Tuesday, May 31, 2011

Jom Terjun KB Mall

Nie cerita 2 hari sebelum final Champions League 2010/2011 at Wembley.

Gua tengah dok draft satu email yang bakal mengubah nasib dan halatuju perjalanan hidup gua. Biasanya kalo mood pikir masa depan, dahi gua berkerut macam kain pelekat, fikiran gua macam-macam. Pendek kata, mood pikir masa depan adalah mood yang sangat tak tenteram.

Tengah gua dok ‘stim’ memerah otak untuk menjana idea-idea bermutu, tetiba YM gua berkelip:

“5:20pm | maria_sakurakoji17: hi, agak-agak sape menang UEFA dan berapa score?”

maria_sakurakoji17? Setahu gua, sipolan yang guna nick nie, Maria budak matriks gua dulu. Apa mimpi plak minah nie tegur gua? Dulu bukan main garang lagi dia dengan gua. Sampai gua malas mengaku member la. Ker gua yang mimpi nie?

Flashback zaman matriks, click here! (under construction)

“Hurm, maybe dia dah nak berbaik-baik dengan gua dah kot? Ambik yang keroh, buang yang jernih...” getus hati kecil gua.

“Nak reply ker tak nie? Kalo buat dono, dia cas gua bajet hensem plak…ahh, reply jer larh!” hati kecil ini bergetus lagi.

Gua masih berperang dengan diri sendiri.

Ceh, nak reply chat jer pun. Poyo!

Dengan mood yang kurang gembira, jari lemah ini mengesot-ngesot mencari muka-muka timbul papan kekunci. Satu persatu gua taip dalam usaha membalas kembali pertanyaan Maria tadi.

“5.25pm | skodeng_park: mesti la 3-1. Messi hat-trick!”

That’s it! Gua dah reply. Di dada nie agak berdebar-debar sebenarnya. Apa mimpi minah nie tegur gua? Dia nak buddy-buddy dengan gua balik ker? Ahh, gua buat andaian lagi.

Sementara menunggu dia reply balik, gua pun sambung la karang email. Sesekali lagu ‘Pray’ dendangan Justin Bibir gua siulkan tanpa rasa segan. Entah kenapa, lepas reply YM Maria nie, idea gua nak mengarang email datang mencurah-curah. Kalo time takdak idea, nak eja ‘REFRIGERATOR’ pun kena bukak kamus.

Tiba-tiba YM Maria blinking! Gua klik chat panelnya tanpa banyak soal.

Gua baca...

Gua sedih….

*
*
*
*
*
*



UEFA CHAMPIONS LEAGUE FINALE:  Guess who will be the Man of The Match and stand a chance to win a limited edition NIKE Air Attack imported sneakers. SMS to 32477 and answer 3 simple questions. RM0.50 for each SMS. * Terms and conditions apply.”


Gua rasa sangat hamjadah kalo terchat dengan spambot!

Bangang! Bangang!

Friday, May 27, 2011

Budak-Budak Zaman Sekarang Memang...

Tabiat gua kalo MC, lepas keluar dari Klinik Idzham, gua akan singgah gerai nasik lemak daun pisang depan 7-Eleven untuk menapau sebungkus bihun goreng.

Sesampai saja gua di scene berkenaan, kelihatan makcik yang biasa serve gua tengah sibuk mengupas timun. Hatta tugas mencedok juadah ke dalam bekas polisterin diserahkan kepada anak gadisnya Ayu, yang kurang lebih, berusia 16 tahun. Macam biasa, kalo dah sampai depan meja lauk, mata gua meliar memilih sarapan yang sesuai untuk disantap. Lauk kerang ada, ayam goreng ada. Dan yang paling kecur, sotong masak merah potong gelang besar-besar pun ada. Cantek! Selera dah meluap-luap. Gua excited!

“Yer pakcik, nak bungkus apa?” tanya Ayu .

Gua tersentak.

***
Tanpa berkata apa-apa, gua beredar dari gerai itu, meninggalkan Ayu terpinga-pinga.

Terasa agak bengkek sikit dihati nie.

Huh!


P/S: “PAKCIK”? Gua baru 28 tahun la woih !!

Thursday, May 19, 2011

Satu Pagi Di Bintulu Port

Lokasi : Bintulu Port
Masa : 4.30 pagi.

“Mana life jacket kamu? Kalau kamu tiada life jacket, saya tak boleh lepaskan kamu naik crew boat!” bentak En.Rahim (bukan nama sebenar) kepada gua.

“Saya memang tak pernah ada life jacket, tuan…” balas gua selamba.

En.Rahim mengetap giginya. Marah sungguh dia pagi itu. Selaku pegawai logistik yang dilantik oleh PETONAIH, dia amat tak suka kalau ada crew-crew yang tak cukup kelengkapan PPE (Personal Protective Equipment) nak dilepaskan menaiki Crew Boat.

“Gloves kamu ada. Safety Boot kamu ada. Coverall kamu ada. Safety Helmet pun kamu ada. Macamana life jacket kamu boleh tak bawak? Sudah berapa kali kamu pergi offshore?”

“Ada la beberapa kali…” gua terpaksa balas dengan jawapan yang agak bodoh.

Pagi tu dijadualkan seramai 4 orang akan naik Crew Boat dari Bintulu Port, termasuk gua. Seorang ruffneck, 2 lagi technician Sekoptell. Yang cilakaknya, ketiga-tiga orang pakai life jacket. Gua sorang jer janggal. Fakk la, gua tak suka betul kalo pagi-pagi camnie kena maki.

Semua dah masuk dalam Crew Boat. Tinggal gua sorang jer atas darat, dikelilingi 3 orang officer dan En.Rahim yang bajet ganas nie.

“Kalo dah banyak kali pergi offshore, kenapa life jacket kamu tak boleh ingat nak bawa?” En.Rahim semakin panas menyoal gua. Macam la gua nie penjenayah sangat. Tak ada life jacket jer pun.

“Tuan. Selama nie, saya pergi offshore naik Chopper (helicopter), tuan. Ini first time saya naik Crew Boat. Kalo naik chopper, life jacket semua aviation company yang provide. Mana la saya tahu Crew Boat tak provide life jacket…” gua jawab kembali. Kali nie tone gua agak lain macam.

En.Rahim terdiam. Riak mukanya terus berubah. Nampak macam tak puas hati pun ada. Silap haribulan gua makan penumbuk jugak nie. Gua perasan officer-officer kat belakang dok berbisik sesame sendiri. Diorang cakap gua ‘mewah’ sebelum nie sebab selalu naik Chopper.

Kelihatan crew boat sedang meliuk-lentok dibalun ombak deras. Cuma menunggu keputusan dari dia sahaja. Kalau dia tetap tak lepaskan gua naik, crew boat akan belayar seperti biasa, meninggalkan gua. En.Rahim mengeluarkan buku nota kecil dari poket belakang coverall kuningnya. Sambil menghela nafas panjang, beliau bersurah:

“Kamu tengok logo yang ada di baju saya nie. Apa tulisnya?” sambil menunjuk-nunjuk logo kompeni sulam yang dijahit kemas di bahu kanan coverall beliau.

“Err..PETONAIH, tuan.”

“PETONAIH mengeluarkan polisi supaya setiap orang yang diarahkan untuk bekerja di offshore mesti mempunyai kelengkapan yang lengkap. Full PPE. Termasuk life jacket…”

Dia sambung lagi…

“Kamu tak bawak life jacket. Kamu bukan saja tidak dibenarkan berlepas ke pelantar, malah kamu pada masa yang sama MENGHINA polisi ini, kamu MENGHINA PETONAIH....kamu faham tak?”

Wah! Kalau dah sampai masuk bab menghina nie, gua pasrah je la. Kalo gua pikir balik, budak-budak opis gua yang pernah pergi offshore, mana ada pernah naik Crew Boat. Semua pergi naik Chopper. Kami memang tak pernah tau pasal susur galur keadaan dan prosedur naik crew boat ni. Jangankan kata prosedur, life jacket untuk staff-staff RTO pun kompeni tak pernah purchase.

“Maaf tuan. Saya memang tak tahu. Lagipun saya dah bagitau tadi, nie kali pertama saya naik crew boat. Di atas crew boat tu, takkan takde life jacket extra?” gua memberanikan diri lagi bertanya kepada subjek yang tengah tunggu masa nak tumbuk gua.

“Life jacket extra tu untuk emergency usage….”

“Saya nie tak kira emergency ke, tuan?”  nada gua agak slow kali nie.

En.Rahim malas nak layan gua dah. Dia terus mintak gua punya safety passport gua. NAMA GUA dengan KOMPENI gua kerja dicatat dalam buku nota keciknya. Ahh, sudah! Masak gua kali nie. Dah la tak dapat pergi demob barang atas rig, diorang bleh nak main report-report kat management plak. Shit! This is the end of me...

“Nama awak, dengan nama kompeni awak akan saya hantar dekat GM PETONAIH. Nanti diorang akan issue Warning Letter. Ingat! Ini last warning...” tegas En.Rahim.

“Baik tuan. Saya faham. Jadik sekarang macamana? Boleh tak saya pergi SEDCO nie? Rig dah nak move. Server RTO kompeni saya nak kena collect, tuan.”

Gua hilang mood nak pergi offshore. Pergi jahanam la daily allowance RM200 satu hari tu. Kerek betul pegawai nie. Mentang-mentang la dia pakai coverall kuning, berlagak habih. Main ugut-ugut plak. Dah memang gua first time naik crew boat, nak cakap apa lagi. Dalam otak gua time tu, nak shoot terus pegi Bintulu Airport. Balik KL jer la.

“Nah, pakai nie, cepat sikit. Angkat barang kamu...bot dah nak jalan dah tu.” En.Rahim menghulurkan satu life jacket yang agak seasoned kepada gua.

Gua sarung life jacket rabak tu tanpa banyak bunyik. 2 storm case, 1 beg laptop dan 1 beg hiking berisi baju gua pikul sorang-sorang masuk dalam bot. Hati gua panas.

(end of story)
  ***

2 bulan berlalu. Mana surat warning letternya? 

Cilakak…gua dah kena main!

Pfft…

Wednesday, May 18, 2011

Captain America : The Movie


Movie poster yang sungguh AWESOME! Harap-harap jalan cerita dia tak CRAP!

Gambar gua cedok dari MediaGab

Monday, May 16, 2011

Mood 'Ketat' IT Support ...#3

 “Bro! Gua takleh print nie. Apahal,ek?” - pekik Amri. Tinggi jugak tone dia. Tengah marah agaknya.

Pekikan mamat tu tadi mengejutkan gua dari tido. Pantang betul orang kelui nama gua time gua nak tido-tido ayam. Sakit tekak, tau tak? Nak-nak plak Amri nie. Malas sungguh nak datang tempat gua. Jarak cubicle gua dengan dia hanya beza sepelaung je. Apalah sangat datang cakap elok-elok, daripada terpekik sampai satu opis boleh dengar.

“Lu nak print kat printer mana nie? Network printer kat D-9-8 ke?” – tanya gua sambil menggosok-gosok mata.

“A’a. Tolong bro. Gua ada benda nak kena submit nie..” – pekik Amri lagi.

Heran? Network printer tak hidup plak ke? Baru tadi gua print dokumen kapal. OK aje? Untuk memastikan teori gua benar-benar tepat, gua run command prompt, then gua ping IP printer tersebut:

Reply from 192.168.X.XXX: bytes=32 time<1ms TTL=255
Reply from 192.168.X.XXX: bytes=32 time<1ms TTL=255
Reply from 192.168.X.XXX: bytes=32 time<1ms TTL=255
Reply from 192.168.X.XXX: bytes=32 time<1ms TTL=255

“Ada jer reply…kenapa pulak si Amri nie takleh print?” getus hati kecil gua.

Tapi,
Gua rasa-rasa, gua macam dah jumpa apa puncanya. Brengsek! Nie mesti problem yang sama nie. Mesti punya. Untuk double-confirm, gua tanya si Amri nie balik (sambil memekik):

“Bro, CPU lu kat bawah meja ker, atas meja?”

“Bawah meja. Gua tak letak kat atas, semak meja.”

“Owh, kalo macam tu, lu cuba on Mozilla. Boleh browse Google tak?”

“Tak..connection time-out…” – balas beliau. Selenga jer muka.


See? Gua dah agak dah. Tapi, gua tak mengomel. Benda-benda macam nie, memang gua hadap tiap-tiap hari. 2 minit kemudian, lepas gua setel problem Amri, gua sambung lelap macam biasa.


Cilakak!


P/S: “ Kalo cable network tercabut, sampai kiamat pun lu takleh nak print. Tu la, kaki tu, jangan buas sangat. 5 minit skali, dok ‘hentam’ CPU lu, bukan kata port network ja, bapak power supply pun boleh tercabut, bingai…. ”

Kerana Teh Ais

Semalam lepas kerja gua lepak Harmain jap, pekena teh ais petang-petang sambil layan orang lalu-lalang. Sambil-sambil tu gua online pesbuk kat henfon, kot-kot ada orang reply komen kat status gua. Yer la, orang komen, kena la balas. Nanti orang claim  sombong plak, tak pasal-pasal gua keluar Melodi. (Uwekk!)

Tengah dok layan minum, tiba-tiba En.Muhaslly datang duduk ke meja gua. Dia pun jenis malas nak balik awal-awal. Dia lebih selesa pekena the dulu sebelum berangkat pulang. Memang patut dia minum dulu pun. Nak balik ke Batang Kali tu, bukannya dekat.

“Anney, Teh satu, kurang manis…susu lebih” teriak beliau random kepada mana-mana anney yang tengah bertugas.

Seperti biasa, dah habih check pesbuk, gua check Twitter plak. Mana la tau kot, kot ada orang follow ke, mention ke? (bajet artis..hak tuih!). Tengah gua dok belek-belek time line, gua perasan En.Muhaslly merenung rapat ke screen phone gua.

“Yang Usin main tu, apa nama dia? Twitter kan?” – tanya beliau.

“A’a..Twitter. Baru jer register. Tengah nak biasa-biasakan diri…” Jawab gua sinis.

Gua bajet, golongan 40-an biasanya tak tahu sangat pasal social networking nie. Jenis-jenis akaun pesbuk anak yang buat, pastu post status 6 bulan skali, punya type.

“Haha...saya pun ada Twitter jugak.” Beliau balas selamba sambil menghirup teh.

Ark? SHIT! Sangkaan gua meleset sama skali.

“Saya create akaun Twitter, time dok sibuk-sibuk pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu.”

Gua terdiam. Perasaan sedikit kagum dan respek dah mula nak tumbuh sikit-sikit.

“Masa tu, saya dok follow….alarh…sapa nama tu…”

“Ha? Sapa?” – gua tanya balik.

“Nie…sapa nama dia. Yang dulu dari Jabatan Kehakiman tu. Masa pilihanraya, dia bertanding untuk PKR....alarh...” – En.Muhaslly masih cuba mengingati nama calon tersebut.

Sapo pulak yang dia maksudkan nie? Gua lepak sini nak tenang-tenang otak. Skali dia dok ajak gua sembang benda-benda ‘berat’. Memang KELAUT la gua. Namun, gua tetap cuba membantu.

“Calon PKR….Hmmm ” Gua cuba berpikir.

“Ha? PKR. Saya tak ingat la. Dah tua-tua nie. Slot memori dah longgar sket...”


***

“Err..Ibrahim Ali?” selamba gua petik.

Pap! En.Muhaslly facepalm ke muka sendiri. Sesekali dia ketawa terbahak-bahak.

Gua blur.

“Teruk pengetahun politik kau nie, usin. Zaid Ibrahim larh....”


P/S: Gua dengan topik politik memang tak pernah ngam.

Thursday, May 5, 2011

Gua Facepalm Berkali-Kali


Dalam 28 tahun gua hidup kat dunia, nie la first time benda nie berlaku depan mata gua.

Gua lunch kat mamak Harmain petang tadi. Memandangkan gua lunch sorang-sorang (huh! Gila loser) hari nie, lunch hour 1 jam, gua just utilize doploh minit ja. Setel makan, perut gua rasa tak berapa nak bleh blah. Gua bingkas bangun. Kertas putih kecik bertulis “RM3.50 + RM1.20” gua genggam kemas sambil berjalan ke kaunter bayaran.

Sampai di kaunter, kelihatan ada 2 orang tengah beratur. Orang didepan skali tu, kalo tengok dari stail dressing jenis baju kemeja bunga beserta seluar slack besar di peha-kecik di kaki, gua bajet nie Mat bangla.

Dia nie, nak beli topup. So, dia pun berborak la (dalam bahasa dia) dengan Mapley tu. Sesekali gua tengok mapley kaunter tu mengangguk-angguk tanda faham. Mat Bangla tu ada jugak try cakap bahasa melayu, tapi accent dia jelas kelaut. Pung! Pang! Pung! Pang!, not seploh ringgit dengan kad topup kecik sebesar simkad bertukar tangan. Peh, zaman skang topup kad kecik betul. Dulu masa zaman gua pakai prepaid, kad topup besar daun pakau, siap boleh buat unlock pintu bilik kalo terkunci dari dalam (master skill).

Dah setel bayar, dia beredar dari kedai. Turn skang, orang depan gua plak yang bayar. Lama betul mamat nie setel. Sekali makan nasik kandar sampai 5-6 lauk. Tercirit mapley tu nak kira. Last-last, mapley tu frust. Dia keluarkan kalkulator dan memaksa brader depan gua nie ulang balik lauk apa yang dia tibai. Hangin jer muka brader tu. Gua plak tambah la hangin sebab gua kena beratur lama....cis!

Tetiba mamat bangla beli topup nie datang balik. Kali nie, dia bawak satu jenis phone jenis Motorola senyum (Motorola V088) yang bapak lama gila punya model. Gua perasan, bateri phone tu pun dia cabut. Dia segera memotong line gua dan brader-makan-lauk-banyak untuk mendapatkan mapley yang tengah tensen mengira harga nasik. Nampak dari segi facial expression, gua rasa dia macam nak tuntut refund.

“Anney…bla…bla…bla…topup..bla..bla..bla..kari…bla..bla..bla..Maxis…bla..bla..”
(maaf, gua terpaksa censored perbualan ini kerana gua sendiri tak paham)

Bangla tu merungut. Gua dan brader depan gua terkebil.

“Bam!”

Kalkulator di meja kaunter dihempuk kuat. Mapley yang dok tengah serabut kira lauk brader depan gua nie, dah hilang sabar. Dia dah ‘owh snapped!’. Dari gaya sedutan nafas yang agak mendengus, gua rasa tak mustahil mat bangla nie makan penampor jap lagi.

“Dey macha…bla..bla..bla..topup. Bla..bla..bla..scratch. Aiyoo! Bla…bla..bla..Poodah cheit! ” (maaf, gua terpaksa censored perbualan ini lagi sekali kerana gua tak paham)

Mapley tu reply jenis padu gila. Terkebil-kebil mat bangla tu. Dengan tak semena-mena, dia tersenyum dan menggaru-garu kepala. Muka yang bengkek tadi bertukar jadi muka comel. Sambil mengucap ‘thank you’, dia blah dari scene tanpa menoleh kepada kami lagi.

“Apa punya orang. Bikin susah orang saja. Cheiit!”

Mapley tu kembali bercakap bahasa ibunda gua. Dia membetul-betulkan kalkulator beliau sambil meneruskan kalkulus harga nasik brader depan nie.

“Anney, kenapa tadi tu? Kenapa lu marah sama dia? Dia ada buat salah ka?” tanya brader depan gua kepada mapley tadi.

Hish, berani gila brader nie. Dah la dia dok tengah kusut kira lauk lu, lu sengaja nak tambah hangin dia plak. Gua bajet, mamat nie pun ada potensi nak makan ‘kaki mapley’ jap lagi nie.

Mapley tu menghela nafas panjang. Dah tenang sket, dia pun bersuara:

“Dia sudah beli prepaid sama saya. Tapi, dia datang balik sini tadi, marah-marah…”

“Aik, apahal plak anney? Lu jual topup tipu ka?” gua memberanikan diri mencelah perbualan.

“Mana ada, abang. Saya jual betul punya. Saya marah bukan sebab apa. Saya jual topup, sudah 6 tahun. Tapi, ini first time saya jumpa orang mau isi topup, dia satu kali cabut keluar dia punya bateri sama simkard. Dia mau taruk itu kad topup dalam itu simkad punya slot. Bila tarak muat, dia datang sini marah sama saya. Siap mau refund lagi. Kalo abang dekat saya punya tempat, abang marah tak?”

Gua facepalm. Brader depan gua pun facepalm. Kami facepalm sama-sama.

Wujud lagi orang camnie kat KL.

Memang rare.....


gambar dicedok dari Aku Cemuih

Isteri Gua Memang 'Straight To The Point' Orangnya

Bini gua adalah orang yang suka naik motor. Tak kira la motor jenis apa, bila dia dah start bonceng kat belakang gua, jarang dia bercakap. Masanya lebih dihabiskan dengan memerhati keadaan sekeliling sambil menikmati deruan angin tatkala motor gua gagah meluncuri highway AKLEH.

Sebab gua nie jenis bersembang, gua jadik bosan bila bini tak berbunyik. Perjalanan balik rumah yang biasanya memakan masa 25 minit dari tempat keja bini gua, memang akan jadik ‘dull’ kalo tak disulam dengan gelak ketawa. So, gua kena bertindak. Topik yang padu harus diutarakan supaya Banker Permatang Pauh dapat layan sama.

“Gua ingat, gua nak cari side income la. Jadi pelakon extra ke…untung-untung boleh keluar TV. Pak pacak pun jadi la. Lu rasa cemana?”

Bini gua diam. Sepatah pun dia tak jawab. Ahh, fail lagi. Tapi gua tetap bersangka baik. Barangkali helmet Magnum bini gua nie sponge dia tebal sangat kot, sampai boleh ‘earmuff’ telinga. Gua tanya lagi.

“Eh, lu dengar ker tak nie?” gua dah start rasa lain macam. Tinggi sket tone gua kali nie.

Bini gua diam lagi. Tiada respon.

Gua panas. Gua tepuk paha kanan dia. Dia tersentak dan segera membalas:

“Yer..yer…gua dengar.”

“Ha..dengar pun. Ingatkan lu tengah layan ‘angin’. So, cemana? Lu agak-agak gua boleh ke tak?” gua excited.

***


“Tak boleh. Muka lu jenis yang tak boleh jual”


Sampai je rumah, gua terus bertenggek di jendela tingkap. Hati gua luluh. 

Pada hari itu, gua telah belajar satu perkara. Kalo tak hensem tu, buat la cara tak hensem.

Tuesday, May 3, 2011

Arsenal - "Meriam Kami Masih OK"

 United claim Owen patut diberikan penalti lepas Clichy hentak beliau dalam penalty box.

 "...Tapi diorang lupa, Vidic punya handball apa cerita pulak?"


 " Chris Foy nie memang teruk mutu pengadilan beliau. 3 kali kacau bola Arsenal, Vidic punya Handball buat-buat tak nampak..."


 "Tapi, kami (Arsenal) ada hero kami sendiri..."


"Rambo (Ramsey) dan Meriam memang ada kaitan...."


***

"Bongok arr lu nie Foy...kasik duit gua balik!"


P/S: Kami dengan Chelsea memang dah macam adik beradik. Suka tolong menolong.. #

gambar-gambar di atas gua rembat dari DailyMail UK tanpa kebenaran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...