Wednesday, December 29, 2010

Sehari Bersama Fan-Fan Chelsea (versi Sarcastic)

The actual 'taste' of glory...

2 hari setelah Arsenal berjaya membaraikan impian The Blues untuk menduduki tangga selamat 'Champions League', gua berkesempatan berdiskusi dengan beberapa warga-warga opis, khususnya fan-fan tegar Chelsea, tentang bagaimana perasaan mereka setelah Chelsea gagal mengulangi prestasi membantai Arsenal seperti season-season sebelum ini. Berikut adalah beberapa perbualan gua dengan mereka yang sempat gua ingat:

POST MATCH REVIEW

1) Nazri (Fan tegar Chelsea : Batu 9, Cheras)
"Ahh...malas ahh nak cakap dengan hang.."

2) Mohan Kumar (Fan tegar Chelsea, Rakan Chat YM! : Jepun)
(Mamat nie gagal dikesan..dah lama gua buzz nak kutuk, tapi buzz gua hanya sekadar melepaskan angin di pinggiran bukit...ciss, menyorok ahh tu!)

3) Zuena Mustaffa (Peminat Fanatik MU ketika Ronaldo masih di Old trafford : Ukay Perdana)
"Giler arr Arsenal...dah tak sayur dah...bila Ronaldo nak main balik dengan Man Utd,ek?"

4) Intan Nur Yasmine (Girlpren Gitaris Broken Riffs : Setia Alam)
"Arsenal menang semalam? sape score? Thierry Henry,ke?"

5) Mohd Muhaslly Mohammad (Orang Kapal : Rawang)
"EPL kawe dok minat, The Red Warrior jugok dihati kawe.....jom rokok mentar?"

6) Nurul Ain (No Description : Taman Permata)
"Aku x minat bola beb..."


***
Keh! Keh! Keh! Kan best kalo slalu dapat riak dan bongkak camnie...

picture credit from Daily Mail UK


Monday, December 27, 2010

Mood 'Ketat' IT Support ...#1

"Kring..Kring!"

Extension gua berdering dengan kuat. Mengejutkan gua yang tengah lalok x cukup tido, bahana telan klorin di Sunway Lagoon petang semalam.

"Helo?"

"Zahril..tolong jap. Gua xleh nak print nie, dah cuba banyak kali. Banyak dokumen yang gua pending nie. Takkan printer rosak kot? Tolong datang kat tempat gua kejap, bleh...?"

Setibanya gua di tempat si pemanggil, gua menjalankan kerja gua seperti biasa.


*****


Gua beredar 15 saat selepas itu, dan kembali ke cubicle gua. Longlai langkah gua. Perasaan gua tunggang langgang. Sekali sekala gua bersiul-siul lagu 'Sungai Lui' dendangan Aizat Amdan untuk mengubat hati yang terguris. Gua tak tau nak salahkan sape, beliau atau printer?

Rasa nak menangis pun ada......



NOTA KAKI:
Printer takkan bleh printkan dokumen anda kalo tak tekan button 'on'.

Friday, December 24, 2010

Too Many Lies (Part II)


Sambungan dari Part I

Burp! Alhamdulillah, penangan Mee Sedap dengan bawang goreng asli memang terbaek! Tambah plak time tengah-tengah bulan cenggini. Memang tersangat 'mantoi'. Teringat zaman-zaman gua pegi offshore dulu, mee magi merupakan makanan yang dikawal ketat oleh staff-staff Galley. Biasanya, orang cakap, kalo pegi rig, makanan mmg superb beb! Nak makan apa, cakap aje. Semua ada. Dari western food, sampai la ke local delights, pilih aje. Tapi, dah nama pun orang Malaysia, cepat boring dengan makanan western. Last-last, instead of makan steak, ketuk pintu food galley, mintak megi sebungkus.

Thursday, December 16, 2010

Ini Baru Betul Fumble...


Apa itu 'Scammer'?
1.a person who swindles you by means of deception or fraud
2.someone who leads you to believe something that is not true

atau dalam bahasa melayunya: kaki kelentong.

Minggu lepas Banker Permatang Pauh dapat satu SMS. Tapi, nak dijadikan cerita, isi SMS tu teramat sadis dan membentakkan hatinya. Baginya, kalo dia tak amik serius, kang orang kata dia x peka. Tapi, time dia cuba serius, dia xleh tahan nak bantai gelak guling-guling. Dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat, gua pun menyapa dari belakang, bertanyakan apa yang seronok sangat dia dok **'kuk-kik, kuk-kik' seorang diri tu................sampaikan telur mata lembu yang gua mintak dia goreng dah 15 menet tak sampai-sampai.

Wednesday, December 15, 2010

Pagi Rabu Yang Sadis



Tar.dy:
1. Occurring, arriving, acting, or done after the scheduled, expected, or usual time; late.
2. Moving slowly; sluggish.

atau dalam bahasa melayunya; lambat!

Pagi tadi gua bangun macam biasa. Dah setel Subuh, hantar Banker Permatang Pauh depan muka pintu, kul 8 gua dah start humming lagu-lagu Adam AF dalam bilik mandi. Hari nie gua dah nekad. Gua takmau 'tardy' lagi. Hari nie gua mesti datang awal ke office. Musti! Musti!

Tuesday, December 14, 2010

Same Old Story

Szczesny gagal menyelamatkan tandukan nasib Park Ji-Sung

Seperti yang telah termaktub dalam mana-mana lama bola sepak rasmi, ManchesTURD telah menewaskan skuad Arsenal pagi tadi 1-0. Nak kata sakit hati, memang gua rasa agak tensen jugak sebenarnya, sebab Arsene Wenger still menjadikan this clash as a training ground for youngster. Buktinya, malam tadi instead of menurunkan Fabianski, Wenger chose untuk meletakkan Szczesny sebagai keeper utama. Nak dibandingkan dengan skuad 'The Red Nose' Ferguson, Manchester menurunkan 100% pemain utama. So, kat sini jelas Sir Alex lebih serius untuk menang berbanding Wenger yang masih bersikap acuh tak acuh; dan akhirnya memakan diri.

Monday, December 13, 2010

Ayat Manis Ada Makna

"Strictly gun testing..."

Seperti hari-hari Isnin yang x berapa biasa, pagi nie gua terpaksa bangun awal sebab ada Notilus Training di Crowne Plaza Hotel, Jalan Sultan Ismail. Gua bukanlah orang yang terpaksa attend training ataupun speaker yang memberi training kepada participant (gila apa!), tapi gua nie just local representatives yang di assign oleh Notilus (UK) untuk handle technical issue je.

Senyum



Malique feat Najwa - Senyum

Senyum senyum senyum
Senyum senyum

Verse

Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit

Chorus

Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
tak perlu kata apa-apa


Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina
Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan
Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian
Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini
Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ulang Verse

Ulang Chorus

Ulang Verse




p/s: Gua rasa lagu nie sangat comel..especially kat chorus dia tuh...keh keh keh!

picture credit to eZone4U

Monday, December 6, 2010

Top of The World

Anak papa

Kejayaan skuad Pak Wenger sabtu lepas menundukkan Fulham FC telah melonjak Arsenal ke tangga no.1 liga. Giler arr Nasri. 2 gol gelecek super-cantek yang bisa membuatkan Ronaldo insaf terus duduk tahiyyat akhir! Kah Kah Kah!

Walaupun Arsenal menang, tapi barisan defenders still di tahap yang 'menakutkan'. Djourou jelas memiliki 'eccentricity' yang tinggi bagi seorang defender. Apa benda eccentricity tu? Sape yang penah main Football Manager, dia mesti tau!

Game United menentang Blackpool terpaksa ditangguh disebabkan condition salji yang super sejuk. Tu pasal la Arsenal bleh naik top liga, sebab United kurang 1 game. Pasnie kalo derang menang dgn Blackpool, turun balik la jadik no.2. Ok la tuh! United belum jumpak team yang kuat lagi. Pasnie mmg chance nak conquer liga tersangat la cerah. 



p/s: Still menunggu kekalahan pertama United

picture credits to Guardian UK

Thursday, December 2, 2010

Too Many Lies (Part I)


Lokasi: Opis gua
Masa: Lepas melantak makan tengahari kat AJ
Status: Kenyang!


Perut tak berapa kenyang. Kalo bantai lagi sepinggan, maunya tido gua dalam opis kang. Penangan asam pedas AJ memang superb! Tapi, bila memikirkan ukur lilit pinggang gua yang makin membesar, nafsu makan gua yang selebihnya terpaksa dikuburkan demi meminimakan kesendatan seluar Yankee yang dihadiahkan oleh Banker Permatang Pauh. Gua terpaksa admit, gua dah makin obess!

Wednesday, December 1, 2010

Harap-Harap Menjadik!


 Carling Cup Quarter Finals
19:45 GMT, November 30, 2010
Emirates Stadium

Letih bersengkang mata malam tadi, ternyata 'stay-up' gua tak sia-sia. Skuad pilihan Pakcik Wenger pagi tadi berjaga jugak menundukkan The Latics sebanyak 2-0 di gelanggang Emirates. Giler la...nampak gaya macam ada harapan tahun nie Fabregas nak julang satu Cup. Harap-harap Carling Cup menjadik pengubat luka buat fan-fan The Gunners!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...