Friday, January 25, 2013

Weekend Nan Indah

Jumaat,

Hari yang paling ditunggu-ditunggu oleh komuniti-komuniti yang makan gaji macam gua. Bila sembang dengan bebudak ofis yang lain lepas kerja, semua dah ada plan masing-masing. Gebang pung! pang! pung! pang! nak tengok Juvana The Movie la, berkepit dengan pakwe-makwe, ambik job part time jadi polis bantuan la. Buat duit lebih jadi anjing pengesan di airport la...bla bla bla. Yang mana ada anak, dah start pikir shopping complex mana yang customer-friendly supaya senang nak tolak stroller masuk dalam mall. Macam-macam.

Seronok.

Gua?

Heh! Sabtu-Ahad dah tak bagi makna apa-apa kepada gua. Selama 3 tahun ni, gua hanya dapat tengok kutu-kutu menghabiskan zaman muda mereka dengan enjoy-menjoy sakan. Untuk nak buat ayat gua nampak lebih sedih, gua hanya dapat perhatikan mereka semua dari satu sudut yang jauh. Tak apalah. Biarlah mereka dengan keseronokan mereka. Mereka punya suka, gua tak boleh buat apa.

Esok ada Quiz. Ahad ada presentation.

Amacam?
Indah kan Sabtu-Ahad gua?

Wednesday, January 23, 2013

Berlagak Hustler!

Pagi tadi gua ada dengar satu iklan kat radio Era pasal KWSP promoting their new online-system untuk kemudahan semua pencarum untuk check baki akaun EPF secara atas-talian. Nampak, gua sebut atas-talian instead of 'online'? Itu tandanya pilihanraya dah nak dekat, and I've chosen my side. OK, tak ada kena mengena.

Berbalik kepada iklan tu, berkisarkan tentang seorang makcik (gua rasa makcik) yang nak mintak time-off kat boss satu jam sebab nak pergi ke EPF untuk cetak penyata semasa. Si bos tu dengan konpidentnya jawab:

"Sekarang dah tak perlu kita semua nak ke pergi ke KWSP, kerana KWSP sekarang telah memperkenalkan sistem semakan online. Jadi, kita dah tak perlu membazir masa meredah kesesakan lalulintas semata-mata untuk menyemak baki semasa. Semuanya boleh dibuat secara online. Hebat kan?"

Dialog dia lebih kurang macam tu la. Gila apa gua nak memorize sebijik-sebijik apa boss dia kata. Dah jadi satu kerja pula.

Dan si makcik tu, tanpa ragu-ragunya terus menjadi girang dan memuji-muji sistem baru yang diperkenalkan ini. Tak check langsung susur galur pasal online-checking ni. Iklan tersebut habih kat situ saja. Gua rasa dalam 20 saat juga. Lu orang tahu sahajalah, iklan radio mana ada yang lama-lama, ye dak?


***

Tapi, seriusly kalau gua la ada kat sebelah makcik tu, gua akan pergi ke telinga dia pelan-pelan dan berbisik:

"Makcik, nak active akaun online makcik tu, kena ada e-pin. E-pin tu pulak hanya kaunter saja yang keluarkan....."

"Jadi macamana nak?"

"Makcik kena jugak la pergi ke KWSP"


P/S: Entri ni nampak sungguh holier-than-thou. Ahhh, gua peduli apa. Bukan ada orang nak baca pun.

Monday, January 21, 2013

The Rakyat


Gua sekarang tengah bila main Far Cry 3. Sebab personally gua rasa Vaas Montenegro (as shown on upper photo) is the sickest villain I've ever fought with in any first-person shooter genre. Dia ni memang bad ass. I kinda salute him in a very weird way, but one way or another, he's a heartless bastard that need to be terminated. Ahhh, nanti la gua cerita.

Cuma, apa yang gua nak cerita pasal Far Cry 3 ni, my personal rating sangat tinggi. Out of 5, gua rilek saja berani letak 4.5. Kenapa? Nanti gua akan buat special post untuk game ni. Overall game ni macam macam Skyrim. Open world exploration, and we can react at almost every resources that we've encounter. It's like "Skyrim, with guns and shit! "

Cuma, apa yang buat gua rasa kelakor, gameplay ni pasal sekumpulan bebudak yang pergi SkyDiving dekat Rook Island, and Asia-Pacific Archipelago. Gua rasa tempat diorang pergi ni belah-belah Africa jugak la, judging from the militan armies, and gaya cakap pun macam Solomon Vandy dalam Blood Diamond saja. Background music banyak scene gendang-gendang macam lu orang tengah naik jeep nak pergi tangkap harimau bintang dekat gurun sahara. 

Long story short, puak penentang bala tentera Vaas Montenegro ni, dikenali sebagai The Rakyat. Bunyi macam Bahasa Melayu kan? So, bila sebut puak penentang, mesti la ada kepala puak, ye tak? Kepala puak ini adalah Citra Talugmai, seorang wanita yang dah macam Bobohizan versi bergetah dah seksi.

Citra ni lepak dalam satu unique temple in the middle of the forest. Nak masuk temple ni, macam nak lepas kastam dekat airport, semua benda guards dia check. Nampak suspicious, her guards won't think twice to shoot you in the arse. Cuma, there's a special plot masa gua baru nak jumpa Citra, and the guards dah ready nak tembak gua. I was remain holstered  since the moment I've started this mission. So, kalau gua kena tembak, memang gua mati tak melawan la.

Tiba-tiba, Citra keluar dan menjerit:

"Berhenti"
"Turunkan Senjata"

and bla...bla..bla. Dia kasik gua arahan dalam bahasa orang putih serupa pelat Jamaicans. And lastly, bila scene dah nak habih, dia bagi arahan dekat guards dia sambil berkata:

"Berikan saya herba..."

***

I was like. Hek eleh.....

Mat Saleh yang tak tau, diorang akan sangka dia tengah bercakap ikut Jamaican's mother tounge. Tapi, kita yang memang dah tahu ni, sah-sah la si Citra tu cakap pelat Melayu.




Picture credit to FarCry Wikia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...