Tuesday, May 27, 2014

Escape?


 Scene: Jumaat lepas
Waktu: Sebelum sembahyang Jumaat


(flashback)

"It's easy for you to say. You weren't here yesterday. You escaped." jawab colleague IT gua dengan nada yang agak bengang. Entah kenapa tiba-tiba beliau disoal oleh pihak atasan tentang isu beberapa unit komputer riba dalam senarai semak yang sudah tak dikemaskini. Semua nama nama besar syarikat memanggil beliau semalam untuk bertanyakan hal tersebut. Pada agakan gua, sesi sembang itu lebih kepada mengenal pasti masalah, tapi colleague gua beranggapan yang dia 'disoal siasat'.

(/flashback)

Escape. Those fucking word is too deep for me to sink. It's like labeling me as a pure-prick-escape-artist yang selalu mengelat dengan tanggungjawab. I mean, yeah...I'm a prick sometimes, but 'escaping from my responsibility', wayyy to much for a mere accusation.



Kenapa gua tak datang kerja hari Khamis tu?
Ni sebabnya...

(flashback)

***

Hari Khamis, pukul 7.45 pagi. Even waktu tu awal pagi, tapi cuaca agak mendung dan mengikut dari firasat dan amalan gua, pagi itu bakal hujan dengan lebat. Guruh dan berdentum sekali sekala. Kelam kabut gua bangun dari tidur dan terus pergi mandi. Takut-takut bila hujan dan lebat, gua masih terperangkap dalam rumah, penat pula hendak menjawab dengan HR. Ya lah, gua mana boleh kontrol cuaca. Bila gua lambat sebab alasan hujan, biasanya mereka yang tidak berada di tempat kejadian tidak akan faham, dan sering memberi satu jelingan sinis yang paling gua benci sepanjang gua hidup berkarier ni. Ahh...apa gua nak cerita tadi?

Bini gua sudah setengah jam meninggalkan rumah menuju ke tempat kerjanya. Biasalah, memandu kereta di KL ni, kalau keluar rumah wakty sama seperti orang yang berbasikal atau bermotorsikal, memang sengaja cari penyakit! Sedang gua sibuk bersiap dan menepung badan sedikit sebanyak dengan bedak Aiken, tiba-tiba

"Klepish!!"

Gua terdengar satu letupan kecil yang agak kuat di halaman letak kereta. Tipulah kalau gua tak terkejut dan tak termencarut. Seterika yang tengah gua pegang tu, cepat-cepat gua letakkan di galang gasi pemegang papan. Lantas gua menuju muka pintu untuk memerhati keadaan diluar. Dan ya, seperti apa yang gua jangkakan dari awal tadi, letupan itu memang berlaku di rumah gua. Ada komplikasi litar pintas yang menghubungkan jaluran elektrik setiap unit rumah di deretan rumah gua.Terdapat percikan-percikan api kecil yang keluar dari 'junction box' tersebut. Bila gua perhati betul-betul, dinding penjuru rumah gua yang melindungi kotak simpang itu sudah hangit dan kehitaman. Bau jangan cerita lah. Seperti getah terbakar. Busuk, dan amat tengik perginya.

Cepat-cepat gua berlari ke DB box (suis utama rumah) untuk menutup terus punca utama bekalan elektrik. Belum sempat gua tuil punat off nya kebawah, satu lagi letupan kecil berlaku. Panik juga gua ketika itu, memandangkan gua sekadar ditemani oleh Pakcik dan Saleha sahaja. Kalau apa-apa jadi pada gua, mereka memang langsung tidak dapat tolong. Suruh pergi tutup pintu grill pun mereka malas, apatah lagi nak menelefon ambulan kalau-kalau sesuatu berlaku pada gua.

Gua memberanikan diri untuk menurunkan tuil suis DB itu kebawah. Risau juga kalau-kalau gua mati terkena kejutan elektrik. Tak cool juga rasanya. Sudahlah hutang bank berkeping helaian statementnya. Alhamdulillah, gua berjaya. Suis utama sudah ditutup. Gua berlari semula ke luar untuk melihat keadaan kabel litar pintas itu. Ternyata, selepas letupan kedua itu, asap sudah mula kelihatan.

"hitam...dah hitam dinding aku"


Gua terus keluarkan phone. Ambil gambar barang sekeping dua. Hantar whatsapp message kepada HR,beserta gambar bukti. Kat partner IT gua pun gua hantar sekali. Fail-safe backup. Nampak gaya, gua terpaksa ambil EL hari ni. Maybe half-day. Maybe full day. Tengok cepat mana pihak TNB boleh setel masalah ni.

Takkan gua nak panggil bini gua balik pula suruh tunggu? Itu perut busuk namanya.

Gua lihat, di perkarangan rumah, jiran-jiran yang sebaris dengan rumah gua sudah mula mengerumuni luar pagar. Risau dan pissed-off punya raut wajah satu-satu jelas kelihatan di wajah mereka. Mengikut apa yang Supian, seorang polis yang tinggal selang 2 rumah dari rumah gua, 10 minit sebelum letupan berlaku, mereka juga mengalami tanda-tanda kecil komplikasi litar elektrik pintas, contohnya seperti lampu-lampu rumah yang sudah mula berkelip-kelip secara tiba-tiba. Menurut mereka juga, semua jiran gua yang unit rumah di sebelah kanan, kesemuanya sudah keputusan elektrik, manakala kesemua jiran gua yang tinggal di sebelah kiri masiha ada bekalan, disebabkan punca utama  source/management box tu ada di penjuru corner lot block kami semua.

Jadi? Lu orang boleh rasa tak apa yang gua rasa?

Gua dah jadi focal point dan punca utama untuk permasalahan litar pintas ini. Disebabkan letupan yang berlaku di kompaun rumah gua, mengakibatkan sepanjang-panjang jiran sebelah kanan gua tiada elektrik. Stress gua time tu tuhan saja yang tau. Cemas juge bila rumah gua jadi punca utama. Lain macam rasanya bila tengok ramai jiran keluar hang out depan pintu pagar gua. Kalau gua buat kenduri doa selamat, itu lain cerita lah. Tensen juga bila gua kena repeat semua cerita dekat jiran-jiran blok lain yang tak berkaitan datang untuk menambahkan pengetahuan am mereka. Ahh...lu orang tak tahu. You guys weren't in my shoes time tu.

Salah seorang jiran yang tinggal di rumah kanan gua (Sukri) menghulurkan pertolongan dengan memberitahu nombor call-center TNB untuk datang memeriksa keadaan litar pintasan tersebut. Nampak? Jiran gua belah kanan pulak nama Sukri, belah kanan pula nama Supian. Kelakar kan? (Mamat-mamat yang hadkor Pujaan Sirap Din Beramboi akan paham lawak ni). So, dengan tangan terketar ketar, gua menelefon nombor tersebut dan menerangkan apa yang telah berlaku.

Sebenarnya gua cuak juga pasal elektrik ni. Ya lah, kalau betul sistem pedawaian itu berpunca dari TNB sendiri, memanglah mereka boleh cover, free of charge. Tapi, kalau masalah yang berlaku ni bukan berpunca dari TNB sendiri, susahlah gua kena panggil kontraktor untuk menguruskannya. Mati juga macam ini. Menurut Ikmal, budak yang buat Master sama macam gua, rumahnya juga pernah berlaku hal-hal macam ni. Bila orang TNB datang, mereka claim damage yang berlaku bukan TNB punya taici. Jadinya, nak tak nak, kenalah tuan rumah tanggung cost sendiri. Masa Ikmal kena dulu, dalam 7-8 ratus juga terbang untuk uruskan hal-hal pendawaian semula.

Bala. Ini memang bala.

Tapi, macam gua cakap awal-awal tadi. Ini soal tanggungjawab. Apa jiran-jiran gua akan sangka kalau gua main lepas tangan macam itu saja? Jadinya, gua stuck ditengah-tengah. Kalau nak diikutkan rasa keji dan tahi, gua biar saja letriknya tak setel sampai ke petang. Bukannya rumah gua yang tak ada letrik. Tapi, tak bolehlah macam tu. Sekarang memang bukan hari gua. Mana tahu hal-hal mendatang, gua pulak kena menyembah jiran meminta tolong? Kita bukannya tahu bila kita susah. (Lain la HR)

Geng TNB datang sejam kemudian. 4 orang kesemuanya. Mereka adalah unit yang ditugaskan masalah-masalah kecil dalam kawasan kejiranan. Sungguhpun begitu, mereka seperti manusia biasa juga. Ada benda yang mereka tak boleh nak buat. Check punya check, lantas salah seorang daripada juruteknik itu menyapa gua:

"Bang..teruk short-circuit rumah abang ni. Kami memang tak boleh buat, sebab kami unit scout untuk masalah kecil-kecil sahaja". Tersentak gua dengan jawapan tu. Punggah...kalau diorang tak boleh buat, takkan gua kena contact kontraktor sendiri kot?

"Jadi macamana bang?" tanya gua untuk terus mendapatkan kepastian.

"Macam ni. Junction Box abang ni, sebenarnya.....untuk outdoor unit. Sepatutnya, benda tu duduk di tiang letrik. Bukan dekat rumah abang." kata beliau sambil menunjukkan kotak hitam kecil yang tengah berasap.

Ha? Kenapa diorang pasang benda kat rumah gua tak ikut spesifikasi. Jilaka. Gua dah panas.

"Jadinya, saiz kabel yang masuk dalam kotak junction tu pun tak ikut spec bang." tambahnya lagi. "Biasanya untuk unit kediaman, kami memang pakai standard 28mm. Kabel yang abang pakai ni 18mm. Memang kalau berlaku overloading, bungkus bang...bungkus"

"Habis tu, cemana ni brader?"

"Takpa bang. Abang rilek. Saya dah call satu unit lagi. Dalam sejam lagi diorang datang dengan equipment yang betul punya. Ini memang unit TNB. So, TNB kena setelkan jugak" tambah beliau lagi.

Fuh...lega. Jadi memang betullah hal TNB. Mamat tadi yang terus naik kereta bersama partners dia yang lain dan berlalu pergi. Seperti biasa, gua terus dikerumuni jiran-jiran untuk mendapatkan informasi terkini. Biasalah, bila gualah punca sebenar hal ini berlaku, dah jadi tanggungjawab gua untuk tenangkan keadaan dan membuat press conference sesama ahli jiran tingkap. Sesekali gua rasa macam Hisyamuddin pula buat press conference untuk penjelasan hal #MH370. Tapi ini lain. Ini letrik rumah gua!

Bila semua dah tenang, kebanyakan jiran yang mengerumuni rumah gua tadi beransur balik. Sebenarnya, diorang tak mahu balik sebab rumah mereka berkuap macam haram jadah. Tapi, lepas gua bagitau yang gua akan ambil EL dan bertanggungjawab memantau hal ini sampai setel, kemarahan mereka sedikit reda. Nampak gamenya kat situ? Crowd Control.

Team kedua yang diwar-warkan oleh team pertama TNB tadi muncul 40 minit selepas itu. Bermula dengan sebiji kereta Proton Saga lama berwarna kelabu menyapa pagar rumah gua, diikuti dengan sebiji van putih dan 2 lori besar yang ada kren dan bakul pun sampai sekali. Mak aii...serius benar ke hal rumah gua ni sampai sebegini macam punya kenderaan yang sampai? Uncle Lim sebelah rumah gua keluar untuk memerhati tanpa memakai baju. Hanya berboxer. Dia pun agak terkejut dengan kehadiran team TNB yang kedua ini. Gua quote balik apa yang dikatanya masa hari kejadian: "Aiyooo....ini macam seperti mahu pergi perang wooo". OK, tak kelakar kan? Memang pun. Uncle Lim tu tak pernahnya kelakar.

Tanpa melengahkan masa, mereka terus memulakan kerja-kerja baikpulih. Kabel yang hangit itu dipotong, dan diganti mengikut spesifikasi yang sebenar. Junction Box yang berasap tadi, diganti dengan baru, diseal dengan rapi dan di'ikat' cantik-cantik supaya tak ada lebihan wayar terjojol keluar seperti penis. Cemerlang betul hasil kerja mereka. Kerja-kerja yang berkait dengan elektrik ni selamba saja disetel dengan cepat. Siap boleh hisap rokok lagi sambil mengetatkan skru junction box baru tersebut.

Otai. Memang otai.

The counter-measure activity took them around 35 minutes to complete. Lepas tu, bekalan elektrik pulih seperti sediakala. Selepas gua mengucapkan terima kasih, mereka terus berlalu pergi. Cis, yang lori besar kren tu buat saspen saja. Sudahnya, tak dipakai pun. Saja bagi gua kecut telor. Jilaka. Kelihatan jiran-jiran semua mengusap nafas lega. Ya lah, mereka boleh kembali ke dalam rumah dan menghidupkan pendingin hawa. Yang mana sedang menonton cerita bukan-bukan di dalam folder tersebunyi laptop masing-masing, boleh sambung menonton sambil mencarik beberapa helaian tisu untuk mengelap. Yang mana sedang memasak, sudah boleh sambung memasak untuk suami dan skandal. Macam siri Real Wife Stories dalam RARBG tu. Alah...buat-buat suci pula. Kehkehkeh!  Gua? Jam sudah pukul 2.40 petang. Kalaulah TNB tadi boleh setel sebelum pukul 1 petang, bolehlah gua rushing pergi ofis dan claim EL half-day.

Tapi tak apalah, semuanya dah selesai. Syukur juga sebab tak ada barangan elektrik jiran gua yang rosak disebabkan voltage overload ke, hapa ke. Risau jugek kalau gua kena tanggungjawab. Gua mana ada sen tengah-tengah bulan macam ni. Sambil menyapu-nyapu lantai, membersihkan kerak-kerak wayar yang terbakar tadi, gua ternampak junction box yang telah hangus disambar api, berselerak di lantai porch. Gua mengambil benda tersebut, selfie barang sekeping dua, dan terus menghantar gambar bukti kepada HR untuk proof. Ya lah, segala macam proof gua kena provide. Sebab bila EL tanpa bukti kukuh ni, kita akan dipandang sinis. Ini stereotaip namanya. Alah, nanti-nanti kalau lu orang sambung belajar, lu orang ambil la subjek OB (Organizational Behavior). Gua whatsapp kan juga satu copy ke henset partner IT gua. Kang orang tanya kenapa gua tak datang, blur lagi pulak.

"Gua bukan orang letrik. Bila technician cakap benda ni junction box, gua pun sekadar mengiyakan saja"


(/flashback)



***


So, bila partner IT gua tuduh gua 'escape' tanpa mengetahui apa yang gua lalui masa tu, gua rasa tak fair. Macam orang putih selalu cakap, 'escape', the word itself....IS A STRONG WORD. Macam gua ni useless sangat nak lagi dari tanggungjawab.

Celah mananya gua escape, habaq mai sat?

Here's a token of my appreacition, you dick!



Notakaki:
#Pakcik dan #Saleha tu adalah kucing.


Picture credit to: Cheapplace

1 comment:

kamal yahaya said...

aku IT kolig mu yang dulu bukan yang sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...