, cikgu? Ada apa-apa boleh saya bantu?”

“Mengenai anak encik, Adam Nour...”

“Ha? Ada apa dengan anak saya? Dia buat hal lagikah?” tanya gua yang agak panik. Tinggi sikit tone gua kali ni.

As a matter of fact, yeah. He’s in trouble again” balas Cikgu Norizan sambil perlahan.

“Apa pula yang dia dah buat kali ni cikgu? Budak nie memang nak kena ni!”

“Sabar, encik. Sabar. Saya rasa, elok encik datang ke sekolah sekarang. Tak elok rasanya kalau saya explain through phone nie. Lebih senang saya terangkan kepada encik face-to-face.Lagipun saya nie pakai prepaid sahaja. Laju juga makan kredit nanti…”

“Baikah cikgu, saya datang sekarang.”


*ketap!* gua letak telefon


***

10 minit kemudian, gua dah terpacak di depan pagar sekolah. Cepat juga gua sampai sebenarnya. Ya lah, Sri Gombak dengan Baseerah bukan jauh mana pun. Gua tinggal di Fasa 4. Baseerah pula di Fasa 5. Kalau jogging, peluh pun tak sempat nak dirembes. Gua pergi ke sekolah Adam pun, jalan kaki sahaja. Dapatlah cucuh rokok sebatang dua. Kalau nak drive, buat habih minyak saja. Cuba la lu orang bayangkan betapa dekatnya anak gua pergi belajar.Itulah untungnya tinggal di Sri Gombak. Segalanya dekat. (promote!)

Kelihatan segerombolan kanak-kanak tengah bermain galah panjang di perkarangan lapang parking sekolah. Sesekali gua menggeleng-geleng kepala melihat gelagat pelajar-pelajar zaman sekarang. Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan zaman persekolahan gua dahulu. Masa zaman gua, waktu rehat adalah time untuk pergi mencuci mata melihat makwe di perpustakaan disamping melelapkan mata di penjuru almari library. Yang galah panjang atau segala bana permainan yang diorang main nie, biasanya time petang baru gua turun padang. Itu pun kalau dapat blah awal dari kelas mengaji.

Hehe…


Setibanya gua di bilik Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar, kelihatan Adam sedang duduk di sofa kiri bilik sambil menunggu kehadiran gua. Cikgu Norizan pula sedang membelek-belek timeline twitter di telefon pintar beliau. Adam kelihatan tidak berani langsung mengangkat muka dan memandang gua. Sesekali mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu sambil menggenggam-genggam tangannya. Wajahnya kelihatan pucat.

Cikgu Norizan yang tersedar akan kelibat gua yang sudah lama terpacak dalam biliknya segera bangun dan menjemput gua duduk. Kemudian, dia mengarahkan Adam juga duduk di sebelah gua. Itu jam, mood gua sedikit terguris. Sampai hati dia membiarkan anak gua kecut menuggu di sofa, sedangkan dia tersengih-sengih melayan twitter. Agaknya, ada golongan #retis yang RT tweet beliau. Mungkin itulah yang buatkan dia sedikit bangga., maybe?

“Adam, duduk di sebelah ayah kamu.” Cikgu Norizan memberi arahan sambil sedikit menjegilkan mata.

Besar juga bola mata beliau. Jangankan Adam, gua sendiri kecut kalau Banker Permatang Pauh jegilkan ke gua sebegitu rupa.

“So, cikgu. Apa masalah yang anak saya dah buat pula kali nie?” tanya gua memulakan perbincangan.

Adam masih diam membisu. Cikgu Norizan pun kelihatan terkumat-kamit menyusun ayat untuk menerangkan perkara sebenar. Setelah beliau tenang sikit, segera beliau membuka mulut:

“Begini En.Zahril. Sebenarnya, ketika perhimpunan pagi yang berlangsung tadi, Adam ada bergaduh dengan seorang budak dari kelas 1 Matahari. Ada la sedikit perbalahan yang bagi saya tak berapa masuk akal untuk digasakkan. Budak itu kemudiannya dikejarkan ke klinik Kumpulan City di Fasa 1 kerana mengalami konkusi minor.”

Gua tersentak. Mata gua kemerahan menahan geram. Terus gua berpaling memandang Adam dengan satu pandangan yang tajam. Itu jam, jegil gua sebenarnya lagi dasat dari bola mata cikgu Norizan tadi.

“Betul ker Adam ada bergaduh tadi?” tanya gua straight kepada Adam. Nada gua kali nie agak keras. Biasa la, bapak mana yang tak marah kalau anak sendiri belasah anak orang. Tak pasal-pasal gua pulak yang kena tanggung kos rawatan anak orang pula. Gua sendiri pun ambil ubat kat klinik panel. Cis!

“Betul Daddy. Tapi…………Daniel yang saja cari pasal dengan Adam.” balas anak teruna gua dengan nada terketar-ketar.

“Kalau Adam bergaduh, kenapa baju Adam bersih je? Tak ada koyak-koyak pun? Lebam-lebam pun tak ada? Cakap betul-betul, jangan tipu Daddy. Nak kena tampor?” gua piling some pressure lagi, kasik Adam kecut. Sebenarnya, saja jer gua gertak, nak tengok macamana dia boleh hendel tak scene-scene tertekan macam nie. Nak bagi dia belajar mengenal dunia, kata Tokwan gua.

Adam diam. Cikgu Norizan pun diam jua.

“Begini En.Zahril. Budak si Daniel tu pun nakal juga sebenarnya. Mungkin dia terlalu provoke-provoke Adam sampai Adam tak boleh nak bersabar. Mungkin itu sebab dia burst…”

Tambah Cikgu Norizan lagi:

“Masa bergaduh tu, satu Haymaker saja dari Adam, Daniel terus tumbang. Kemudian, saya tengok Adam menarik kolar baju budak tu, lagi dimasukkan kepala Daniel di celah kangkangnya. Kemudian....BOOM!

Gua tersentak.

“Apa yang BOOM! tu cikgu?” tanya gua kehairanan.

Cikgu Norizan tersenyum.

“Pedigree En.Zahril. Pedigree. That’s why la Daniel tu dikejarkan ke klinik sebab minor konkusi.” terang cikgu Norizan yang seakan bersungguh-sungguh memahamkan scene gaduh tersebut.


PEDIGREE? Oh....my....god!

Gua tersandar.

Terkejut pun ada. Gila apa anak gua buat pedigree kat anak orang lain atas jalan tar nie? Ini kerja gila. Gila punya berat masalah ni, Adam oii! Gua capai sapu tangan yang tersemat di poket seluar belakang dan mengesat-ngesat peluh yang meleleh di pipi. Sekarang turn Daddy dia pula yang berpeluh.

Adam yang mencuka di sebelah gua seakan tidak berani mempertahankan diri beliau. Melihat pula reaksi gua yang seakan kecewa, lagi la dia tak berani untuk bersuara. Sekali sekala, kesian pula gua tengok budak ini. Ya lah, tak guna juga gua tengking dia banyak-banyak kali. Benda dah jadi.

“Saya rasa dalam soal ni, En.Zahril adalah orang yang sesuai menasihatkan Adam tentang keburukan perkara ini. Pedigree? I mean, seriously? Saya juga terkejut seperti Encik sebenarnya. Saya juga tak sangka seorang budak 7 tahun tahu mengaplikasikan Pedigree kepada rakannya. Setahu saya, Triple H saja yang buat.” ujar Cikgu Norizan.

“Macam nie lah, saya dah bercakap dengan bapa Daniel, dan dia bersetuju untuk tidak membesar-besarkan hal ini. Saya rasa ada sebab kenapa bapa dia bertindak begitu. Mungkin dia sedar anak dia juga 2x5 saja dengan si Adam ni. So, dia kira 0-0 jugalah...”

Gua menghela nafas panjang.

“Ha! Dengar tu, Adam. Nasib baik tak K.O budak tu kamu kerjakan. Perkara ni tak boleh dibiarkan. Sekejap, Daddy nak telefon Mummy. Tahulah macamana dia nak ‘proses’ kami nanti!” gertak gua kepada Adam.

Bengang betul gua rasa saat itu. Kerana tidak mampu menahan marah, segera gua keluarkan telefon dan terus mendail nombor bini gua. Dalam mendisiplinkan anak ini, terutamanya bab-bab merembat dan menengking, gua yakin bini gua lagi power. Gua kalau bab-bab bawak Adam pergi ke kedai mamak layan EPL, tu memang kerja gua lah!

Bila Adam nampak gua cuba hendak menelefon Banker Permatang Pauh, segera dia tarik tangan gua dan menangis. Bersungguh benar dia merayu kepada gua agar tidak sampai ke pengetahuan Banker Permatang Pauh.Nampak sangat dia lagi kecut kalau mummy dia take over dalam menyetelkan isu-isu disiplin dan pembentukkan sahsiah. Hah, tahu pun kecut!

Sambil menangis teresak-esak, beliau bersuara:

“Daddy…please daddy. Jangan bagitau mummy. Please…” rayu beliau.

“Hah! Kenapa pula tak boleh bagitau?”

“Sob..sob. Daddy kena tahu kenapa Adam pedigree budak tu. Ada sebab, daddy. Ada sebab….”

“OK, enlighten me!” tengking gua dengan nada sedikit belagak berlapik ayat orang putih sikit-sikit.



***



Petang itu, gua bawak Adam pergi layan The Avengers dekat TGV Wangsa Walk. Tiket Premiere Class wa cakap lu! Gua juga ada belikan dia beberapa action figure yang dia minat seperti Iron Man Mark VII dan replika Patung Captain America. Tak cukup dengan itu, Galaxy Tab 7.7 yang kami anak beranak dah lama teringin, selamba gua angkat sebijik. Gua tak kisah, janji anak tunggal gua hepi.

Jauh disudut hati, gua berbangga atas tindakan Adam yang berani menegakkan keadilan dikala beliau menahan segala macam provokasi.

Gua bangga!




“Adam ‘buat’ dia sebab dia paksa Adam sokong Manchester United….”



 picture credit to Catch-Americain

9 comments:

bobby gonzalez said...

ehem ehem..team lemah2..??hurmm..i think i misplaced ur fridge magnet la cin..hahaha

Sandokhan said...

Bober:
Aiseh...mana aci main ugut-ugut nieh. Kahkahkah!

bobby gonzalez said...

hahaha...bab2 lpool sensitip sket..

Sandokhan said...

Bober:

OK, OK, sori. Nanti aku refer team lain pulak sebagai team lemah. Barcelona contohnya?

toughcookie said...

hahahaha... hillarious!!

tapi kurang kelakor agaknya bila mikirkan pasal Daniel. sian....

btw, thanks for dropping a comment on my blog :)

kamal yahaya said...

terbaek~ team lemah lemah tu team yang jersi dia selain warna merah...

Abejame said...

wowo....barcelona plak tau...la tak pueh ati ngan fabregas....taun nie down sket takpe we'll be back next season.

ParkAir said...

Gila kau pedigree, aku penah kena stone cold stunner, tu pun time sekolah menengah.

Iskandar Barca said...

Aq lg pernah kena chokselam dgn abg aq.. Patah katil kot.. Hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...