Sunday, February 24, 2013

Bersembang dengan penjual daging


Petang tadi lepas habih kelas, seperti hari Sabtu-Sabtu yang biasa, gua dan Banker Permatang Pauh akan singgah di Pasar Malam Sri Gombak untuk mencari makanan buat makan malam. Yup, sejak kami berdua membuat keputusan untuk sambung belajar, tuil stove dapur gua tu makin jarang gua pulas. Apatah lagi tong gas yang masih steady 7 bulan tak tukar-tukar disebabkan faktor tak ada masa. Ahh, gua bukan nak cerita pasal hal sambung belajar.

Apa gua nak cerita tadi?

Biasanya, bila di pasar malam, gua ada satu perangai yang suka bertanya kepada peniaga tentang harga-harga ikan, udang, ketam, kura-kura dan daging terkini yang diterima akal oleh masyarakat. Ya, sebenarnya, penting untuk kita ambil tahu sekali sekala pasal benda-benda macam ni, agar tak ada la kita kena tiau kalau-kalau tiba masa kita nak memborong. Ini bukan hal bilis-bilis. Semua orang kena participate. So that tak ada la peniaga suka-suka hati naikkan harga produk tanpa based on harga pasaran sekarang. Lu orang suka ke popia basah RM0.70 seketul? Still tenang ke cempedak goreng, 3 ketul RM2?

Kalau lu orang tenang, gua tak boleh nak kata apa....

Lepas membeli Murtabak Sani (Murtabaka paling chempien di Sri Gombak), gua terus melewati satu stall yang jual daring lembu. Kelihatan brader yang jual daging tu tak putus-putus menghembus asap rokok sambil mengelui para pengunjung untuk merapati stall beliau. Memang gua syak dia tokey daging, sebab stall tu dia sorang saja yang ada. Kelihatan, masih banyak juga stok daging atas meja beliau yang masih belum terjual. Kalau gua pun, gua tak beli kat kedai dia. Dia punya cara saja dah nampak macam tak serius nak meniaga, Daging nak potong, rokok nak hisap, entah abu rokok mana dia petik. Silap-silap ada terlepas atas meja, dan hilang "digaul" bersama daging mentah. Gua bukan sengaja nak buat assumption, tapi benda tu tak mustahil kan?

Tapi, alang-alang gua dah terlalu...gua bertekad nak meringan mulut dan menyapa brader tersebut. Nak riki harga. Ya lah, kalau la dia gantung  tanda harga jelas-jelas, tak perlu la gua nak pergi tanya, ye dop? Ni dah tak gantung, gua rasa gua perlu tanya. Mana la tahu kalau-kalau bini gua teringin nak masak Nasi Daging. Ini rezeki!

"Bang, daging lembu sekilo berapa bang?" tanya gua perlahan.
"RM25, dik..." balas brader tu sambil mengesat lelehan peluh jantan.
"Erk?"

Gua terkedu.
Humangaihhh....RM25 sekilo? Last gua tahu harga kawalan pun baru RM22.

"Huuuish...RM25? Mahal sangat ni bang..."
"Kalau adik jalan atas sikit, rata-rata depa pun jual RM25. Ada jugak yang try mark up RM26 sekilo. Tapi payah sikit la nak jalan..." 

Gua masih tak berpuas hati. Sekali dah dapat bersembang dengan brader jual daging, gua akan tanya betul-betul.

"Apahal mahal sangat daging sekarang ni,bang?"

Brader tu tenang meletakkan pisau potong daging yang sudah diasah. Sambil menyalakan sebatang rokok Luffman hijau, dia bersuara:

"Stok daging sekarang ni limited, dik. Permintaan la ni sangat tinggi, tapi geng-geng yang bela lembu sendiri pun tak mampu nak supply ke kami ikut berapa banyak yang kami nak..."

Sambung beliau lagi:

"Bila stok lembu kita sendiri tak cukup, terpaksa la kerajaan import lembu dari Thailand..."

Gua tersenyum dan mengangguk-ngangguk tanda faham. Lagipun alasan brader tu gua memang dah boleh agak. Kalau ikut akhbar yang kita baca hari-hari pun, stok daging ni cukup-tak cukupnya tak kira masa. Even bukan festive season pun, kadang-kadang peniaga terpaksa ketuk dengan harga tinggi, sebab stok sangat limited.


Lu orang bayangkan. Satu senduk kecik gulai daging yang lu orang cedok masuk pinggan masa lu orang tibai nasi campur di Gombak ni, peniaga terpaksa caj at least RM3 secedok. Tu pun ada sesetengah kedai yang caj sampai RM5 secedok. Kita sebagai pengguna ni, kalau dah tak ada choice, RM5 pun RM5 la. Janji hilang stim!

Since gua dah tahu indeks kolektif harga semasa daging di Sri Gombak sekarang, gua rasa gua dah nak gerak balik. Elok je gua nak angkat kaki, brader jual daging tu kemudiannya melambai-lambaikan tangannya ke gua, seakan-akan dia nak berbisik sesuatu. Pelik juga perangai brader ni. Apa yang nak dibisikkan ke gua ni?

Out of curiosity, gua merapati telinga gua ke beliau. Harap-harap, dia tak la buat lawak bodoh nak menjerit ke telinga gua, bagi gua bengang. Alah, macam yang kita selalu pekena kengkawan masa kecik-kecik dulu. Masakan lu orang tak pernah buat....eleh!

(Apa? Tak pernah buat? Err.....)

***


Bila gua dah rapat sikit, ke beliau, beliau serta-merta berbisik:

"Maintenance lembu skang tinggi la dik. Lembu skang tak mau duduk dalam kandang dah. Sekarang lembu duduk dalam kondo.....tu pasal mahal!"

Gua tergelak besar.

"Ini deep brader.......deep!" balas gua sambil tersenyum dan berlalu pergi...



Friday, February 22, 2013

Off The Pill - What The Heck?


Gua baru habih mid-term exam untuk subjek Financial Accounting. And yeah, it was like HELL for people like me who didn't have a pretty basic accounting skill while pursuing my degree level few years ago. Tapi, alhamdulillah, gua managed. Gua pelik, kenapa budak IT Universiti gua dulu tak diberi pengenalan tentang subjek accounting? Gua tanya member gua budak IT dari UTM, Accounting masa degree adalah subjek wajib diambil untuk mereka grad. Jadi, mereka tak terkulat-kulat kalau interview nanti, kena buat assesment pasal nak balancekan financial statement. Nampak? Sekarang Universiti mana yang lebih berfikiran jauh? Yang lebih efisyen? Yang mana? Yang mana?

Gua bukan nak mengomel pasal ketidakseragaman subjek dalam kelas pensarjanamudaan, tapi ada satu benda yang buat hati gua terbakar pasal scene belajar gua ni.

Bila habis Financial Accounting nie, gua kena pursue satu topik yang paling susah (according to hustler-hustler Accounting dan classmate gua yang keja Akauntan) iaitu Managerial Accounting. 1st class selepas cuti mid-sem, gua masuk semula kelas setiap sabtu petang dengan perasaan yang berkocak. Financial pun gua semput nak mentelaah, apatah lagi Managerial yang Akauntan sendiri anggap susah. Lecturer Managerial Accounting (MA) pun masuk dan memperkenalkan diri. And yes, she was pretty entertaining. Dia berjaya buat kelas gua pada minggu lepas langsung tak bosan. Berbanding kelas-kelas sebelum ini, yang mana kopiko yang kampit besar ada 50 bijik tu   gua pulun sungguh-sungguh demi nak tahan mata dari mengantuk. Kalau dah tertido dan termiss apa lecturer kata, itu lagi besar punya bala! Gua rasa, habih master ni, gua ada potensi nak kena Diabetes. Ini serius. Gua kena pergi check air-kencing.

So, 1 lesson, dia ajar pasal keseragaman dan hubungkait MA dengan konsep Islam. Nampak? Subjek pengenalan ni nampak sangat light. Ni la first time kelas accounting yang gua langsung tak tekan calculator. Punya la seronok dengan segala macam hujah dan ekspresi pendapat di kalangan pelajar-pelajar local dan pelajar antarabangsa. Well, nampak macam indah cuma yang buat gua "What the What?" adalah apabila at then end of the class. Sepatutnya hari itu, dia cover 2 topik. Tapi, since lesson 1 sungguh-sungguh dia punya sembang pasal konsep wasatiah la, kesederhanaan la, bla..bla..bla, jam dah start tunjuk pukul 7.30 malam, dalam erti kata lain...masa dah time!

Great, 2nd lesson dia tak sempat nak ajar.

Lecturer tu macam termalu. And before the class ended, dia pass beberapa helai study cases dan expect the rest of us siapkan kesemua soalan (which is too many) for our next class. And guess what, soalan-soalan tu adalah dari lesson 2.

Great. *sigh*

Semua budak terpinga-pinga. Yang mana yang kepala botak, makin laju mengusap-ngusap kepala. Yang mana yang berkepala, eh? Yang mana yang ada rambut, makin laju menggaru-garu kelemumur. Yang mana berhijab, makin cemas menggigit bucu-bucu tudung. Perasaan kami bercampur baur. Marah....blur...kecewa....nak terbalik meja...rasa nak terajang pintu semua ada.

What the heck was she thinkin' at that time?

Budak-budak dah ramai bersuara.

"Apa ni puan? Puan tak ajar pun kami? Mana la kami reti nak buat?" seorang classmate gua yang berpangkat Accountant Manager bersuara.

Lecturer tu hanya tersenym.

"Kamu belajar la sendiri. Kamu sudah level Master....." balas beliau perlahan dan terus beredar dari bilik kuliah.

Suasana jadi hening. Semua terdiam kaku, even lecturer dah meninggalkan kelas. Gua punya rasa hampa masa tu memang betul-betul kelat punya stail. Sampai nak senyum pun gua rasa buang masa. Logiknya, ini adalah satu penganiayaan. Semua orang tahu (especially accounting side) yang subjek MA ni sangat susah. Dah paling gua frust, lecturer ambik sikap acuh tak acuh dalam nak menyampaikan. Logik tak? Lu ajar subjek lain, lu suruh bebudak buat assigment terhadap subject yang lu 'tak sempat' nak ajar.

In before:  "Ni la level Master, lu memang kena study sendiri..."

Seriously, gua frust. Senang saja lecturer tu kata, 'kamu semua sudah level master'. And what? Dia expect kami belajar sendiri? Belajar sendiri memang boleh brader. Tapi, lu orang pernah dengar tak satu  kata-kata ilmiah iaitu 'nak belajar, biarlah berguru...'? Kalau tak berguru, ilmu tu takut disalahfaham, dan orang mulalah nak memandai-mandai. Ni ulama' sendiri yang cakap, supaya apa yang kita belajar tu betul-betul kena dengan konsep 'hendak belajar'. Maafkan gua kalau sekali sekala gua kaitkan dengan Islamic, walau level Muslim gua tak power mana pun. Tapi gua tensen. Gua susah-susah cari duit nak bayar yuran, tapi kalau lecturer expect gua belajar sendiri, baik tak payah. Dia ingat yuran murah ke? Well,  murah for some people, but not for people like me yang terpaksa strive untuk cari duit.

Some of my words might be harsh, but personally gua rasa ini tidak adil.

Ini penganiayaan.

End!

(Readers might come up with pretty-bullshit comments like: Ini la melayu, semua nak kena suap...bla.bla...bla. Yeah, I can see that coming. But. what, what da heck? I got my own reasons, and paid my own fees with my own hard-ass strive money)


Image taken from: Causes

Monday, February 18, 2013

Lahanat pun tak macam ni...


Majid dan Supian berkawan baik. Well, technically 'baik' mereka bukanlah kerana berkawan sejak kecil lagi, tapi kerana mereka adalah rakan sekerja didalam sebuah department yang cuma hanya ada mereka berdua beserta seorang pengurus yang mengawal tindak-tanduk mereka. Majid sebenarnya sudah lama bekerja dengan syarikat tersebut, namun disebabkan ketidakmenangan Majid dalam menangani hal-hal teknikal di pejabat, pengurus departmentnya merekrut Supian untuk menolong Majid.

Majid bersyukur kerana bebanan kerjanya sekarang sudah boleh dibahagi- bahagikan antara beliau dan Supian, memandangkan Supian lebih sikit tua daripadanya, dan lebih arif dalam hal-hal teknikal di dalam pejabat. Sejak dari itu, mereka berdua bagaikan aur dengan tebing. Saling bantu-membantu antara satu sama lain, tanpa rasa sikit pun hendak mengular seperti yang biasa dilakukan oleh brader-brader pasca moden kini. Apa saja hal pejabat yang tidak dapat dibuat Supian, Majid akan membantu, dan begitulah sebaliknya. Pendek kata, keakraban mereka dibentuk kerana hal-hal pejabat.

Satu hari, Supian meminta Majid menemannya pergi ke sebuah bank yang berdekatan di KLCC. Menurutnya, dia ingin menghantar borang permohonan kad kredit, dan dia tidak tahu selok belok dan lorong-lorong rahsia di KLCC, memandangkan Supian berasal dari kampung. Memandangkan cara Supian meminta tolong itu diutarakan secara beradab dan elok di mata Majid, tak ada masalah baginya untuk bersetuju menghulurkan bantuan. Punyalah riang hati Supian, kerana inilah kali pertama beliau bakal hidup dengan kad kredit. Sebenarnya dah lama dia ingin memiliki kad sebegitu, cuma ditegah orang tuanya sahaja. Takut-takut beliau 'hanyut' dengan goresan 'tanpa bayaran' yang menjadi trend masakini. Tapi, sekarang kemungkinan itu bakal terhapus kerana kedua orang tuanya jauh di kampung, dan tidak ada siapa-siapa yang boleh melarangnya. Kad Kredit mesti dimohon, so that orang kata, barulah nampak macam 'orang bandar', ye tak?

"Kita pergi KLCC waktu lunch, yer?" seloroh Supian memberi cadangan.
"Takde hal. Naik motor kau lah, ye? Motor kau baru, laju pulak tu."
"OK!"

Dipendekkan cerita, menggunakan motor Supian, Majid dan Supian terus menuju ke KLCC. Sampai di KLCC, singgah di bank, selesaikan urusan, dan ''BOOM!"15 minit kendian, semuanya selesai. Memang cekap pihak bank tersebut menghendal segala kerenah Supian. Ya, Supian ini leceh sikit orangnya. Hal-hal bilis seperti hendak menukar no.pin kad ATM pun kadang-kadang Majid yang terpaksa guide. Baginya, Majid ada. Buat apa nak belajar, kan?

Setelah selesai urusan, mereka berdua berjalan keluar dari muka pintu bank.

"Kita ni nak kemana lepas ni, bro?" tanya Majid.
"Aku laparlah. Tapi, kat KLCC ni ramai orang. Kita makan dekat mamak di ofis sajalah?" ucap Supian memberi cadangan.
"OK lah. Mamak pun orait juga. Boleh save sikit!"

Setelah dipersetujui Supian, Majid menghidupkan motor Supian dan mereka berdua kembali ke kawasan ruang legar pejabat. Jarak antara KLCC dan pejabat cuma hanya sepelaung sahaja. Pendek kata, tak perlu pergi dengan motorsikal pun tidak mengapa. Tapi, berpeluh la kalau hendak berjalan. Sesampai sahaja di mamak, akibat terlalu lapar, mereka berdua mencapai pinggan kosong dan mencedok nasik di dalam bekas besar. Pekerja-pekerja di kedai mamak tersebut tidak berkata apa-apa kerana mereka berdua sudah menjadi 'regular customer' di kedai tersebut. Apa yang hendak, ambil sendiri saja. Mudah kan? Mamak-mamak kat situ pun boleh 'goyang telur' sikit-sikit.

Zup!zap!zup!zap! Lauk ayam dan kuah kari selesai dicedok. Lalu mereka berdua pun menuju ke sebuah meja kosong yang letaknya di penjuru kedai. Dah menjadi perkara biasa bagi orang yang betul-betul lapar, letak saja pinggan terus makan. Tangan tak basuh, air tak order, sembang sesama sendiri pun tak perlu buat masa itu. Perut yang kosong harus diisi.

Sewaktu Majid menyuap nasik, beliau teringatkan kunci motor Supian yang masih disimpannya di dalam poket seluar. Lalu dengan menggunakan tangan yang tidak menyuap, Majid mengeluarkan kunci motor Supian lalu dihulurkan kepada beliau yang sedap lahap melantak nasik mamak.

"Nah..ini kunci kau balik" kata Majid sambil mengulurkan segugus kunci kepada Supian.

Supian mengangguk- ngangguk dan menggenggam kuncinya dengan tangan kiri. Tangan kanan masih laju menyuap nasik. Majid pula nampaknya sudah selesai makan. Namun, tak molek pula untuk meninggalkan rakannya yang masih rakus membalun nasik. Kawan punya pasal, tunggulah Majid sehingga perut Supian selesai diisi.

Jam dah menunjukkan pukul 1.30 petang. Tamat waktu makan tengahari. Mereka berdua pun meninggalkan kedai mamak dan naik ke pejabat semula.


***


Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 6 petang. Majid dan Supian sudah mula mengemaskan segala perkakasan mereka. Memandangkan mereka berdua adalah eksekutif, jadinya tidak perlu untuk kerja lebih masa kerana bukannya boleh claim pun. Tak apalah, esok masih ada. InsyaAllah.

Sewaktu Supian selesai mengezip beg komputer riba beliau, tiba-tiba dia menyapa Majid dan bertanya:

"Bro, minta kunci motor aku..."

Majid terpinga-pinga.

"Eh, kan ke aku dah bagi kat kau masa kita makan tadi? Tak ingat?" balas Majid yang keliru.

"Ohhh, come on. Jangan buat lawak, bro. This ain't funny. Bak la sini kunci motor aku.." kali ini nada Supian sedikit tinggi. Walaupun kata-kata tadi dilafazkannya sambil gelak-gelak, nyata sekali gelaknya itu sungguh plastik dan acuh-tak-acuh.

Majid sedikit terbakar. Namun, kerana yakin dia benar, dia tetap mempertahankan dirinya. 

"Main tuduh-tuduh ni tak sedaplah bro. Aku dah memang pass kat ko dah tadi. Kau siap genggam kunci tu sambil makan. Ko saja yang tak ingat!"

Supian dah mula berang. Beliau mula meraba-raba poket bajunya, poket sisi seluarnya, poket belakang bontot kiri dan kanannya, namun bentuk kunci motor tidak dirasai. Kerana masih tidak puas hati, laci meja Majid dicerobohnya tanpa meminta izin dan terus diselongkar. Dari jauh, Majid sudah geleng-geleng kepala. Sah, Supian memang sudah nyanyuk. Dia perlu dibantu. Dia perlu dirawat.

"Buka beg kau kejap, aku nak check bentak Supian yang masih tidak puas hati. Dengan selamba saja beliau mengarahkan Majid untuk membuka beg. Dah serupa pegawai Kastam. Majid dianggap tidak ubah seperti mamat yang cuba menyeludup lebih daripada sekatun rokok keluar dari Langkawi.

"Kalau kau tak puas hati sangat, nah! Check kalau ada! Puki amendanya aku nak simpan kunci motor engkau!" balas Majid dengan nada yang sangat kuat. Majid tidak boleh bersabar lagi.

Beg Majid dihempas ke meja. Supian sudah nampak seperti seekor burung Ereng yang baru terjumpa bangkai, lantas membuka beg Majid tanpa rasa bersalah. Satu per satu bahagian poket di beg Majid diperiksa. Setiap isi dalam beg tersebut dikeluarkan, selagi beliau tidak puas hati. Charger henfon, adapter laptop...segala-galanya.

Namun, beliau tidak jumpa apa-apa.

"Jumpa apa yang kau nak?" perli Majid tajam.

Supian hanya diam. Dia mendengus menahan marah.

"Macam nilah. Kita pergi ke kedai mamak tu balik. Mesti pekerja diorang simpan punya kunci kau. Mamak-mamak kat situ pun kawan kau. Takkan diorang nak buang pula?" tegas Majid memberi cadangan.

Supian terus beredar dari pejabat. Maka tinggallah Majid keseorangan mengutip segala barangannya yang dikeluarkan oleh Supian tadi. Jauh disudut hati, Majid terasa amat panas. Namun, resam dan amanat arwah ibunya membuatkan Majid terpaksa menahan sabar dari menghayun kepala Supian dengan helmet motorsikalnya.  Kalau tidak kerana janji tersebut, dah lama Supian kena ambil cuti sakit.

Setelah selesai mengemas kembali segala baranga-barang, Majid terus menuju ke lift. Niatnya hendak pergi melihat sendiri apa yang berlaku di kedai mamak tersebut. Betulkah si Supian pergi bertanyakan pekerja-pekerja kedai akan kelibat kunci motornya? Walaupun dia tahu Supian akan menjumpai kuncinya disitu, namun dia ingin melihat sendiri bagaimana Supian bertindakbalas dengan keadaan tersebut. Masih berlagak mahu berlagak bagus lagi,kah? Ya, Majid di pihak yang benar. Dalam hal ini dia tak perlu hendak kecut telor.

Sesampai di kedai Mamak Harmain, kelihatan Supian sedang berbual dengan salah seorang pekerja disitu. Kemudian, pekerja itu terus pergi ke kaunter bayaran, meninggalkan Supian keseorangan di meja tunggu. Majid meletakkan beg laptop dan helmetnya di atas salah sebuah meja yang kosong disitu, dan terus merapati Supian.

"Ada ke kunci kau?" tanya Majid pendek.

Supian diam membatu tidak menjawab. Rokok Dunhil yang sudah dibakar, dihisap dengan rasa steady. Asap sedut dihembus keluar perlahan-lahan. Sombong sungguh lagak perangainya ketika itu. Kunci motor hilang pun masih nak kerek!

Majid yang berdiri disebelah terkedu macam orang bodoh. Entah kenapa dia rasa dia perlu tunggu Supian di kedai Mamak itu, semata-mata hendak dilayan sebegitu 'cibai'. Kalau la dia tahu benda macam ini akan terjadi, tak ingin betul dia temankan Supian pergi ke bank tadi. Pergi jahanamlah dia sorang-sorang. Kalau sesat di dalam KLCC tu pun lagi bagus!

Selang beberapa saat kemudian, pekerja mamak tersebut datang mendekati mereka berdua. Lantas, dia menghulurkan sejambak kunci yang membunyai rantai kunci berwarna merah kepada Supian. Majid memerhati kunci tersebut dekat-dekat. Ya, memang itu kunci motor Supian. Majid masih ingat lagi rupabentuk dan saiz kunci tersebut, kerana baru tadi sahaja dia memegangnya. Ingatan Majid masih kuat. Dia belum nyanyuk.

Supian menyapa kunci itu dengan raut wajah yang mencuka.

Majid tersenyum sinis.

"Sekarang amacam brader? Betul tak apa aku cakap? Kau yang tinggalkan kunci kau kat mamak ni masa makan tengahari tadi.." perli Majid dengan tona suara yang sinis.

Akibat termalu dengan diri sendiri, Supian terdiam seketika.

Namun begitu, lumrah hati manusia yang makin busuk disimbah tahi, mana mungkin boleh mengaku kesalahan mereka. Mereka memerlukan escape goat untuk dikorbankan demi untuk melindungi kobodohan sendiri. Seperti kata Robert Anton Wilson:

"Ego is a social fiction for which one person at a time gets all the blame...."


Ditengkingnya Majid semula.

"Ahhh...mana ada. Kau yang tinggalkan kunci aku di kedak mamak ni. Kau tak pass pun kat aku!" tengking Supian di luar batas sedar. Akibat daripada kelantangan itu, hampir kesemua pelanggan-pelanggan Mamak Harmain terkejut. Majid dapat rasa hampir kesemua bola mata yang ada dalam kedai itu memerhatikan mereka dengan ribuan 'tanda soal' yang bermain di kepala masing-masing.

Supian terus mencapai helmetnya dan beredar dari kedai tersebut.

Majid rasa sangat down dan kecewa.

Dia melabuhkan punggungnya di meja makan mamak, dan terus memesan segelas Teh Tarik, buat menenangkan hati yang masih terbakar. Apa yang membuatkan hatinya lebih pedih, mamak yang datang menghantar Teh Tarik yang dipesannya juga meleparkan senyuman acuh-tak-acuh, seakan-akan memerli Majid yang baru saja ditengking tadi. Pada ketika itu, segala pesanan arwah ibunya berlegar-legar di kepala hotak Majid:


"Ingat Majid, dalam dunia ni...perangai orang macam-macam. Jangan terlalu nak buat baik sangat. Nanti-nanti orang pijak kepala. Jangan pulak terlalu jahat, nanti ke lokaplah kau nanti........."


Majid tak boleh tahan lagi. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menelefon datuknya di kampung.


*troot...troot! troot.....troot!*
klecak!


"Hah, kau Majid. Lama kau tak telefon aku ni. Ada apa hal?" sapa datuk Majid, Pak Ngah Deraman.
"Atok...tak ada. Nak tanya saja. Keris pusaka Long Megat ada lagi ke atok simpan?"
"Ada saja aku simpan dalam almari. Kenapa?  nak pi gadai ke?"
"Tak adalah. Majid nakk.....Majid nakk..."

Dah dekat 6 kali Majid mengulang ayat "Majid nak....Majid nak..." tersebut. Macam budak kecil. 


***


"Kau nak apa sebenarnya ni Majid?" tengking Pak Ngah Deraman yang sudah mula hilang sabar.
 
"Majid nak rodok perut orang!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...