Apa itu 'Scammer'?
1.a person who swindles you by means of deception or fraud
2.someone who leads you to believe something that is not true
atau dalam bahasa melayunya: kaki kelentong.
Minggu lepas Banker Permatang Pauh dapat satu SMS. Tapi, nak dijadikan cerita, isi SMS tu teramat sadis dan membentakkan hatinya. Baginya, kalo dia tak amik serius, kang orang kata dia x peka. Tapi, time dia cuba serius, dia xleh tahan nak bantai gelak guling-guling. Dengan perasaan ingin tahu yang amat sangat, gua pun menyapa dari belakang, bertanyakan apa yang seronok sangat dia dok **'kuk-kik, kuk-kik' seorang diri tu................sampaikan telur mata lembu yang gua mintak dia goreng dah 15 menet tak sampai-sampai.
Dengan muka yang comel, dia menunjukkan screen phone beliau. Luluh hati gua membaca content SMS tu. Ternyata perasaan gua juga sama. Sama seperti apa yang dirasai oleh si Banker.Jauh di sudut hati, gua faham benar kerisauan dan ke-tidak-boleh-tahan-gelak beliau setelah dihantui SMS tersebut.
'Ish...nak kena pi balai polis ka...?' Bentak hati gua dengan tone yang agak acuh tak acuh.
'Nak buat apa..?' Tanya beliau seakan-akan risau dengan riak wajah gua yang dah mula berubah.
'Nak check kot-kot ayah kat situ...wargh...kah kah kah!' Gua tak boleh tahan, nafsu ketawa gua tak boleh dibendung lagi. Banker jugak sama, berguling-guling dia bantai gelak.
*****
5 menet berlalu macam tu ja. Ternyata perut kami sudah 'krem'. Cukup la entertainment untuk malam nie. Sebagai tanda kenangan, gua mintak nak tengok SMS tu lagi sekali, sebagai tanda melepaskan rindu buat kali terakhir. (Sila rujuk gambar dibawah)
'Bila masa la bapak mertua gua pakai henpon? siap terer taip mesej plak tu ?'
p/s: Tuhan marah orang menipu.
** kuk-kik,kuk-kik
1.Perbuatan gelak seorang diri dengan tone yang teramat silent.
2.Giggles
2 comments:
kalau gua pakai hp canggih musti dapat msg camtu gak...kahkahkah
aku dok ingtkan...sapa la Tawke Funfair nie..rupanya hang ka Naim..keh keh keh!
Post a Comment