Pada perkiraan gua, SummerSlam 2012 dah dekat 2 minggu
melabuhkan tirai PPV. Dari pendapat gua sendiri yang tak seberapa ni, matches
tahun nie tak gempak sangat berbanding tahun lepas. Tapi, main event yang gua
tunggu-tunggu, iaitu Triple H lawan Brock Lesnar memang tidak mengecewakan
langsung. In fact, terlalu gempak sampaikan gua sendiri tak jemu ulang DVD 2-3
kali.
Walaupun Triple H adalah penggusti kegemaran gua, namun dari
awal lagi gua dah bajet yang beliau akan kalah di tangan Brock Lesnar.
Seriously, fizikal Brock Lesnar sangat besar dan awesome berbanding ketika last
match beliau yang gua layan, menentang Bill Goldberg di WrestleMania-2004. Kali
ini Brock tampil dengan kepak yg lebih lebar, lengan beliau lebih besar. Agak
over kalau gua katakan peliknya badan Brock ni, mcm Franky dalam One Piece
selepas 2 tahun ‘dihantar’ ke pulau rahsia Bartholomew Kuma. Gua pun pelik WWE
ni. Difahamkan pihak Vince McMahon tidak menawarkan kontrak baru untuk Brock,
memaksa beliau meninggalkan WWE untuk ke NJPW (New Japan Pro Wrestling) dan ‘bergocoh’
disana selama 2 tahun. Selepas itu, sebab dah bosan agaknya, Brock quit professional
wrestling sekejap dan menjerumuskan diri dalam Mixed Martial Arts, hingga
beliau berjaya memenangi gelaran UFC Champions. Power woi…serius power. UFC
mana main berlakon-berlakon mcm gusti WWE…
*Bunyi cengkerik….*
OK, back to story. Feud antara Triple H – Lesnar bermula apabila
lengan Triple H ‘dipatahkan’ Brock dengan menggunakan teknik Kimura Lock, satu
teknik kuncian yang owesome dan khususnya digunapakai dalam gelanggang MMA.
Sebab apa Brock buat mcm tu? Contract-offering wise. Siapa yang jadi orang
tengah? Sapa lagi kalau bukan ‘The Slimeball’ Paul Heyman.
Dalam gelanggang, masing-masing merenung tajam ke arah lawan
mereka. Tapi seriously, Triple H nampak sangat kerdil bila berdepan dengan
Brock Lesnar. Atas kertas, memang gua dah jangka Brock akan menang bergaya, dan
Triple H won’t even stood a chance to shine. Ewahh! Apa yang gua jangkakan
memang betul. Brock meluru padu dan menjatuhkan Triple H ke kanvas gelanggang
just like that! Brock menggunakan kelebihan ilmu MMA fighting style beliau di
K1-Hero untuk membelasah ‘The Cerebral Asassin’ selembik yang mungkin.
Hammerfist, Back head strike dan kombinasi ‘clinch’ bertubi-tubi Triple H
tahan. Gua yang tengok banyak kali match ni pun tak terlepas menggigit bucu
bantal tanda risau. Takut-takut kalau Triple H cedera teruk, alamat cuti
panjanglah beliau 4-5 bulan. Gua punya nervous memang lain macam ketika
itu. Risau….memang risau.
Tak cukup dengan itu, Brock juga memfokuskan kea rah lengan
Triple H, yang pernah cedera akibat Kimura Lock. Bermacam-macam moves yang
Brock buat untuk melemahkan lengan Triple H. Arm-trap Body Slam atas meja
commentator, Jumping Stomp on biceps/triceps dan beberapa siri serangan yang ‘ouchhh!’.
Logiknya, with an injured arm, how can he (Triple H) delivers Pedigree, ye dop?
Asakan demi asakan yang Triple H ‘makan’, gua dah boleh agak
dia akan tumbang dengan cepat. Namun gua silap, bahkan The King of Kings
bangkit dari kelembikan dan terus berusaha menumbangkan Brock. Beberapa siri tumbukan
straight ke muka Brock tampak kurang berkesan, namun Triple H menukar strategy
dengan mengenakan beberapa huge body-blow ke perut Brock.
Sekali bajet, gua garu kepala juga dengan perancangan Triple
H nie. Apa dia ingat dia Big Show ke, ada genggam penumbuk yang besar kalau nak
main body blow ni? 7-8 punches di torso, Brock nampak rilek mcm tak ada apa-apa
yang berlaku. Tak nampak cedera langsung.
Tapi,
Nyata hemat gua silap. Hentaman demi hentaman di perut
menyebabkan Brock Lesnar sukar bernafas. Kesempatan ini diambil Triple H untuk
menghempas Brock ke atas meja commentator bagi mencederakan lagi rusuk beliau.
Bila Brock dah start penat dan sukar bernafas, Triple H pula mengambil tempat
dan mendominasi perlawanan. Brock punya level injury, sampai muntah air tepi
gelanggang siakk.
Tapi, disebabkan ‘skrip’ WWE mengkehendaki Triple H kalau di
tangan Brock Lesnar, momentum bar Brock Lesnar dinaikkan secara cheat-code dan
terus ‘finisher’ Brock Lesnar memantul-mantul. Triple H yang leka melepaskan tumbukan
ke torso Brock Lesnar dapat dihidu. Ketika timing sangat kena, Brock
memerangkap lengan Triple H dan terus mengenakan ‘Kimura Lock’ yang bagi gua,
move yang sangat devastating.
Kimura Lock
Seriously, submission move ini sangat bahaya.
Bukan main-main punya bahaya. Sejak gua layan MMA dan Bellator, gua pernah
tengok beberapafighters yang patah bahu akibat terperangkap dalam ‘submission
hold’ ini. Triple H terpaksa tapped-out kerana tidak dapat mencapai tali
gelanggang, seterusnya memberikan kemenangan kepada Brock Lesnar.
Gua ambil remote DVD, gua tekan button ‘rewind’ sekali lagi.
photos credit to: College Combat & WWE.com
3 comments:
Akhirnya....ade post baru....ko post pasal wrestling je ar wei....mmg ko punya strong point.
ceh! jujur sungguh komen ko. Habih trasa hati aku...hahaha
Terimalah kejujuran ku...walaupon ia pahit utk ditelan.....wahahahaha
Post a Comment