Hari ni kerja opis banyak seperti biasa. Tapi, itu tak
menjadi halangan kepada gua untuk sekali sekala membelek-belek iPhone dan
membaca pukalan tweets yang bersarang di susur masa sejak dari tengah malam
semalam. Ini adalah sindrom biasa bagi orang yang seronok main twitter. Ahh, lu
orang parti fesbuk, lu orang mana tahu!
Tadi, gua ada terjumpa satu tweet dari DailyMail UK
berkenaan dengan Cesc Fabregas yang akhir-akhir ini dikatakan banyak
mengeluarkan kenyataan memuji-muji Arsene Wenger dan pencapai Arsenal pada
musim ini. Dalam Artikel tersebut, Cesc menyangkal dakwaan kelab-kelab bola
gergasi Eropah yang Arsenal sudah hilang taring dan sudah boleh di’write-off’
bagi member laluan kepada kelab yang lebih layak. Pergh, macam jilaka sungguh Journos kolum sukan Eropah ni, kan?
Kenapa Gooners benci pada Cesc?
Sebagai seorang Gooners, tindakan Cesc yang lari balik ke
boyhood kelab sedikit sebanyak menampakkan dia seorang yang gloryhunter yang
sangat keji. Jujur gua kata, Cesc Fabregas adalah midfield terbaik Arsenal satu
ketika dulu. Bakatnya yang superb dalam membuat hantaran, skill on avoiding
horror tackles dan bakat mengemudi jentera tengah menjadikan beliau seorang
midfield yang digeruni pada usia yang sangat muda. Tapi itulah, mungkin
disebabkan faktor ‘homesick’ untuk balik ke Spain, dan ketika itu juga ramai
penyokong Barcelona menyifatkan Cesc adalah calon pengganti yang sesuai
sekiranya Xavi memilih jalan untuk bersara.
So, rapuhnya seorang Cesc, beliau
memaksa Arsene Wenger meletakkan nama beliau di dalam senarai player yang
available untuk dijual. Yeah, Barcelona yang pada itu dikendali di bawah Pep
Guardiola memang sudah lama target mamat ni. Nama Fabregas sudah lama bersawang
di dalam shopping cart mereka. Mulanya, Wenger berkeras tak mahu menjual, tapi
akhirnya akur dengan yuran perpindahan sebanyak 34 juta Euro. Yang sadisnya,
bila deal 100% complete, tabloid Sepanyol menyifatkan Barcelona sign Cesc
dengan harga yang sangat murah. Kenyataan seumpama itu adalah ibarat melempar
mancis ke balang kerosene. Penyokong Arsenal memang hangin!
Pada mata penyokong Gunners, Cesc blah pada ketika Arsenal
tengah susah dan struggle untuk menang. Sangat tidak sesuai. Timing tak kena
langsung. Effect daripada ketiadaan beliau, Arsenal sangat susah untuk menang
pada setiap perlawanan. Ketiadaan beliau memang sangat dirasakan. Peristiwa
paling menyayat hati adalah apabila dimalukan Manchester United 8-2 di Old
Trafford. Gila bhaii, 8 bijik Szczesny bolos. Rilek saja. Keeper yang bolos
sebegini banyak sepatutnya disuruh balik kampung dan hidu gam tayar. Itu gua
rasa lagi elok. Van Persie (waktu itu) struggle untuk perform, midfield tak
beroperasi dengan sistematik dan our defenders were suck! Really suck!
8-2. Yeah, those were the days…
Waktu itu memang sangat malu. Kat twitter seminggu tak
stop-stop kena troll. Arsenal kelab tadika yang pelihara anak-anak ikan la,
Mamy Poko dan Wenger dah sain MOU untuk keluarkan Lampin-pakai-buang Edisi
Terhad Arsene Wenger la…bla bla bla bla. Itu yang kat twitter, gua juga terpaksa
berhadapan dengan penyokong EPL tegar di ofis ni lagi la. Kena troll sikit, gua
pergi menyorok dalam stor menangis kat penjuru. Gila rapuh gua time tuh. Waktu
itu, gua sangat marah dengan Cesc. Macam setan punya marah. Kalau arwah bapak
gua ni seorang kadi, gua tak izin dia kadikan majlis perkahwinan Fabregas. Gila
babi punya marah! I was soo fukken pissed!
(Ok, part menangis dekat penjuru tu gua kelentong saja. Sapa
percaya, mak dia belen!)
Tapi, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Nak
dijadikan cerita, seminggu selepas dimalukan, Wenger berjaya sign 4 player baru
untuk membantu mengemudi jentera formasi. Gua ingat lagi, waktu itu Wenger sign
Mikel Arteta dari Everton, seorang mid-field yang dah lama gua minat. Serius
gua minat. Ini bukan cerita main-main or saja nak up. Masa gua main CM
(Championship Manager…sekarang ni dah tukar jadi Football Manager), Arteta
adalah player yang gua wajib beli tak kira kelab apa pun yang gua main. Masa
tu, Arteta adalah hero Glasgow Rangers. Pergh! Tak sangka impian sign beliau di
laman virtual menjadi reality akhirnya. Gila riang gua waktu itu. Tuhan saja
yang tau berapa tinggi gua meloncat kegirangan. Other than Arteta, Wenger juga
sign Andre Santos dari Fenerbache, Per Mertesacker dari Werder Bremen dan Park
Chu-Young dari Monaco.
Pelan-pelan Arsenal develop momentum untuk menang setiap
game. Perlawanan demi perlawanan kami (kami?) tempuh dengan bersemangat dan
akhirnya percaturan Arsene Wenger membuahkan hasil. Jentera midfield kembali
awesome. Rembatan kencang Van Persie sudah mula mencari jaring lawan dan
barisan pertahanan kembali terkawal. Kelab demi kelab Arsenal berjaya tumpaskan
dengan machonya, dan perlahan-lahan jugalah peritnya tiada Fabregas dapat
dikikis dari kepala hotak. Seriously, melihatkan kredibiliti Mikel Arteta di
tengah padang, dibantu oleh Tomas Rosicky, Alex Song dan Aaron Ramsey
membuatkan kami para Gooners sudah berani claim :”No Fabregas No Problem..”.
Yeah, waktu itu kestabilan pasukan berjaya dikekalkan.
Honestly, pada pendapat gua, there’s no loyalty in football.
Players will come and go. Bila Jack Wilshere kata “I’m a Gunner till I die….”,
gua kaw-kaw punya gelak. Masa lu belum sampai, Jack. Belum sampai. Gua percaya,
bila lu dah setaraf dengan Cesc nanti, mentality lu mesti berubah punya. So, think
before mouthing-out any stupid statements. Gua bercakap dari sudut realistik. Ada
betulnya hasrat Cesc untuk keluar dari Arsenal. Gua tak salahkan dia 100%. 7
years without a single trophy and he has made the right decision to leave this
club. Somehow kalau dia terus stay, ini akan mencacatkan perjalanan karier
bolasepak beliau. Let say, if kita tanya seorang pemain bola sepak, kenapa dia
main bola sepak? Rata-rata jawapan tipikal mereka mesti akan jawab untuk piala,
untuk medal, dan untuk income. Samalah macam scene karier kita. Kalau dah
bertahun-tahun tak ada kenaikan gaji, tak ada bonus, should we stay? Somehow
it’s not good for our career path and most of us will leave in searching for a
better future.
Cuma….
Seperti gua kata tadi, Fabregas blah pada timing yang sangat
tak kena. Serius tak kena. Itu saja yang kami marah.
Ah, sudahlah. Lets forget about him. Now we have Santi Cazorla, the talismanic
midfielder. And also we still have Jack Wilshere in our squad, who is still
recovering from a serious knee injury. Arteta? Heh, beliau tetap awesome di
mata gua. Diaby juga sekarang tengah on-form. I think Fabregas should move on with
his ‘boyhood’ club and stop pretending that he still loves Arsenal. Stop
praising and making any statements about us (good or bad) going through harsh
times. Seriously, you don’t know what it feels like, because you weren’t there.
We surely can make it without you, positively. Thank you Fabregas, and now
scram! Go play elsewhere…!
Gua tau gua dah OK.
Cuma…
Tak semua orang mudah memaafkan. Especially Amar. Gua tau
dia masih berdendam dengan Fabregas. Calar di hatinya masih berdarah. Parut
dijantungnya masih berkuping. Buktinya?
Ini tweet dari DailyMail:
Ini tweet yang gua respond:
Ini tweet yang Amar balas:
Hati kau keras, Amar…hati kau keras!
3 comments:
Haha...gua mmg tak move on bab Cesc ni.hangin satu bdn.
Hahaha....aku tgk mcm org gile talak plak fan Arsenal nie....move on dude
Abejame:
Ini bukan masalah meroyan abe, masalahnya beliau dicuri pada harga yang sangat tidak berpatutan...kemudian dah curi, banyak bunyi pula...tu jer..
Post a Comment