Wednesday, February 15, 2012

Ayam Goreng



Kentaki. Sapa tak suka makan ayam Kentaki wei? Orang gila ja yang tak tau nikmat kerangupan kulit Hot & Spicy ditambah dengan rahsia rempah ratus turun temurun Col.Sanders dalam menyedapkan isi ayam. Pendek kata, sekali kena 2 ketul drumstick Snack Plate, nak sebut semula perkataan ‘diet’ pun rasa tak berapa tenteram. Punya la sedap.

Gua dan Banker Permatang Pauh adalah sebiji kapel (sebiji?) yang tidak terlepas dari kegagalan menahan inzal keragupan ayam kentaki ni, sama seperti individu-individu berkapel yang lain. Azam 2012 yang gua beriya-riya tulis dalam diari ‘nak diet’, tu macam bakal lebur seperti di tahun-tahun kebelakang, memandangkan 3 minggu sekali gua dan isteri akan berkunjung ke Kentaki untuk melampiaskan nafsu makan kami.

Suka betul gua dengan bau ayam goreng mereka. One thing yang gua suka pasal Kentaki ni, not only keharuman bau-bauan ayam goreng mereka, bahkan suasana dalam outlet mereka juga berbau wangi. Ada outlet yang bau macam Ambi-Pure yang Country Fresh punya brand, ada outlet yang jenis suka pakai Glade punya haruman. Kadang-kadang lantai mereka juga berbau harum. Sampai sekarang gua tak dapat trace pencuci lantai brand apa yang mereka pakai. Manalah tahu tetiba-tetiba gua buang tebiat nak mop lantai rumah time hujung minggu. Nak jugak pakai jenama pencuci macam lantai Kentaki. (Eh, apahal gua cerita pasal lantai pulak ni?)

Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan dengan satu klip rakaman aksi per’gocoh’an antara staff kentaki dengan seorang pelanggan berbangsa Cina di outlet Kentaki iCity, Shah Alam. Dalam klip video tersebut, pelanggan ni berang selepas beratur almost sejam, dan lastly diberitahu ayam habih. So, dia pun melampiaskan kemarahannya dengan memaki pekerja-pekerja KFC dalam tu. Selang beberapa saat, muncul sorang brader (staff Kentaki) meluru dari dapur dan terus melancarkan satu ‘Haymaker’ padu ala-ala Apollo Creed ke arah pelanggan tersebut. Satu jurus saja, then pelanggan tu terpelanting ke bangku. Nasib juga ramai yang hold brader tu dari terus melakukan beberapa uppercut, kalau tidak, memang pelanggan tu nazak jugak la. Klip tu tak salah gua tak sampai seminit. Kalau lu orang browse kat YouTiup, gua rasa video tu dah remove dah kot, due to violation. Try la skali lagi, mana tau ada kutu-kutu yang upload balik.

Banyak version yang gua baca tentang insiden ini. Ada yang kata, makian pelanggan Cina itu berbaur perkauman. Not only staff Kentaki hangin mendengarnya, bahkan orang-orang yang beratur nak mendapatkan ayam mereka juga panas telinga. Ada yang kata staff pekerja kat situ dah bekerja lebih daripada 12 jam. Jadi permintaan ayam masa tu tak berapa nak cukup dan mereka juga kepenatan sebenarnya. Moral disini kepada yang tak tahu, sila jangan dengar sebelah pihak sahaja. Baca dari kedua-dua corong. Baru konfident sikit nak tuduh menuduh. Typical Malaysian.

Terus terang gua cakap isu ni gua tak pasti salah siapa. Ada yang kata, ‘Customer is always right, even if they are wrong!’ Ada pula version yang cakap customer juga perlu faham perasaan makwe-makwe yang jaga kaunter tersebut. Dah kalau memang ayam habih, takkan mereka nak kata ‘Ayam ada lagi, bang. Cuma belum sembelih’ kot? Habih tetap habih. Kalau craving jugak, pandai-pandai la goreng sendiri kat rumah.

Bila dah ada isu provokasi terhadap pelanggan ni, gua dan banker rasa tak berapa konpident pula nak pergi makan Kentaki. Ya lah, gua memang nak pergi makan ayam sahaja. Tapi, kalau ayam habih dan tiba-tiba gua naik berang, macamana? Ntah-ntah video version gua pulak nanti diorang record. Tak ker gila tuh? 

Tapi semua tu hanya perasaan gua sahaja. Minggu lepas, sampai juga kami di Kentaki Ampang Park. Niat dihati nak pekena Twister dan Bandito Pocket sepam gua. Sesekali gua dah standby camera iPhone ditangan, takut-takut ada scene yang rare terjadi. Boleh la rekod mana sempat. Alhamdulillah,keadaan tak banyak berubah dan masih terkawal setelah beberapa minit gua buat observation. Kami kemudiannya menikmati Bandito Pocket & Twister kami seperti biasa.

Dan, apa yang menarik minat gua selepas insiden ‘famous’ Kentaki di iCity tersebut, template sapaan makwe-makwe kaunter Kentaki tu dah ada sedikit perubahan:
  
Sebelum insiden:

“Hai, abang. Kakak. Selamat petang. Boleh saya bantu? Makan disini atau bawa balik?” 

Selepas insiden:

“Hai Abang, kakak. Selamat petang. Elok kan cuaca hari ini? Abang & kakak sihat? Apa yang boleh saya bantu? Makan di sini atau bawa balik?” 


Amacam? Nampak tak perubahannya? 



Kahkahkah!

P/S One: Tanya gua sihat ke tak? Kalau gua kata gua tengah demam time tu, lu orang nak offer Paracetamol ke?

P/S Two: Kalau ada masa terluang. Try la pergi Kentaki iCity. Baru lu orang tahu cemana ramainya manusia dekat situ. No wonder la beratur sampai almost sejam...dan ayam boleh habih. I've been there...I've done that. Last-last gua gave-up, makan di Hakeem S7, lagi padu!


picture credit to Suraukini 

3 comments:

Anonymous said...

serius lu punya blog ni mmng power cume kene promote je....underated blog omputih kate...gua syak lu bole bwat bku cam ni..

intan Norafzan said...

pendapat aku, everything happen for a reason. xkan budak kfc tu nak pukul cina tu tanpa sebab.betul x. Pengalaman aku masa kerja Keni Rojers (pas abes SPM) mmg slalu deal dgn customer2 yg biadop ni. Kalau lambat sampai, depa boleh menjerit dan marah2 kita. padahal mmg ramai org dan ayam krr amek masa utk dimasak. so, kalau cina ni kena taboh dgn bdk kfc, rasanya boleh agak apa yg terjadi masa kejadian tu..
masa aku kerja kd Leomag waffle (masa cuti sem) pun slalu jupak cust yg kurang ajaq n most of them, sory to say is chinese.

Sandokhan said...

Anon: TQ atas komen anda. Takde power mana pun, sekadar menulis berlandaskan minat dan kalau ada kelapangan. Bwat buku? Tinggi sangat angan-angan tu. Apapun, thanx for the comment. I'll take dat a compliment. Have a nice day!

Intan Kintan: Aku dah layan video tu sblm diremove. Mmg pasal provokasi dan menyentuh perkara-perkara sensitif. Mmg panas la brader yang kat kitchen tu. owh, banyak jugak pengalaman hang kerja di fast food joint, kan? Power!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...